Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 168
Ahli: 0
Jumlah: 168




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pendakwah Mesir lancar program realiti agama


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pendakwah Mesir lancar program realiti agama

Please Mendaftar To Post


Oleh Pendakwah Mesir lancar program realiti agama

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 21:52


Pendakwah Mesir lancar program realiti agama

KAHERAH: Pendakwah terkemuka Arab dan Islam, Amr Khaled melancarkan program realiti agama pertama berasaskan ibadat haji dalam usaha menarik minat ramai penduduk Islam menghayati ibadat berkenaan.

Sebaliknya, ramai menganggap kemunculan program itu bertujuan mematahkan tumpuan terhadap satu lagi rancangan yang jauh berbeza dan mendapat sambutan hangat - Star Academy.

Program realiti Star Academy itu mencetuskan kontroversi di dunia Arab dan dikecam hebat kerana dikatakan tidak bermoral kerana mengutarakan 16 peserta yang hidup dan tinggal bersama di sebuah villa, menyanyi, menari dan berlakon untuk mendapat kontrak penyanyi sebuah syarikat rakaman.

Rancangan realiti tv bertajuk Life Makers hasil Khaled itu disiarkan di stesen Arab ART, ke udara 24 jam sehari selama lima hari mulai Isnin lalu.

Menerusinya, Amr beserta beberapa jemaah haji, memaparkan kehidupan seorang jemaah dan cara menunaikan ibadat haji.

Program itu turut diselitkan kelas yang dikendalikan ulama terkemuka lain seperti Mufti Mesir, Ali Gomaa dan dari Yaman, Habib al-Jafri.

“Ia sememangnya satu langkah unik bagi menunjukkan usaha mengerjakan ibadat haji secara langsung, tetapi masih terlalu awal bagi menilai sejauh mana keberkesanan pengalaman realiti itu,” kata Magi al-Halawani, ketua Fakulti Komunikasi Massa Universiti Kaherah yang dipetik Islam Online.

“Sekurang-kurangnya sejuta penonton Muslim akan terpegun dengan pengalaman mengerjakan haji yang dipaparkan secara mudah dan hidup yang jelas membantu mereka menunaikan ibadat itu,” kata pensyarah, Ashraf Galal.

Khaled sebelum ini menerima penghargaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana kempen antimerokok.

Dia yang dianggap suara paling berpengaruh di kalangan belia Islam sekarang, menghabiskan masanya di United Kingdom bagi menyelesaikan pengajian doktor falsafah dalam bidang teologi di Universiti Wales.

Laman webnya, menerima kunjungan sebanyak 26 juta pelayar internet tahun lalu, jauh lebih tinggi daripada pengacara televisyen AS, Oprah Winfrey.


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 15:20


Syabas dan tahniah kepada ulama mesir ini kerana tampil kehadapan,so ulama kita bila lagi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-01-06 17:56


syabas kepada ulama' mesir!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

la
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15596
Posting: 173
Dari: di bumi yang nyata

malaysia  


posticon Posting pada: 16-01-06 08:01


bagus sungguh la itu. tegakkan syiar Islam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For laProfil   Hantar PM kepada la   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 08:13


Assalamualaikum...

Alhamdulillah ana dapat melihat program realiti berkonsepkan islam sepenuhnyer...bersyukur kehadrat ilahi kerana adanyer pembaharuan yang dibuat oleh beliau...sebagai penuntut disini ana merasakan tercabar pada diri ini...insyaAllah jika diizinkan kami pelajar mesir akan memperbaharui program2 realiti di Malaysia..doakan kami disini mendapat ilmu yang diberkati oleh Allah SWT.

SYARIAT ISLAM AKAN DIJULANG INSYAALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 23:28


Individu bernama Amr selalunya hebat.
Antara Amr Khaled dan Amr Dhiyab, siapa yang lebih anda minati?


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 01:37


alhamdulillah ada juga ulama yang ingin memperkembangkan syiar Islam...marilah umat Islam semua..memberi sokongan.....kepada program yang bercorak Islamik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

JeSsamIn
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15751
Posting: 56
Dari: no man's land

Perlis  


posticon Posting pada: 18-01-06 04:40


menanti kehadiran program macam ni kat tanah tumpah darah tercentaa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JeSsamInProfil   Hantar PM kepada JeSsamIn   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 07:59


Untuk menjengah laman web Amr Khaled yang lebih popular daripada Oprah Winfrey itu, sila klik www.amrkhaled.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-06 10:57


alhamdulillah....islam memang hebat jika kita memperjuangkannya..budaya islam lebih hebat dari budaya barat


-----------------
NURSYAHADAH menyinar qalbu,murni seharum namamu
Hadirnya di celahan kekalutan qalbumu itu...
[ Telah diedit oleh: nurazyyati_83 pada 18-01-06 10:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111416 saat. Lajunya....