Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: sebarkan berita ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» sebarkan berita ini

Please Mendaftar To Post


Oleh sebarkan berita ini

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 26-01-06 15:38


DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN yang BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman.. saya didatangi seoarang melayu yang memakai pakaian yang sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin untuk berlalu dengan segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yang dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dengan perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yang menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yang berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yang berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI


-----------------
Azri Effendy


Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 15:45


Assalamualaikum..

terima kasih dengan info ini..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 15:50


kali ini nampaknya saya kena serius ni...

memang kena serius.. tak boleh tak serius.. thanks a lot..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 15:51


Pada 26-01-06 15:50 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!

kali ini nampaknya saya kena serius ni...

memang kena serius.. tak boleh tak serius.. thanks a lot..


(tolong la aku untuk men'serius'kan diri ini...


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 15:56


Pada 26-01-06 15:51 , hafiz_along_83 posting:

!!! QUOTE !!!


(tolong la aku untuk men'serius'kan diri ini...



kenapenye....


anyway thanks UIHR for the info..


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 16:52


astaghfirullah....kenapa la sampai macam ni...Islam hanya pada nama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 17:05


err... saya pernah dapat emel yang sama lebih kurang 2-3 taun lepas. sebijik sama jadi pelik jugaklah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

zura04
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5325
Posting: 56

Kedah  


posticon Posting pada: 26-01-06 17:32


Thank's a lot 4 the info..takut sangat bila dengar kes macam..Minta2 dijauhkan..Nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For zura04Profil   Hantar PM kepada zura04   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 10:09


marilah kita sama-sama bersatu hati, Allahuakbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 27-01-06 10:17


Allahuakbar.... :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 10:24


bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, berat sama di pikul, ringan di jinjing sama,
sepakat membawa berkat,asas hidup bermasyarakat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 11:02


di manakah semangat perpaduan umat Islam? kita perlu menentang musuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-01-06 12:03


so, apa lagi. sertailah Seminar Comparative Religion. ada beberapa organisasi menganjurkannya seperti Saba Islamic Media. mari kita menimba ilmu- belajar Bible dan kebenaran yang terkandung di dalamnya.


Bahan disediakan oleh: Shah Kirit bin Kakulal Govindji
E-mail: [email protected]
Hand phone: 019-555 7770


KEWAJIBAN BERDA’WAH KEPADA BUKAN ISLAM

Bismillahir Rohmaanir Rohiim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Assolatu wassalam ‘ala Rasulillah wa ‘ala alihi wa ashabihi ajmain. Ammabad. A’uzubillahi minash syaitoonir Rojim. Robbish rohli sadri, wa yassirli amri, wahlul ‘udatamillisani, yafqauhuqawli. Bismillahir rohmaanir rohim. Qul huwallahu ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang di rahmati Allah, Assalamu’alaikum warohmatulahi wabarokatuh.


Topik kita pada malam ini adalah “ Kewajipan Berda’wah”, InsyaAllah. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Qur’an mahupun Hadith Shahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibubapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairankan. Ini adalah kerana didalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’. Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap ‘direct’ kerana di kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dikalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti “Kenapa mahu masuk Islam? Kalau tak ada perempuan Melayu memang tak sah!” Salah kah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.



Kalau kita perhati keadaan sekeliling, kita akan dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Dahlah tak buat kerja, nak sindir orang pula!

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai dah’wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi. Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan”. Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam surah Ali Imran 3:110 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia”. Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul. Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama; “(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah”. Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak.

Allah swt mengatakan didalam surah Al-Nasr 103:1-3 “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”. ‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amal maaruf nahi munkar’ yakni melakukan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan dah’wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggung-jawab setiap orang Islam.

Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabah yang tidak kurang dari 110,000 orang “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam” dan para sahabah pun secara serentak menjawab “Ya Rasulullah! Kau telah sampaikan”. Maka Rasulullah saw seterusnya memerintahkan mereka “Siapa-siapa yang hadir disini, sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir”. Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dah’wah Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.


Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda “sampaikanlah walau satu ayat”. Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah dalam menyampaikan dah’wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam Qur’an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih dari satu ayat. Sekurang-kurangnya kita tahu ‘La ilaha ilallah’, maka sampaikanlah ia.

Dewasa ini dunia kita sudah berubah menjadi materialistic. Setiap perkara yang dilakukan mesti ada ganjaran atau keuntungan. Allah swt mengajak kita berniaga denganNya dalam Surah As-Saff 61:10-11 “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan diri kamu”.

Kini bila berniaga kita hendak tahu peratusan keuntungannya. Keuntungan yang dijanjikan oleh Allah swt dalam Surah Al-Baqarah 2:261 adalah “Bandingan (derma) orang-orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. Yakni setiap satu biji benih tumbuh menjadi tujuh ratus biji benih. Didalam bahasa perniagaan, ini adalah keuntungan yang tidak kurang dari 70,000%! Mana ada perniagaan lain didunia ini yang menjamin 100% pulangan keuntungan sehingga 70,000%?

‘Master key’ untuk melakukan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali Imram 3:64 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”

Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya diperingkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Qur’an dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini tidak percaya atau tidak yakin kerana mereka belum beriman kepada Al-Qur’an. Sekiaranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah beberapa hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian:

“My Father is greater than I”
“My father is greater than all”
“...I cast out devil by the spirit of God...”
“...I with the finger of God cast out devils...”
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I    
seek not my own will, but the will of the Father which hath sent me.”
“...and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me.”
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad.”
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.”
Apabila kita mulakan dah’wah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas 112”1-4 “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tiada diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya’.”

Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan didalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular dikalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

“ Those whose intelligence has been stolen by material desires surrender unto demigods and follow the particular rules and regulations of worship according to their own natures.”

“Ekam evadvitiyam”
“He is One only without a second” 1

“Na casya kascij janita na cadhipah.”
“Of Him there are neither parents nor lord.” 2

“Na tasya pratima asti”
“There is no likeness of Him” 3

“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.”
4

“Na tasya pratima asti”
“There is no image of Him” 5

“Shudhama poapvidham”
“He is bodiless and pure” 6

“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
“They enter darkness, those who worship the natural elements” (Air, water, fire, etc.).
“They sink deeper in darkness, those who worship sambhuti (created things; table, chair,                         idol etc.).” 7

Brahma Sutra of Hinduism:
    â€œEkam Brahm, dvitiya naste neh na naste Kinchan”
    â€œThere is only one God, not the second;
    Not at all, not at all, not in the least bit”.



Namun begitu dalam kita menyampaikan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah swt didalam Surah An-Nahl 16:125 “Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan dah’wah Islamiah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali. Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah; “Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena ‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!) dan bermacam-macam lagi. Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak ‘meMelayukan’ seseorang yang masuk Islam dari mengIslamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya.

Sepatutnya kita jangan terlalu tekan berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah mantap barulah kita sampaikan bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh dihati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, InsyaAllah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir disini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangun. Bukannya bangun dari tempat duduk tetapi marilah kita bangun tidur kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

BERHENTI dari memberikan alasan. Bila saya mengajak orang untuk berda’wah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah swt memberika amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah 9:24 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”. Hari ini kita orang-orang Islam masih lagi tunggu!






Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut:

a)    Tunggulah saya pandai – sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu; “Sampaikanlah walau satu ayat”.
b)    Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam – sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah saw; “Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir”.
c)    Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dah’wah - di zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda dari memberikan dah'wah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu padukan semua kaum tersebut dibawah panji Islam!
di)    Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain – Dalam Islam ia menjadi tanggung-jawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar’.

Saya akhiri dengan sketsa berikut; bayangkanlah suatu hujung minggu kita pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan dah’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.

Wa akhiri dah’wana anil hamdulillahi Robbil ‘alamin.









1.
    

2.
    

3.
    

4.
    

5.

6.

7.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 12:09


Andai kata ianya benar, maka perangilah mereka.... Allah sentiasa berada di pihak yang benar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-01-06 12:42


Pada 27-01-06 12:09 , taufiq111 posting:

!!! QUOTE !!!

Andai kata ianya benar, maka perangilah mereka.... Allah sentiasa berada di pihak yang benar...


"PERANGI" lah dengan dakwah bil hikmah. sebarkan kebenaran Islam...



:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 14:38


perangilah!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

mirwana_87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16829
Posting: 55
Dari: kuantan..pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-01-06 14:45


nak perang apa lagi?cukuplah..


-----------------
pengertian hidup ini akan lebih indah seandainya diiringi dengan keikhlasan hati dan keindahan budi.. ....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mirwana_87Profil   Hantar PM kepada mirwana_87   Quote dan BalasQuote

mirwana_87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16829
Posting: 55
Dari: kuantan..pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-01-06 14:51


sekarang,setiap saat perjalanan kita,memang kita kena berhati2,musuh islam sentiasa berlegar2.astagfirullah...


-----------------
pengertian hidup ini akan lebih indah seandainya diiringi dengan keikhlasan hati dan keindahan budi.. ....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mirwana_87Profil   Hantar PM kepada mirwana_87   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 27-01-06 14:58


...Ya Allah lindungilah kami yang serba kekurangan dan kelemahan ini...
semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

keon_5889
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16637
Posting: 53
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 15:33


allahuakbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For keon_5889Profil   Hantar PM kepada keon_5889   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 15:51


:-o :roll: waaa.....bahaya nya,sekarang macam-macam hal boleh terjadi. kristian takkan seng dengan islam selagi kita tak ikut dorg,sama juga dengan yahudi laknatullah..... :oops:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-06 16:34


Allahuakbar!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 03-02-06 11:09


ermmmmm..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

izzasyams
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14813
Posting: 11
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 16:35


mudah-mudahan Allah lindungi kita dari semua kecelakaan ini..AMINN...
takut bila kita dengar berita macam nikan??
Jangan sesiapa pun yang terlepas dari kerja kita yang sebenar iaitu berdakwah.
Be a good dah'ie, insyaallah..ALLAHUMA'ANA

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzasyamsProfil   Hantar PM kepada izzasyams   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 16:56


selagi kita berpegang teguh pada jalan ALLAH..ALLAH akan mudahkan urusan dan jauhkan dari kecelakaan..

musuh ALLAH itu bertebaran di mana-mana..qadim wa hadis

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 17:01


Masalah zaman kini bukan sahaja orang kafir yang menentang Islam bahkan orang Islam itu sendiri....


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 18:45


" imaginary war first "

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

atiqahsyahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.11.2005
Ahli No: 20514
Posting: 79
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 17:59


emm...nampaknya usaha kristian makin menatijahkan kejayaan dalam memurtadkan orang islam....semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat pertolongan Allah.amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiqahsyahidahProfil   Hantar PM kepada atiqahsyahidah   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 19:25


ini lah ciri2 munafik..dan orang macam ni lah terlebih dahulu perlu di bunuh belum orang kafir...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 23:17


memang kena serius tapi tak perlu agak tegang. Cuma perlu lebih kreatif dan gandakan usaha..
Persoalannya.. Siapa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 23:49


assalamualaiakum...

syukran diatas info dan maklumat yang disampaikan oleh saudara UIHR.

dan juga kepada saudara ANSARULLAH diatas edit mesej dari saudara SHAH KIRIT BIN KAKULAL GOVINDJI.semoga dengan artikel yang diutara kan di atas kita dapat ambik langkah seterusnya dalam membina islam yang agung.

benar kata saudara shah kita ini sememangnya harus bangun dan bangkit menampaikan islam pada seluruh manusia..sebab kita dijadikan didunia ini sebagai khalifah ALLAH..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-06 23:55


MARILAH KITA BANGUN BERSAMA ISLAM KERANA ISLAM AKAN TETAP BANGUN WALAUPUN BUKAN KITA YANG BANGUNKAN.TETAPI RUGILAH KITA KERANA TIDAK AMBIL PELUANG UNTUK BERSAMA MENEGAKKAN ISLAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 17-02-06 02:32


huhuhuh....
takutnyer..

moga diri ini ditempatkan dibawah lindungan Allah............

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 23-02-06 10:06


bangun lah wahai umat Islam semua. Jangan lah kita lalai dan leka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 13:03


bermacam cara mereka nak hancurkan kita....
kita harus bersedia menghdapi kemungkinan yang datang...
tetapkan hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 23-02-06 16:44


kalau zaman dulu...sesiapa yang murtad & apabila dipujuk peluk Islam kembali tapi dia tetap tak mahu...bunuh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 16:57


Kena berhati2 lah selepas ini.. Dakyah orang kafir ni berleluasa sangat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

UIHR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2005
Ahli No: 15700
Posting: 89

Selangor  


posticon Posting pada: 28-02-06 10:53


Betul tu Bunga Raya Putih......

Bookmark and Share

    


  Member Information For UIHRProfil   Hantar PM kepada UIHR   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 09-03-06 11:46


masyaAllah....macam2 berlaku sekarang ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 09-03-06 15:04


jangan cakap saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14126 saat. Lajunya....