Antara kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat Muhammad s.a.w ini ialah pahala yang melimpah-limpah dan kurniaan yang tak terhingga dalam berwudhuk.
Antara kelebihan berwudhuk:
1. Wudhuk dapat menyucikan diri daripada kesalahan dosa di samping membersihkan anggota-anggota badan. Ketika membasuh anggota-anggota wudhuk maka keluar dan terhapuslah dosa-dosa yang dilakukan oleh setiap anggota.
Hal ini dijelaskan oleh hadith:
Yang bermaksud: “
Sesiapa yang berwudhuk dan menyempurnakannya dengan baik maka keluarlah segala dosa-dosa dari tubuh hingga ke bawah kukunya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Perkara ini disebut oleh hadith yang bermaksud:
“
Apabila seorang Muslim lagi Mukmin berwudhuk, maka apabila membasuh mukanya nescaya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya lalu gugurlah segala dosa yang dilakukan oleh kakinya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir, sehingga sucilah dari segala dosa-dosa.” (Hadith Riwayat Muslim)
“
Sesiapa yang hendak berwudhuk terlebih dahulu hendaklah dia berkumur-kumur dan menyedut air ke hidungnya lalu menghamburkannya keluar, maka keluarlah bersama air itu dosa-dosa daripada wajah, mulut, dan hidungnya. Apabila dia membasuh mukanya seperti yang diperintahkan Allah, maka keluarlah dosa-dosa daripada mukanya hingga ke hujung janggutnya. Apabila dia membasuh kedua tangan hingga ke siku maka gugurlah dosa-dosanya hingga ke hujung jari. Apabila dia menyapu kepala, lalu gugurlah dosa-dosanya hingga ke hujung rambut. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka gugurlah dosa-dosa kaki hingga ke hujung jari kakinya. Apabila dia berdiri untuk bersolat kemudian memuji, mengagungkan Allah dengan selayaknya serta mengikhlaskan hati kepada Allah maka gugurlah segala dosa-dosanya seperti keadaan seorang kanak-kanak yang baru dilahirkan oleh ibunya. (Hadith Riwayat Muslim)
2. Berwudhuk dapat mengatasi perkara yang dibenci di samping meningkatkan darjat.
Perkara ini disebut oleh hadith yang diriwayatkan dar Abu Hurairah lah.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“
Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang boleh menghapuskan dosa-dosa kamu dan meningkatkan darjat kamu?” Para sahabat menjawab: “Mahu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Menyempurnakan wudhuk serta menjauhi perkara yang dibenci dan memperbanyakkan langkah ke masjid-masjid dan menunggu masa solat berikutnya seyelah mengerjakan solat sebelumnya. Oleh itu hal yang sedemikian adalah benteng bagi kamu. Oleh itu hal yang sedemikian adalah benteng bagi kamu.” (Rasulullah s.a.w mengucapkan ayat ini sebanyak dua kali). (Hadith Riwayat Muslim)
3. Membaca syahadah selepas berwudhuk merupakan sebab untuk masuk ke syurga.
Perkara ini disebut oleh hadith yang diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab lah.a., Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“
Sesiapa yang berwudhuk serta menyempurnakan dengan sebaik-baiknya kemudian membaca:
nescaya akan dibukakan lapan buah pintu syurga dan dia boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya.” (Hadith Riwayat al-Tirmizi)
-----------------
The more you know the less you need
(Australian Aboriginal Proverb)
[ Telah diedit oleh: SystemOfAdown pada 04-02-06 00:09 ]