Oleh |
hukum mencerahkan warna kulit muka???? |
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 23-02-06 13:08
assalamualaikum......... saya ingin bertanya apakah pula hukumnya mencerahkan kulit pula.Adakah ia mengubah kejadian Allah sebabnya ramai kawan saya yang bertubuh gelap tapi mukanya lebih putih dan cerah dan kontra dengan kulit muka daripada tangan.Ditambah pula,banyak syarikat kosmetik menawarkan produk pencerahan kulit.Adakah ia haram kerana mengubah kejadian Allah?ini kerana dari satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.†Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak. [ Telah diedit oleh: amilyn pada 23-02-06 13:10 ]
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-02-06 13:28
hmmm...persoalan ni pernah jugak terlintas dalam fikiran saya...kadang-kadang kalau bersolek juga boleh membahayakan... yela, bila dah bersolek walaupun nipis tetapi boleh menimbulkan rasa riak akan kecantikan diri kita kan???? sebagai perempuan yang mempunyai 9 nafsu dan sentiasa ingin cantik,perlu banyak berhati-hati dengan segala apa yang kita lakukan... ada yang mengaku nak jaga kecantikan diri yang dianugerahkan oleh Allah... tapi tegakah kita untuk mempertahankan niat suci itu bila dipuji...apetah lagi oleh kaum lelaki... perlu iman yang kuat itu!!! bab putihkan kulit ni.... kalau kulit kita hitam kerana terbakar dek pancaran uv...ertinya kita bukan mengubah kan??? kita sebenarnya dah terpengaruh dengan kenyataan "putih itu cantik"...kalau tak putih, tak cantik....tak betul tu...cuma mungkin puih itu lebih menyerlah kecantikannya...ni satu masalah lagi...bukankah wanita yang baik tu yang tidak disedari kehadirannya di khalayak ramai dan tidak dipandang oleh yang bukan mahram??? Wallahualam...teringin nak dengar penjelasan oleh orang2 yang arif dan mengetahui...
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 23-02-06 14:29
|
harmoni_melodi
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.09.2005 Ahli No: 19040
Posting: 50
|
Posting pada: 23-02-06 14:42
saya pun nak tahu juga sebab ramai gk yang menggunakan krim pencerah untuk mencerahkan kulit... haram ke??? siapa yang arif harap dapat memberi jawapan... putih itu cantik??? tapi hitam itu manis kan??? tak kisah la, hitam atau putih yang penting hati mesti baik
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 23-02-06 14:46
saudari amilyn.. Kalau saudari nak tanya tentang hukum hakam, kalau nak senang direct ke forum ni al-ahkam.net. Ni ramai pakar2 Islam kat sana.. Insya Allah boleh membantu. Anggota ukhwah pun ada kat sana. Good Luck
|
lebah
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20760
Posting: 64
Dari: Fac Sc, UMKL
|
Posting pada: 23-02-06 15:12
ahakz...nak cilok sikit tang bab ini.. bagi saya tetap haram kalau guna cat putih untuk putihkan wajah...sebab cat itu kan boleh menghalang air wuduk dari terkena mukanya...betul takkkk.... heheheheh....jangan marah...lawak juga... what ever mengubah keadaan yang asal seperti bulu kening tetap haram kecuali kalau bulu kening itu kurang normal seperti macam bigfoot boleh aar repair sikit-sikit sehingga jadi macam manusia. tang mencerahkan kulit adalah adalah sesuatu keadaan yang berbeza. mencerahkan kulit adalah diharuskan asalkan niatnya betul lebih2 lagi sebagai persedian untuk menambat bakal suami. cuma apa yang perlu diambil perhatian hendaklah pastikan produk itu daripada bahan-bahan yang halal. hari ini banyak produk yang mengunakan bahan-bahan yang tidak halal dan merbahaya terutama dari syarikat bukan islam. so, kena aar ati2 sikit! ----------------- iCaM SeLaMat "kalau kita boleh tunaikan apa yang allah mahu, nescaya allah akan tunaikan pula apa yang kita mahu".(H.Riw At-Tabrani)
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 23-02-06 16:33
betul ke di benarkan?contohnya vmacam ziana zain,dulu gelap sekarang putih melepak.bukan untuk suami tapi tatapan awam.macam mana eik?
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 23-02-06 16:33
betul ke di benarkan?contohnya vmacam ziana zain,dulu gelap sekarang putih melepak.bukan untuk suami tapi tatapan awam.macam mana eik?
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 23-02-06 16:37
Kita hidup ni biarla macam biskut Oreo, hitam kat luar tak mengapa asal putih kat dalam. Manis pulak tu! -tapi tak tau la boleh pakai ke tak lagi falsampah ni sebab sekarang biskut oreo pun dah ada krim yang warna coklat hehehe ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
spaghetigoreng
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 23-02-06 16:48
tak pernah berusaha nak mencerah kulit yang hitam setampuk manggis ni, sebab for me, if i do that it seems that i have been influenced by the propaganda that 'the fairer, the more beautiful'.. i wont allow myself to be exploited that way. why should i care? asalkan kulit sihat cukuplah.. kat UK ni tak pernah jumpa satu produk pencerah kulit pun..sebab apa kat Malaysia banyak? sebab kita dah disogokkan yang kulit putih melepak macam orang putih tu lagi cantik..dah jadi satu benchmark-cantik adalah bila anda berkulit cerah, slim & langsing, rambut panjang lurus etc. ni macam saki-baki imperialisme saja.. orang putih kat sini lagi sibuk nak 'tan' kan kulit sampai bukak 'tanning shop' yang kita sibuk nak cerahkan kulit. aneh benar! (maaf xmenjawab, cuma rasa geram sikap sesetengah orang yang terlalu pentingkan superficial beauty & let themselves exploited)
|
elmifaiz
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields
|
Posting pada: 23-02-06 16:51
macam iklan kat tv la pula... misi memutih muka dalam beberapa minggu.... "saya baru pakai beberapa hari, tunggu ye' ada si pemakai bertudung.... saya sendiripun tak faham tujuannya....
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 23-02-06 17:08
macam saudara amrizal cakap, lebih baik tanya pada yang arif... em...tak pun, tak payah pakai...kan senang?
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 23-02-06 21:28
for me, iklan fair dan lovely tu nampak sangat bohongnye.. nampak sangat orang tu dimekap jadi hitam janganla mudah terpedaya dengan iklan saya tengok orang yang pakai krim2 entah pahape untuk putih muka resultnya muka bukan putih tapi pucat.. makin buruk nengoknye
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 23-02-06 21:41
memangbyk produk kat pasaran sekarang ni untuk nak putihkan muka.. tapi ada sesetangah produk tu ada bahan kimia yang bahaya.. hidroquinon.. bahan kimia macam tu memang boleh memutihkan tapi ia memudharatkan juga.. cz dia boleh membuang sel apidermis, lapisan kulitpaling luar yang melindungi kulit dari uv.. kesannya kulit memangputih tapi terdedah pada risiko mendapat barah kulit.. cz tak ada yang melindungi lapisan bawah kulit dari uv tu.. tapi kalau pakai uv protection cream tu tak apa la.. dia ada spa 12, spa 15 etc yang melindungi kulit dari sinaran uv yang berbahaya tu.. wallahua'lam
|
al_farisi
WARGA SETIA Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada
|
Posting pada: 23-02-06 22:48
Putihkan muka? Hmmm. Nanti jadi macam kuda belang. Muka putih, tenggkuk hitam. Tangan putih lengan hitam.
|
almumtahanah
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.01.2004 Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 23-02-06 23:37
!!! QUOTE !!! tak kisah la, hitam atau putih yang penting hati mesti baik betul tu...lagi satu jangan mudah terpengaruh dengan iklan... yang jadi model tu pun sebenarnya dah memang already kulit cerah.. :-| p/s: pandangan mata selalu menipu...
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 24-02-06 00:41
Saya tak nak sentuh bab lain, cuma nak maklumkan kebanyakan agen pemutih (whitening agent) diekstrak daripada bab*. Jika nak guna barangan kosmetik yang ada agen pemutih, fikirlah dua tiga kali. Gunalah produk-produk yang bebas daripada ekstrak bab* ini supaya kecerahan kulit anda bukan disebabkan berkesannya silauan agen pemutih yang diekstrak daripada bab* itu. Terdapat beberapa produk kosmetik yang saya percaya bebas daripada unsur haram ini seperti Sabun Susu Kambing keluaran hari, atau ubat herba yang terdapat di pasaran. Krim pencuci muka dan seumpamanya tidak boleh dipercayai dari segi kehalalannya. thank you.
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 24-02-06 02:29
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 24-02-06 11:11
saya rasa pakai krim ni penting jugak.. contohnya macam sunblock. sebab macam kulit saya..cepat terbakar.. cukuplah 30 minit saja kat tengah panas... dah nampak kesannya, saya risau jugak nanti dapat penyakit lain pulak kalau sangat terdedah kepada cahaya matahari... setiap orang jenis kulit lain2..ada yang tahan panas, ada jugak yang tak payah pakai pencuci muka pun dah cantik... sampai sekarang saya hairan.. orang lain muka lebih putih dari tangan tapi saya tangan lebih putih dari muka?
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 24-02-06 18:17
anybody know the hukum?it very important to know because most women try to change the color of their face just to look beautiful.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 24-02-06 19:16
hmmm.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
yanokage
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20839
Posting: 276
Dari: SMK (A) Al-Irshad
|
Posting pada: 24-02-06 19:43
tak salah rasanya kan ... mungkin orang selalu ejek dia .... apa salahnya ... tapi kan .. kalau nak cantik untuk tatapan lelaki tu bukan haram ke?? wanita cuma boleh berhias di hadapan suami saja kan ? ----------------- "Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !! [ Telah diedit oleh: yanokage pada 24-02-06 19:47 ]
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 25-02-06 10:44
Pada 24-02-06 11:11 , triptofana posting:!!! QUOTE !!! saya rasa pakai krim ni penting jugak.. contohnya macam sunblock. sebab macam kulit saya..cepat terbakar.. cukuplah 30 minit saja kat tengah panas... dah nampak kesannya, saya risau jugak nanti dapat penyakit lain pulak kalau sangat terdedah kepada cahaya matahari... setiap orang jenis kulit lain2..ada yang tahan panas, ada jugak yang tak payah pakai pencuci muka pun dah cantik... sampai sekarang saya hairan.. orang lain muka lebih putih dari tangan tapi saya tangan lebih putih dari muka? em...kalau sunblock lain lah pulak ceritanya....kita pakai tu untuk "mencegah" bukan "memutihkn"... lagi 1, itu juga sebagai tawakkal kita menjauhi mudharat kesan negative dari pancaran matahari...
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 25-02-06 16:45
sekarang ni banyak produt memutihka kulit di pasaran... dan saya rasa ramai wanita menngunakanya... Kalau benda ni haram kenapa tak diwarwakan... mugkin mereka tau...
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 28-02-06 13:08
assalamulaikum......... wahai saudari permata putih............. persoalan saya disini ialah apakah hukum mencerahkan kulit wajah bukan menjatuhkan hukum.persoalan saya apakah hukumnya memakai produk untuk tujuan pencerahan bukannya kerana jerawat,jeragat ataupun bintik hitam.sebab itulah dibawah hadis itu saya sebutkan Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak sebab saya tahu menggunakan produk kerana masalah ini dibolehkan. saya ingin bertanya siapakah saudari untuk meletakkan hukum sama ada ia mengubah kejadian ataupun tidak?adakah saudari ulama muktabar ataupun seorang yang arif tentang hukum hakam?sdgkan orang yang arif mengenai agama sendiri tidak berani meletakkan hukum.mungkin bagi saudari ia isu remeh tapi isu remeh beginilah yang dipandang enteng oleh kita kerana kita sibuk mengejar kecantikan dunia. di majalah wanita...perunding kecantikan..seorang wanita bertudung pernah menyatakan bahwa..memutihkan adalah satu kaedah rawatan untuk hilangkan pigmentasi.... adakah dia seorang yang boleh dipercayai untuk meletakkan hukum hakam, mungkin dia adalah perunding kecantikan yang mendapat pendidikan barat ataupun mempelajarinya bukan dr segi agama ataupun ingin mempopularkan rawatannya.apa tujuan saudari state dia bertudung? memang hadis itu tidak menyebut langsung mengenai hal ini kerana Pada zaman dahulu tidak ada isu begini tapi pada zaman sekarang isu ini timbul kerna perkembangan teknologi.contohnya penggunaan botox setengah alim ulama mengatakan tidak haram dan setengah lagi mengatakan haram. tujuan saya memakai produk bukan untuk mencerahkan kulit kerana buat pengetahuan saudari saya sudah sedia cerah,sdgkan tujuan saya ingin menghilangkan jerawat kerana jerawat ini timbul kerana masalah resdung yang kronik saya tidak berani meletakkan hukum kerana saya sendiri mencari hukumnya.Betul ke saudari yakin bahawa produk yang saudari gunakan adalah halal kandungan,adakah saudari pasti?dan saudari betul-betul yakin kehalalannya.adakah saudari tahu penggunaan produk pengelupasan boleh menyebabkan kanser kulit kerana lapisan epidermis telah dihakis dan tinggal lapisan dermis untuk menahan panahan matahari. saudari tahu permasalahan pringles........pringles itu haram dimakan kerana kandungan tapi lihat berapa ramai muslim yang memakannya kerana tidak tahu hukumnya dan juga isu temulawak yang dikatakan tidak sah dibuat sembahyang. Produk yang dijual dipasaran dibahagikan kepada beberapa jenis.untuk jerawat,pigmentasi ,whitening dll.Selalunya produk jerawat bukan untuk mencerahkan tetapi untuk menghilangkan jerawat berbanding dengan produk whitening yang bertujuan untuk memutihkan.there are different right?bukan pekara ini simple bagi saudari tapi bukan sesuatu yang simple bagi saya dan dengan mengetahui hukum saya boleh menegur sahabat saya.dan bagi saya kegelapan bukan kerana pigmentasi.bagi saya siapa yang makan cili dia terasa pedasnya.Baca dulu betul2 posting saya sebelum jawab!!!
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 28-02-06 14:22
assalamualaikum wbt... bagi alin, paras rupa tidak mencerminkan peribadi seseorang itu... yang penting jagalah kebersihan kerana Islam itu mementingkan kebersihan...
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 28-02-06 14:44
tak payah nak putih putihkan muka...apa yang penting,budi bahasa.rupa cantik tapi kurang budi bahasa tak guna jugak ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
asy-syahadah
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.10.2005 Ahli No: 19717
Posting: 49
Dari: alam semesta
|
Posting pada: 28-02-06 14:50
benda ni bergantung kepada niat seseorang...... ada juga sesetengah orang menggunakan sesuatu produk bertujuan untuk menjaga kulit muka, tapi hasilnya kulit muka menjadi putih.... Kalau memang nak putihkan muka, apa sebab dia nak putihkan muka dia? apa yang alin cakap tu betul..... muka tak melambangkan peribadi, tapi tingkah laku yang harus dijaga dengan serapi mungkin...wallahualam
|
fatimahzahra
Warga 5 Bintang Menyertai: 26.02.2006 Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe
|
Posting pada: 28-02-06 19:27
"kejelitaan adalah hak milik setiap insan".........wakaka
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 12-10-06 14:30
hehehehehe.... macam-macam isu... tapi macam saya pun pakai krim u hilangkan jerawat sebab masalah resdung... tapi muker saya putih pada tangan saya... muka saya cerah dari dulu....sebab dulu ada jerawat sekarang dah bernsur2 hilang.. 2 yang jadi cerah... saya pun just guner sunblock..tapi memang tangan itam pada muka ar...
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 12-10-06 15:48
salam... hari tu dalam kelas ethics ada belajar pasal pembedehan plastic dan perkara yang sengkatan dengan nya....masa tu ada seorang student tanya kat ustaz hukum memakai krim pencerahan ini...menurut ustaz tu....tak salah...malah Islam tak mengharamkan pun...sebab ianya tak tergolong dalam perkara2 yang mengubah ciptaan Allah... wallahua'lam...
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 12-10-06 16:48
Salam terima kasihlah saudari destinasi abadi atas jawapan saudari.memang itu yang saya tunggukan jawapannya,it came from the right person.kalau macam tu hilanglah keraguan saya selama ini.so, blhlah pakai apapun.tujuan saya bertanya adalah ingin mengetahui sahaja kerana ada org yang mepertikaiankan mengenai hal ini sehinggakan menimbulkan keraguan yang mendalam di hati saya.itu sahaja kerana terdapat ramai wanita disana yang inginkan kulit yang putih tapi saya sendiri hairan mengapa mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada,kalau saya walaupun gelap tapi berkulit bersih tanpa sebarang jerawat saya sangat bersyukur sangat.bagi saya lebih baik berkulit gelap bersih daripada berkulit cerah tapi berjerawat.Kerana saya mengalami masalah jerawat yang sangat sukar dihilangkan dan ambil masa yang lama.
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 27-02-09 08:27
Pada 12-10-06 15:48 , destinasi_abadi posting:!!! QUOTE !!! salam... hari tu dalam kelas ethics ada belajar pasal pembedehan plastic dan perkara yang sengkatan dengan nya....masa tu ada seorang student tanya kat ustaz hukum memakai krim pencerahan ini...menurut ustaz tu....tak salah...malah Islam tak mengharamkan pun...sebab ianya tak tergolong dalam perkara2 yang mengubah ciptaan Allah...
wallahua'lam... Owwh.... Terima kasih. Baru tahu niiee...
|
fizizzuddin
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.02.2009 Ahli No: 37209
Posting: 40
|
Posting pada: 27-02-09 11:21
SALAM..ALAHAI...KALAU SETAKAT MENCERAHKAN KULIT MUKA ITU TIDAKLAH LAGI DIKIRA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.KULIT CERAH KE,KULIT WARNA KICAP KE-TAPI KICAP MANIS AAA...-SERUPA SAJA,JANJI HATI MESTI BAIK.TAPI KALAU NAK SAMPAI BEDAH KULIT,PAKAI PENCERAH YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA,BERCAMPUR DENGAN BAHAN-BAHAN YANG HARAM,ITU BARULAH TERGOLONG MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.SETIAP MANUSIA ITU DICIPTA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN.BUKA TAFSIR AL-QURAN SURAH AT-TIIN.
|