Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: siapa boleh???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» siapa boleh???

Please Mendaftar To Post


Oleh siapa boleh???

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 00:19


jacque and mawi-maszlee malik
    
Antara Jacque dan MAWI...siapakah pilihanku?
    
Maszlee Malik
    
    
     Sewaktu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak Petronas di ibu negara, saya terdengar perbualan para pekerja stesen tersebut. Antara lain bunyinya, "Memang patut Jacqueline Victor tu menang, suara dia sedap!". Kenyataannya itu kemudian dibidas, "Taklah, harap suara sahaja, tapi mana dia ada ramai peminat, tengok MAWI, dia menang sokongan peminat, itulah baru penghibur!". Muncul pula celahan dari ahli forum yang lain, "MAWI harap peminat sahaja, Victor baru best!". Saya hanya tersenyum melihat mereka. Kemudian, salah seorang dari mereka bertanyakan kepada saya: "Abang sokong siapa? Jacque ke MAWI?". Saya terus menjawab "Muhammad SAW"!!!
    
     Mengapa tidak, di kala umat Islam satu dunia sedang bangkit menunjukkan kemarahan terhadap akhbar-akhbar Eropah yang memaparkan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Umat Islam di Malaysia sibuk bertengkar tentang AJL, lebih spesifik lagi, tentang MAWI dan Jacqueline Victor. Ke manakah arah rakyat Malaysia?, mungkin kerana terlalu "Hadhari" keIslaman mereka.
    
     Menarik, apabila ditanyakan kepada PM tentang kemarahan umat Islam sedunia, dia mengatakan rakyat Malaysia perlu bertindak rasional. Apakah agaknya rasional rakyat Malaysia?, mungkin bersikap tidak sensitif kepada Nabi SAW dan menyibukkan diri dengan AJL. Atau juga rasional itu dengan tidak ambil kisah langsung terhadap Rasulullah SAW. Atau mungkin juga penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sudah terlalu biasa bagi rakyat Malaysia. Mungkin juga ada betulnya. Lihatlah mantan PM kita yang pernah menghina janggut Rasulullah SAW. Lihatlah penulis kita ada yang menghina Rasulullah SAW, tetapi masih berpeluang meneruskan penghinaan terhadap institusi agama pula. Lihatlah juga kepada penghinaan-penghinaan lain yang selalu berlaku di tanah air kita. Maka apabila akhbar-akhbar Eropah menghina Rasulullah SAW juga, tiada apa-apa kesan bagi diri kita.
    
     Bukanlah kita mengharapkan rakyat kita bertindak liar dengan membakar kedutaan Denmark dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, jika mereka dapat membuat bantahan, itu pun sudah cukup. Demo, memorandum, boikot dan juga beberapa inisiatif yang bersifat madani boleh diusahakan. Sayangnya, kesepian rakyat Malaysia seolah-olah mentafsirkan kepasifan mereka di dalam menyikapi hal ini. Tidaklah mahu dinafikan usaha NGO-NGO dan juga PAS di dalam hal ini, tetapi di mana kerajaan?, di manakah pengerusi OIC?, di manakah Islam Hadhari?
    
    Di dalam mencari jawapan ini semua, akhirnya mata penulis terpegun kepada kilang arak terbesar di Asia Tenggara milik syarikat Denmark di Shah Alam. Mungkin kilang ini boleh menjawab kesepian Malaysia "Islam Hadhari" berhubung isu penghinaan Rasulullah SAW. Bagi para marhain pula, dibuailah mereka dengan dodoian AJL, dan juga perdebatan tidak pernah surut: "Jacque atau MAWI"....Malaysia Boleh!!!
            
---------------------------------


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 02:30


ana kurang arif situasi dimalaysia sekarang ini. tapi, melalui pengamatan ana, budaya berhibur dalam masyarat malaysia sangat menebal dan agak susah untuk dikikis. on saja tv, nyanyi2, konsert, popkuiz, af, ajl, abp, juara entah2 apa lagi. akhir zaman tu tandanya. kadang-kadang ana sedih tengok remaja2 sekarang, rela tercangak depan tv dr duduk kat masjid ke, buat home work, mengaji quran, baca bahan bacaan ringan ke (pendek kata buat sesuatu yang berfaedah).
berhibur sememangnya dibenarkan dalam islam. Sebuah hadis menyatakan, ketika Abu Bakar kebetulan masuk ke rumah puterinya Aisyah yang juga isteri Nabi s.a.w. kelihatan seorang penyanyi wanita sedang menyanyi. Penyanyi itu mungkin untuk menghibur Aisyah lalu disergah Abu Bakar, kerana menurutnya, nyanyian tidak sesuai dengan seorang isteri nabi dan dinyanyikan dalam rumahnya. Apabila perkara itu sampai ke pengetahuan nabi, baginda menasihati Abu Bakar supaya membiarkan sahaja nyanyian diperdengarkan kerana hari itu adalah Hari Raya.'
tetapi perlulah merujuk kepada batas2nya. kalau konsert bercampur lelaki-perempuan, menghina waktu maghrib, tayang menayang aurat, tabarruj suara, ada unsur2 pembaziran pulak tu, pendek kata ada unsur2 maksiat, sudah tentu jatuh haram hukumnya.........

p/s: sekadar pendapat. kalau salah silap harap maaf dan perbetulkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

Kerana_Allah
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22134
Posting: 13
Dari: Malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 11-02-06 06:07


Assalamualaikum w.b.t,

saya ada sedikit pertanyaan, dalam bab terakhir artikel di atas, adakah ummimq maksudkan bahawa kebisuan pihak kerajaan Malaysia adalah kerana menjaga kepentingan ekonomi Malaysia dengan pelabur Denmark?

Saya sendiri rasa confius mengapa rakyat Malaysia terutamanya golongan atasan seakan-akan pasif mendengar berita penghinaan Nabi junjungan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Kerana_AllahProfil   Hantar PM kepada Kerana_Allah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 09:16


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Artikel tersebut adalah tulisan Ustaz Maszlee Malik dari UIAM seorang penulis proaktif dan juga paling ke depan antara kalangan aktivis dalam memperjuangkan isu Palestin.

Beliau sekedar meluahkan isi hatinya akan keadaan di Malaysia terkini. Rakyatnya yang majoriti Islam berpemimpinkan majoriti orang Islam dan negara yang declare negara Islam masih tidak dapat menghayati konsep Iman, Islam dan Ihsan.

Sebenarnya Allah izin berlaku penghinaan terhadap Rasulullah saw untuk menguji kecintaan umatnya. Timur Tengah dan minoriti rakyat Indonesia menunjukkan sikap mereka. Dan Malaysia sepertimana biasa 'menolak dengan hati' walau Sarawak Tribune ditutup kerana 'kurang ajar' menyiarkan gambar penghinaan tersebut. Itupun setelah seminggu berlaku polemik antara tutup dan tak tutup.

Yang jelas penyiaran kartun penghinaan itu adalah satu provokasi kepada Islam secara umum dan juga untuk menyemarakkan lagi kebencian antara Islam dan bukan Islam. Secara tak langsung negara kuffar itu ingin menambah minyak kepada api keganasan yang telah dicop dan label kepada Islam.

Bila orang Islam bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati dengan mengadakan tunjuk perasaan dan juga sedikit suasana yang tegang maka 'mereka - kuffar - zionis' menuding jari ... tengok 'sahlah mereka - Islam' itu pengganas.

Jadi usahlah jatuh kepada jerangkap samar mereka. Walau apapun sememangnya kita kesal akan apa yang telah berlaku. Kita pulangkan pada Allah untuk membalas mereka yang berniat jahat terhadap agama-Mu Ya Allah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Rasulullah solallallahu 'alaihi wassalam bersabda mafhumnya "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Ibnu Jauzi, Talbis Iblis, masa 143 Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, Beirut)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

an-najaah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..

burkinafaso  


posticon Posting pada: 11-02-06 13:06


Wa'alaikumussalam warahmatullah

Entahlah ya ummi, kemana hilangnya semangat cintakan agama, cintakan negara dalam diri bangsa kita. Terlebih Monosodium Glutamate (Aji no moto) agaknya..

Adakah ini yang dikehendaki oleh pihak tertentu.. supaya Melayu semakin lama semakin layu? Boleh ummi bagitau bagaimana nak naikkan balik semangat bangsa kita? Supaya benarlah kata Hang Tuah "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Syukran..
[ Telah diedit oleh: an-najaah pada 11-02-06 13:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For an-najaahProfil   Hantar PM kepada an-najaah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 13:16


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anakanda tu. Bab sejarah ni sebenarnya kena dilihat dari kacamata non prejudis barulah kita akan dapat melihat realiti sebenarnya.

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita mestilah letak Al Quran dan As Sunnah di hadapan kita barulah kita menganalisa sesuatu agar tidak menjadi golongan yang rugi di akhirat. Walaupun untung di dunia kerana kehebatan Melayu dalam arena politik, ekonomi dan sebagainya tetapi rugi di akhirat apa gunanya. Sebab itu cubalah cari untung di dunia dan akhirat dengan berilmu Al Quran dan Al Hadis. Kata-kata 'Tak Melayu hilang di dunia itu' boleh ditafsirkan pelbagai namun mana ada yang kekal dalam Islam kecuali Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Pencipta segala-galanya.

InsyaAllah Melayu Islam tidak akan hilang di dunia kerana Melayu Islam akan berusaha keras untuk mencari bekalan bagi melalui alam barzakh dan juga alam akhirat yang kekal. Maka teruskan membuat amar ma'ruf nahi munkar dan carilah ilmu tanpa jemu dan putus asa ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - dah umur senja dah tapi rasa begitu cetek sekali ilmu.... doakan umi dalam doa anak-anak ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

an-najaah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..

burkinafaso  


posticon Posting pada: 11-02-06 13:34


Syukran jazilan atas nasihat ummi. Sama-samalah kita menjadi Melayu Islam yang berIman lagi berTaqwa.. Amar ma'ruf nahi munkar.. Insya Allah do'a anakanda sentiasa mengiringi orang-orang yang sentiasa mencari dan berada dijalanNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For an-najaahProfil   Hantar PM kepada an-najaah   Quote dan BalasQuote

hanan2503
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 14:18


Memang sedih bila lihat keadaan zaman sekarang yang seakan 2 menghalalkan yang haram dan mangharamkan yang halal..sepatutnya,program2 agama harus ditambah dan program sebaliknya harus dikurangkan..makin lama makin menjadi2..usaha macammana nak bendung supaya kita tak mengikut perkara yang memang sepatutnya haram kita ikut??takut juga kan.."kiamat sudah dekat"

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan2503Profil   Hantar PM kepada hanan2503   Pergi ke hanan2503's Website   Quote dan BalasQuote

an-najaah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..

burkinafaso  


posticon Posting pada: 11-02-06 18:49


Assalamu'alaikum..

Setuju dengan hanan. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita semua kembali ke zaman kegemilangan Islam. Mengikuti sunnah sebagaimana yang difahami dan diikuti para salaf. Tanamkan dihati kita rasa yaqin bahawa tidak akan menjadi hina orang-orang yang mengikuti agama Allah. Dan tidak akan menjadi mulia orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasul. Sama-sama kita penuhi ilmu di dada, bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah, supaya tidak terkeliru kita antara yang ma'ruf dan yang munkar, yang benar dan yang bathil dan yang halal dan yang haram. Wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For an-najaahProfil   Hantar PM kepada an-najaah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-06 22:57


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah atas kesedaran bersama merasakan Islam begitu tergugat. InsyaAllah kita teruskan kerja kita iaitu amar ma'ruf nahi munkar dengan berasaskan ilmu Al Quran dan As Sunnah (al Hadith). Cuma perlu diingat bahawa ciri utama dalam Islam ialah akhlak mulia, solat, doa dan banyak bersabar dalam menjalankan kehidupan hari ini. Yang penting kita sekedar menyampaikan namun petunjuk dan hidayah itu adalah dari Allah SWT jua.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - usah berputus asa sekiranya yang disampaikan tidak menurut apa yang kita sampaikan kerana semuanya adalah ibadah lillahi ta'ala.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 11:30


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Dari Abu Musa Al-Asy'hari ra yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
"Perumpamaan seorang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah limau, baunya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti kurma, tidak mempunyai bau, namun rasanya manis. Perumpamaan seorang munafik yang membaca Al-Quran bagaikan minyak wangi, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti handhalah (sejenis labu), tidak mempunyai bau dan rasanya pahit." (hari Muttafaq Alaih).

"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alim lamm miim itu satu hurut tetap alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf." (hari Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-04-06 13:11


Assalamualaikum.

kebetulan saya pernah lalui situasi sebegini dan telah pun saya tulis dalam blog. cumanya isu dia adalah isu kenaikan harga minyak pada tahun lalu.


Sunday, July 31, 2005
Harga minyak dan hiburan.

Assalamualaikum.

Untuk kali ketiga harga minyak kita naik lagi. Nampaknya kuasa beli dan upah benar rakyat semakin menguncup kerana harga minyak inilah yang boleh beri impak yang besar kepada harga barang-barang keperluan harian.

Apabila kenaikan harga minyak diumumkan pada malam minggu yang lepas, saya menemani seorang sahabat mengisi minyak di sebuah stesyen minyak. Dapat saya perhatikan malam itu rakyat berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum harga minyak naik pada tepat jam 12 tengah malam. Setelah lebih kurang 20 minit beratur panjang akhirnya tiba giliran kami untuk mengisi minyak. Dalam kesibukan pemilik kenderaan mengisi minyak, di sebelah pam tempat kami mengisi minyak, seorang wanita yang separuh umur rancak bercerita tentang peserta yang tersingkir dari Akademi Fantasia yang juga berlangsung pada malam itu.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini, nampaknya hiburan seolah-olah menjadi seperti dadah atau alat penenang yang boleh meredakan fikiran manusia yang berserabut buat sementara waktu. Walaupun ianya hanya sementara waktu, tetapi ada banyak jenis hiburan lalai yang disajikan. Dari Akademi Fantasia hinggalah ke Malaysian Idol dan program hiburan sebegini tidak putus-putus ditayangkan di televisyen.

Saya pernah terbaca sebuah majalah yang menunjukkan bahawa industri hiburan di india khususnya bollywood menjadi alat untuk masyarakat miskin di negara tersebut untuk melupakan kesengsaraan yang sedang mereka hadapi. Malahan dalam majalah itu juga menyatakan bahawa golongan miskin ini sanggup menghabiskan pencarian mereka selama sehari semata-mata untuk menonton filem kegemaran mereka.

Maka tidak hairanlah mengapa di negara kita semakin banyak program-program berbentuk hiburan diwujudkan khususnya di televisyen. Tujuannya hanyalah supaya rakyat semua di lekakan dari memikirkan kezaliman yang dikenakan terhadap mereka.

posted by lidah penghunus @ 8:50 AM 0 comments


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 08-04-06 13:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 08-04-06 16:03


apo nak dikato...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 04:45


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Semalam umi terima panggilan dari seorang anak melalui telefon memberitahu beliau dapat temuduga peringkat terakhir PTD. Menurutnya kini Pak Lah mahukan lebih ramai yang dari background Islam masuk PTD. Jadi kita sama-sama fikir-fikirkanlah. Selagimana mengucap dua kalimah syahadat maka 'masih ada esok bagimu dan bagiku'.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - istilah toleransi dan juga kompromi diwujudkan untuk kita fahami berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurirshad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-04-06 08:34


salam...
pasal karikatur tu, tak nampak mana rakyat Malaysia protes!1
tapi, dalam pengetahuan ana, kat sebuah negara arab,mereka boikot barangan keluaran denmark..
mensikut perkiraan, denmark rugi berjuta2 sehari akibat chocolate yang mereka keluarkan diboikot...TAKBIR!Allahuakbar!!!
tapi,nampak sangat kita terus ketinggalan dalam bab2 agama ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurirshadProfil   Hantar PM kepada nurirshad   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.42928 saat. Lajunya....