Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: bertudung labuh atau tidak?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» bertudung labuh atau tidak?

Please Mendaftar To Post


Oleh bertudung labuh atau tidak?

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-06 10:57


assalamulaikum.............
saya ada masalah sedikit,sebenarnya masalah ini taklah sebesar macam cuma saya perlukan pendapat.Sebelum sambung dekat uia,saya ada bernazar sekiranya saya dapat masuk uia,saya akan memakai tudung labuh tapi sampai sekarang saya tidak mengenakan tudung labuh.Pertama kerana ibu saya tidak menggalakkan.dia kata dia malu kalau anaknya mengenakan tudung labuh padahal dia tidak......lagipun dia tidak mahu menjadi buah mulut orang.kedua,kawan2 saya tidak menyokong tindakan saya,bagi mereka saya seorang yang fashionable (disini fashionable ialah saya suka memakai jubah yang mengikut trend terkini)ditambah pula sikap saya yang hati good lucky dan ceria.Tidak bersesuaian dengan imej saya.Semua rakan saya menentangnya.Ketiga saya mahu istiqamah dan juga tidak berpatah balik sekiranya saya memilih untuk bertudung labuh.Bukan apa saya sendiri melihat ramai yang memakai tudung labuh menjaga aurat mereka tetapi sayang tidak menjaga pergaulan mereka.Mereka juga tidak menjaga hubungan mereka sesama manusia kerana mereka beranggapan mereka lebih baikdrp kami yang bertudung segi.
saya sudah berfikir untuk membayar kifarah jika tidak menunaikannya.
Just give me your opinion and insyaAllah i will accept it.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:12


Assalamualaikum wbt...
saudari...bila kita benazar yang baik...kita WAJIB menyempurnakannya....
Kenapa nak di ambil kira sangat pendapat orang lain, sedangakan amalan kita xberkongsi dengan mereka...dosa mereka tak berkongsi dengan kita....
tak perlu malu...ana sendiri bertudung labuh sedangkan ibu ana tidak....bukan ana nak suruh anti tak ikut cakap ibu...tapi Kenapa yang baik tak digalakkan...ana sendiri selalu membuat keputusan untuk diri ana sendiri....kalau ana rasa apa e yang ana buat tu tak akan menyusahkan oarang lain, baik dan tepat dalam ajaran agama, usah ragu-ragu.....
Masyarakat sekarang....tak salah nak berfesyen...tapi perlu la beserderhana....jangan sampai pemakaian tudung kita yang berlilit-lilit macam nak jerut leher itu membuatkan orang lain (terutama lelaki) tertawan dengan kita....kalau macam tu, kita telah membuatkan orang lain mendapat dosa dan kita juga berdosa....

Ikut la mana yang baik....
WaAllhualam.... ;-)


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 13-01-06 11:28


Assalamulaikum wwt...

Saya pernah bertanyakan seorang ustaz berkenaan hal ini....katanya,nazar yang baik wajib ditunaikan...kalau saudari tak nak pakai tudung labuh (common) pun,sekurang2nyer cari la altenative lain yang serupa contohnya mengenakan tuduh bersaiz besar dan tidak jarang.Tudung jenis ini jugak labuh dan sesuai untuk muslimah.. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:30


assalamualaikum kawan...
emm.. saya bependapat gini... nazar awak itu memang baik.... kat sini saya tak pastilah pasal nazar itu... cuma saya rasa awak kena kuatkan hati kalau awak nak pakai tudung labuh ini.. macam awak kata, istiqamah... in my opinion, awak pakai la tudung yang bertetapan dengan syariat.... means tutup dada kita dan aurat kita.... kan banyak tudung bersegi yang besar2 dan boleh tutup aurat kita dengan sempurne.... ermm.. bagaimana... setuju tak... saya rasa besesuain dengan watak awak yang ceria dan happy go lucky... yang ptg, menutup aurat keh... itu saja lah pandangan saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:42


assalamualaikum amilyn...
tak semestinya kita bertudung labuh, kita tak boleh happy go lucky...kita still boleh ceria tapi ada batasannya..
cadangan saya, sebagai permulaan amilyn boleh pakai dl tudung segi yang besar. sekarang ni pun dah banyak jual, kan. lepas tu, dah serasi..amilyn boleh pergi terus ke hadapan.
amilyn...rakan2 ukhwah.com snts beri smgt pada amilyn..chaiyo!

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 11:52


Nazar tetap perlu ditunaikan, malah nazar adik adalah perkara yang baik..alhamdulillah, teruskan dik. Bila di hati kita dah tertiup sedikit kebaikan, maka teruskan kebaikan itu sebab tiupan itu adalah bisikan hidayah daripadaNya. Sesungguhnya hidayahNya tidak akan kita terjangka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

lubna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21861
Posting: 25
Dari: PUTRAJAYA

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-01-06 12:09


Assalamualaikum..
Nazar awak tu baik...nak buat baik memang susah...mcam2 orang kata..biarkanlah..yang penting awak kuatkan iman dan laksanakan.Seperti yang dicadangkan kawan2 kita awak boleh kenakan tudung segi yang besar kemudian perlahan2 cuba kenakan tudung labuh pula.Saya sendiri pernah mengalami situasi seperti awak,happy go lucky jugak..macam-macam orang kata,tapi saya sabar dan berdoa agar Allah teguhkan iman saya dan istiqamah.Alhamdulillah saya dah istiqamah sekarang ni..bukan nak riak tapi Sekadar nak berkongsi dan memberi semangat pada awak untuk tunaikan nazar yang baik tu.....Wallahualam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubnaProfil   Hantar PM kepada lubna   Quote dan BalasQuote

AsFaRiNa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.02.2005
Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi

Kedah  


posticon Posting pada: 13-01-06 13:14


saya setuju dengan semua pendapat dari sahabat2 ukhwah...
memang kalau kita nak buat sesuatu perubahan banyak cabarannya..
kita perlu kuat dan tabah...
kalau ikutkan itu hanya dugaan kecil yang kita tempuh..

cadangan saya,lakukan lah ...
selagi kita tak lakukan kita takkan tahu bagaimana?
mungkin pada permulaannya saudari tidak selesa dengan imej baru itu..
tapi percayalah..

lama-kelamaan bila sudah terbiasa kita akan rasa tudung bersegi pula
tak biasa/selesa...

sebab ni pengalaman dari diri saya sendiri

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsFaRiNaProfil   Hantar PM kepada AsFaRiNa   Pergi ke AsFaRiNa's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 08:41


Pada 13-01-06 11:42 , QistinaHumaira posting:

!!! QUOTE !!!


cadangan saya, sebagai permulaan amilyn boleh pakai dl tudung segi yang besar. sekarang ni pun dah banyak jual, kan. lepas tu, dah serasi..amilyn boleh pergi terus ke hadapan.
amilyn...rakan2 ukhwah.com snts beri smgt pada amilyn..chaiyo!

yerp..betul tu..agree... :-)
CHANGE is PAIN...
cuba pelan2...step by step...yakin boleh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 11:33


Pakailah tudung labuh tu.. saya sokong awak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 16:11


Dalam bernazar ini,amilyn kena tunaikan....buat apa fikir tentang pendapat orang lain,kita sendiri yang nak berubah...alangkah indah nazar tu kalau amilyn tunaikan..bukan sahaja dapat pahala malah ianya contoh terbaik untuk keluarga amilyn,walaupun pada mulanya mereka tak suka,mana suatu hari nanti,mereka akan terima,

Bertdung adalah perkara wajib dan diperlukan dilakukan...Rasulullah pernah bersabda....kita boleh melanggar dan melawan perintah ibubapa sekiranya mereka menyuruh kita melakukkan maksiat atau melanggar hukum....

Ana haraf wahai amilyn fikirlah semasak-masak...bila dalam keadaan senang kekadang sahabt kita ramai,tetapi bila susah.sahabat kita yang lain akan menjauhkan diri...sepatutnya sahabat yang baik ialah menyokong usaha yang baik yang amilyn lakukkann bukan memperkecilkkan...malah mereka menyuruh kepada ketaatan kepada allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 15-01-06 19:18


cubalah berubah perlahan2...kita tak boleh nak berubah sekali gus...nanti jadi beban pulak...

cadangannya dalam seminggu tetapkan hari apa nak pakai tudung labuh...dari semasa kes semasa tambahkan bilangan hari tu....sampailah pakai tudung labuh hari2.... insyaALLAH ALLAH akan bantu hamba2Nya ke arah kebaikan...

moga dipermudahkan oleh ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 17-01-06 15:39


assalamulaikum........
terima kasih atas cadangan semua sahabat ukhwah.Sememangnya saya mengenakan tudung besar sekarang ini,cuba saya memang tertarik untuk mengenakan tudung labuh selepas ini.InsyaAllah mungkin semester depan saya akan mengenakan tudung labuh,kerana hati saya memang tertarik untuk memakainya.Biarlah sahabat saya ingin mengatakan sesuatu tentang saya,rasanya betul kata dakwah_ilahi,sahabat saya patut menyokong saya bukan menjatuhkan saya.terima kasih semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 17:11


teru pun kongsi pengalaman sedikit dengan amilyn...dulu teru sekolah men harian biasa tapi dalam kelas aliran agama...teru memang happy go laki sangat...sampaikan kebanyakan kawan2 teru lelaki...:)...alhamdulillah teru dapat sambung form 4 di sekolah agama...disitu teru terus pakai tudung labuh sebab memang peraturan sekolah...tapi balik kampung saja, tudung bawal tu jugak teru sentuh...heheh..teru dapat smbung study kat KUKTEM dan berkwan dengan golongan2 kakak bertudung labuh ini...memang best kawan2 dengan mereka...kakak nurmalam_99 dengan achik_solehah memang kawan teru la...tapi ada satu ketika dimana teru rasakan teru bosan hidup dengan keadaan macam ini...teru nak kebebasan..dan teru pakai balik tudung bawal tu la..hehehe..teru pun masa itu dah berkapel pula dengan seorang mamat...dia memang suka teru macam itu..baju lengan pendek menjadi fesyen teru...tiada lagi jubah membalut diri...kakak-kakak memang terkejut dengan perubahan teru...teru buat perubahan drastik...hinggakan solat pun teru buat main2...tapi alhamdulillah...teru mula berfikir...pada tanggal 26/12/2004 (tsunami) menjadi titik tolak perubahan teru...hidayah 4JJ1 Ta'ala ada dimana-mana...syukur sangat...teru berfikir bagaimana kalau teru tidak sempat bertaubat dan ketika itu teru berada di Acheh...bukankah mati dalam fasik teru ini...teru ambil pengajaran apa yang berlaku disekeliling teru....sedih mengenangkan nasib diri yang leka dengan hidayah yang dikurniakan....alhamdulillah pada tanggal 1/1/2005 teru mula memakai semula tudung labuh dan membaiki semula amalan2 solat teru....walaupun ada kawan-kwan dan family yang menentang atau tidak dapat terima keadaan teru, teru terima seadanya...dan teru ingat kata-kata seorang sahabat teru "kita hidup didunia ini bukan atas dasar cakap orang lain, tapi kita hidup atas dasar Al-Quran dan As-Sunnah" ...alhamdulillah...teru berjaya...genap setahun perubahan teru...teru bersyukur dapat kawan2 yang membimbing hidup teru....teru mula menjejak ukhwah di laman ukhwah.com ini...doakan semua wahai akahwat semua agar kita sama-sama mendapat hidayah Illahi dan 4JJ1 tidak palingkan hati kita setelah hidayah sudah dikurniakan...insya4JJ1..

"kita hidup didunia ini bukan atas dasar cakap orang lain, tapi kita hidup atas dasar Al-Quran dan As-Sunnah"


ok amilyn...macam mana???....


-----------------
"Hidup ini seperti mengupas kulit bawang, sekali anda mengupas kulitnya,sesekali air mata anda akan mengalir menitis ke bumi"


Bookmark and Share

    


  Member Information For teru_teru_bozuProfil   Hantar PM kepada teru_teru_bozu   Quote dan BalasQuote

afieq_alkindi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14026
Posting: 162
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 18-01-06 18:45


ALAHMDULILLAH...kalau dah ada perancangan macam tu...harap2 istiqamah...sebab bukan senang nak istiqamah.... fi himayatillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For afieq_alkindiProfil   Hantar PM kepada afieq_alkindi   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 02:01


kalau nazar benda baik buatla..
kalau amilyn nak pakai tudung labuh..pastikan kena istiqomah betul2..
lepas itu bagi explain baik2 pada ibu amilyn tentang perkara ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_04
Warga Rasmi
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11703
Posting: 9
Dari: bumi UTM

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 10:54


Assalamualaikum w.b.t semua,
saya tertarik dengan masalah/dilema yang saudari amilyn hadapi.disini saya nak kongsi dengan saudari amilyn bhwasanya dulu saya pun macam saudri amilyn Kalau klua just pakai tudung segi tapi AlhamduLilLAH ALLAH bukak pintu hati saya tuk kenakan tudung yang agak labuh(tapi bukan tudung bulat) masa saya berumur 17-18 taun & aLhamduLILLAH..msih lagi istiqamah dengan imej macam ni.masa sekolah dulu pun saya pakai tudung labuh juga.Kalau klua saya tak pakai tudung bulat tapi just pakai tudung segi yang bsar yang dah banyak juga jual di pasaran.buat pngtahuan saudari saya bknla brasal dari sek agama tapi insyaALLAH semoga ALLAH sntiasa dorongkan saya menuju keredhaanNYA.saya sntiasa inginkan yang terbaik untuk Islam kita terutama untuk muslimin dan mislimat sekarang yang dah semakin ketandusan nilai2 Islamik dalam diri.ilmu tu dah ada cuma mungkin belum terbuka hati lagi untuk berubah/praktikkan dalam khdupan.saya juga seorang yang happy go lucky,tryla tanya member2 rapat sure mereka cakap saya ni agak giler2 juga&suka trgelak.tapi,tengok situasi & orang yang saya berkwn jugak.jika dia jenis yang baik,istiqamah dan siqoh saya skan ikut cara dia& alHamduLILLAH saya boleh saja masuk dengan semua orang tapi still diri saya yang sbnar. dalam famili pun saya seorang saja setakat ni yang pakai tudung agak labuh tapi alhamduLILAH tak ada sbrang mslah malah saudara2 saya semakin mghormati saya(yang penting jaga perangai),insyaAllah orang akan sntiasa hormat kita...kadang-kadang Kalau kita tnjuk nilai2 yang baik dalam khdupan insyaAllah akan ada yang mengikut(series saya dah tengok contohnya),kita nak tgur mmber2 agak susah sebab nak jga hati dan prsahabtn so apa saya buat jga tgkahlaku dan always istiqamah...mungkin inilah dakwah kecil agaknya yang mampu saya buat.nak tegur orang agak sukar saya pun banyak dosa & banyak sangat klmahan yang penting kita sntiasa baiki diri insyaALAH semoga mendapat REDHA ALLAH..saya nasihatkan dari saya sendiri & saudri amilyn & msmln mslimah lain janganlah menurut hawa dengan maksiat nanti memang sukar nak dapat REDHA ALLAH.maaf andai ada trkasar bhsa ke kepada saudri amilyn.saya doakan sgla yang trbaik untuk saudri...8-)wasalam

~aku MENCARI REDHA ALLAH..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_04Profil   Hantar PM kepada muslimah_04   Quote dan BalasQuote

Syafiyah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4132
Posting: 50
Dari: Bangi

Perak  


posticon Posting pada: 28-01-06 12:15


Assalamualaikum amilyn...

Alhamdulillah, teruskan dik..Byk2lah berdoa.. InsyaAllah.. pintu hati adik akan terbuka untuk pakai tudung labuh nanti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyafiyahProfil   Hantar PM kepada Syafiyah   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 12:24


kat UTM ni ramai yang saya 'ter'perhatikan beralih kepada tudung labuh masa kini. Dulu tudung labuh bulat kan, tapi sekarang tudunglabuh 'V'

Heheh, tak sengaja terpandang tau..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

nuzul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21199
Posting: 48
Dari: pahang

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 28-01-06 12:43


assalamualikum...
memang betul kata kawan-kawan,nazar enti memang baik,tapi setiap perubahan yang baik yang akan kita buat kenalah istiqamah.dulu ana pun bukan pakai pakai tudung labuh juga .start pakai pun masa akhir semester satu.Sepanjang ana pakai tudung labuh memang banyak tentangan ibu-bapa,kaum keluarga yang lain termasuklah juga dalam diri sendiri.Tapi insyaallah sebab niat kita baik akhirnya ibubapa ana terima perubahan ana .Setelah ana pakai tudung labuh ni ada satu perasaan lain dalam diri ana yang menyebabkan ana rasa nak buat baik sokmo..sebab tu lah juga mak dengan ayah ana cepat terima ana agaknya.Tetapi bila dah terpisah dengan sahabat-sahabat ana yang pakai tudung labuh(sebab dah kerja)ana mula change imej sedikit demi sedikit tudung dah pendek bila ana dah tak pakai tudung labuh mudah saja ana nak buat perkara yang sia-sia ,.Alhamdulillah Allah masih sayangkan ana perubahan ana ni satu bulan saja and sehinga sekarang ana still dengan tudung labuh ana ,..bila ada dah pakai tudung labuh ana rasa terpelihara rasa macam dekat...saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzulProfil   Hantar PM kepada nuzul   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 14:40


Pada 13-01-06 10:57 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

assalamulaikum.............
saya ada masalah sedikit,sebenarnya masalah ini taklah sebesar macam cuma saya perlukan pendapat.Sebelum sambung dekat uia,saya ada bernazar sekiranya saya dapat masuk uia,saya akan memakai tudung labuh tapi sampai sekarang saya tidak mengenakan tudung labuh.Pertama kerana ibu saya tidak menggalakkan.dia kata dia malu kalau anaknya mengenakan tudung labuh padahal dia tidak......lagipun dia tidak mahu menjadi buah mulut orang.kedua,kawan2 saya tidak menyokong tindakan saya,bagi mereka saya seorang yang fashionable (disini fashionable ialah saya suka memakai jubah yang mengikut trend terkini)ditambah pula sikap saya yang hati good lucky dan ceria.Tidak bersesuaian dengan imej saya.Semua rakan saya menentangnya.Ketiga saya mahu istiqamah dan juga tidak berpatah balik sekiranya saya memilih untuk bertudung labuh.Bukan apa saya sendiri melihat ramai yang memakai tudung labuh menjaga aurat mereka tetapi sayang tidak menjaga pergaulan mereka.Mereka juga tidak menjaga hubungan mereka sesama manusia kerana mereka beranggapan mereka lebih baikdrp kami yang bertudung segi.
saya sudah berfikir untuk membayar kifarah jika tidak menunaikannya.
Just give me your opinion and insyaAllah i will accept it.............


bagus.. teruskan sahaja usaha anda itu.. nazar kan wajib ditunaikan.. apa dikisahkan kata orang.. jangan kata orang.. kata kambing.. kata kucing.. harimau.. singa.. pelanduk.. pelanduk dua serupa.. katak bawah tempurung pun jangan diambil kisah.. tak perlu diambil peduli.. saya memang sokong.. hahahahaha.. (sebab saya suka orang tudung labuh.. perempuan la.. kalau lelaki yang pakai tudung labuh tu.. sorry .....)

:-di :-di :-di :-di :-di


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 16:01


tunaikan nazar tu dan.. sesungguhya bertudung labuh membimbing kita agar melakukan perkaran dan tingkah laku yang baik. mengelakkan gangguan lelaki dan jangan anggap atau pikirkan sangat pandangan orang yang tak suka.

memang selalu orang memberi alasan 'tak bersedia' sama ada dari diri sendiri atau orang luar. memang bertudung labuh memberi gambaran orang itu tergolong orang baik, tapi kita tak perlu menunggu dan menunggu sehingga kita rasa kita dah baik atau betul2 layak untuk bertudung labuh.

setiap manusia ada kelemahan, jadi kena la berusaha untuk mengatasi dan jangan menunggu terlalu lama untuk perubahan tersebut sehinnga menghalang kita membuat kebaikan yang lain (bertudung labuh) kerana... sapa dapat menjamin kita betul2 sempat dan cukup masa untuk itu? siapa dapat menjamin kita akan mati hanya selepas kita telah 'bersedia'?

semoga kita semua diampunkan dan kembali ke jalan yang benar selalu dan dimatikan di dalam iman. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 28-01-06 16:49


Saya juga mula2 sekolah biasa..tak pakai tudg labuh..boleh dapat sekola agama..saya belajar pakai..matrik..saya ke tudg bwl balik..boleh masuk u..hati saya tak seng..saya rasa menipu diri sendiri..tipu Allah..bertudung tetapi jarg..saya tak tahan menipu diri lagi.. terdetik di hati memakai tudg labuh..tudg 3segi besar ada..xjarg..tapi saya tak selesa berbelit2..lagipun saya kecik orangnya..rasa tak sesuai..masa 2 ragu2 nak pakai tudg labuh ke tak..saya solat istikharah..saya pakai tudung labuh sekarang..itu petunjuk dan hidayah dari Allah.lagipun hidayah Allah itu datang di bulan Ramadhan.Kenapa saya tak perlu ikot..

tapi boleh dah pakai..sdh pasti kita akan diuji..benarkah kita lakukan krnNya...

Moga2 kita ditetapkan iman..bertambah amalan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

permata_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 28-01-06 18:58


Assalamualaikum...
nak pakai tudung labuh ni...memang banyak dugaannya...lbh2 lagi pandangan orang sekeliling kita yang tak membantu...kadang-kadang melunturkan semangat & keistiqamah kita...ana pun..sek ren saja...sek agama...lepas itu,masuk sek men,sek biasa....walaupun macam tu,pergaulan tetapi dijaga...bermula dr tudung 3segi sdrhana,lepas tu tukar pakai tudung 3 segi besar...kadang-kadang saja pakai tudung labuh.tulah rasa hipokrit...then,dapat twrn masuk smka...ana pun masuklah...try,nak cuba rasa sek agama...kat sn...memang dididik pakai tudung labuh sepanjg masa...so,ana rasa macam ada satu kekuatan untuk ana istiqamah pakai tudung labuh.lepas tu,dok sana,skjp saja,dalam 3bln,sebab tak biasa dok asrama...(belajar ramai2)tapi,sampai sekarang,alhamdulillah,Allah kuatkan iman ana untuk istiqamah w/pun sekarang masih sek men biasa.bagi saya....untuk dapatkan rasa kekuatan tu,kita kena rajin solat malam...baru kita akan rasa Allah ada di sisi kita sntiasa & rasa tak kisah terhdp pandangan orang lain.
tapi,ana rasa kalaulah ana sek agama,mesti ana ada lebih banyak kekuatan untuk pakai tudung labuh untuk berdepan dengan dunia.kadang-kadang kita kalah dengan suasana.jadi,trylah pakai yang menutup aurat mengikut syariat dengan betul2 lengkp.insya-Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_islamProfil   Hantar PM kepada permata_islam   Pergi ke permata_islam's Website   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 22:04


betul awak telah bernazar ni? kalau betul.. wajib bagi awak tunaikan.. kalau tak dosa awak besar... antara dosa yang paling besar adalah dosa nazar yang tak ditunaikan...

erm... kalau mak awak tak pakai tudung maknanya awak la yang mulakan.. so pahala awak amat besar tu... satu sebab awak yang mulakan dalam keluarga awak... kedua sebab kalau amalan awak diikuti orang lain dalam keluarga... pahala yang mereka dapat.. awak pun dapat jugak...

lagi... saya rasa awak kena nasihatkan mak awak supaya tak ikut keadaan sangatla.. sebab keadaan yang sebenarnya perlu ikut islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 00:19


alaikissalam ya ukhti mahbub..
mohonlah kekuatan dari ALLAH untuk tunaikan nazar tersebut.orang mukmin itu tidak tegar berada dalam keadaan terasing kerana islam itu sendiri datangnya dalam keadaan asing.
insyaALLAH kita sama-sama bersihkan tanggapan2 yang kurang baik pada identiti bertudung labuh ini.usah tunggu2,kalau bukan kita siapa lagi?kalau tidak sekarang bila lagi..?? :-)


-----------------
ISLAM is the perfect way to live..


Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 01-02-06 23:47


saya menyokong dengan sesokong sokong nya sesiapa nak pakai tudung labuh..
manis pun mnis...elok pun elok..
tertarik dengan cerita teru2 itu..betapa untung teru2...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121186 saat. Lajunya....