Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Ukhwah
Topik: hati seorang ayah...


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» hati seorang ayah...

Please Mendaftar To Post


Oleh hati seorang ayah...

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 14:19


Suatu ketika,ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedanga mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah,mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaan,ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab: "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti."

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatkannya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,terus menepuk-nepuk bahunya,kemudian si ayah mengatakan : "Anakku kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik si ayah yang membuat anaknya itu bertambah bingung.

Kerana perasaan ingin tahu,kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya: "Ibu,mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab :"Anakku,jika seseorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demkian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa,tetapi dia tetap juga masih mencari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi bongkok?

Hingga pada suatu malam dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut,namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, atau membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bengunan keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku-ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kamahuan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan kringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan menbuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya mentari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan dia selalu ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Ku berikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh-kesah,walaupun setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun jua, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dimana anak-anaknya tertidur lelap.Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknyatentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri / penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan di akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang Subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"aku mendengar dan merasakan bebanmu,ayah."

p/s: Selagi ayah anda hidup jangan sis-siakan kesempatan untuk
     membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan
     putuskan tali silatulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah
     agar tuhan selalu menjaganya dengan sebaik baiknnya...
     ..Amin..


        :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 06-02-06 14:30


Allahuakbar.... :-)
Semoga menjadi lelaki yang soleh... insyaAllah..... :-)
Menjadi khalifah paling tidakpun kepada keluarga sendiri.... :-)
insyaAllah..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

indraputra_trg
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18889
Posting: 185
Dari: Universiti Malaya

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-02-06 14:37


betul...indra setuju dengan anmahar. indra tau, walaupun ayah dah meninggal 16 tahun yang lalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For indraputra_trgProfil   Hantar PM kepada indraputra_trg   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 06-02-06 15:05


syukran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 16:05


syukran setanggisyurga22.....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 00:54


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah seorang ayah tidak menampakkan cara memberi atau menerima kasih sayang kerana kekadang sebagai lelaki mereka terdidik sebegitu rupa. Jadi terpulanglah pada anak-anak yang duduk di zaman wujudnya motivasi terutama oleh Dr Fadzilah Kamsah dan juga Dr Hasan Ali untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ayah dengan memeluk dan juga mencium mereka sesopannya dan hulurkan wang ... tidak perlu banyak ... sekedar untuk minum di warong atau membeli ubat ... kerana budaya memberi ibu duit itu sememangnya lazim tetapi apa salahnya hulur pada ayah juga ... barulah hati seorang ayah terubat atas segala susah payahnya mencari rezeki selama ini untuk membesarkan anak-anak.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - walau segarang mana seorang ayah niatnya ialah untuk mendidik .... tak percaya tanyalah .... itupun kalau masih sempat jadi buatlah baik kepada ayah dan ibu semasa mereka masih hidup ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Faiz85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3830
Posting: 83
Dari: Simferopol, Ukraine

ussr   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 08:20


terasa la pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faiz85Profil   Hantar PM kepada Faiz85   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 08:25


isk..isk..isk... :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 09:10


Assalamualaikum...

betul tu ummimq...biasa kita bagi umi kita saja duit kan, tanpa kita ketahui keringat seorang ayah juga tidak ternilai taranya....

:-( :-( :-( :-( :-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

maizan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13637
Posting: 64
Dari: Putrajaya

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-02-06 10:23


Assalamualaikum ...

tanpa seseorang yang bergelar ayah manakan wujud kita di dunia ini...

tanpa pengorbanan dari seseorang yang bergelar ayah manakan tercapai impian dan cita-cita...kerana restu darinya cukup bermakna...

tanpa kasih sayang dari seseorang yang bergelar ayah manakan bahagia hidup kita di dunia ini...

tanpa tawa dan riang gembira dari seseorang yang bergelar ayah apakah kita telah melukai hatinya atau menyinggung perasaannya...itulah yang sepatutnya kita fikirkan...bebanan ayah akan beransur kurang dengan kehadiran kita disisinya...anak adalah penawar terbaik untuk ibu ayah.... :-)

Wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maizanProfil   Hantar PM kepada maizan   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 08:49


kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada ganti...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 00:12


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulllah sekiranya anak-anak betul-betul menghargai seorang ayah maka sayangilah dia semasa hayatnya. Sekiranya tidak sempat untuk berbudi maka carilah rakan rapat ayah atau keluarga yang ayah sayangi dan berilah juga kasih sayang dan anggap sepertimana mengasihi ayah sendiri ya..... insyaAllah berkat hidup.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - oh ayah, oh ibu ... tiada yang sama dengan kasih sayangmu terhadap anak-anak kecuali mereka yang tidak mengerti tanggung jawab menjadi ayah dan ibu ........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-03-07 09:50


ayah,sesungguhnya aku amat merinduimu..
wahai tuhan ku,sayangilah kedua ibubapa ku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku kecil..amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119475 saat. Lajunya....