Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 96
Ahli: 0
Jumlah: 96




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Kangen koro KANG!


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Kangen koro KANG!

Please Mendaftar To Post


Oleh Kangen koro KANG!

puterikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 22.08.2003
Ahli No: 3045
Posting: 15
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-02-06 15:44


Assalamualaikum....

Dah lama betul tak berforum kat internet ni Teringat zaman dulu-dulu......masa tengah aktif.

Teman berforum yang paling dirindui....Kang. Kabare Kang? Edi & Ezi sihat ke? Rindu juga dengan mereka. Dah lama tak jumpa.

Kalau lalu kat rumah Pakcik Jahri, singgah2 lah...... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterikusayangProfil   Hantar PM kepada puterikusayang   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 17:22


Namaku diseru...
Apa khabar PKS? Hehehe... Lamanya tak dengar khabar berita walaupun rumah berdekatan dan lalu lalang depan rumahnya. Tapi dah tak tinggal di Pencala kan?
Bagaimana sekarang? Semoga sihat sejahtera di samping suami dan anak.

Silalah ke www.inteam.com.my di sana sudah ada komuniti sendiri dan anggota inteam pasti masih kenal PKS.

Untuk pengetahuan semua, PKS, Angah Faezah, Acik Afzan, Hanan Alam Faizli dan Kang suatu masa dulu pernah membangunkan komuniti yang agak besar. Masa itu adalah kejutan kerana baru ada 2 -- 3 komuniti cyber di Malaysia.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 22:08


:-)


-----------------
Lilypie Baby Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 23:14


Eneng bocah wes kepingin arek thuwe anak... hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-02-06 23:21


selain daripada bocah=adik dan anak=anak (kan?) yang lain semua tak faham............... :lol:

p/s: Kang bukalah satu topik khas untuk kami belajar bahasa jawa :-P


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 15-02-06 00:13


ibnu_musa boleh ke cyberjawa.com yang Kang bina untuk kaum jawa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-06 09:22


:-)


-----------------
Lilypie Baby Ticker
[ Telah diedit oleh: ummu_munirah pada 21-02-06 09:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 21-02-06 09:24


Kang, kelas bahasa jawa tak nak buat ke? Tak kisah lah nak bayar berpa pun....Saya nak kena belajar bahasa Jawa sekarang ni... esok2 nak keluarga mertua bercakap Jawa, boleh juga tumpang sekaki...wakaakakakak :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 00:08


Pada 14-02-06 23:14 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Eneng bocah wes kepingin arek thuwe anak... hehehe


salam alaik...
kang..
sopo pulak bocah he yo ;-) hehe


akhi_arab.. erm.. try la buka cyberJawa yang kang suggest tu.. banyak juga kosakata jawa dalam tu ;-)


-----------------
Lilypie Baby Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-02-06 02:29


cerita/isu apa ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-09 23:37


Terjumpa topik lama ini, terasa sayu pula. Buat pengetahuan semua warga Ukhwah, saudari puterikusayang @ kak PKS telah lama meninggalkan kita pergi tak kembali pada Januari 2008. sama-samalah kita doakan moga dia tenang di sana, selamat dari siksa kubur dan ditempatkan di syurga InsyaAllah.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-09 00:01


alfatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-09-09 23:06


Innalillahiwainnailahirojiun...
moga roh nya di tempat kan di kalangn orang2 beriman...

emm sakit apa ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-09 17:04


Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.

Arwahnya sakit apa dan tinggalkan berapa orang anak dan suaminya sudah bernikah lagi ke?

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-09-09 17:58


Hanya untuk mengenang, catatan saya di hari kematian Puteriku Sayang:

Semalam, 16 Januari 2008, saya menerima SMS yang saya sangkakan gurauan. "Kak Siti PKS dah meninggal. Jenazahnya di Hospital Sungai Buluh."

Mesej itu dihantar oleh Acik Afzan, sahabat yang sudah lama benar tidak bertemu dan ketahuan di mana kini. Yang pasti dia sudah kahwin dan tidak lagi tinggal di Terengganu. Acik Afzan itu pun bukan nama sebenarnya. Ia adalah nickname. Sebagaimana biasa, nama sebenar hilang di dalam internet. Bila sebut nama sebenar saya di dalam portal komuniti internet, ramai tak kenal. Bila sebut KANG, ramai yang kenal. Kang bermakna ABANG.

PKS pun nickname singkatan Puteriku Sayang. Jika disebut Siti Hasriyah Jahri tidak ramai yang kenal tetapi jika disebut Siti PKS atau PKS ramailah yan mengenali.

Malam semalam juga terus menghubungi seorang lagi sahabat, Angah Faezah, yang menunggu jenazah di Hospital Sungai Buluh.

PKS sudah tidak ada lagi, sudah pergi untuk selama-lamanya. Seorang lagi sahabat karib pergi tak kembali.

Sampai malam ini, masih lagi enggan percaya sahabat lama sejak tahun 2002 itu sudah tidak ada lagi, walhal siang tadi sama-sama mengangkat keranda turun dari van jenazah dan membawanya ke liang lahad.

Masih tidak percaya walau telah melihat jenazahnya dimasukkan ke dalam liang lahad. Suaminya menangis sambil mendukung anak perempuan yang berumur 3 tahun.

Hakikatnya Siti PKS yang sangat periang itu telah tiada lagi di dunia ini. Dia telah berpindah ke dunia lain dalam usia yang masih terlalu muda. Pemergiannya mengejut. Sehari sebelumnya saya ternampak icon YM beliau menyala dan berkata, "Kejap lagilah tegur dia..." Sampai petang terlupa.

Mengikut Angah Faezah, bahkan sehari sebelumnya dia yang satu ofis dengan Siti PKS, tidak ada sebarang perubahan. Semasa pergi ke EMI, mereka gelak ketawa seperti biasa.

Di atas kubur Sungai Pencala, bertemu dengan seorang lagi sahabat. Jijah namanya. Dia pun memberitahu sehari sebelum meninggal mereka berbual seperti biasa. "Dia riang sangat," katanya. Tapi, bila masa tidak pernah melihat Siti PKS riang? Sepanjang masa sentiasa riang ketawa.

Yang tinggal hanyalah kenangan abadi sejak tahun 2002.

Tidak diketahui punca kematian Siti PKS. Menurut Alang, kakaknya, Siti jatuh sama ada di bilik dan mengengsot ke bilik air atau sebaliknya. Angah Faezah menelefon ke rumah Siti berkali-kali tidak berjawab setelah lebih kurang sejam Siti memberitahu dia demam. Mengesyaki sesuatu kerana tidak berjawab sejak dari pagi, Angah memberitahu Alang. Angah berasa tidak sedap hati. Pada sebelah petang itulah Alang ke rumah Siti. Alangkah terkejutnya, Siti terbaring dibilik air, berdarah, pucat lesi. Kukunya sudah biru. Akhirnya Siti meninggal di dalam ambulan, lingkungan pukul 7 hingga 8 malam.

Dipercayai, Siti PKS meninggal kerana pendarahan yang banyak. Bermakna juga arwah Siti menahan sakit yang amat sangat sejak dari pagi atau tengah hari membuatkan tidak mampu menelefon atau menjawab telefon.

Memang saya tak percaya Siti PKS sudah pergi tak kembali. Kali terakhir bertemunya lingkungan 4 bulan lepas di ofis beliau. Seperti biasa, kekal gelak ketawa dengan riangnya. Itulah kali terakhir melihat beliau walaupun rumah ibu bapanya sangat dengan rumah saya.

Tahun 2002, saya menubuhkan satu komuniti internet untuk kumpulan nasyid. SahabatHijjaz namanya. Dari web, forum hinggalah kepada logonya, saya siapkan sesudah dikehendaki demikian oleh kumpulan nasyid tersebut, dengan bayaran yang sederhana mahal. Forum pertama agak 'bodoh' diberi nama 'Catatan dan Forum'. Ia sejenis forum 'flat thread' yang percuma. Pada masa itu enjin forum yang paling hebat ialah XMB disusuli dengan PhpBB.

Pada suatu malam di Studio NAR Record sekitar tahun 2002, semasa sedang rakaman album Inteam, Siti PKS datang bersama adiknya. Ada peminat dari Brunei nak bertemu adiknya. Adiknya, Safwan, ketika itu masih dalam Darjah 6 atau Tingkatan 1. Siti PKS adalah kakak kepada Safwan (kumpulan nasyid Aeman) dan Apen (kumpulan UNIC). Di situlah mula berkenalan walaupun sebenarnya sebelum itu Siti PKS sudah mula posting dan bergiat di dalam forum Sahabat Hijjaz itu. Tapi biasalah, dalam internet, sukar atau tak dapat dikenali.

Di dalam forum tersebut jugalah saya mula mengenali dengan lebih rapat lagi Angah Faezah, Acik Afzan, Hanan Alam Faizli, Amalina Izzah dan lain-lain lagi.

Bahkan perkataan "Jejak Kasih" (JK) yang digunakan oleh Ukhwah.com sehingga kini berasal dari arwah Siti PKS. Suatu petang, seperti petang-petang lain, saya ke ofis Hijjaz yang pada masa itu di Bukit Lanjan. Pada masa itu juga nasyid sedang berada di puncaknya bukan di lantai dan menjadi bukan-bukan seperti sekarang ini.

Pada petang tersebut, saya ternampak 3 orang gadis di ruang tamu. Setelah diperkenalkan, barulah tahu bahawa mereka itulah yang kerap posting di forum. "Kang, ini Angah dan Acik. Kiranya petang ini kami sedang Jejak Kasih," kata Siti PKS merujuk kepada rancangan Jejak Kasih TV3 yang popular pada masa itu.

Sejak dari itu kami bersahabat karib. Kami kerap bertemu di mana-mana. Cuma jarang bertemu dengan Hanan yang pada masa itu masih lagi belajar di Nilam Puri.

Forum yang dianggap 'bodoh' dan kerap 'error' pada masa itu telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Di situ mereka menjalin persahabatan dan dalam masa yang sama mengikuti perkembangan nasyid Hijjaz. Hubungan tiga hala (peminat dengan peminat; peminat dengan Hijjaz) memang benar-benar terjadi. Perlu diingat, pada masa itu nasyid memang nasyid.

Tapi sebagaimana biasa, akan ada makhluk yang merosak. Keakraban persahabatan melalui forum tersebut akhirnya dirosakkan oleh seseorang atau beberapa orang.

Kami berpecah. Saya dan Hanan menubuhkan Ukhwah.com dan Hanan.com.my. Angah dan Acik meneruskan pengajian di UIA dan jarang sangat berkunjung ke ofis Hijjaz. Siti PKS pun semakin jarang berkunjung ke ofis.

Namun persahabatan kami kekal abadi, cuma jarang sangat bertemu. Siti PKS tak lama kemudian berkahwin dan berpindah ke Kota Damansara, tidak lagi di Sungai Pencala. Acik balik ke Terengganu dan Angah balik ke Johor. Amat jarang bertemu mereka selepas itu. Seingat saya, semasa perkahwinan Siti PKS pun saya tak dapat hadir (memang saya tak suka hadir ke majlis perkahwinan). Saya wakilkan kepada anak saya Edika Armansur.

Hanya bermula setahun lepas, melalui YM, kami berhubung kembali.

Siti PKS sudah pergi untuk selamanya dalam usia yang terlalu muda. Yang tinggal cuma wajahnya yang sentiasa riang, gelak tawanya yang sentiasa kedengaran dan kebaikannya yang berpanjangan.

Melihat jenazahnya dimasukkan ke dalam liang lahad, saya bertanya kepada diri saya sendiri, "Apakah persediaan saya untuk memasuki liang lahad yang tidak dapat dielakkan itu? Dosa saya pada Allah amat banyak. Dosa saya pada manusia terlalu banyak. Dosa saya pada alam sekitar, makhluk-makhluk Allah juga terlalu banyak. Amal kebaikan dan sedekah amat sedikit. Ya Allah...."

(Nota: saya mengambil masa yang lama untuk menuliskan cerita Siti PKS ini kerana sebak).

Berikut ini adalah kenangan bersama Siti PKS dan ahli SahabatHijjaz semasa mencari lokasi untuk "1st Gathering" di Kem Al-Azhar, Morib. Siti PKS yang memakai baju ungu bertudung putih.







-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098359 saat. Lajunya....