Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 85
Ahli: 0
Jumlah: 85




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Media Eropah pakat hina Nabi Muhammad


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Media Eropah pakat hina Nabi Muhammad

Please Mendaftar To Post


Oleh Media Eropah pakat hina Nabi Muhammad

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-06 16:04


BERITA HARIAN- Jumaat/03 Februari 2006

PARIS: Lebih banyak lagi akhbar Eropah dengan alasan untuk mempertahankan kebebasan bersuara dalam masyarakat sekular mereka, menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad yang sebelum ini disiarkan oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten.


Akhbar La Stampa di Itali dan El Periodico serta El Mundo di Sepanyol menyiarkan lakaran berkenaan di muka dalamnya selepas akhbar France-Soir di Perancis dan dia Welt serta Berliner Zeitung di Jerman menyiarkan lakaran itu di muka depan masing-masing kelmarin, mencetuskan kemarahan baru masyarakat Islam.

Tindakan berkenaan dibuat selepas akhbar Jyllands-Posten memohon maaf kepada umat Islam berikutan bantahan dan pemulauan barang Denmark yang dilancarkan di beberapa negara Arab dan Afrika.

Sementara itu, kerajaan Perancis meminta akhbar France-Soir bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan menyiarkan lakaran kartun menghina Nabi Muhammad dan sebagai tindak balas, Pengarang Urusan akhbar itu dipecat kerana menghina kepercayaan dan agama Islam.

Pengarang Urusan France-Soir, Jacques Lefranc, menjadi pengarang pertama diambil tindakan selepas akhbar terbabit mencetak semula lakaran terbabit yang kali pertama disiarkan Jyllands-Posten September lalu.

Dalam kenyataan kepada AFP, pemilik France-Soir, Raymond Lakah, berkata tindakan mencetak semula lakaran itu menyebabkan umat Islam di seluruh dunia berang.

Kenyataan Lakah itu berbunyi: “Saya mengambil keputusan memecat Jacques Lefranc sebagai Pengarang Urusan France-Soir sebagai tanda menghormati kepercayaan sesuatu agama dan manusia.

“Kami juga ingin melafazkan rasa kesal kepada masyarakat Islam dan sesiapa saja yang terkejut dengan tindakan akhbar kami.”

Kerajaan Perancis terdahulu memberitahu keputusan menyiarkan semula lakaran itu harus dipikul sepenuhnya France-Soir yang berkeras mahu menguji kebebasan bersuara.

France-Soir selama ini dianggap akhbar perdana yang berjaya mencapai kejayaan besar tetapi sedang di ambang kejatuhan.

Ia menegaskan tindakan menyiarkan semula lakaran itu sebagai percubaan untuk menggambarkan kontroversi itu secara keseluruhan.

Rektor Masjid Paris dan Ketua Majlis Agama Islam Perancis (CFCM), Dalil Boubakeur menyifatkan tindakan France-Soir sebagai satu ‘provokotif keterlaluan’.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Jean-Baptiste Mattei berkata; “Akhbar France-Soir harus bertanggungjawab di atas tindakan menyiarkan lakaran wajah Nabi Muhammad.

“Kerajaan Perancis menyokong kebebasan bersuara itu. Tapi atas nama kebebasan bersuara, mereka perlu menghormati kepercayaan dan agama,” kata Mattei. – AFP

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 16:27


Gambar hina Rasulullah saw
poston1



postonlaknatullah2

laknat3

laknat4

laknat5

laknat6

laknat7

/

8

9

10/

postongila11

postongila12


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-06 16:36


thanks amrizal...at least kita boleh tengok betapa "teruk"nya hasil kerja mereka dalam menghina nabi kita...

mereka semua laknatullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 16:59


syukran amrizal sebab tunjukkan gambar berkenaan...Ini kali pertama saya tengok gambar yang diperkatakn....memang celakalah mereka yang menghina Nabi Muhammad s.a.w

Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 17:22


afwan.. mereka ni dah lama terang2 hina Islam.. hina quran dah lama dah.. sekarang ni hina nabi Muhammad pulak.

tengok kat Malaysia sendiri pun dah teruk. black metal tu lagi la.. siap koyak2 Quran lagi.. siap berzina lagi.. tapi kita macam tak ambil tindakan yang tegas pun..

Kuman ke seberang nampak, Gajah kat negeri sindiri tak pasan.. Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-02-06 18:46


NAUZUBILLAH.....macam-macam propaganda orang-orang kafir dalam menghina agama ISLAM....terang lagi bersuluh akan perbuatan mereka...ini yang jelas nampak dihadapan mata...macamna pulak dengan penghinaan secara halus??....anyway, THE TRUTH IS OUT THERE!!!


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 04-02-06 09:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 20:17


Bila orang mengutuk Mawi (yang dah basi), maka fanatik Mawi akan melenting. Tapi di mana mereka bila Nabi Muhammad Rasulullah SAW dihina begini? Tak melenting pun.... Tak membela pun...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 22:00


kekurang ajaran tollaaaa.........sabarlah wahai pejuang islam.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 03-02-06 22:05


MasyaAllah...banyaknya..ana sangkakan sikit saja lakarannya..syukran amrizal siarkan gambar ni..hmm...sedih rasanya Nabi Allah dihina sebegitu rupa..moga semua umat Islam mengutuk tindakan mereka ni..walau tak mampu dihalang dengan mulut dan perbuatan..lakukanlah dengan hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

perantau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2938
Posting: 164

blank  


posticon Posting pada: 04-02-06 10:01


lets start a boycott, hurting them economically is better than going on a demonstration. stop buying european products!

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantauProfil   Hantar PM kepada perantau   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 10:46


Pada 03-02-06 20:17 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Bila orang mengutuk Mawi (yang dah basi), maka fanatik Mawi akan melenting. Tapi di mana mereka bila Nabi Muhammad Rasulullah SAW dihina begini? Tak melenting pun.... Tak membela pun...



apa sumbangan kita pada islam dan rasulullah... :roll:

"malu rasanya menyatakan cinta kepada dia kekasih allah" :roll:

sedangkan situasi ini pun seorang dalam berjuta2 umatnya pun xmampu menangkis..termasuk diriku sendiri...apalah daya..

: inilah dia bunga2 kiamat sudah semakin hampir :

8-) 8-) 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

mariyaa83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.10.2003
Ahli No: 4537
Posting: 49
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-02-06 12:16


masyallah...sampai mcmtue sekali mereka menghina nabi muhammad.. so apa tindakan kita???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mariyaa83Profil   Hantar PM kepada mariyaa83   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 12:57


Assalammualaikum wbt.

Syukran Amrizal dan terima kasih banyak-banyak ana ucapkan kepada saudara. Ana sebenarnya tidak menyangka begitu hebat lakaran yang telah dibuat oleh orang-orang kafir yang sememangnya elok dipanggil Yakjuj wa Makjuj. Kenapa ana berkata demikian?

Berikan ana sedikit ruang untuk memperjelaskan sesuatu dari bacaan ana. Ana sedang membaca buku yang bertajuk Yakjuj wa Makjuj: Dajjal Ancaman Umat Islam Seluruh Dunia yang telah disusun oleh Mustaffa Suhaimi.

Sebenarnya tembok yang telah dibina oleh Zulkarnain dalam ayat 96 Surah Al-Khafi itu memang wujud di selatan Laut Caspian dan dikenali sebagai Caucasian Wall (Tembok Caucasian). Panjang tembok ini kira-kira 50 batu, tingginya 29 kaki dan tebalnya 10 kaki. Tembok ini lengkap dengan pintu besinya dan merupakan pagar yang dianggap paling kebal di sempadan utara Soviet-Parsi. Dua gunung yang disebut di dalam Quran yang melingkari lembah kediaman Yakjuj wa Makjuj itu mungkin gunung Azerbaijan dan Armenia.

Para pengkaji sejarah berpendpat bahawa bangsa yang tinggal di sebalik sempadan tembok 'Zulkarnain' itu tidak lain dari bangsa Slav dan Teutonic. Bangsa Teutonic kemudiannya dikenali dengan panggilan Anglo Saxon. Pada hari ini, bangsa Slav masih tinggal di Utara Sempadan Iran dibahagian Timur Eropah manakala bangsa Anglo Saxon pula tinggal di negara-negara yang dipanggil Eropah Barat. Dan majoriti mereka ini adalah pemegang fahaman anti-Tuhan dan tidak mempunyai agama.

Ana sarankan supaya sesiapa yang ingin tahu kisah yang lebih lanjut, belilah buku yang ana nyatakan tadi. Yakjuj wa Makjuj merupakan orang-orang Eropah dan tidak mustahil mereka berani memperkotak-katikkan Nabi Muhammad saw sebagai bahan lawak & gurauan mereka.

Seperti saudara Kang katakan, sekiranya Mawi diperkotak-katikkan nescaya beribu-ribu peminatnya akan melenting dan mengamuk tetapi apabila Rasulullah dibuat begitu, senyap sunyi sahaja kita. Mengapa? Kerana majoriti kita menganggap itu adalah tugasan ahli ulama dan ahli agama sahaja. Dimana kesetiaan Rukun Iman kita" Beriman Kepada Rasul?. Tepuk dada dan tanyalah umat Islam disekeliling kita. Wassalam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

east_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu

demrepcongo   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 13:39


sekarang ni orang yang kutuk tu dalam ketakutan..........biar mereka mati dalam ketakutan pandai sangat bangkitkan kemarahan umat islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For east_saljuProfil   Hantar PM kepada east_salju   Pergi ke east_salju's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-06 16:03


Assalamualaikum...
Astagfirullah....macam-macam perkara yang mereka lakukan semata2 nak menjatuh Islam...
Syukran "amrizal" atas keprihatinan saudara mengutarakan tentang perihal ni...
begitu hina mereka perlakukan sehingga sedemikian rupa...
Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-02-06 20:01


boikot saja mereka ni...buat hubungan dengan negara islam saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 04-02-06 22:48


Pada 03-02-06 20:17 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Bila orang mengutuk Mawi (yang dah basi), maka fanatik Mawi akan melenting. Tapi di mana mereka bila Nabi Muhammad Rasulullah SAW dihina begini? Tak melenting pun.... Tak membela pun...




kenapa kita seperti takut bersuara??? :roll:
apa kata kita ikut arab saudi boikot barangan keluaran mereka??? :roll: :oops:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

ummunazeh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1381
Posting: 21
Dari: Singapore

singapore  


posticon Posting pada: 04-02-06 23:59


Thanks amrizal sebab tunjukkan gambo2 itu...my first time juga tengok gambo2 itu...mereka ini betul tak reti respect orang lain....lepastuh adeke cakap negara itu ada hak kebebasan...cuba klw kitorang yang draw gambar nabi isa...kutuk2...mengamuk tak mereka?? ke happy??


-----------------
It does not do to dweLL in dreams and forget to Live. =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummunazehProfil   Hantar PM kepada ummunazeh   Pergi ke ummunazeh's Website   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-02-06 05:17


assalamualaikum..
penghinaan yang tkleh dimaafkan...

laknatullah alaihim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-06 05:59


betul kata Atif_Haziq..
siapa yang m'hina nabi make akan dilaknatla..
kita boikot barangan eropah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-06 05:59


betul kata Atif_Haziq..
siapa yang m'hina nabi make akan dilaknatla..
kita boikot barangan eropah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-06 05:59


betul kata Atif_Haziq..
siapa yang m'hina nabi make akan dilaknatla..
kita boikot barangan eropah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

Kerana_Allah
Warga Rasmi
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22134
Posting: 13
Dari: Malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 05-02-06 07:48


Sama-samalah kita berdoa agar orang yang terlibat dalam usaha merendahkan martabat kekasih Allah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w diberi balasan yang setimpal jika bukan di dunia, di akhirat pastinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Kerana_AllahProfil   Hantar PM kepada Kerana_Allah   Quote dan BalasQuote

NaZa_FirmaN

Menyertai: 23.05.2004
Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 13:41


jangan hanya pandai mengata sahaja...buktikan dengan tingkah laku..barulah betul caranya...kata-kata tanpa tindakan...ibarat tin kosong yang kuat bunyinya tapi tiada isi didalamnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ainjoe
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14719
Posting: 43
Dari: Utm Skudai

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-02-06 14:00


MasyaAllah..pertama kali saya tengok gambar2 tu..dah lama saya nak tgk2 gambar-gambar yang orang kafir lakar dan kutuk Nabi Muhammad s.a.w..terima kasih sangat-sangat amrizal!!
memang 1 hinaan yang tak boleh dimaafkan!!!!!!!
menitis air mata ni bila lihat hinaan2 ni pada Nabi Muhammad s.a.w, insan yang paling kita sayangi dan kagumi..
mereka yang mhina nabi kita akan dilaknat Allah s.w.t
Tapi, kadang-kadang terfkr..Kenapa malaysia saja negara Islam yang nampaknye 'senyap' saja bila keluar pasal berita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainjoeProfil   Hantar PM kepada ainjoe   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 10:03


Sarawak Tribune.. berita sarawak pun dah keluar gambar hina nabi Muhammad ni.. Bumi tanah air kita pun dicemari. Penasihat Sarawak Tribune ni orang Melayu Islam.. Tapi..dimana kita sebagai umat Islam.. Tanah air dicemari..Rasulullah dihina di bumi sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 09-02-06 12:44


hari ini,permit Srawak Tribune dah digantung..
tindakan itu memang wajar..yang tak wajarnya adalah tindakan pihak Sarawak Tribune yang tak memikirkan sensitiviti umat Islam.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

itqan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12589
Posting: 22
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-02-06 14:17


penghinanan ini memang tak boleh dimaafkan lagi..sebenarnya dah lama mereka buat semua ni...tapi sekarang baru heboh satu dunia...yang lebih sedih lagi malaysia selaku pengerusi OIC pun nak boikot barangan pun takut..apa lagi nak tunjukkan bantahan secara agresif lagi... adakah sensitiviti umat islam kat malaysia ni kurang..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqanProfil   Hantar PM kepada itqan   Quote dan BalasQuote

al-faateh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.11.2005
Ahli No: 20250
Posting: 58
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 14:28


Kita boikot sahabis2nya, inilah antara usaha kita hendak mpertahankan agama kita yang tercinta, serta menzahirkan kcintaan kepada Rasulullah saw.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-faatehProfil   Hantar PM kepada al-faateh   Quote dan BalasQuote

ainaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1106
Posting: 152
Dari: depan pc

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-02-06 14:40


terima kasih amrizal atas gamba2 tu..
sebelum ini saya pernah tengok 1 saja..
banayk lagi...
sakit hai ana bila melihat lakaran gini...
duhai umat islam...
dimanakah peranan kita???

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainaaProfil   Hantar PM kepada ainaa   Pergi ke ainaa's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 09-02-06 15:07


semoga mereka yang tak bertanggungjawab dan manusia yang bertamadun ni di laknat dan di timpa bencana dan musibah sama ada diri merka ataupun negara mereka sendiri...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TAKBIR...ALLAHUAKBAR...!!!!!!!!!

TAKBIR...ALLAHUAKBAR...!!!!!!!!!

TAKBIR...ALLAHUAKBAR...!!!!!!!!!

BERSAMA BANGKIT MENENTANG MUSUH-MUSUH ISLAM....!!!!!!!!!!!!!!!


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�
[ Telah diedit oleh: ilham_thahurah pada 09-02-06 15:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 15:41


geram nya tengok gambaq tu?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 17:42


Allahuakbar....!
Allahuakbar....!
Allahuakbar....!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-02-06 18:09


apa tindakkan kita sebagai orang awam?????
Kalau kita cintakan rasul...
sumbangan yang dapat kita buat adalah boikot barangan mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 11:17


syukran amrizal...
Nauzubillah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.531757 saat. Lajunya....