Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 26 hari yang lalu


Sajak
Topik: Surat Terbuka Seorang Akhawat...


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Surat Terbuka Seorang Akhawat...

Please Mendaftar To Post


Oleh Surat Terbuka Seorang Akhawat...

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 23:31


Dhany Sarip :: Apabila Hati Berbicara...

Sedang menjenguk blog sahabat saya, hAiRiL saya terjumpa satu karangan yang cukup menyentuh perasaan. Katanya, warkah terbuka dari akhawat buat ikhwah seantero dunia...

Memang menggamit hati...

Muslimah, sayap kiri yang setia menemani perjuangan seorang insan yang bernama lelaki. Bicara lembutnya, laksana bayu lembut nan mendamaikan. Sama-sama kita renungkan...

Surat Terbuka Seorang Akhawat untuk Seluruh Ikhwah di Dunia

Ketahuilah lelaki, semakin kau lari, semakin dia menghampiri,
Usah dinafikan,
Ikutlah kata hati, satu saat kau pasti jua akan bicara mengenai an-nisa...

Usah dinafikan kata naluri,
Jangankan dikau manusia biasa,
Nabi Muhammad SAW pun sunyi tanpa an-nisa,
Apa lagi yang tidak ada di Syurga,
Nabi Adam masih juga rindukan Siti Hawa...

Hakikatnya,
Kami perlukan lah-rijal sebagai pemimpin sufi,
Menelusi jalan yang penuh duri,
Jangan jinakkan kami dengan harta duniawi,
Itulah punca kami menjadi liar,
Jangan hiburkan kami dengan kecantikan,
Itulah punca kami derita,
Kenalkan kami dengan mahabbah fillah,
Kenalkan kami dengan cinta Allah,
Zat yang kekal,
Pada-Nya kami berserah...

Kami juga punyai hasrat, impian dan amarah,
Jika di lorong itu,
Kau cuma menjeling sepi,
Siapa lagi yang akan membongkar diskriminasi duniawi,
Jika kami dah jelas bengkok,
Kenapa tidak kau luruskan,
Antara bohsia dan lah-rijal,
Kenapa terlalu jauh dibezakan,
Kalau pemimpin itu adalah syuhada,
Jangan biarkan kami hanya kerana impian lelaki...

Eksploitasi dan diskriminasi duniawi,
Mengagungkan kami,
Sehingga lahirlah Aishawarya Rai, Erra Fazira, Jenniffer Lopez,
Kamilah women gladiator,
Di ceruk mana pentas dunia pun,
Kamilah teratas,
Tapi, hakikatnya akhlak kami di kaki lelaki,
Kami derita dengan nama,
Kami liar mengejar kemewahan,
Tiada janji yang abadi...

Jika cinta ini kosong,
Huru-haralah masyarakat,
Ibu kan kehilangan anak,
Suami kehilangan isteri,
Bapa kehilangan puteri,
Bila kami derhaka,
Duniamu akan huru-hara,
Bila tulang rusuk menjadi rapuh dan patah,
Rosaklah jantung, hati dan limpa...

Inilah akibat kerana lelaki,
Akibat kami tidak kenal Tuhan,
Tidak kenal diri sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Ketahuilah lah-rijal,
Jika cinta ini subur pada-Nya,
Bahagialah dan beruntunglah dirimu,
Kamilah pencipta sejarah,
Sejarah Rabiatul Adawiyah telah pun terbukti,
Cinta pada Yang Esa tidak berbelah bagi,
Sejarah Khadijah menuntut pengorbanan...

Tiada apa yang kami harapkan,
Jangan biarkan kami kecewa hanya kerana,
Mata hatimu yang gagal mengenali kami,
Kamilah insan terhampir denganmu,
Kamilah ibu, kamilah anak, kamilah teman hidupmu,
Semakin kau lari, semakin kami hampiri,
Siramilah kami dengan sinar Islam,
Pimpinlah kami bukan kerana rupa,
Kerana hati ini lebih kekal dari yang sementara...

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
[ Telah diedit oleh: SaLaFiaN pada 28-01-06 23:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

faislamy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11229
Posting: 93

saudiarabia  


posticon Posting pada: 29-01-06 02:20


memang tak dapat dinafikn itulah hakikat kejadian sebenar Hawa diciptakan....
Untuk menemani Adam di dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faislamyProfil   Hantar PM kepada faislamy   Pergi ke faislamy's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 21:37


owh..touchingnya..

duhai lelaki (muslim) sejati..memang INI yang KAMI MAHU!

pNailofar; kepimpinan melalui tauladan

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-06 09:38


mengandungi makna yang tersirat,
ringkas tapi cukup memahamkan.

benar,
jangan taburkan kemewahan,
kelak kami akan takbur,
jangan alunkan pujian kecantikan,
kelak kami akan sombong,
tapi,
pujuklah kami dengan peringatan qalamullah,
didiklah kami dengan tauladan dan qanaah,
kerana dijanjikan oleh Allah,
seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 13:08


hrmmm......

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 19:16


:-) Assalamualaikum....


Pimpinlah kami dalam mencari cinta ILAHI....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 21:31


mencari cinta teragung dan cinta sejati,,, ;-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 11-02-06 22:30


hmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-02-06 00:25


cinta teragung dan cinta sejati hanya pada Allah s.w.t...sutera kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 05:42


'di dalam mencari cinta yang sejati,
banyaknya ranjau yang ditempuhi...'
di dalam mencari cinta yang hakiki,
bnyaknya onak yang diredahi..'

jadikan ALLAH CINTA AGUNG...
dan jalan ke arahnya memang konpem susah
insyaAllah gandingan atas dasar tauhid yang sama memudahkan mencapainya..

huhu... bestnya dengar lagu bidadari-rabbani

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096833 saat. Lajunya....