Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 5 hari yang lalu
Rashdin: 21 hari yang lalu
khalifah: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Inilah Remaja Islam yang Syumul...aku macamana?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Inilah Remaja Islam yang Syumul...aku macamana?

Please Mendaftar To Post


Oleh Inilah Remaja Islam yang Syumul...aku macamana?

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 19:01


Lagak mek dan mat scooter di Komplek Dato' Kailan menggelikan
Friday, January 13 @ 12:24:00 MYT


Oleh MOHD SABRI SAID
KEPALA BATAS, 13 Jan (Hrkh)- Komplek Dato' Kailan sempena nama ibu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tercemar dengan berbagai gelagat yang tidak bermoral oleh 'Mat dan Mek Scooter'.

Bermacam-macam corak pakaian dan gaya ranggi menjadi pilihan remaja tidak kira lelaki atau perempuan seolaholah ianya trend bagi peminat scooter di kalangan mereka.

Itu tidak termasuk lagi dengan gaya bertindik di hidung, pusat, telingga, belilit kepala, bergelang, berantai, serta berkaca mata ala 70an.
Duduk berselang seli sambil berpeluk macam belangkas sudah sebati dengan jiwa dan nurani mereka.
Harakahdaily yang meninjau bersama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Surizman Mohamad berpendapat tidak menjadi kesalahan penganjur bersama Celcom, Persatuan Peniaga Komplek Dato' Kailan dan Tunas Indah Managment melaksanakan tanggungjawab menarik pelanggan tetapi bukan itu cara terbaik kerana ia terbukti menyemarakkan lagi budaya negatif di kalangan remaja negara ini.
Seperti biasa setelah mengetahui pemenang pertandingan peserta dihiburkan dengan satu persembahan aksi berdiri atas motor sambil 'willy' dan 'wekang' iaitu istilah yang sudah sinonim di kalangan Mat Rempit.
Sekaligus perbuatan tersebut memberi peluang kepada Mat Rempit menujukkan jagoan masing-masing.
Menurut salah seorang peserta yang enggan disebut namanya, peminat scooter boleh berbelanja sehingga RM5,000 semata-mata inginkan kepuasan melihat hiasan tertera di setiap sudut motosikal miliknya.
Bermaca-macam lukisan tangan antaranya drakula, kepala harimau dan terbaru lukisan kartun menjadi pilihan peminat masa kini.
"Kami selalunya berkumpul di Dataran Shah Alam kerana di sana merupakan himpunan terbesar di Malaysia. Kalau menang di sana kita boleh pukul semua scooter di Malaysia, " jelasnya yang datang dari Nibung Tebal.
Menurutnya lagi, jika ada pertandingan serupa ini ahli kelab scooter negeri masing-masing akan berkonvoi untuk membantu menjayakan program di samping mempamerkan kreativiti mereka.
Sepatutnya pihak penganjur memikirkan program yang bersesuai bukan dengan cara berkaraoke atau agenda yang boleh mengundang bala Allah.
Malahan program yang diadakan seperti pertandingan bayi comel, vespa cantik, basikal antik, pertunjukan tak-Games, gubahan pengantin, persembahan nasyid, pameran kereta dan seumpamanya tetap menjadi pilihan orang ramai mengunjungi komplek tersebut semperna Karnival Riang Ria.

Tambahan lagi di era kepimpinan Pak Lah yang memperkenalkan Islam Hadhari telah mengariskan sepuluh agenda untuk memastikan umat Islam terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Jika sekiranya penganjur tidak mengambil kira soal itu apa gunanya Pak Lah menjadi Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas sedangkan saranannya untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja tidak menjadi matlamat.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Surizman Mohamad ketika mengulas perkara itu menjelaskan, bukan salah menganjurkan pertandingan scooter tercantik tetapi biarlah ada pengisian lain khas untuk remaja yang nyata menjadikan scooter sebagai idola mereka.
Contohnya, wujudkan motivasi kesedaran hidup beretika dengan melantik orang yang berpengalaman seperti Dato' Dr. Fazilah Kamsah dan lainnya.
"Kita tidak salahkan program menarik pelanggan ke Komplek Dato' Kailan tetapi biarkan ia ada matlamat bukan dilaksanakan secara 'somberono' sahaja tanpa memikirkan tindakan itu boleh membantu mengembangkan sosio budaya yang kurang sihat, " ujarnya.
-zs

copy dan paste saja dr online paper....any comment ikhwan??


-----------------
Sesungguhnya Kejayaan Saya dan Tuan-tuan Dalam DEEN. Taat Perintah ALlah Taala, Ikut, Amal & Hidupkan Sunnah Nabi & Rasul ALlah Muhammad Sallallahu�


Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 03-02-06 21:25


Entahlah apa nak jadi dengan dunia dan remaja sekarang..kalau acara yang melibatkan hiburan dan keseronokan selalunya memang ramai penganjur..bukan tu saja,wang yang disponsorkan pun puluhan ribu ringgit..mengalahkan wang yang diterima oleh para tokoh maal hijrah dan ibu mithali baru-baru ini..

Baru-baru ini..ana ada menonton luahan hati para sukarelawan Misi Suara Hati yang dipaparkan di televisyen..sedih sungguh mendengar keluhan mereka yang sukar untuk mendapatkan tajaan dan derma daripada pihak korporat untuk misi tersebut.Daripada beribu-ribu syarikat gergasi di Malaysia ni,hanya MK Land sahaja yang sudi melaburkan wang mereka dalam misi ini..itulah gunanya usahawan Islam..melabur ke jalan Allah itu lebih besar pahalanya..

Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 22:13


huhu...isu yang memang eden suka...remaja sekarang memang tak fikir panjang...tak payah tengok jauh ah...keluar saja pekan kat tempat anda...ada punyalah gejala sosial...sakit mata tengok...perempuan dah tak kenal malu...laki dah pakai rantai emas...gila apa...tak mati ke mereka ni nanti??....apa mereka nak menjawab kat dalam kubur...paper hari ini pun ada cerita pasal sepasang kekasih mati berbogel dalam kereta...tak tau lah akhirat mereka bagaimana...ambiklah iktibar...perempuan pakai tudung, jalan peluk dengan jantan tak payah kira ah...melambak....harap pakai tudung saja...dunia makin mencapai kiamat....ingatlah makhluk tuhan....remaja kita makin rosak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

Zaira
Warga Rasmi
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18507
Posting: 15
Dari: Puncak Janing,Qedah Aman dah...

Kedah  


posticon Posting pada: 04-02-06 21:42


Astqfirullahal'aziim....apa la pak ali ini...dah thau kata sakit mata awat yang dok pergi tengok menda2 cam2...kanka dalam Al-Quran Allah suruh tundukkan pandangan jadi tak payah dok skt2 mata!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZairaProfil   Hantar PM kepada Zaira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098753 saat. Lajunya....