Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 186
Ahli: 0
Jumlah: 186




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hukum Menyambut Hari Valentine


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hukum Menyambut Hari Valentine

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum Menyambut Hari Valentine

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 11:21


Dhany Sarip :: Apabila Hati Berbicara...

Nampaknya sambutan yang lazimnya orang Melayu galak meraikannya kian menghampiri. Apa lagi, Hari Valentine yang 'meriah' dengan bunga ros, pemberian hadiah, rancangan televisyen, 'cintan-cintun' dan sebagainya yang sia-sia...

Sebelum lebih ramai orang Melayu terus 'melayu' dengan sambutan ini, ingin saya kongsikan artikel artikel yang saya perolehi dari http://www.myquran.orang. Moga bermanfaat!

Keinginan untuk mengikut orang lain memang ada di dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela di dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikiran (mengikuti di dalam perkara akidah, ibadah dan syi'lah).

Rasulullah SAW telah melarang untuk mengikuti tatacara ibadat selain Islam.
"Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (Riwayat Tirmidzi)

Valentine’s Day adalah salah satu contoh hari kebesaran bukan Islam. Pada hari tersebut sebahagian kaum Muslim turut memperingatinya, terutama di kalangan ramaja dan pemuda. Padahal Valentine, menurut salah satu versi sebuah ensiklopedia adalah nama pendeta satu. Valentine yang dihukum mati kerana menentang Kaisar Claudius II yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh itu, perlu dijelaskan kepada kaum Muslim mengenai hukum merayakan Valentine’s Day atau yang sering disebut sebagai Hari Kasih Sayang.


Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, "Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut haram. Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram."

Abu Waqid meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW saat keluar menuju perang Khaibar, beliau melewati sebuah pohon milik orang-orang musyrik, yang disebut dengan Dzaatu Anwaath, biasanya mereka menggantungkan senjata-senjata mereka di pohon tersebut. Para sahabat Rasulullah SAW berkata, "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kami Dzaatu Anwaath, sebagaimana mereka mempunyai Dzaatu Anwaath." Maka Rasulullah bersabda, "Maha Suci Allah, ini seperti yang diucapkan kaum Nabi Musa, 'Buatkan untuk kami tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan-tuhan.' Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sungguh kalian akan mengikuti kebiasaan orang-orang yang ada sebelum kalian." (Riwayat Tirmidzi, ia berkata, Hasan Sahih).

Sheikh Muhammad al-Uthaimin ketika ditanya tentang Valentine's Day mengatakan,
"Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh, kerana alasan berikut:
Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam.
Kedua; ia akan menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara yang tidak berguna seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para Salaf As-Soleh.

Maka tidak halal melakukan ritual hari raya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling bertukar hadiah atau selainnya. Hendaklah setiap Muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah SWT melindungi kaum Muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang tampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya."


Maka adalah wajib bagi setiap orang yang mengucapkan dua Kalimah Syahadah untuk melaksanakan ketaatan terhadap perintah agama yang merupakan dasar akidah yang dipegang oleh para Salaf As-Soleh. Di antara kesan buruk menyerupai mereka adalah mempopularkan ritual-ritual mereka sehingga terhapuslah nilai-nilai Islam. Selain itu, dengan mengikuti mereka bererti memperbanyakkan lagi jumlah mereka serta mendukung dan mengikuti agama mereka.

Sedangkan seorang Muslim di dalam setiap rakaat solatnya telah membaca dua potong ayat yang bermaksud:
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah: 6-7)

Bagaimana mungkin ia memohon kepada Allah SWT agar ditunjukkan kepadanya jalan orang-orang yang Mukmin dan dijauhkan darinya jalan golongan mereka yang sesat dan dimurkai, namun ia sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela.

Allah SWT telah berfirman, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah: 51)

Di dalam ayat yang lain,
"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya." (Al-Mujadilah: 22)

Ada seorang gadis mengatakan bahawa ia tidak mengikuti kepercayaan mereka, sekadar menyambut Hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan sukacitanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Saudaraku! Ini adalah suatu kelalaian! Perayaan ini adalah acara ritual agama lain! Hadiah yang diberikan sebagai ungkapan cinta adalah sesuatu yang baik, namun bila dikaitkan dengan pesta-pesta ritual agama lain dan tradisi-tradisi Barat, akan mengakibatkan seseorang terikut-ikut oleh budaya dan gaya hidup mereka.

Mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang murni, tapi lebih mencerminkan pengadaptasian nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita sehingga saat ini kita melihat struktur sosial mereka menjadi porak-poranda. Alhamdulillah, kita mempunyai pengganti yang jauh lebih baik dari itu semua, sehingga kita tidak perlu meniru dan menyerupai mereka.

Di antaranya, kita memandang bahawa seorang ibu mempunyai kedudukan yang agung, dan kita mempersembahkan ketulusan dan cinta itu kepadanya dari waktu ke waktu. Demikian pula untuk ayah, saudara, suami dan sebagainya, tetapi hal tersebut tidak kita lakukan khusus pada hari yang dirayakan oleh orang-orang kafir.

Semoga Allah SWT senantiasa menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke dalam Syurga yang hamparannya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Semoga Allah menjadikan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang disebutkan di dalam hadith Qudsi:
"Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Kecintaan-Ku adalah bagi mereka yang saling mencintai kerana aku, yang saling berkorban kerana aku dan yang saling mengunjungi kerana aku." (Riwayat Ahmad)

Dari perbahasan di atas dapat disimpulkan sebagai berikut:
:: Seorang Muslim dilarang untuk meniru kebiasan orang-orang bukan Islam, di dalam sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan, pemikiran dan adat kebiasaan mereka.
:: Valentine's Day adalah perayaan bukan Islam untuk memperingati pendeta satu. Valentin yang dihukum mati kerana menentang Kaisar yang melarang pernikahan di kalangan pemuda. Oleh itu, umat Islam tidak boleh memperingati Hari Valentine tersebut.

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 12:59


saya tak berani nak bagi hukum....namun berdasarkan bacaan & daripada ustaz memang menyambutnya hukumnya adalah haram. tak ada baiknya ... malah mendorong ke arah maksiat...

Link ini ada menjelaskan hukum sambutan valentine
http://www.myquran.orang/forum/showthread.php?t=5037


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 13:54


Assalamualaikum

     Akhbar semalam dalam ruangan surat pembaca ada seorang ni yang namanya kita tahu dia muslim, tapi yang sedihnya dia begitu beriya2 mempertahankan sambutan hari valentine ni. Hairan, mengapa dia bersungguh2 mempertahankannya, sedangkan sambutan tu bukannya berasal dari adat budaya melayu, asalnya dari negara barat sana. Nak kata kasih sayang, dalam islam kasih sayang dianjurkan setiap masa, namun ianya ada batas2 dan peraturan, sedangkan hari valentine yang kononnya hari berkasih sayang ni, pasangan yang bukan suami isteri, pasangan yang bukan muhrim yang lebih2, buktinya satu operasi oleh jabatan agama, ramai pasangan yang ditangkap kerana berkelakuan sumbang.

Dalam tu juga dia mempertikaikan hujah sebuah hadis yang bermaksud orang yang menyerupai suatu kaum maka dia akan tergolong kedalam kaum tersebut dengan mengatakan jika begitu kaum bukan islam yang memakai baju melayu atau tudung juga akan menjadi golongan melayu atau islam. Persoalannya sekarang kita mahu menjaga akidah umat islam, persoalan orang bukan islam ingin menyerupai mana-mana kaum pun itu mereka punya hak kerana mereka memang dah kafir.

Satu lagi pembaca tersebut mempersoalkan fatwa yang membolehkan umat islam merayakan tahun baru cina kerana ianya perayaan budaya, bukan agama kerana semasa tahun baru cina kaum2 tiong hua akan bersembahyang di tokong. Ini sepatutnya tidak menjadi persoalan kerana kebetulan majoriti kaum cina adalah beragama budha, jadi tidak hairan la mereka akan menjalankan sekali upacara keagamaan mereka, seperti juga perayaan hari menuai dalam budaya masyarakat melayu yang beragama islam, sudah tentulah mereka akan mengadakan sekali kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran.

Jadi tak sepatutnya la dimasa kita berasa amat2 tersinggung dengan penghinaan orang barat terhadap nabi junjungan kita, pembaca tersebut masih mahu mempertahankan perayaan yang berasal dari barat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

p-jat
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16178
Posting: 20
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 08-02-06 15:49


kalau sesuatu yang dah jelas salah...
kita patut sama-sama tegah

Bookmark and Share

    


  Member Information For p-jatProfil   Hantar PM kepada p-jat   Pergi ke p-jat's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 16:10


majalah REMAJA sibuk mempromosikan VAlentine Day!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Fica
Warga Rasmi
Menyertai: 27.01.2006
Ahli No: 22297
Posting: 6
Dari: Senja di Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 16:32


kalau macam tu lah muslimin dan musliman sekalian kan elok waktu valentine tu kita jangan menyambutnya anggap saja seperti perayaan untuk orang-orang kristian.kalau nak berkasih2 tu diharap ikutler cara yang betul...pilihler waktu2 yy sesuai Kenapa dipilih waktu Valentine ni!apa bangang ka....mrk2 ini......


-----------------
Hm...Jangan ada dusta diantara kita...Chehwa


Bookmark and Share

    


  Member Information For FicaProfil   Hantar PM kepada Fica   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 18:06


Entahlah... semua media sibuk promosi valentine..


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 05:11


assalamualaikum

cuba saudara/i renung balik apa maksud di sebalik valentine day tu... sebenarnya sambutan itu adalah sempena kemenangan puak kristian terhadap agama islam pda masa lepas... kemenangan ini di capai pada 14.2..????. dan setiap tahun mereka sambut kerana untuk memperingati kemenangan itu.
adakah kita sebagai umat islam sanggup menyambut perayaan orang yang ingin menjatuhkan islam?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 09-02-06 10:24


ala...valentine baru nak bagi hadiah... masa2 lain pun boleh bagi hadiah kan... lagipun hukumnya haram

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

zana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.12.2004
Ahli No: 12740
Posting: 45
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 09-02-06 10:28


assalamualaikum...

Valentine day tak payah lah susah2 sangat nak sambut...tapi kalau nak sambut pun kita boleh buat benda2 lain misalnya kita mengadakan majlis2 keagamaan, banyak2 kan lah selawat pada nabi...kekasih kita yang sebenar..
Kalau diikutkan buat kekasih2 di dunia ni tiap2 hari pun hari kekasih tak payah tunggu Valatine day pun...
Jadi fikir2kan lah..yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...sama-sama lah kita mempertahankan ISLAM..... :-? :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For zanaProfil   Hantar PM kepada zana   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 10:28


tapi,Kenapa mereka dok suka sangat time valentine...?
ish..ish...ish :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

Nurida
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22048
Posting: 11

Kedah  


posticon Posting pada: 09-02-06 10:36


Salam.
Topic best ek!Hari valentine...Dah jadi tradisi kekwn2 remaja yang belum kawin celebrate!Tapi boleh ke kita sambut...Pada pandangan saya untuk yang nak sambut tu...Sambutla...TETAPI Celebratela la dengan kekasih kita yang sepatutnya iaitu Rasulullah...
Selawatla ke atas baginda Rasulullah...Pahala pun dapat...Kalau nak sambut dengan cara ikut barat tu xpayahlah.buat tambah dosa saja!fikir la sama dosa pahala ek! :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuridaProfil   Hantar PM kepada Nurida   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 10:43


SEJARAH VALENTINE

Sungguh merupakan hal yang menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, satu. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (satu. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,maka para pengikutnya memperingati kematian satu. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'.Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis†yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian satu. Valentine. Penerimaan upacara kematian satu. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine†yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama satu. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui 'greeting card', pesta persaudaraan, tukar bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa hal/saat/waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di M;sia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya:-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro satu. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi, mengapa kita ingin menyambut hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 11:03


xpayah sambut..
sambut hari ibu cukupla

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 14:11


hehhehe anta sambut ke akwa?
mmmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-02-06 14:46


Pada 08-02-06 12:59 , mihar123 posting:

!!! QUOTE !!!

saya tak berani nak bagi hukum....namun berdasarkan bacaan & daripada ustaz memang menyambutnya hukumnya adalah haram. tak ada baiknya ... malah mendorong ke arah maksiat...

Link ini ada menjelaskan hukum sambutan valentine
http://www.myquran.orang/forum/showthread.php?t=5037



yang pasti, ia membawa kepada kemaksiatan...so, sebagai muslim yang waras,tak wajar kita menyambutnya.


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 15:01


apa susah2 tak payah la sambut....
lagi pun tak nampak faedahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 18:50


:-) Assalamualaikum..


     Tak yahla nak sambut Valentine tu...pelik dengan orang Melayu/ISLAM ni...yang agama suruh tak buat..yang tak suruh tu beria2 nak buat...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 20:24


--- In [email protected], magera bam wrote:
>
> assalammualaikum.........minta tolong bagi pandangan,ataupon terdapat
mana-mana fatwa dari ulama' terutama al-qaradhawi mengenai valentine
day........
>

Reply

salam

Fatwa Islam Online: 09/02/05

petikan:

As regards the Islamic stance on this festival, Dr. Su`ad Ibrahim
Salih, professor of Islamic Jurisprudence (Fiqh) at Al-Azhar
University, states the following:



    Islam does recognize happy occasions that bring people closer to
one another, and add spice to their lives. However, Islam goes against
blindly imitating the West regarding a special occasion such as
Valentine's Day. Hence, commemorating that special day known as the
Valentine's Day is an innovation or bid`ah that has no religious
backing. Every innovation of that kind is rejected, as far as Islam is
concerned. Islam requires all Muslims to love one another all over the
whole year, and reducing the whole year to a single day is totally
rejected.

~~~~~~~~~rumusan:

sambutan valentine adalah bid'ah dan ia tertolak.

sekian

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

annisa_asraar87
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21679
Posting: 4
Dari: kelana jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 10-02-06 23:28


pada pendapat saya..
tidak sepatutnya kita sambut..
kita semua dah tahu hukum diakan..
dah la amalan kita sikit lepas itu nak buat lagi benda yang tak patut buat jadi tambah tolak tambah tolak sama dengan kosong.jadikan hari tu macam hari kita yang biasa.baca al-quran,segerakan solat fardu,bangun tahajuddin.banyak lagi benda yang kita boleh buat.Kenapa kita mesti pilih jalan yang boleh membawa kepada kemurkaan allah??
fikir-fikirkan..renung-renungkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For annisa_asraar87Profil   Hantar PM kepada annisa_asraar87   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 09:42


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah tahniah bagi yang sedar akan hari yang tak patut dikenangpun. Apa ada pada 14 Februari? Sekedar satu hari yang Allah pinjamkan kepada kita di alam dunia yang sementara ini. Dan beranikah kita untuk meraikan sesuatu yang Allah tidak suruh dan dilarang keras oleh Al Quran dan As Sunnah? Kalau berani carilah dunia lain selain dari bumi Allah ini.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - jom pergi kuliah tafsir Dr Abdullah Yassin pada pagi selasa di Taman UK Ulu Klang @ 14 Februari (untuk wanita saja). Ada juga faedahnya kan :).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 10:57


act..sambutan ini dsambut kerana kepercayaan aminisme yang sebenarnya boleh merosakkan aqidah umat Islam sekaligus mmperknalkan gaya hidup kebaratan dengan     bertopengkan gurauan, percintaan, perjodohan dan kasih sayang..dan bagi manusai yang jahil dan kurangnye ilmu agama dalam diri mereka..sudah tentu wajib bagi mereka untuk menymbutnye kerana ia melambangkan cinta..kasih sayang kepada pasangan mereka...

mametik kenyataan Mufti Perak, beliau berkate..,
"Umat Islam yang meraikan hari memperingati kekasih pada 14 Februari boleh danggap murtad jika cara melakukannye mirip dengan agama asal perayaan itu..Kristian.Hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa.."sesiapa yang melakukan operbuatan sesuatu kaum itu..maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut"..

namun apa yang dikesali..umat Islam seolah tdk2 mengambil teladan dr petikan hadis tersebut..
masih ramai yang cenderung untuk memperingati hari kekasih biarpun telah banyak penerangan dsampaikan oleh para ulama' tanah air..

kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita..lagipun..ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan dyakini..
[ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 11-02-06 10:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 11-02-06 18:24


Nampaknya sambutan yang lazimnya orang Melayu galak meraikannya kian menghampiri. Apa lagi, Hari Valentine yang 'meriah' dengan bunga ros, pemberian hadiah, rancangan televisyen, 'cintan-cintun' dan sebagainya yang sia-sia...


macam mana yang diakatakan menyambut valentine tu?cuba definisikan dengan jelas....apa salahnya nak bagi bunga,hadiah or apa pun...salah ke?sedangkan islam pun mengalakkan kita bersedekah dan memeberi hadiah...yang penting adalah niat....dan kita jangan mudah pandang negatif...asal bagi bunga saja cinta....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 00:14


Pada 11-02-06 18:24 , Putra_Aiman posting:

!!! QUOTE !!!

asal bagi bunga saja cinta....


Bagi bunga pada siapa? Ibu? Kakak? Kekasih?

Memang berdasarkan hadith Rasulullah SAW, Islam mengalakkan kita saling memberi hadiah kerana saling memberi hadiah mewujudkan rasa kasih sayang, tetapi jangan salah guna hadith ini. Jangan guna hadith ini untuk kita mengambil kesempatan memberi hadiah kepada kekasih, secara tidak langsung menyambut Hari Valentine...

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 12-02-06 00:44


so what..kalau ibu bukan kekasih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 01:01


siapa umat islam yang menyambut hari valentine itu..hanya memalukan diri sendiri..sebab menyambut hari kejatuhan islam..
kononnya menyambut hari kasih-sayang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 02:06


Pada 12-02-06 00:44 , Putra_Aiman posting:

!!! QUOTE !!!

so what..kalau ibu bukan kekasih?
boleh ke kita kahwin dengan ibu kita :-? :lol:

Kenapa mesti velentine baru nak berkasih sayang, kalau bukan sebab meraikan apa yang diraikan oleh masyarakat kristian???

nak bagi bunga sangat bagi saja masa hari raya, habis cerita...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 21:06


Kalau ibu, baguslah. Cuma, Kenapa perlu kita berikan pada Hari Valentine sahaja? Sebagai tanda sokongan pada Hari Valentine? Bukankah fakta telah jelas Hari Valentine bukan dari ajaran Islam, Kenapa hendak dipertikaikan lagi?

Allahu Ta'ala a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-06 22:41


saya tak pernah pulak nak menyambut valentine atau apapun dan memang tak pernah pun terfikir nak menyambutnya...setahu saya valentine ni asalnya adalah untuk meraikan seorang paderi pada masa dulu yang bernama valentino kerana jasanya yang telah memusnahkan empayar islam pada masa itu...zaman bila dan di mana saya tidak pasti pula sebab dah lama...tapi tak tahu macam mana ianya boleh bertukar kepada hari memperingati kekasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145823 saat. Lajunya....