Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
nur_takwa88: 26 hari yang lalu
kismis: 27 hari yang lalu
qaulah_atrah: 38 hari yang lalu
muaz9768: 42 hari yang lalu
Rashdin: 48 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penangan bomoh...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penangan bomoh...

Please Mendaftar To Post


Oleh Penangan bomoh...

nana_klate
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12131
Posting: 54
Dari: KeLaTe

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 12:57


JOHOR BAHRU: Seorang bomoh wanita yang mendakwa mengamalkan kaedah rawatan Wali Songo, dipercayai menggunakan cara perubatan pelik bagi memastikan pelanggannya terus sakit untuk mengaut keuntungan berterusan.
Dalam kejadian terbaru, seorang suri rumah warga Singapura mendakwa dipaksa menelan lima ketul kaca dan sebutir batu seperti permata, kononnya untuk aura dan pendinding berikutan wanita berkenaan mengadu terkena sihir.

Akibatnya, mangsa berusia 30-an itu mengalami sakit perut dan pedih seperti tercucuk jarum apabila beberapa ketul kaca berkenaan masih berada di dalam perutnya dan tidak keluar menerusi pembuangan air besar, seperti dikatakan bomoh berkenaan.

keluar menerusi pembuangan air besar, seperti dikatakan bomoh berkenaan.

Mangsa yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam mendakwa badannya lemah dan tiada selera makan, dipercayai terkena sihir atau buatan orang.

“Jadi, saya tertarik dengan satu iklan di akhbar dan menghubungi wanita itu pada 13 Januari lalu. Saya buat temu janji untuk jumpa bomoh berkenaan jam 4 petang 15 Januari di sebuah hotel di bandar raya ini.

“Saya datang seorang diri dan apabila sampai, pintu bilik hotel itu dibuka seorang lelaki dipercayai suami bomoh berkenaan.

“Ketika rawatan, bomoh itu menyediakan mangkuk besi yang tertulis ayat al-Quran. Dia kemudian memasukkan sedikit air dan lima ketul kaca tajam sebelum menyuruh saya minum air dan menelan lima ketul kaca itu.

“Dia mendakwa kaca yang ditelan itu akan keluar apabila buang air besar. Pada mulanya, saya enggan tetapi dia terus memaksa dan mengugut tidak akan membuat rawatan jika saya enggan menelan batu itu,” katanya.

Mangsa mendakwa, ketika masih kesakitan dan meminta air, bomoh itu menyuruhnya menelan batu pendinding itu pula, sebelum memberikan dua botol ubat Habatus Sauda dan sebotol minyak urut.

Menurutnya, dia kemudian memberikan RM800 seperti yang diarahkan ketika membuat temu janji, tetapi bomoh berkenaan menyatakan jumlah itu tidak mencukupi dan mangsa perlu membayar RM1,470.

“Dia caj saya RM950 untuk lima ketul kaca, RM420 untuk batu pendinding dan RM100 untuk ubat itu, pada hal ketika membuat temu janji, suami bomoh itu hanya menyuruh saya membawa RM800 saja.

“Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, saya sakit dalam perut dan terasa seperti dicucuk jarum. Akhirnya, saya membuat pemeriksaan perubatan di sebuah poliklinik di Jurong East pada 17 Januari dan menjalani ujian tak-Ray.

“Hasil tak-Ray mendapati ada empat ketulan di dalam perut saya, dipercayai kaca itu yang menjadi punca saya sakit perut. Pada hari sama, saya diarahkan ke National University Hospital (NUH) dan dimasukkan ke wad kecemasan.

“Pihak hospital membuat pemeriksaan dan imbasan, selain memberi ubat. Saya perlu ke hospital sama pada 27 Januari ini untuk pemeriksaan lanjut kerana jika ketulan itu tidak keluar dari perut saya dengan bantuan ubat diberikan, saya terpaksa menjalani pembedahan kerana situasi itu boleh menyebabkan kanser perut,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada 21 Januari lalu dan menghubungi bomoh berkenaan untuk memberitahu keadaannya serta laporan polis yang sudah dibuat.

Menurutnya, bomoh berkenaan naik marah dan mendakwa mangsa cuba menfitnahnya, sebelum meminta tak-Ray berkenaan sebagai bukti.

“Dia dakwa bomoh handal dan lima orang sudah pulih. Tapi saya tidak sangka dia guna cara ini. Ini bukan bagi baik tetapi memudaratkan kerana saya berdepan risiko kanser perut dan maut,” katanya.

APA KOMEN SAHABAT2 SEMUA :-?


-----------------
"Saat kau dilahirkan-Kau menangis dan Orang lain tersenyum-BERJUANGLAH agar disaat kau menghembus nafas terakhir-Kau tersenyum dan orang lain menangis..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For nana_klateProfil   Hantar PM kepada nana_klate   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 13:04


macam2..
nak berubat..tapi lebih memudaratkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 14:23


kena guna rasional akal sebelum buat sesuatu kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 14:28


betull
sebab memang ada sesetengah penyakit..
kat hospitak tak boleh kesan..
tapi bila berubat cara tradisional..
alhamdulillah...dengan kuasa allah..boleh sembuh..
apa pun kena tengok juga bomohnye rmcm mana..
ada yang guna benda pelik2 nak berubat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 14:29


umat akhir zaman macam ni lah!
tak begitu anjang?

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 22:42


Dah berlambak kes macam ni terjadi sebelum ni... tapi masih lagi ada yang tak reti nak ambil iktibar... hairan sungguh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 23:03


fikirlah sebelum melakukan sesuatu itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-01-06 11:34


tua...sapa suruh percaya sangat kat bomoh...dokter kan ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110338 saat. Lajunya....