Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an)


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an)

Please Mendaftar To Post


Oleh Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an)

hanan2503
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 10:26


Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):

--------------------------------------------------------------

Bil Nama Negara Kemahiran Tahun Wafat / Lahir:

1. Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah, Mesir, Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m

2 Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf, Mesir, Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an

3 Syeikh Muhammad al-Ghazali, Mesir, Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m

4 Syeikh Mustafa As-Sobri Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an

5. Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat tahun 1973 m

6 Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m

7 Syeikh Mahmud as-Syaltut (Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah

8 Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat

9 Imam As-Syahid Hasan Al-Banna Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M

10 Syeikh Abul A’lah Al-Mawdudi India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M

11 Syeikh Hasan Al-Habannakah Syria Aqidah, Fiqh dll wafat

12 Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, undang-undang Civil & Islam dan lain-lain. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M

13 Syeikh Abd Razak As-Sanhuri Mesir undang-undang dan Fiqh

14 Syeikh Abd Aziz Bin Baz Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . ex Mufti Am Saudi, ex Majma Fiqh Sedunia Wafat

15 Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M

16 Syeikh Abd Hayy Al-Katani Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal

17 Syeikh Ahmad Muhd Syakir Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh

18 Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie Syria Fiqh dan undang-undang dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan

19 Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m

20 Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m

21 Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M

22 Syeikh Nuruddin lah-Raniri Acheh Fiqh Kurun ke 17

23 Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M

24 Syeikh Daud Al-Fatani Nusantara Fiqh Kurun ke 19

25 Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18

26 Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud Mesir ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah

27 Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an


Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol
didunia Akademik dan Dakwah

1 Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)sekarang di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , tahun 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926

2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain-lain . ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929

3 Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, tahun 1963 ). ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932

4 Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE

5 Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , sekarang Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar sekarang.

6 Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.

7 Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)

8 Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)

9 Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat

10 Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia

11 Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh

12 Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain-lain bidang Islam. ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia

13 Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia sekarang.

14 Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah

15 Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh

16 Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran

17 Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.

18 Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am

19 Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,undang-undang dan Bahasa Umur 80 an

20 Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar tahun 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk

21 Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir tahun 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran

22 Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah

23 Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk

24 Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional

25 Prof. Dr Kurshid Ahmad sekarang UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

26 Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

27 Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

29 Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) ex- Univ Madinah. Ulum Quran

30 Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, sekarang di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am

31 Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .

32 Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (sekarang) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

33 Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh

34 Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

35 Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam

36 Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dengan First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan

37 As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.

38 Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & undang-undang, PhD Fiqh (al-Azhar) tahun 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan sekarang. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.

39 Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan2503Profil   Hantar PM kepada hanan2503   Pergi ke hanan2503's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-06 11:47


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas info di atas. Umi nak tambah sikit bab ulama' ini agar anak-anak di sini dapat mengenali mereka yang masih hidup di Malaysia ketika ini. Selain dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ada lagi seorang yang amat berpengaruh dalam bidang Tarbiyah Islamiah Harakiah iaitu Ustaz Dahlan Mohd. Zain di Perlis. Seorang lagi ialah Dr Abdullah Yassin di Kuala Lumpur yang kuliah tafsirnya amat menusuk kalbu. Sementara yang wanitanya pula ialah Dr Fatma Zahra iaitu adik kepada Dr Said Ramadhan. Dr Fatma ini luas ilmu dan pengalamannya kerana umi sendiri pernah dengar dari mulutnya bahawa beliau khatam 11 buah tafsir Al Quran. MasyaAllah.

Walauapapun anak-anak teruslah mencari ilmu agar tidak mudah dikelirukan dan juga dipengaruhi syaiton musuh nombor satu Islam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Laa illa hailla anta subhanak inni kuntum minazzalimin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-02-06 11:52


Pada 10-02-06 11:47 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas info di atas. Umi nak tambah sikit bab ulama' ini agar anak-anak di sini dapat mengenali mereka yang masih hidup di Malaysia ketika ini. Selain dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ada lagi seorang yang amat berpengaruh dalam bidang Tarbiyah Islamiah Harakiah iaitu Ustaz Dahlan Mohd. Zain di Perlis. Seorang lagi ialah Dr Abdullah Yassin di Kuala Lumpur yang kuliah tafsirnya amat menusuk kalbu. Sementara yang wanitanya pula ialah Dr Fatma Zahra iaitu adik kepada Dr Said Ramadhan. Dr Fatma ini luas ilmu dan pengalamannya kerana umi sendiri pernah dengar dari mulutnya bahawa beliau khatam 11 buah tafsir Al Quran. MasyaAllah.

Walauapapun anak-anak teruslah mencari ilmu agar tidak mudah dikelirukan dan juga dipengaruhi syaiton musuh nombor satu Islam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Laa illa hailla anta subhanak inni kuntum minazzalimin



terima kasih ummimq :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-06 12:48


Dr Fatma Zahra tu dok kat terganu ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-02-06 12:48


Assalamualaikum...

satu lagi nak sebut...

Sheikh Fuad Kamaludin Rembawi al-Maliki(mengambil sanad hizib dari Sheikh alawi maliki di Makkah)seorang tokoh muda dari Negeri Sembilan yang telah mengarang ratusan kitab termasuk kitab2 yang mendedahkan kebatilan puak2 Wahabi yang didokongi oleh antaranya kedua2 Ustaz yang ummimq sanjungi.

ummimq pergilah dengar kuliyah s.fuad ni sebulan sekali di masjid Ridhuan Hulu Klang moga ummimq kembali ke Ahli Sunnah wal jamaah dan meninggalkan Wahabi.

amin ya rabbal 'alamin. :-)
[ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 10-02-06 12:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 00:13


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Dr Fatma AzZahra adalah rakyat Mesir yang telah berkawin dengan orang Kelantan. Beliau memang Doktor perubatan tetapi kini sudah bersara dan meneruskan dakwahnya. Beliau di Terengganu kerana salah seorang menantunya adalah keturunan di Raja Terengganu. Sekiranya anak-anak ingin mengenali beliau lebih dekat ikutilah kuliah beliau dalam slot lah Rayyan di Astro channel 4 setiap malam Jumaat jam sembilan. Walaupun tidak begitu faseh berbahasa Malaysia namun insyaAllah kita boleh memahaminya bahawa ilmunya meluas sekali. Umi pernah berbual peribadi dengannya dan beliau memberitahu bahawa beliau dibesarkan dengan dikelilingi para ulama' dan biasa dengan Imam Hasan Al Bana yang juga mertua kepada Dr Said Ramadhan iaitu abang Dr Fatma.

Bagi anakanda Abg_Imam umi hargai keprihatinan anakanda akan diri umi dan syukran jazilan atas saranan tersebut. InsyaAllah umi akan cuba cari siapa dia yang anakanda sebutkan tu. Semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita ya.

Bagi anak-anak yang sedar dan insaf bahawa kehidupan kita hanya sebentar cuma cubalah dengar radio IKIM.fm setiap pagi jam 6.30 pagi hingga 7 pagi dan ulangannya pada 7.30 malam iaitu kuliah tafsir oleh Ustaz Zahazan Mohammad iaitu CEO Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau berlatarbelakangkan pendidikan dari Jordan dan kini pensyarah di UIAM. Umi amat meminati kuliah tafsirnya yang penuh dengan fakta dan juga rujukan yang mantap dengan hadis soheh. Oh ya Abg_Imam, ustaz ni wahabi juga ke sebab beliau sering sebut tentang Syeikh Al Bani?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Abu Hurairah lah.a. berkata Nabi s.a.w pernah bersabda "Apabila ummatku melebihkan urusan dunia maka akan hilang kebesaran akhirat, apabila ummatku meninggalkan usaha dakwah maka akan hilang keberkatan wahyu (Al-Quran) & apabila ummatku caci mencaci satu dengan yang lain maka mereka tidak dipandang oleh Allah s.w.t." hari. Bukhari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-06 22:14


tak habis2........... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 11-02-06 22:38


syukran atas info

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-02-06 00:01


ana sokong dengan saranan ummimq...janganlah kita saling caci-mencaci, wahabi, syafii..yang penting pastikan islam kita bukan kerana keturunan..mentang2 datuk nenek kita syafie, kita terus melihat fahaman lain sesat...yang penting sekali kembalila kepada al-quran dan as-sunnah...

ayuh mari bersatu....islam yang satu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-02-06 00:03


ana sokong dengan saranan ummimq...janganlah kita saling caci-mencaci, wahabi, syafii..yang penting pastikan islam kita bukan kerana keturunan..mentang2 datuk nenek kita syafie, kita terus melihat fahaman lain sesat...sedangkan kita sendiri tak tau siapa itu syafie..yang penting sekali kembalila kepada al-quran dan as-sunnah...

ayuh mari bersatu....islam yang satu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-06 16:05


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah syukran jazilan atas sokongan. InsyaAllah umi berlapang dada atas apa saja kritikan asalkan yang mengkritik itu turut sama berlapang dada juga. Untuk memahami sesuatu kita perlu berilmu. Bukan niat umi untuk mengatakan orang lain tidak berilmu tetapi marilah kita bersungguh-sungguh mencari ilmu bila terdapat pertembungan atau perbezaan pendapat. Semua ini memerlukan ilmu untuk dapat dianalisa seterusnya.

Sebab itu Imam Bukhari - ahlul hadith yang muktabartelah meletakkan satu bab dalam kitab sahihnya yang berbunyi: "Bab: Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan."

Menurut para ulama' Ilmu menjadi syarat sahnya satu-satu perkataan dan perbuatan; keduanya (perkataan dan perbuatan) tidak akan bererti tanpa adanya (ilmu). Imam Bukhari sengaja mengingatkan kita mengenai pentingnya ilmu sehingga tidak akan ada orang yang berkata bahawa ilmu itu tidak berguna, apabila disertakan dengan amal; yang demikian itu pendapat yang boleh melemahkan semangat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan meremehkannya. (petikan dari kitab Fiqh Awliyyat Dr Yusuf Qardhawi).

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Ilmu adalah pemimpindan amal adalah pengikutnya. (Muaz bin Jabal)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-06 17:08


:-di :-di :-di


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-02-06 19:57


Sudahla bincang pasal wahabi,salafi khalafi...sakit kepala.....

dah lari tajukpun.....

ni seorang lagi ulama kontemporari yang saya kenal...
prof Dr Qahtan Ad-Duri....A'mid kuliyah syariah dan kanun di universiti al-albayt,Jordan....Banyak menghasilkan kitab,dan mempunyai ilmu yang cukup luas mencakupi ilmu moden.....

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 18-02-06 20:04


atif_haziq belajar kat jordan ka>?..course apa?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

ibnu_omar
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2005
Ahli No: 21546
Posting: 12
Dari: tanah merah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-02-06 14:11


alhamdulillah atas info.... membangun bersama islam... Allahu Akbar!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_omarProfil   Hantar PM kepada ibnu_omar   Pergi ke ibnu_omar's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 09:15


Sano Koutoub - Menimba ilmu di tiang-tiang Masjid al-Haram
Oleh HELMI MOHD FOAD

Gayanya cukup berbeza. Biarpun bergelar ilmuwan, Prof. Dr. Sano Koutoub Moustapha begitu peramah dan ceria, sekali gus membuatkan pengajarannya begitu berkesan.

Walapun mata pelajaran Usul Fiqh dan Usul Hadis begitu merumitkan, Sano tampak yakin menerangkan satu persatu konsep usul fikah dengan begitu mudah hingga para pelajar senang memahaminya.

Malah beliau turut menyelitkan pelbagai pandangan daripada imam-imam mazhab lantas membuatkan pemikiran para pelajarnya lebih terbuka.

Sano yang kini menjawat sebagai Pengarah Institut Perpaduan Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, semuanya adalah hasil didikan yang diterima ketika belajar di Masjid al-Haram lebih 20 tahun lalu.

Anak kelahiran Republik Guinea, Afrika Barat itu berkata, pada masa tersebut secara formalnya beliau menuntut di Universiti Ummu al-Qura, Mekah tetapi sebahagian besar waktunya dihabiskan dengan menuntut ilmu bersama sheikh-sheikh di Masjid al-Haram.

``Pengalaman belajar di Masjid al-Haram sekitar awal 80-an adalah saat yang tidak dapat saya lupakan, ia meninggalkan memori yang cukup mendalam dalam diri saya'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengingati sejenak nama guru-gurunya, Sano semacam terharu.

``Sheikh Said, Sheikh Yahya dan Sheikh Mohammad al-Amin, mereka kebanyakannya sudah pulang ke rahmatullah,'' ujarnya.

Seawal fajar terbit beliau telah berada di Masjid al-Haram dan mendengar kuliah-kuliah agama dari sheikh berkenaan sebelum pergi ke perpustakaan kira-kira pukul 8 pagi dan menghadiri kuliah di Ummu Qura sehingga pukul 4 petang.

Selepas itu, sehingga pukul 10 malam, Sano menghabiskan waktunya berguru dengan sheikh-sheikh di beberapa sudut dan tiang Masjid al-Haram.

Setiap sudut, terdapat sheikh yang berbeza. Ada yang mengajar hadis, tafsir dan lain-lain. Sano menjadikan rutin hariannya dengan bergilir belajar dari satu sheikh kepada sheikh yang lain.

``Sebelah petang saya membuat perbincangan dan lepas Maghrib ada kelas bahasa Arab yang semua diadakan dalam bentuk tradisional.

``Saya berpeluang menghafaz banyak hadis terutama sesi pengajaran Sheikh Mohammad al-Amin selepas waktu Isyak,'' katanya.

Apa yang menyentuh perasaannya, kata Sano, Sheikh Said menerangkan hadis-hadis dalam bentuk praktikal dan bukannya sekadar dihafal.

``Jika kita lihat al-Quran di dalamnya terdapat banyak teori dan idea tetapi implementasinya ialah melalui hadis Rasulullah,

``Bila baca al-Quran contohnya, dirikan sembahyang, al-Quran tidak menyatakan secara mendalam bagaimana cara kita sembahyang.

``Kemudian datang hadis untuk memberitahu kita tentang berapa rakaat perlu kita sembahyang dan waktu sembahyang,'' ujarnya.

Bermula dari kefahaman itu, Sano berkata, semangat spiritual dari sunah akan timbul apabila ia dapat diterjemahkan daripada aspek praktikal.

``Dalam apa juga teori tetapi jika tidak disertakan dengan praktikal, maka tidak ada siapa pun akan percayakan kita.

``Tanpa sunah, kita tidak boleh terjemahkan ajaran al-Quran,'' ujarnya.

Sano berkata, dalam pengajarannya Sheikh Said amat menekankan perbezaan antara Sunah berasaskan tradisi dan kebudayaan Arab yang telah lama wujud sejak sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul.

``Sunah bukan hanya melihat apa yang Nabi makan seperti buah tamar dan minum susu,'' katanya.

Tetapi beliau berkata, apa yang perlu dihayati oleh umat Islam ialah bagaimana hendak mengamalkan cara kehidupan Nabi yang penuh budi pekerti, hormat menghormati dan bertoleransi.

``Sheikh Said menekankan bahawa hadis bukan untuk dihafal sahaja tetapi diterjemahkan dalam kehidupan meliputi perangai dan interaksi dengan orang lain,'' jelasnya.

Jelas Sano, apa yang begitu memberi kesan di hatinya apabila gurunya itu kadangkala menangis apabila menceritakan betapa tulusnya budi Rasulullah dan amalan-amalan baik yang dianjurkan oleh baginda.

``Beliau juga banyak menekankan supaya kita bezakan hadis yang kuat dan lemah kerana hadis lemah akan memberikan kesan ke atas kehidupan umat Islam,'' katanya.

Hadis-hadis yang diajar itu, kata Sano memberikan satu ingatan bahawa sepanjang kehidupannya, Rasulullah tidak pernah menyakiti orang lain, sahabat, jiran-jiran dan tidak sekali-kali memukul anak isterinya.

``Nabi tidak pernah bersikap agresif dan tidak pernah sekali-kali menyokong sebarang tindakan yang berbentuk kekerasan dan keganasan.

``Baginda hanya bertindak semata-mata untuk mempertahankan diri,'' ujarnya.

Sebab itu jelas Sano, Nabi Muhammad boleh melembutkan hati orang-orang Arab yang keras itu dan akhirnya memeluk Islam.

``Bila jumpa Nabi Muhammad mereka berubah, semuanya dilakukan melalui akhlak dan budi pekerti,'' katanya.

Rasulullah berhadapan dengan manusia yang liar dan masyarakat yang suka berperang malah ia menjadi amalan biasa pada zaman itu.

``Bahkan mereka boleh sampai tahap membunuh, tetapi Rasulullah mengatur, mengurus dan kemudiannya menukar watak manusia yang begitu agresif menjadi orang yang begitu merendah diri,'' ujarnya.

Itulah gambaran peribadi Rasulullah yang diajarkan oleh Sheikh Said sehingga kini Sano tidak dapat melupakannya.

``Itulah yang saya pegang sampai hari ini, kita mesti sentiasa bertoleransi dan bukannya agresif dan bersifat mahu membalas dendam,'' katanya.

Kebanyakan orang silap faham tentang perkara ini, sedangkan Nabi Muhammad bukan jenis orang yang pendendam apatah lagi setelah menjadi kuat, katanya.

Hal ini disaksikan bagaimana ketika pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad tidak membalas dendam ke atas Abu Sufian yang sepanjang hidupnya asyik merancang untuk menamatkan riwayat baginda.

Ciri-ciri seperti inilah yang telah hilang daripada kehidupan masyarakat Islam pada hari ini, jelas Sano.

Ternyata segala amanat dan didikan sheikh-sheikh di Masjid al-Haram itu membolehkan Sano bercampur gaul dengan lebih mudah dalam kehidupan masyarakat Arab apabila beliau kemudiannya menyambung pengajian di Universiti King Saud, Riyadh sehingga akhirnya muncul sebagai pelajar terbaik.

Selain itu jelas Sano, anggapan bahawa mereka yang belajar di Arab Saudi akan terpengaruh dengan fahaman Wahabi adalah tidak tepat sama sekali.

``Semasa belajar di Masjid al-Haram saya dapat tahu pelbagai pandangan mazhab, saya tidak mengehadkan diri saya kepada satu sekolah pemikiran sahaja, saya tidak percaya dengan itu,''

``Ini kerana bahaya apabila kita meletakkan Islam dalam kerangka satu sekolah pemikiran. Sepatutnya kena semua, Syafie, Hanbali, Malik dan Hanafi atau sekurang-kurangnya aliran Ahli Sunah,'' ujarnya.

Sano yang juga anggota Akademi Fikah Islam, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, mazhab-mazhab tersebut sebenarnya saling lengkap melengkapi dan ibarat adik-beradik di dalam sebuah keluarga.

``Ahli Sunah mempunyai pemikiran yang satu tapi perbezaannya setakat macam anggota dalam sebuah keluarga.

``Misalnya saya boleh berbeza antara adik-beradik tetapi mereka masih menjadi ahli keluarga dan ini tidak bermakna jika abang saya lain saya perlu benci dia,'' katanya.

Jelasnya, walaupun di Masjid al-Haram mengamalkan mazhab Hanbali, beliau dapat mendalami ajaran mazhab Syafie, mendengar syarahan mereka dan mentelaah buku pelbagai mazhab di perpustakaan.

``Apa yang saya dapati semua sekolah pemikiran ini amat mengkagumkan. Hanbali adalah anak murid Syafie yang merupakan anak murid kepada Imam Malik.

``Manakala Imam Malik pula adalah pelajar Imam Abu Hanifah, mereka ini semua dari akar yang satu,''

Jelas Sano, bagaimana boleh dibayangkan Imam Syafie berperang dengan Imam Malik, sedangkan beliau tinggal serumah dengan gurunya itu.

``Jadi ini menjadikan fikiran saya lebih terbuka,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, pemikiran seseorang itu akan tertutup jika mereka mengehadkan kepada satu sekolah pemikiran dan ada yang mempromosikan sekolah mereka sahaja.

``Di Mekah juga ada Syafie, malah lebih dominan di Jeddah tetapi mereka tidak mengisytiharkannya secara terbuka,'' katanya.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah orang apabila pulang ke tanah air, mereka mula menekankan ideologi dan pegangan mazhab mereka dan ketika itu bermulalah konfrantasi.

Dalam hal ini beliau berkata, beberapa siri perkembangan terkini di Arab Saudi yang membabitkan siri serangan bom dan kemunculan kumpulan al-Qaeda adalah bertentangan dengan nilai ajaran sebenar di Masjid al-Haram yang merupakan arah kiblat umat Islam.

``Bukan pendidikan agama di Arab Saudi yang menyebabkan perkara itu berlaku. Pendidikan di Masjid al-Haram tidak mengajar orang menjadi pengganas,'' katanya.

Malah jelasnya, Islam tidak tidak boleh sekali-kali dikaitkan keganasan dan militan.

``Osama bin Laden dan pembantunya Zawahiri bukan asalnya daripada orang-orang yang mendapat pendidikan Islam. Kebanyakan ahli Al-Qaeda adalah mereka yang pakar dalam bidang sains tetapi bukan agama.

``Tetapi mereka mengaku mahu memperjuangkan nasib Palestin, nasib umat Islam dan mencipta alasan mereka sendiri.

``Sedangkan kita tidak meminta mereka melakukannya,'' ujarnya.

Jelasnya, adalah satu perkara yang menyakitkan apabila Islam dikaitkan dengan keganasan.

``Seolah-olah Islam ini penuh dengan kesalahan,'' ujarnya.

Dalam pada itu tambah Sano, satu lagi fasa perubahan yang dialami dalam dirinya ialah apabila menjejakkan kaki ke Malaysia untuk berkhidmat sebagai pensyarah Kulliyah Pengetahuan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM pada 1993.

``Apabila datang ke Malaysia satu lagi perubahan dalam hidup saya apabila nilai semangat toleransi sebenar terdapat di negara ini.

``Di sini Islam juga dapat berjalan seiring dengan kemodenan, teknologi dan kemajuan,'' jelasnya.

Beliau berkata, orang Islam di Malaysia dapat membuktikan bahawa mereka mampu melakukan, bukan sekadar teori tapi praktikal iaitu bagaimana negara diuruskan dan apa makna Islam sebenar.

``Bila orang tanya modelnya, ini Islam di Malaysia di mana kemodenan, teknologi dan kemajuan dapat dicapai.

Di sini menunjukkan tidak salahnya dengan Islam dan oleh itu kalau negara tidak membangun dan maju jangan salahkan Islam ,'' katanya.
Utusan

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=15812&sid=ce68766818c69666598f63e57039f718

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-02-06 20:41


Mantap jugak pengetahuan ummi ni ye! Berapa bahasa yang Ummi tau?
Nak tambah seorang lagi.
Tokoh Islah dan pembangunan Islam di Turki> BAdiuzzaman Said Nursi..Pengarang Kulliyyah Rasail An-Nur.
Boleh dapatkan maklumat dari search engine dengan kata kunci berikut

Bediuzaman
Said Nursi
Resaile-i nur
Rasail nur
Syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 29-03-06 04:34


Pada 18-02-06 19:57 , Atif_Haziq posting:

!!! QUOTE !!!

Sudahla bincang pasal wahabi,salafi khalafi...sakit kepala.....

dah lari tajukpun.....

ni seorang lagi ulama kontemporari yang saya kenal...
prof Dr Qahtan Ad-Duri....A'mid kuliyah syariah dan kanun di universiti al-albayt,Jordan....Banyak menghasilkan kitab,dan mempunyai ilmu yang cukup luas mencakupi ilmu moden.....

wasalam



ASIK2 PROMOTE JORDANNYA TU...HAHAHAHA


-----------------
HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA
Image hosting by Photobuck<br /><br /><br />
<div align= Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-06 05:01


al-Marhum al-Sheikh Muhammad Alwi Abbas al-Malikiy al-Hasaniy

al-Marhum al-Sheikh Nasiruddin al-Albaniy

kedua-dua Muhaddith kurun ke19

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

segerak_searah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23281
Posting: 127
Dari: Kem Sg Besi

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-03-06 07:00


Semoga ALLAH S>W.T memelihara roh para ulama yang telah meninggal di=unia. Sesungguhnya mereka ialah pewaris nabi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For segerak_searahProfil   Hantar PM kepada segerak_searah   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 30-03-06 01:51


ada peluang saja bidas,,, heheheheh,,, entah apa jenis didikan ni... asyik cari buruk orang saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 30-03-06 06:50


Pada 29-03-06 05:01 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

al-Marhum al-Sheikh Muhammad Alwi Abbas al-Malikiy al-Hasaniy

al-Marhum al-Sheikh Nasiruddin al-Albaniy

kedua-dua Muhaddith kurun ke19


alhamdulillah...boleh bersatu ni.......


-----------------
HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA
Image hosting by Photobuck<br /><br /><br />
<div align= Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123243 saat. Lajunya....