Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: aduh... telah ramai murtad


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» aduh... telah ramai murtad

Please Mendaftar To Post


Oleh aduh... telah ramai murtad

sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-02-06 13:26


:: WAHAI SAHABAT2KU RENUNGKAN DAN FIKIRKANLAH.... ::

kawan kawan, fikir2 kan lah nasib melayu/islam/malaysia sejak
kebelakangan ni. isu sms dah menjadi fatwa orang kita minta di'gezet'kan hukuman dunia (denda rm 3000 atau 2 tahun pejara); isu haram konsert (af, sure heboh etc..) orang kita minta tunjuk hiburan alternatif lah pulak. antara kita kena ada yang beringat kalau tak buat pun jangan buat donno saja, hati paling kurang kena benci pada maksiat yang berleluasa. tak berepa hari lepas 3 orang melayu kelantan tersengih di dada akhbar semasa magemukakan rayuan di mahkamah tinggi untuk membatalkan hukuman mahkamah syariah atas kesalahan murtad, walaupun rayuan mereka ditolak, tetapi inilah
hakikatnya negara islam yang derjuangkan oleh siapa lagi kalau bukan kita..tepuk dada tanya iman..sila baca petikan dibawah untuk mengukur iman kita dan masyarakat am seluruhnya....wallahu'alam


Saya rasa terpanggil untuk menulis serba sedikit isi ceramah yang baru
saja disampaikan oleh ustaz. Zulkifli Nordin ( seorang Peguam ).Pada hari ini, beliau meminta para hadirin semua sama - sama berfikir tentang satu peristiwa yang menggugat umat Islam yang baru saja berlaku dan dilaporkan di akhbar pada 21 Julai yang lalu.

Kes ini akhirnya telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam
sebuah negara Islam yang mana majoriti penduduk nya beragama Islam. Dalam kes ini seorang wanita yang bernama S.Shamala telah berkahwin dengan seorang lelaki India. ( namanya saya lupa ). Hasil perkahwinan mereka ini adalah dua orang anak lelaki. S. Shamala ini bekerja sebagai seorang kerani manakala suaminya adalah seorang doktor. Doktor ini telah mendapat cahaya Islam hasil daripada. kajian dan kesungguhannya mengenali Islam. Lalu pada tahun 2002, doktor tadi telah mengucapkan syahadah dan menjadi penganut Islam yang suci dengan nama Mohd Ridhuan. Disebabkan isterinya tidak mahu bersama
sama menganut agama Islam, doktor tersebut telah mendaftarkan kedua - dua anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun sebagai. penganut Islam pada 25/11/2003.

S. Shamala tidak berdiam diri , malah menuntut hak penjagaan
anak -anak daripada. bekas suaminya. ustaz. Zul menekankan di sini bahawa isu ini sebenarnya bukanlah isu hak penjagaan kanak kanak tetapi bagi umat Islam ia adalah merupakan isu yang lebih besar
iaitu akidah. Mohd Ridhuan merujukkan kes ini kepada. mahkamah Syariah di mana hak penjagaan telah diberikan kepada beliau. Pada 12/01/04 pula, Mufti WPKL telah mengeluarkan satu fatwa yang
dengan itu, pengIslaman kedua-dua anak tadi adalah sah.

TETAPI, setelah kes ini dirujuk kepada Mahkamah Tinggi KL, pihak
yang menuntut telah menggunakan " Akta Penjagaan Kanak - Kanak 1961, Seksyen 5 " sama seperti apa yang berlaku dalam kes Natrah pada tahun 1950. Cuma pada masa itu, ' Akta 'disebut Ordinan'. Dalam akta ini , kanak - kanak boleh diserahkan kepada sesiapa saja asalkan mengutamakan kebajikan kanak - kanak tsbt. Anak - anak juga mengikut agama semasa dia dilahirkan sehinggalah berumur 18 tahun untuk memilih. Kebajikan kanak - kanak lebih diutamakan daripada. kebajikan agama kanak - kanak tsbt. Mahkamah memutuskan S Shamala menjaga anak-anak tersebut di mana Mohd Ridhuan mendapat ' join custody ' - hanya boleh berjumpa dalam
waktu yang terhad saja . Bayangkan bagaimana perasaan Mohd Ridhuan yang tidak mendapat pembelaan di sebuah negara Islam dan hakim bagi kes ini juga seorang Islam. Disebabkan kehilangan kedua - dua anaknya , beliau hampir menyatakan kekesalannya memeluk Islam.

Kes ini agak sama dengan kes Natrah, cuma yang berbeza adalah
sikap kita orang Melayu yang Islam. Akidah orang Melayu di sekitar 1950-an dengan zaman sekarang jauh berbeza. Walaupun, pada masa itu, orang Melayu hanyalah petani dan nelayan saja jika dibandingkan dengan melayu sekarang tetapi akidah mereka begitu dipertahankan. Pada masa itu, kalimah La ilahailallah begitu mahal harganya hingga menyaksikan beribu orang Melayu dari seluruh Malaya turun ke Singapore untuk menyelamatkan Natrah dan akhirnya 13 orang ditembak mati dengan peluru yang bersarang di dada. Berbelas lagi dihukum gantung sampai mati. Kisah ini satu sejarah hitam dan fail kes ini masih tersimpan di dalam arkib. Terdapat juga novel tentang kes ini iaitu ' The Natrah Tragedy '. Sebenarnya dalam kes ini, keluarga Belanda itu bukanlah bersungguh -sungguh untuk menuntut Natrah ( masa itu 15 tahun ) yang ditinggalkan/ diserahkan ketika masih bayi lagi tapi penglibatan gerakan-gerakan Kristian yang ketika itu sangat aktif telah berjaya menggunakan segala kuasa dan undang -undang untuk merampas Natrah dan ' mengkristiankan ' nya semula.
Tapi masa itu kita di bawah jajahan British.

Alangkah sedihnya , bagi kes ini kita semua tidak dapat berbuat
apa-apa di dalam sebuah negara yang kita kuasai. Kes ini adalah rentetan daripada. banyak kes lagi antaranya Aisyah Bokhari, Hartina Kamaruddin,Mohd Yusoff Santhana, sekeluarga Mohd Ibrahim, Siti Solehah dan Tina Nurrahimah dan ramai lagi. Jamaluddin Osman seorang anak Johor dan orang Melayu pertama menjadi paderi di Gereja
jalan Gasing telah menyatakan bahawa dia akan mengkristiankan seramai mungkin orang Melayu. Pihak polis telah menahan beliau di bawah ISA kerana mengancam keselamatan negara. Akhirnya beliau bebas semula setelah tiada fakta yang kukuh untuk penahanannya Bayangkan, seorang yang memang telah jelas menyatakan niatnya mengkristiankan orang - orang Melayu di dalam sebuah negara yang mengaku Islam boleh bergerak bebas dengan misinya. Namanya
sekarang adalah Dr. Joshua Jamaluddin dan tidak lama lagi akan jadi
Bishop.Bukan itu sahaja, masih banyak ancaman yang menanti di luar sana. Sekarang telah ada IRC ( Inter-Religious Council / Majlis Antara - Agama ) yang terdiri daripada wakil - wakil setiap agama seperti kristian, hindu,buddha, sikh dan lain - lain. Sisters In Islam ( SIS ) pulak kononnya mewakili Islam. Keadaan ini mengancam kita umat Islam. Mereka menggunakan kaedah demokrasi di mana suara majoriti diambilkira. Cuba fikirkan, jika mereka berkuasa ,kedengarankah lagi suara umat Islam. Dalam waktu terdekat ini, mereka akan menghantar memorandum ke parlimen utkmenghilangkan /membatalkan satu akta yang. mana Mufti mempunyai kuasa bagi kes-kes yang. menggugat akidah umat Islam . Mereka mahu kuasa IRC mengatasi kuasa Mufti. Dalam keadaan parlimen yang orang Islam anda berbanding puak kuffar, kita sebenarnya boleh hilang segalanya bila -bila saja seperti apa
yang telah banyak berlaku di negara lain. Di saat umat Islam banyak
leka dan lara , tanahair sendiri tiba-tiba dirampas. Akidah umat Islam
begitu rapuh. Sedarlah kita sebelum kita hilang segala - galanya di negara kita sendiri. Na'uzubillah.

ustaz. Zul juga meminta kita semua menyampaikan peringatan ini
kepada semua umat Islam. Jangan lalai dan ingatlah sabda Nabi bahawa mereka (orang kafir ) tidak akan sekali -kali redha dengan kamu ( orang Islam )sehinggalah kamu masuk ke dalam golongan mereka. Wassalam


-----------------
kullu nafsin zaa ikatul maut....


Bookmark and Share

    


  Member Information For sastera_ikhtisasProfil   Hantar PM kepada sastera_ikhtisas   Quote dan BalasQuote

farini
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16986
Posting: 17
Dari: planet bumi

Johor  


posticon Posting pada: 08-02-06 13:49


Assalamualaikum buat penulis yang berani menulis.

Setelah membacanya saya rasa amat terharu kerana masih ada orang Islam yang berani tampil seperti saudara dan gerun jika suatu saat atas nama kecuaian dan kelalaian kita NEGARA ISLAM yang kita cintai akan hanya tinggal sejarah. Kita kini berada di ambang kemusnahan dan kehancuran akidah walaupun kita berada di NEGARA ISLAM kerana umat Islam terlalu leka mengejar dunia yang sementara hingga sanggup menjual maruah diri dan negara!

Doa saya setiap hari akan ada dan lahir orang-orang yang berani seperti saudara kerana kita semakin lemah di tipu dunia. MOGA NEGARA ISLAM YANG KITA CINTAI benar-benar MENJADI NEGARA ISLAM YANG SAYA RINDUI.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariniProfil   Hantar PM kepada farini   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09563 saat. Lajunya....