Oleh |
macam mana nak tegur kawan? |
permata_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak
|
Posting pada: 15-02-06 22:35
 ... ana nak tanya pendapat warga ukhwah.com.. ana ada seorang kawan tuisyen ni...dia tak pakai tudung..tapi,islam..w/pun macam tu...dia tu memang baik... nak tegur macam mana ye?
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 20-02-06 14:49
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah baik sungguh hati anakanda kerana mengambil berat akan dosa pahala seorang rakan. Yang pertama sekali ialah jadikan diri anakanda contoh terbaik sebagai seorang muslimah yang solehah. Kemudian bila berbual usahlah ikut rentak bualannya tetapi ajak kepada berbual tentang yang berfaedah - contohnya jadual harian - anakanda ceritalah mulakan hari dengan solat dan sekiranya uzur (sekiranya sudah baligh dan wanita pula) maka anakanda akan istighfar dan kemudian kejutkan adik beradik lain untuk solat subuh. Ceritalah jadual harian yang elok ya. Kemudian bersegera untuk ke sekolah dan pakai pakaian sekolah yang telah disediakan malam sebelumnya. Beritau pada rakan itu bahawa anakanda amat perihatin bab aurat tanpa menyuruhnya ikut tapi katakan bahawa tak selesa kalau tudung berkedut dan kena seterika dan sebagainya. Anakanda tunggu reaksinya bab tudung ni ya. usah sebut halal haram pada rakan tu kerana hatinya belum sedia / belum mendapat petunjuk dan hidayah yang sebenar. Maksud umi petunjuk dan hidayah dah ada tetapi melengkapi diri dengan menutup aurat tu masih belum lagi. Dan anakanda kena bersungguh-sungguh dalam tuition dan juga berakhlak dan berbudi bahasa agar rakan itu nampak bahawa anakanda walau bertudung beza dengan mereka yang bertudung tapi kurang akhlak atau kurang sopan. Kekadang manusia ini jiwa mereka memerlukan satu tarikan yang hebat untuk mendapat petunjuk hidayah sebenar tu. InsyaAllah dalam bergaul semasa tuition dan di luar tuition diharap anakanda dapat menjadi contoh dan mungkin hatinya bakal terbuka untuk menutup aurat kelak. Ameen ya Rabbal Alameen. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - tutuplah aurat sebelum aurat anda ditutupkan (dengan kain kafan).
|
setanggisyurga22
Warga 5 Bintang Menyertai: 25.01.2006 Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~
|
Posting pada: 20-02-06 14:53
 wrt wbt.. ana setuju dengan pendapat umi...  Syukran umi...
|
serah
Warga Rasmi Menyertai: 25.02.2006 Ahli No: 22982
Posting: 10
Dari: pahang
|
Posting pada: 27-02-06 18:02
assalamualaikum, permata bintang,bukan awak sahaja yang menghadapi hal ini, tapi,kita mesti menyekat maksiat daripada terus berlaku. kalau ada kuasa,tapi awak student lagi, tapi masih ada suara,kenalah tegur,saya sokong tindakan anda.tahniah, cadangan saya, sediakan ilmu secukupnya(dalil al-Quran&Hadis) bermesra dengan dia(sehingga dia tidak kekok untuk berbualkan hal peribadi dengan awak) teguh dia dengan mengajak,pada keadaan tenang beri jawapan dengan baik. Beri peluang,jangan kata>>>"saya dah cakap,jagan nak babitkan saya di akhirat nanti" tu saja salam..........  ----------------- muhasabah diri selalu
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 27-02-06 18:19
 tegurlah sahabat anda itu dengan berhemah..... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
vanadium_oksida
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak
|
Posting pada: 27-02-06 18:31
nak mengeur memang bagus tapi biar lah tegur secara berhikmah lagi bijaksana....bukan apa mungkin pekara yang kawan kita buat itu dia anggap tak salah @ pun dia tak tahu sesuatu perkara itu salah disisi agama islam.....lagi pun setiap daripada kita ada maruah jangan lah tegur dengan cara kasar sangat..... sekiranya kita dah tegur dia banyak kali....tapi dia buat tak tahu saja atau marah kita balik bila kita tegur......biarkan dia sebabnya kita dah tegur apae yang sepatutnya kita tegur...betul tak...apa-apa pun berusaha lah unuk mengubahkan dia kepada yang lebih baik...akhlaknya...wassalam
|
hallimni
Warga Rasmi Menyertai: 25.10.2005 Ahli No: 20074
Posting: 18
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-02-06 17:04
nak tegur kawan 2 memang bagus..tapi kita kena la tnjuk cntoh yang baik..jangan la kita tegur orang tapi kita sendiri yang buat.. tgur orang banyak cara..Rasulullah pesan, kalau tak mampu guna tangan,kita guna mulut..tapi kalau tak mmpu gna mulut kita boleh gna hati...tapi jangan la pandang serong kat orang yang buat slah..yelah..mana la tau kalau Allah nak uji kita pula...yang penting kita doakan supaya kwan kita 2 berubah... ----------------- kawan ialah seorang yang memberikan kita kepak apabila kita lupa cara untuk terbang...
|
aisyahusna
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23069
Posting: 62
Dari: perak
|
Posting pada: 28-02-06 17:08
Hmm..di samping usaha kena ada tawakal..doakan agar dia mendapat hidayah..InsyaAllah..selalunya hati orang yang lembut dan baik ni mudah dapat hidayah..Wallahua'lam... ----------------- Kekayaan pada lapangnya hati.. Rupawan pada indahnya budi.. Bangsawan pada kerendahan diri.. yang sering sujud di telapak Ilahi..
|
great_teacher
WARGA SETIA Menyertai: 03.01.2004 Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...
|
Posting pada: 01-03-06 01:57
tegur dengan penuh hikmah...elakan daripada menguris hati dan perasaannya...biar lambat asal selamat...insya-ALLAH, akan dipermudahkan dengan izin ALLAH...
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 01-03-06 09:30
susah sebenarnya nak tegur kawan-kawan yang tak pakai tudung ni, saya pun ada ramai jugak kawan macam ni tapi kita hanya mampu tunjukkan contoh yang baik saja. Bukannya dia tak tahu menutup aurat itu wajib cuma mungkin dia belum bersedia atau family dia jenis yang macam tu, so dia tak kisah. tetapi saya paling tergamam kalau terjumpa rakan-rakan sekolah yang dulu bertudung tapi bila dah dewasa, tudung hilang entah kemana.. serasa macam taknak bertegur sapa...sebab persepsi saya terhadap dia sudah berubah (bersangka buruk)....nauzubillah. Saya hanya mampu berdoa dan memohon supaya Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka dan tunjukkan mereka jalan yang benar...
|
puteri_kk
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11389
Posting: 129
Dari: healthy campus
|
Posting pada: 07-03-06 17:46
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNYA dalam mengemudi hidup ini..berilah dia sedikit masa untuk berubah, Jangan terlalau mendesak, karang lain pula jadinya..semoga berjaya! Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ” -riwayat muslim [ Telah diedit oleh: puteri_kk pada 07-03-06 17:49 ]
|
ibnuabbas
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif
|
Posting pada: 13-03-06 20:57
ana berpendapat sebagaimana pendapat ummi
|