Semenjak daripada dahulu fuqaha’ tidak sehaluan dengan golongan sufi dalam banyak hal. Perbezaan pendapat ini telah banyak melahirkan ketegangan di kalangan mereka. Di sini bolehlah kita ringkaskan isu-isu yang menjadi perbahasan hangat di kalangan mereka.
1. Kasih kepada Allah
2. Hakikat dan Syariat
3. Karamah
Dengan taufiq daripada Allah kami berharap kami akan dapat menjelaskan perbahasan ini sebaik-baiknya.
Kasih kepada AllahGolongan sufi meletakkan asas kasih kepada Allah berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
â€Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan pula suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepada-Nya, kaum yang bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas, gagagh terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya, kerana Allah Maha Luas limpah Kurnianya, lagi meliputi pengetahuannya.†(Surah al-Maidah:54)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
â€Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu, serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi amat mengasihani†(Surah ali-Imran)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
â€Katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudra kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasulnya (daripada) berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (zab siksanya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik Surah Taubah: 24)
Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:
â€(Walaupun demikian) ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah) mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. (Surah al-Baqarah: 65).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
â€Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya dia akan memperolehi kemanisan iman. Pertama, mengasihi seseorang itu kerana Allah, kedua benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam api neraka. Ketiga, Allah dan Rasul lebih dikasihinya daripada yang lain.Di dalam satu riwayat Imam al-Bukhari, nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
â€Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w, bilakah berlakunya kiamat? Nabi menjawab, apakah persediaan kamu untuk menghadapinya? Jawab lelaki itu. aku tidak banyak membuat persediaan menghadapi hari tersebut seperti banyak melakukan ibadah solat, puasa atau bersedekah. Tetapi aku hanya mengasihi Allah dan rasul-Nya. Nabi menjawab, engkau bersama-sama orang yang engkau kasihi.â€Sabda Nabi lagi yang bermaksud:
â€Seseorang itu tidak dikatakan benar-benar beriman sehinggalah Allah dan rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang lain-lainâ€Mengasihi Allah seperti yang diterangkan tadi, menjadi asas salah satu daripada maqam-maqam tasawwuf yang telah dicapai oleh pengamal tasawwuf sehingga sebahagian daripada mereka menjadi tersohor. Antaranya, Rabiatul al-‘Adawiyyah. Beliau adalah contoh kepada golongan asyik dan sangat menebal kasihnya kepada Allah.
Omar bin al-Faridh juga terkenal dengan gelaran Sultanul ‘Asyikin (ketua orang-orang yang asyik kepada Allah). Begitu juga bagi Samnun bin Hamzah al-Khawwas dan Dzun Nun al-Misri tersohor dengan maqam ini serta ramai lagi di kalangan para sufi.
Adapun golongan sufi adalah satu-satunya golongan yang tersohor dengan hakikat kasih dari asyik kepada Allah ini. Tidak ada golongan lain yang dapat menyamai jalan mereka. Oleh sebab itulah mereka tidak disukai oleh orang lain. Contohnya, para fuqaha’ mendakwa bahawa Islam bebas lepas dari dakwaan ‘kasih-asyik’ golongan sufi ini. Hujjah mereka, bahawa ‘kasih-asyik ini tidak akan berlaku kecuali pada yang sama taraf dan standing. Tetapi di sini tidak ada persamaan taraf di antara khaliq dengan makhluk.
Para fuqaha’ berkata; Kecintaan kepada Allah yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-hadith bermaksud mengikut Nabi s.a.w. seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud,
â€Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu… (Surah Ali-Imran:31)
Golongan fuqaha’ ini telah diberi pelepasan dan bebas dengan pandangan mereka kerana mereka tidak dapat merasa keindahan percintaan dan kelazatannya seperti mana yang dianugerahkan oleh Allah ke atas hamba-hambanya yang Ia kehendaki. Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:
â€â€¦yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya†Surah al-Maidah: 54)
Firman Allah yang bermaksud:
â€â€¦maka Allah akan mendatangkan pula suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasih kepadanya.†Surah al-Maidah:54)
Jelaslah Allah menyeru kepada kecintaan seperti mana firman-Nya yang bermaksud:
â€Sedangkan orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah."Allah juga menyeru mereka supaya tetap dengan kecintaan ini melalui amal soleh dan mengikut Sunnah Nabi s.a.w. Jadi bukanlah maksud kecintaan ini meninggalkan amalan. Alangkah indahnya kata-kata Imam al-Syafi’e:
â€Kamu melakukan maksiat, sedangkan kamu cintakan-Nya. Bagiku ini memang perkara aneh. Sekiranya kamu benar-benar mencintai-Nya, nescaya kamu taatkan-Nya, ini kerana orang yang bercinta akan menurut sahaja kehendak kekasihnya.â€Sesungguhnya, keadaan bagi kecintaan kepada Allah ialah dengan mengikut Nabi-Nya s.a.w. Tetapi di sana ada keadaan yang lain di mana ia akan muncul untuk menjadikan kasih ini bertambah kuat iaitu dengan mengagungkan nama-nama Allah, sentiasa berzikir dan mabuk kepayang terhadap kecintaan kepada Allah.
Hakikatnya, kecintaan ini tidak boleh kita capai mengikut kehendak kita tetapi ia adalah anugerah Illahi ke atas hamba-Nya yang terpilih. Oleh sebab itu, ahli sufi menjadikan perkara ini (kecintaan) dalam bentuk
hal (sentiasa, bukannya kadang-kadang di buat kadang-kadang ditinggalkan.
Sekiranya ditakdirkan seseorang itu mencapai kedudukan ini, nescaya ia akan dapat merasa pelbagai kelazatan yang tidak mungkin dijelaskan kecuali dengan beberapa perkataan sahaja mengenai hakikatnya. Ia umpama berada di dalam bungkusan yang tidak dapat diterangkan. Kebanyakan mereka yang dianugerahkan kecintaan ini dan memahami rahsia-rahsianya, mereka akan memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang harus pada penglihatannya. Mereka mengisyaratkan demikian dari sudut yang tersembunyi seperti mana kata Imam al-Ghazali,
â€Adalah ia seperti sebelumnya daripada sesuatu yang aku ingin menyebutnya. Dan bersangka baiklah bahawa ia adalah sesuatu yang baik dan janganlah bertanya lagi.â€Ada sesuatu yang menginsafkan kita, bahawa para fiqaha’ tidak mengemgkari hakikat mengasihi Illahi dan Rasul-Nya tetapi mereka mengengkari golongan yang melampau di kalangan para sufi yang menzahirkan natijah kasih pada Ilahi ini. Menurut Doktor Abu Ridah yang menterjemahkan perkataan ‘zindiq†di dalam kitab dah’irah al-Ma’arif al-Islamiah’ beliau berkata:
â€Ulama’ Islam tidak pernah menuduh golongan sufi itu adalah zindiq, semata-mata kerana mereka itu kasih kepada Allah, kerana kasih kepada Allah itu adalah asas iman. Ia adalah thabit dengan dalil Quran dan Sunnah. Adapun pertentangan ulama’ dengan golongan sufi ialah di dalam perkara yang melibatkan al-Hulul. Orang yang mendakwa dengan dakwaan al-Hulul dan al-Ittihad adalah tidak diperakui oleh ulama’ yang muhaqqiq di kalangan para sufi. Seperti mana para fuqaha’ juga tidak bersetuju dalam soal itu.â€Ibn al-Qayyim menyebut di dalam kitabnya “Madarij al-Salikinâ€, “sesungguhnya kecintaan pada Allah adalah tanda atau sifat golongan ini, dan kecintaan itu membuktikan kebenaran seorang sufi di dalam perjalanannya menuju Allah.â€
Tidak ada antara Allah dengan hamba-Nya sebarang hubungan kecuali semata-mata sifat ubudiyyah daripada hamba dan uluhiyyah daripada Allah, dan tidak ada pada hamba satu pun daripada sifat uluhiyyah dan tidak ada pada Tuhan satu pun daripada sifat ubudiyyah, justeru paksi bagu ubudiyyah ialah kecintaan. Maka ubudiyyah terikat dengan kecintaan, sekiranya terlerai ikatan kecintaan ini, jadi terlerailah ubudiyyah. Ketahuilah, Ibnu Qayyim adalah daripada kalangan fuqaha’ Salafi. Jadi di manakah letaknya penentangan ke atas ahli sufi yang disebabkan oleh kecintaan mereka kepada Allah?
Hulul- diambil daripada asal perkataannya – iaitu memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu yang lain dan yang dimaksudkannya di sini, Allah itu masuk ke dalam badan (jisin) manusia. Jadi tidak boleh kita beranggapan begitu kerana Allah Maha Tinggi dan Maha Agung.
Tidak seorang pun daripada ahli sufi beriktiqad dengan aqidah ini dan mereka bersaksi dengan tauhid yang sempurna.
Ittihad pula bermaksud Allah itu bersatu dengan hambanya. Ini tidak mungkin tergambar boleh berlaku kepada orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Ittihad hanya boleh berlaku hanya pada sesuatu yang sama taraf, jadi bagaimana ia boleh berlaku di antara Qadim (sedia ada) dengan Hadis (yang baru)? Setinggi mana pun seseorang manusia itu telah sampai ke kemuncak ketinggian, kerohanian dan kesucian hati, namun mereka tidak akan dapat menghapuskan sama sekali unsure-unsur kemanusiaan yang dimilikinya.
Para sufi sentiasa sibuk terhadap kecintaan kepada Allah dan keindahan-Nya, dan mereka tidak bersaksi di dalam dunia ini kecuali Allah dan tidak akan menyebut kecuali dengan nama dan sifat-Nya.
Mereka juga memahami tentang uluhiyyah dan kekuasaan Allah yang meliputi seluruh ala mini sehingga sebahagian daripada ahli sufi berkata:
â€Tidak aku lihat sesuatu itu melainkan aku nampak Allah sebelumnya.â€Ada juga antara mereka yang mengatakan:
Tidak aku lihat sesuatu itu kecuali aku nampak Allah di dalamnyaâ€. Iaitu kekuasaan, kebijaksanaan, ilmu dan keluasan kekuasaan Allah S.W.T. Adakah di sebabkan kefahaman kita tentang perkataan “di dalam†dan “sebelumnya†yang boleh dilihat dengan pancaindera, kita sangkakan itu ‘hulul’ dan ‘ittihad’? Sudah tentu tidak!
Abu Yazid al-Bustami telah mendengar seorang lelaki berkata: “Allahu Akbarâ€. Lalu Abu Yazid bertanya kepada lelaki tersebut, “Apakah maksud Allhu Akbar?†Lelaki itu menjawab: “Allah itu Maha Besar daripada semua benda.†Kata Abu Yazid: “Tidak ada dengan-Nya sesuatu pun yang lebih besar daripada-Nya.†Lelaki itu bertanya lagi: “Jadi apakah maksudnya?†Jawab Abu Yazid: “Allah itu Maha Besar untuk diqiaskan dengan yang lain dan Maha Besar untuk difahami oleh pancaindera.â€
Inilah dia Abu Yazid al-Bustami yang disandarkan oleh sesetengah orang dengan beberapa ibarat yang disangkakan ada kaitan dengan hulul, sedangkan ini adalah kefahaman dan perasaannya tentang “Allahu Akbar.†Jadi adakah kita mempercayai bahawa Abu Yazid membicarakan tentang ‘hulul’ seperti mana yang disangkakan oleh orang ramai?
Ahli sufi memahami makna uluhiyyah seperti mana yang diterangkan oleh Imam mereka iaitu Saidina ‘Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah katanya:
â€Allah Taala bukan daripada sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan di atas sesuatu dan bukan di bawah sesuatu. Sekiranya ia daripada sesuatu, itu adalah makhluk, sekiranya di atas sesuatu maka bolehlah dikandungi, sekiranya di dalam sesuatu, sudah tentu ia terhad dan sekiranya di bawah sesuatu sudah tentu ia dikuasai.â€Ahli sufi sentiasa mempercayai hakikat:
â€Sesungguhnya Allah itu tidak ada persamaan dengan sesuatu dan Dia sekarang seperti mana Dia dahulu.â€Dan
â€Semua yang selain daripada-Nya umpama bintang yang akan hilang.
Bahkan apa yang disaksikan oleh orang-orang yang mengetahui adalah batil.
Begitu juga kata-kata Syeikh Muhammad Ali Mansur al-Aqdami mengenai hakikat ini:
â€Ke mana sahaja aku berpaling, tidak aku lihat selain daripada-Nya yang Maha Meliputi dan hamba tidak akan memahami-Nya dengan hawa nafsunya.
Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
â€Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah.†(Surah al-Baqarah:115)
Oleh yang demikian, wajiblah kita memehami pendirian ahli sufi dan perkataan-perkataan mereka. Tidak ada pertentangan di antara ahli sufi dengan fuqaha’ pada dasarnya.
Dipetik daripada buku terjemahan “Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam†terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.-----------------
The more you know the less you need
(Australian Aboriginal Proverb)