>Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ada seorang
>ibu yang kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari.
>Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan
>satu2nya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.
>
>Pada satu pagi, macam biasa, dia tengah bersiap2 nak pergi
>jual tempe. Tapi
>tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang dibuat daripada kacang
>kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum
>menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa
>amatlah sedih sebab tempe yang masih belum menjadi
>pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dapat
>wang untuk hari tu.
>
>Tengah dia bersedih tu, tiba-tiba dia teringat akan
>firman Tuhan yang menyatakan Tuhan dapat melakukan
>perkara2 ajaib kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan. Lalu
>dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya
>Tuhan. aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi
>tempe. Amin?." Begitulah doa singkatnya yang dipanjatkan
>dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yang Tuhan pasti
>mengabulkan doanya.
>
>Lalu dengan tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe
>itu dengan hujung
>jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu untuk
>menyaksikan keajaiban
>kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika
>sebab kedele tu masih
>tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia
>fikir mungkin doanya
>kurang jelas didengar oleh Tuhan.
>
>Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
>berdoa lagi. "Tuhan. aku tahu bahawa tiada yang mustahil
>bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual
>tempe kerana inilah mata pencarianku. aku mohon agar
>jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan
>debaran dia pun sekali lagi bukak sikit bungkusan tu.
>Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia
>melihat yang kacang kedele tersebut??????....masih tetap
>begitu !!!!!!!
>
>Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar
>dah semakin ramai orang. Si ibu ni tetap tak kecewa atas
>doanya yang belum terkabul.
>Bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia
>bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
>dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan
>akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun
>bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya
>untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.
>
>Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua
>tangannya untuk
>berdoa. "Ya Tuhan. aku percaya, Engkau akan
>mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke
>pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
>jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat.
>Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa
>dalam hati.
>
>Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan
>macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan
>barang dagangannya. Dia betul2 yakin yang tempenya
>sekarang mesti dah menjadi. Lalu dengan hati yang
>berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dengan
>jarinya setiap bungkusan yang ada. Pelan2 dia bukak
>sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa
>yang terjadi saudara-saudari??????????......tenyata
>tempenya
>benar-benar?????????????????....belum menjadi!!!!!!!!!
>
>Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas
>dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana
>doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil.
>Tuhan tak kasihan padanya sedangkan dia hidup cuma dengan
>hasil jualan tempe saja. Seterusnya, dia cuma duduk diam
>tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yang
>mana ada orang nak beli tempe yang baru separuh jadi itu.
>
>Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar dah
>mulai sepi dengan
>pembeli. Dia tengok member2 yang sesama penjual tempe,
>tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia
>tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi
>kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dengan
>rasa yang teramat kecewa. Dia tau yang hari tu dia takkan
>dapat pendapatan langsung.
>
>Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
>wanita. "Bu...?!
>"Maaf ya bu, saya mahu tanya. Apakah ibu ada menjual
>tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling
>pasar mencarinya tapi masih belum ketemu."
>
>Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget.
>Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu,
>dalam hati cepat-cepat dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku
>tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap
>seperti semula, Amin".
>
>Tapi lepas itu, dia masih tak berani lagi nak jawab
>kat wanita itu. Dia
>fikir entah-entah masa dia tengah duduk2 termenung tadi,
>tempenya dah menjadi. Jadi masa itu dia dalam keadaan
>ragu2 lagi nak jawab. "macam mana ini?" Dia fikir. "kalau
>aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, siapa tau
>mukjizat Tuhan?"
>
>Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan,
>biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada
>orang yang nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.
>Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali.
>
>Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit
>daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya
>saudara-saudari????????????....Ternyata memang benar
>tempenya ?????????????.....belum jadi!!!!!!!!! Dia pun
>bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah",
>ucapnya.
>
>Dipendekkan cerita, wanita tu pun memborong habis semua
>tempenya yang belum
>menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, si ibu ini
>sempat jugak tanya wanita itu Kenapa nak beli tempe yang
>belum jadi. Rupa2nya, wanita itu kata yang anaknya di
>England kepingin tempe dari desa. Memandangkan
>tempenya itu nak dikirimkan ke England, dia kenalah
>beli yang belum jadi lagi supaya bila sampai di England
>nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yang dah jadi,
>nanti di sana tempe itu dah tak elok lagi dan rasanya
>pun dah kurang sedap.
>
>Begitulah alkisahnyee?TAMAT?
>
>Moral of the story?.
>
>1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah
>sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih
>mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik
>untuk kita.
>
>2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian
>kita sebagai hambaNya yang lemah. Dan jangan sekali-kali
>berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah
>bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
>rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. Hanya
>kpdNya lah kita memohon & bertawakkal?
>
>3. Mari makan tempe untuk kesihatan dan
>kecergasan....tak percaya tanya lah orang-orang Jawa?hehheh? =)
-----------------
SAYANG ABAH SANGAT..SAYANG MAK SELALU...