Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-06-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
RaihanFan: 20 hari yang lalu


Cerpen
Topik: HIKAYAT LAGENDA KERAJAAN UKHWAH.COM


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» HIKAYAT LAGENDA KERAJAAN UKHWAH.COM

Please Mendaftar To Post


Oleh HIKAYAT LAGENDA KERAJAAN UKHWAH.COM

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 30-07-03 11:57


HIKAYAT LAGENDA KERAJAAN UKHWAH.COM
OlehENGLIPURLARA amanmalaysia_peace



Alkisah tersebutlah kisah sebuah negara yang amat jauh letaknya kira-kira 880000 batu nautika jauhnya.negara ini amat kaya,AMAN,dan harmoni segala isi serta jajahan takluknya .Maka tersebutlah satu hikayat kerajaan yg mentadbir negara ukhwah.com ini .Kebijaksanaan serta kemakmurannya kerajaan ini telah amat diketahui seluruh penduduk alam maya .Negara ini dihuni ribuan orang rakyat jelata yang datang dari pelbagai keturunan dan bangsanya yang terdiri daripada jejaka yang amat gagah perkasa serta bijaksana maka selebihnya adalah gadis pingitan yang cantik rupawan .Adapun kerajaan ini dinaungi oleh seorang Maharaja yang dikenali rakyat sebagai maharaja kang aminulrashid yang amat bijaksana orangnya .Baginda seorang raja yang berjiwa rakyat ,sering mencemar duli mengikuti program-program yang diadakan rakyat walaupun terletak jauh dari istana kayangan baginda.Baginda diketahui umum sebagai seorang raja yang low profile tapi tegas dalam urusan negara serta dibantu oleh hulubalang-hulubalang serta laksamana yang amat setia pengikutnya.Bagi melicinkan urusan pentadbiran ,Maharaja Kang aminulrashid dengan diperkenankann oleh rakyat jelata ,maka utuslah seorang sultan dan dua orang sultanah yang terbilang mahsyurnya iaitu sultan salafian wallcrabet serta sultanah hanan pucuk jambu dan sultanah engku salina pinang sebatang.Hatta dengan prinsip demokrasinya dan dedikasinya terbentuklah sebuah kerajaan yang amat kuat dan utuh di bawah pentadbiran yang ulungnya.

Hatta dengan itu maka terbentuklah sebuah kabinet menteri yang amat baik susunannya.Dalam menguruskan hubungan ukhwah antara rakyat dengan rakyat serta rakyat dengan kerajaan ,temenggung zam rizal low pei pei dilantik untuk menguruskannya .Tidaklah berkira akan rakyat sesama rakyat serta rakyat dengan kerajaan .Bagi menjaga serta mengelak serangan penyakit mahupun virus ke dalam negara ,maka cik seri zamrud darul_numan81 wan suasa diwartakan menjaga bahagian klinik . Turut membantu dlam urusan yang berkaitan [petua warisan ] ialah tabib cik seri khaulah_alazwar limau kasturi. Maka indahlah negeri dan sihat walafiat rakyatnya.Betapa pengetahuan am serta isu dan hal ehwal semasa tidak dilupa bagi mengelakkan negara diibaratkan seperti katak di bawah tempurung ,maka cik ratna dewi maryam daun lebar serta megat alam dirimba khalifah demam panas diutus ,memanda menteri hafiz_qiee genggam tangan telah ditugaskan mengawalselia aktiviti sukan dan riadah dek kerana kehebatannya mengajar seni mempertahankan diri[silambam].Terurusnya hal kerjaya rakyat selepas berjaya mendapatkan ijazah dari universiti of ukwah.com[UUC]adalah dengan usaha murni datuk bentara izdham jarum peniti .Bagi menjaga kebajikan mahasiswa diutusnya cik siti wan kembang rumaishaaa fana manakala urusan sekolah terjaga rapi oleh kehebatan dan keaktifan cik siti intan umbrella qaulah_atrah dahan.Bagi mengelak remaja negara terlibat dalam perkara-perkara tak berfaedah maka terbitlah datuk pangeran khairul_izwan diraja monggol.Kehebatannya memimpin generasi harapan agama amat diketahui akan ramainya orang sehingga tidak terkata sebarang kata akan bijaknya itu.Namun begitu bagi meningkatkan kebijaksanaan dan kesohoran negara maka dipanggil para cerdik pandai serta bijaksana bagi membasuh minda rakyat jelata serta segala isi perut kerajaan ukhwah.com.Dalam sektor al-quran dan hadis maka dipanggil pangeran tuan guru darul muttaqin segara manakala tuan guru cik seri intan delima nur_indah sakti membincangkan bab agama.Adapun tuan guru cik seri intan delima nur indah sakti adalah menunjukkan kerajaan serta rakyat ke jalan yang benar.Bagi sektor sirah dan tokoh islam maka diutuslah pendita tuan guru rhazes never complain mengajar rakyat tentang makna sebenar sirah dan pengorbanan tokoh-tokoh islam terdahulu kepada rakyat .Hatta dengan itu ilmu ini dipelajari bagi menghadapi liku-liku kehidupan pahit manis dirasai bersama .Oleh itu ramailah berebut-rebut berjuang mencari ilmu sampai ke negeri jajahan takluk empayar ukhwah.com…negeri cina.Bagi urusan komputer dan it maka terbanglah perwira habib wan_pasir walinong menguruskannya ,turut membantu dalam bidang teknologi ialah cik sri perdana hajidah_aiman seriwan bersama-sama pangeran muda belalang_kampung alkena menjaga bahagian peralatan .Di universiti of ukhwah.com{UUC} maka diimportlah perbagai cendikiawan dan bijak bestari .Dalam bidang karya ,maka berlarilah professor izad al habsyi paragon mendidik rakyat menulis cerpen manakala bahagian sajak melompatlah professor indera guruh cik seri albinanji_10 lelakajol . Professor cik seri khonceskie nur_tinta golden gate pula menyandang jawatan sebagai mahaguru bagi bahagian pantun .Maka mahsyurlah universiti of ukhwah.com sehingga digilai ramai seluruh alam maya.

Seterusnya bagi lebih menjaga kebajikan rakyat pelbagai bangsa satu agama[suara hatiku] maka muncullah cik seri mawarputih phileo merpati bagi menjaganya Sektor hiburan islam pula ,cik sri tun melawi haninuha tempias diangkat menjadi pentadbirnya manakala sektor lirik nasyid diperintahkan cik sri tun daha alfaiennur kuripan mengetuainya.Bagi menjaga kebajikan musafir yang singgah di dalam negara, pangeran raja fajar rusila ching ai pow diutus mengawal bahagian dendang perantau.Hatta dengan itu maka terjaga rapilah kebajikan musafir di aidilfitri dengan terbinanya gudang-gudang,tempat membaiki kapal ,hotel-hotel bertaraf bulan bintang dan sebagainya.Untuk mengelakkan rakyat serta pegawai menteri tension dengan kerja serta untuk merilekskan minda selepas penat membanting tulang ,penglipulara poltergeist edi_best kerma wijaya menjadi penghulunya.Seterusnya dalam usaha kerajaan ukhwah.com untuk menuju wawasan 1515 ,dalam sektor kenderaan didahului pendita bitara isa-VR4 hiliran sungai membincangkan isu kenderaan.Maka dengan itu muncullah pelbagai jenis kenderaan buatan ukhwah.com yang diberi pelbagai nama seperti babas,crookedest,alcatraz dan pelbagai lagi yg telah menembusi pasaran antarabangsa.Bagi menjaga urusan sampaikan ucapan maka terpakulah cik sri tun telani stefaisle gajus muda untul menjadi raisnya.Dari cenel ukhwah.com untuk itu dijemput penghulu hijau heris merlimau untuk menjadi ketua staffnya.

Dalam bidang keselamatan dan ketenteraan ,maka tertubuhlah enam battalion tentera diraja ukwah{TDU} seperti yang tertakluk dalam piagam PBB/UKH-kertas5 ,fail7.93 .Batalion pertama diberi nama rabbani ,duranni dan camar yang diketuai laksamana lembah dalam mohdasrirabbani tersepit bagi menjaga kubu di sebelah timur .Di sebelah barat pula berdiri teguh laksamana terungkit halimfareast don fermaui bersama battalion fareast manakala disebelah utara battalion firdaus setia bersatu di bawah pimpinan general pokok limau purut idzwanfirdaus al nawas .Di sebelah selatan pula terletaknya battalion surflife di bawah mejar terpatri brothersurf semikonduktor mengepalainya.Bagi menjaga urusan keselamatan dalam negara ditubuhkan pula skuad khas ICU haikal di bawah ketuanya tun bidara sayedhaikal nescafe klasik manakala urusan bencana ,kecemasan dan menyelamat maka tersingkaplah pasukan bomba saujana dikepalai cif inspektor megat hakimi saujana terpaku pakis .Begitulah hebatnya empayar ukhwah.com di dalamnya terdapat memanda-memanda menteri serta pegawai yang hebat- hebat belaka .Rakyat turut berkerjasama menjadikan negara AMAN serta harmoni dibelakangi kemajuan ekonomi dan teknologi.


Menurut hikayat melayu lama,kononnya terjadilah satu satu peristiwa yang menggoyahkan segala akan isi kerajaan.Keamanan dan ketenteraman negara tidaklah disenangi akan kumpulan harimau berantai lima bersaudara yang amat kejam akan mereka ini.Dalangnya ialah daeng amanmalaysia_peace kurmawijaya dan disertai daeng kopiah83 bordujaya ,daeng kens2005 walteriojaya, dan daeng sahabat_amin dogojaya.Mereka turut dibantu oleh pakatan kumpulan keledek sakti yang dianggotai oleh raja firdaus_azimi tangan merah,master joshuaisfahan gunung api ,pengeran the brotherz lilitan besi ,bintara hisyamJSH_pasir antartik dan pendekar lidah-penghunus semarak api .Hatta dengan itu semua serangan mereka berjaya.Tiada satupun yang berjaya melepaskan diri akan mereka .Namun begitu dengan kebijaksanaan maharaja serta seluruh isi empayar maka dihimpunkan baginda pendekar yang terbilang handalnya iaitu laksamana raul_gonzalez semerah padi dari jajahan takluk kepulauan jawa,indera mahkota muslih_iman masam manis dari gunung kinabalu,paduka seri akuzakie kental dari jajahan takluk Angkor ,dan temenggung peng_yu klevocheski dari jajahan takluk monggol.Turut membantu ialah serikandi-serikandi dari kepulauan jawa iaitu serikandi tun fatimah_azzahra pucuk paku,serikandi tun sri nawwal kaktus,serikandi tun daim wida_widi pucuk rebun dan serikandi tun permaisuri_hati lang tengah. Mereka ini diutus bagi membantu battalion-batalion tentera diraja ukhwah[TDU] bagi memburu dan menghapuskan segala isi keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan harimau berantai lima bersaudara.Maka berlangsunglah peperangan yang hebat lagi dahsyat di lembah kalimantan diantara pendekar-pendekar kerajaan ukhwah.com serta tentera kumpulan harimau berantai lima bersaudara.Menurut catatan pengembara India,maninderjit vellu @ rahul ,bahawa peperangan ini telah memakan masa,korban dan lain-lain yang banyak,ini kerana ekoran sikap acuh tak acuh pasukan tentera harimau berantai lima bersaudara samaada ingin berdamai atau sebaliknya.Namun akhirnya peperangan berjaya ditamatkan setelah meletus hampir 7 purnama lamanya.Tentera diraja ukhwah.com dibantu pendekar –pendekar yg datang dari seluruh pelusuk empayar kerajaan ukhwah.com.telah berjaya memenangi perperangan itu.

Dengan kejayaan itu maka maharaja kang aminulrashid berbesar hati menjamu seluruh isi negeri serta memperkenan yang kemudiannya diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja mengisytiharkan cuti umum setiap 28 haribulan tahun siput .Hatta seluruh anak negara bergembira 1001 hari lamanya.Menurut catatan pengembara cina ,foo sew lian bahawa setelah tamatnya peristiwa berdarah itu ,negara ukhwah.com telah membangun dengan pesatnya .Dengan pemerintahan maharaja kang aminulrashid serta dibantu sultan dan sultanah serta memanda menteri dan pegawai di samping ukhwah yang erat antara rakyat dengan rakyat serta rakyat dengan kerajaan …….negara itu kekal bahagia selama-lamanya ………………………………………….






THE END




KISAH INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA ,TIDAK KENA-MENGENA SAMAADA YANG MASIH HIDUP ATAU MATI……WATAK –WATAK ADALAH REKAAN SEMATA-MATA BAGI MENGHIDUPKAN SUASANA



HARAP MAAF JIKA KISAH INI MENYINGGUNG PERASAAN SAHABAT SAHABIAH SEMUA ,TANGAN DIHULUR MAAF DIPINTA.







COPYRIGHTCONTROLLED

TERBITAN FILEM KEAMANAN



SALAM KEMAAFAN DAN KEAMANAN

"nEGeRI AmAN rAKyaT BerIMaN"

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-07-30 16:18 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-07-30 18:51 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-07-31 12:37 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-07-31 13:58 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-07-31 14:01 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: amanmalaysia_peace pada 2003-08-01 11:01 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-03 23:55


amboi2 aman.... seronoknya mengarang hikayat...
anyway, terhibur gak baca...
tak thn gelak...

p/s: apasal nama akak pinang sebtg lak???



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 00:29


best... mmg best... time kasih la utk cite hikayat ni... terhibur membacanye... pandai gak ek aman ni reka nama ek??? sedap gak nama akak kat situ....cik sri intan delima tuan guru nur_indah sakti @ cik seri intan delima nur indah sakti... hmm, akak bukan tuan guru laa dik oiii... tak sampai taraf tu lagi... masih anak murid ... hehehe...

p/s: leh pinjam nama tu x nak letak nama anak nanti???

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 31-07-03 12:42


Quote:

On 2003-07-30 23:55, Engku_Salina wrote:
amboi2 aman.... seronoknya mengarang hikayat...
anyway, terhibur gak baca...
tak thn gelak...

p/s: apasal nama akak pinang sebtg lak???



-----------------
SaLam KEaMAnAN!!



assalamualaikumm....kak
thanks sebab suka criter nie...takde keje nak buat .....tiba2 idea muncul nak karang kisah nie....
psal nama akak tu ....aman dpat idea dari citer p.ramlee....yg lain pun macam tu jugak mcam kak hanan psal tgk kwan makan jeruk jambu......lagi nama abg khalifah psal ade roommates demam.... maaf la kalo nama tak best .....

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 31-07-03 12:48


Quote:

On 2003-07-31 00:29, nur_indah wrote:
best... mmg best... time kasih la utk cite hikayat ni... terhibur membacanye... pandai gak ek aman ni reka nama ek??? sedap gak nama akak kat situ....cik sri intan delima tuan guru nur_indah sakti @ cik seri intan delima nur indah sakti... hmm, akak bukan tuan guru laa dik oiii... tak sampai taraf tu lagi... masih anak murid ... hehehe...

p/s: leh pinjam nama tu x nak letak nama anak nanti???

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!



assalamualaikumm......
thanks kak
psal nama akak tu aman dapat dari kawan masa kat sekolah dulu .......nama dia hanya siti seri delima jer...tapi aman tambah jadik cik ceri intan delima.... kawan aman nie antara best student kat skolah dlu...... promote laks...
dgn segala hormatnya dipesilakan utk menggunakan nama ini sebagai nama anak akak yg ke......
maksud nama nie aman tak tau

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

ladyberz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1453
Posting: 52
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 31-07-03 12:50





best r...rajin wat..tapi jenuh gak nak membaca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladyberzProfil   Hantar PM kepada ladyberz   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 13:12


assalamualaikum... satu hasil karya yg cukup mengagumkan. tak pernah terfikir ada hikayat macam ni.. apa2pun...satu percubaan yg cukup membanggakan.

Quote:

On 2003-07-30 11:57, amanmalaysia_peace wrote:
WATAK –WATAK ADALAH REKAAN SEMATA-MATA


rekaan ker? apsal macam biasa jer dengar nama2/nick dalam hikayat tu?

p/s: tak pandai nak reka citer tp cukup pandai nak bagi komen
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 31-07-03 13:49


best la cerita tu...suka sangat, nanti nak print buat hiburan bila-bila masa...boleh tak aman?

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

rhazes
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 126
Posting: 152
Dari: negeri aman rakyat beriman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 16:11


Quote:

On 2003-07-30 11:57, amanmalaysia_peace wrote:
.....Bagi sektor sirah dan tokoh islam maka diutuslah pendita tuan guru rhazes never complain mengajar rakyat tentang makna sebenar sirah dan pengorbanan tokoh-tokoh islam terdahulu kepada rakyat



sesedap rasa je si aman ni bagi nama kat orang ..... tapi apapun alkisah nie mmg best...maybe boleh buat buku kot.... thanks mann......

-----------------
THIS PATH MAY BE DIFFICULT
BUT THE DESTINATION IS CERTAIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For rhazesProfil   Hantar PM kepada rhazes   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 16:45


Quote:

On 2003-07-30 11:57, amanmalaysia_peace wrote:
HIKAYAT LAGENDA KERAJAAN UKHWAH.COM
OlehENGLIPURLARA amanmalaysia_peace


serikandi tun sri nawwal kaktus,>



Assalamualaikum...

Geli hati ana bila baca Hikayat ni...kreatif rupanya akhi kita ni.Nama ana pun ada..terkejut jugak ek. Macam tahu2 je ana ni suka tanam pokok kaktus.

Apapun, syukran la kpd akhi ammanmalaysia_peace krn berkarya..

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 18:01


pucuk jambu.... heheh.. pucuk jambu boleh licinkan kulit muka kan.. oklah tuh...

sedapla nama kak kaei.. jelesla..

sambungla lagi cerita nih.. best...



-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: � T�m�� M�l�w�t�, K��l� Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-03 23:04


Quote:

On 2003-07-30 11:57, amanmalaysia_peace wrote:
maka utuslah seorang sultan dan dua orang sultanah yang terbilang mahsyurnya iaitu sultan salafian wallcrabet



Sedapnya nama....

Amboi...hebatnya Komuniti Ukhwah hingga termaktub dalam lipatan sejarah nooo...

Syoklah cerita ni ! Sambunglah lagi...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 31-07-03 23:49


assalamualaikumm.....

> bleh kak maryam nak print ke @ apapun....buat buku pun bleh....


Quote:

On 2003-07-31 16:11, rhazes wrote:

sesedap rasa je si aman ni bagi nama kat orang ..... tapi apapun alkisah nie mmg best...maybe boleh buat buku kot.... thanks mann......

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!




heheh...jgn marah rhazes....main2 je..anta tu yg slalu duk diam je...ana bagila never complain...sesuai kot...

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 31-07-03 23:52


Quote:

On 2003-07-31 16:45, nawwal wrote:

Assalamualaikum...

Geli hati ana bila baca Hikayat ni...kreatif rupanya akhi kita ni.Nama ana pun ada..terkejut jugak ek. Macam tahu2 je ana ni suka tanam pokok kaktus.

Apapun, syukran la kpd akhi ammanmalaysia_peace krn berkarya..

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!




ntah.......tiba2 je nak letak kaktus kat situ... tak sangka laks sepadan...

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 31-07-03 23:58


Quote:

On 2003-07-31 18:01, Hanan wrote:
pucuk jambu.... heheh.. pucuk jambu boleh licinkan kulit muka kan.. oklah tuh...

sedapla nama kak kaei.. jelesla..

sambungla lagi cerita nih.. best...



-----------------
SaLam KEaMAnAN!!




maafla kak nama tak best kot.......tiba2 je tgk kwan mkan jeruk jambu..terus letak pucuk jambu......



> kalo ikut perangcangan ....mmg nak masukkan dalam sejrah kisah nie salafian...tapi tak cukup bukti...artifak empayar ukhwah.com hilang...jadik muzium negara tak trima......


insyaallah aman try buat alkisah edisi ke 2...nanti bleh buat buku jual...

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 14:52


Assalamualaikum warahmatullah...

kelakar betul cerita aman ni..tabib cik seri khaulah_alazwar limau kasturi...kreatif la nta ni..ana pun tak t'fikir benda2 macam ni...apasal kaitkan ana dgn limau kasturi?tapi ana memang suka bau dia..buat air pun sedap...syukran..

sambung lagi cerita ni..

-----------------
"Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

KieRoON
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2828
Posting: 23
Dari: BuMi WaKaFaN

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 16:33


kalu buat buku teks sejarah tingkatan 1 leh tak??? kalu boleh nak cakap kat dewan bahasa dan pustaka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KieRoONProfil   Hantar PM kepada KieRoON   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-03 12:18


amanmalaysia_peace apsal nama ana tak ada dalam hikayat nie.. what a nice hikayat..

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

amanmalaysia_peace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 312
Posting: 34
Dari: amman,jordan

syria  


posticon Posting pada: 18-08-03 17:01


assalamualaikumm>>...........peace!

khaulah azwar ....psal nick tu aman teringat cite plg aman suke...cikgu limau kasturi .....cite lakonan harun salim bachik....ish........sedih ... pengorbanan guru yg begitu besar.....


kierron tel lah dbp tu...kalo bleh baguslah....nanti masuk exam spm...........pasti ahli ukhwah yg amik spm tu kalo tak dpat A2 mesti A1.......


aidilshah.......insyaallah nanti aman masukkan dlam episod 2 nati noo.........jgn sedih nanti cepat tua...............


oklah salam keamanannn

-----------------
SaLam KEaMAnAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanmalaysia_peaceProfil   Hantar PM kepada amanmalaysia_peace   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 27-11-05 16:00


sekarang kabinet Ukhwah dah Rombak kan hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 18:38


!!! QUOTE !!!

dan pendekar lidah-penghunus semarak api



     assalamualaikum

crook pun crook la :-P janji dapat berlakon dalam filem yang hebat ni, bersama2 watak hero dan heroin yang hebat :-di


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 29-11-05 18:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 23:46


Kenapa nick ibnu_musa tak termasuk...? :-? :-o :-P :lol:

p/s: saja buat lawak, sebab posting ni dari tahun 2003 lagi.................. :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Valley
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19614
Posting: 1
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 00:21


Assalamualaikum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ValleyProfil   Hantar PM kepada Valley   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-12-05 18:43


ooo gitu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-02-07 17:20


haha..best lah..tergeliat lidah nak menyebutnye..haha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116875 saat. Lajunya....