Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 15-11-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | haram... haram... selamatkah kita? |
---|---|
pisst16 |
Posting pada: 05-01-06 10:38
Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih. Pengumuman berhubung penarikan balik sijil itu disiarkan dalam laman web Jakim melalui www.halaljakim.gov.my, bertarikh 3 Januari lalu. Laman web itu yang menjadi rujukan rasmi sijil halal Jakim menjelaskan Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi Syarikat Ayam Dindings Poultry Processing Sdn Bhd ditarik balik sehingga diberitahu kelak. Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang dihubungi Harian Metro, petang semalam, mengesahkan mengenai tindakan Jakim itu. Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim. âDalam kes ini, saya menganggap tindakan menarik semula sijil halal syarikat itu dapat memberi pengajaran kepada industri besar supaya tidak menganggap isu halal sebagai remeh. âIsu ini tidak harus dipandang âmain-mainâ kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini,â katanya yang meminta tindakan Jakim itu tidak perlu dipertikaikan. Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum syarak. âBagaimanapun, Jakim sedia bertolak ansur sekiranya pihak pengurusan syarikat itu membuat rayuan. Terpulang kepada keupayaan mereka untuk membetulkan kesilapan dan meyakinkan semula Jakim berhubung perkara yang menjadi isu. âRayuan terbabit akan dipertimbangkan oleh Panel Pengesahan Halal Jakim dan penilaian akan dibuat secara teliti bagi memastikan kesalahan itu diperbetulkan,â katanya. Beliau turut mengatakan Jakim boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Sementara itu, menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak, Rabu lalu. Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan. Menurutnya, kesalahan ketara adalah sesetengah ayam disembelih dua kali disebabkan penyembelihan pertama tidak sempurna. âIni sekali gus membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak,â katanya. Justeru, penguat kuasa Jakim segera melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap âtukang sembelihâ ayam yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci. Sumber itu mengatakan pekerja berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan terlalu banyak ayam yang perlu diproses. âMalah, kami turut menemui bukti apabila mendapati ada ayam yang disembelih tidak putus urat leher sepenuhnya. âSelain itu, proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam. Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam,â katanya. Menurutnya, siasatan lanjut mendapati terlalu banyak keraguan yang munasabah berikutan penemuan berpuluh ayam yang disembelih dalam keadaan tidak sempurna iaitu haram untuk dimakan oleh orang Islam. âJakim tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menarik sijil pengesahan halal diberi walaupun ia sepatutnya luput pada 14 Disember tahun ini,â katanya. Beliau berkata, syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada pasar raya dan syarikat makanan segera. Surat sama turut dihantar kepada pejabat agama Islam dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap negeri. âPusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit,â katanya. Berikutan pengumuman Jakim itu, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melakukan siasatan terhadap 10 pusat beli-belah dan pasar raya utama di ibu kota, semalam. Mereka mendapati masih terdapat beberapa premis yang menjual produk berasaskan ayam keluaran syarikat terbabit. Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan diambil selepas pihaknya menerima pengumuman rasmi melalui laman web Jakim pagi semalam. Menurutnya, kebanyakan pasar raya utama sudah menghentikan penjualan ayam dari kilang ayam itu di Perak, namun produk siap diproses seperti ayam bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual. âHukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan,â katanya yang meminta sudah tiba masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan sijil halal Jakim. [ Telah diedit oleh: Administrator pada 06-01-06 20:04 ] |
anmahar |
Posting pada: 05-01-06 10:51 |
hanan2503 |
Posting pada: 05-01-06 10:59
kalau macam ni..bhaya ni..JAKIM perlu menguatkan lagi pemantauan terhadap syarikat2 yang dah diberikan cop pengesahan HALAL...walaumacammanapun,jasa JAKIM tetap disanjung..
|
samudra |
Posting pada: 05-01-06 13:19
dipersilakan juga JAKIM pergi check ayam sembelihan KFC di N9 dan selangor....dengar kabar ayam yang tak disembelih pun ada terlepas masuk kedalam air panass....makan ayam mampuih la peminat kfc..
|
qudwah |
Posting pada: 05-01-06 13:20 |
rifhan_irfan |
Posting pada: 05-01-06 13:31
assalamualaikum..
hmm,kes ni sebenarnya dah lama..cuma sejak kebelakangan ni jadi heboh..kan dulu pernah ada kontroversi matikan ayam dengan renjatan elektrik..tentang si penyembelih yang tidak diketahui islam atau tak..tentang keadaan ayam tu sama ada cacat atau tak.. kita sebagai pengguna kena lebih berhati2..kalau ikut cara orang kampung,nak makan ayam kena rr sembelih sendiri..baru puas hati..bagi yang menggemari makanan fastfood macam kfc,mcD,merry brown,etc kena yakin yang segala jenis makanan di malaysia ni telah dipantau oleh JAKIM..kalau kita sendiri tak jaga cara pemakanan,siapa lagi?kan..wallahualam.. |
sastera_ikhtisas |
Posting pada: 05-01-06 13:38 |
puteribongsu1306 |
Posting pada: 05-01-06 14:42 |
samudra |
Posting pada: 05-01-06 15:08 |
majidah |
Posting pada: 05-01-06 17:23
Saya ada dengar antara syarat doa yang dimakbulkan adalah si pendoa bebas dari mengambil makanan syubhah. Betulkah?
Kalau begitu, prasangka saya mengatakan sememangnya geng2 non Muslim ini belajar dan tau tentang hal ni. Sebab tu la seronok sangat hasilkan barangan2 haram begini. Doa itu senjata mukmin. Kalau dianiayai di bumi sendiri, nak memohon pertolongan Allah dengan perut yang penuh makanan syubhah melalui doa? Mampukah kita Kita ni dah dianiayai secara halus. memang la kita kena menyiasat dan bertanggungjawab atas makanan yang kita makan, tapi sejauh mana orang dapat melaksanakannya? Sejauh yang boleh pun tengok logo halal dan bertanya kepada penjual (tu pun kalau tak ditipu) Hidup di Malaysia negara Islam meyebabkan kita sentiasa rasa selamat tapi......kalau dan macam ni......... |
eme86 |
Posting pada: 05-01-06 18:24
wwooooo...kena sebarkan niee...nanti lebih ramai lagi yang termakan barang yang haram ini...
----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
pisst16 |
Posting pada: 06-01-06 18:37 |
atie82 |
Posting pada: 06-01-06 19:42
ayam..ayam..
pantauan perlu disegerakan oleb pihak berwajib... kita sebagai pengguna perlu bijak memilih makanan halal.. sesiapa penggemar burger ayam tu..terpaksa lah fikir 2 kali... tapi tak mengapa...skrgkan KFC mempromosi burger daging ikan.. sedap....try lah. |
ajefikrah |
Posting pada: 06-01-06 21:28
huh..makan makanan haram/tak halal,maka semakin gelap la perut kita..
gelap hati.. bila pergi tak-ray,tulang pun tak nampak.semua gelap..hehe |
pisst16 |
Posting pada: 07-01-06 09:49
Patin bab* rebus
Oleh Manan Samad dan Mazlan Hasan [email protected] KUALA LUMPUR: Pengusaha kolam ikan air tawar, terutama patin di beberapa tanah bekas lombong terpencil di Perak dikesan menggunakan usus dan organ dalaman bab* yang direbus sebagai makanan untuk ternakan mereka. Antara negeri yang mendapat bekalan ikan air tawar daripada pengusaha terbabit ialah Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, selain ibu kota dan beberapa negara Timur Tengah. Jurucakap Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata kegiatan segelintir pengusaha ikan terbabit terbongkar baru-baru ini selepas pemeriksaan di lokasi yang disyaki berjaya menemui bahan berkenaan yang dimasak manakala tengkorak dibuang merata tempat. Katanya, dalam pemeriksaan terhadap dua pengusaha itu, mereka mengaku menggunakan usus serta organ dalaman bab* sebagai makanan kepada ternakan mereka. âDalam pemeriksaan yang dilakukan di kolam terbabit di Tronoh, dekat sini, pada 28 Disember lalu, kami mendapati pengusaha menggunakan usus dan organ bab* sebagai makanan ternakan mereka. âKaedah yang digunakan ialah memasak bahan terbabit sebelum disalurkan ke dalam kolam itu. Turut ditemui di lokasi itu ialah tulang dan tengkorak bab*,â katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Harian Metro difahamkan, kaedah yang digunakan pengusaha terbabit ialah merebus usus serta organ dalaman haiwan berkenaan yang mudah diperolehi di pasar, selama lebih lapan jam dan dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kolam sebagai makanan ikan. Selain itu, usus yang sudah dimasak itu dicampurkan dengan bahan lain seperti jagung bagi membolehkan ikan membesar dengan cepat sebelum dijual ke pasaran dalam dan luar negara. Justeru, jurucakap berkenaan berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat dengan beberapa pihak, termasuk mufti dan Jabatan Kesihatan berhubung perkara berkenaan. Katanya, keputusan mengenai perkara itu akan diketahui selepas Hari Raya Aidiladha ini. Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya turut menerima aduan menerusi e-mel daripada seorang pengguna mengenai masalah yang sama beberapa hari lalu. âPengadu mendakwa pengusaha kolam ikan air tawar di bekas lombong di Batu Gajah dan Tronoh menggunakan bab* rebus sebagai makanan ikan yang diternak secara besar-besaran. âDia mendakwa, ikan utama yang diternak ialah patin dan dijual di pasar di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Ikan itu juga dieksport ke luar negara, termasuk Timur Tengah kerana produk dari negara Islam seperti Malaysia mudah menembusi pasaran mereka,â katanya. Ikan patin cukup popular di Temerloh, Pahang terutama menu masak lemak tempoyak, tetapi kini semakin mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara. Biarpun ikan patin kolam tidak mampu menandingi keenakan ikan di Sungai Pahang yang dibiak dalam sangkar atau hidup liar, permintaannya sentiasa tinggi kerana boleh dijual pada harga rendah. Difahamkan, hidangan ikan patin liar boleh mencecah ratusan ringgit berbanding di kolam yang dijual sekitar RM4 sekilogram. Mufti Perak, Datuk Seri dari Harussani Zakaria, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata ikan atau haiwan air terbabit adalah haram dimakan oleh umat Islam sekiranya bahan yang kotor itu (usus bab*) menjadi makanan utama berbanding makanan lain. âPerkara itu mungkin tidak mengapa jika ia (ikan) memakannya secara tidak sengaja tetapi sekiranya ia (usus bab*) dijadikan makanan harian maka ikan itu hukumannya adalah haram. âContoh yang sama kepada ayam ternakan, apabila ia diberi makanan yang dianggap najis, ia juga dianggap najis dan haram untuk dimakan,â katanya. |
ghaznawi |
Posting pada: 07-01-06 10:56 |
taufiq111 |
Posting pada: 07-01-06 20:48
Sebab tu lah, semangat jihad dan ilmu, payah nak lekat dalam diri umat Islam kat Malaysia ni.... sebab dah banyak makan benda2 yang syubhah
|
taufiq111 |
Posting pada: 07-01-06 20:50
Ikan kat laut pun dah tak selamat sekarang....
Tengoklah pendedahan yang dibuat oleh Edisi Siasat... Khususnya kat Pantai Morib... Kumbahan khinzir disalurkan ke laut... EEEYEEEKKKKK.... JIJIK nya....Jaga-jaga orang pantai morib |
triptofana |
Posting pada: 07-01-06 20:55
saya dapat tahu yang JAKIM dah tarik balik sijil halal McD, Tesco dan Nando's Pizza
kesimpulannya jangan makan fastfood... mereka semua tipu kita..... |
pisst16 |
Posting pada: 07-01-06 20:56
ikan yang memakan najis tanpa sengaja tidak dikira haram tapi kalau ikan tu makanan hariannya ialah najis mak haramlah
|
triptofana |
Posting pada: 07-01-06 21:00 !!! QUOTE !!! Sebab tu lah, semangat jihad dan ilmu, payah nak lekat dalam diri umat Islam kat Malaysia ni.... sebab dah banyak makan benda2 yang syubhah betul tu... tak hairanlah ramai orang Islam terutamanya orang Melayu kita buat perkara yang tak elok terang-terangan... dah makan makanan haram rupanya... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. |
taufiq111 |
Posting pada: 07-01-06 21:03
Just, nak tanya sikit...
Sanggup ke kita makan makanan yang dah kita ketahui, keadaannya? (Ikan makan tahi khinzir) Nak makan tak? Taubat Nasuha saya... |
n_farhanah |
Posting pada: 07-01-06 21:49
Pada 07-01-06 20:55 , triptofana posting:
!!! QUOTE !!! saya dapat tahu yang JAKIM dah tarik balik sijil halal McD, Tesco dan Nando's Pizza dapat tahu dari mana ni? tak ada pun JAKIM buat announcement, boleh semak sendiri daripada laman JAKIM : --> PORTAL HALAL JAKIM mafhum surah al-Hujuurat ayat 6: "Hai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti..." wAllahu a'lam ----------------- [ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 07-01-06 21:52 ] |
muslimin23 |
Posting pada: 08-01-06 00:40 |
pisst16 |
Posting pada: 08-01-06 09:20 |
triptofana |
Posting pada: 08-01-06 19:51 !!! QUOTE !!! Pada 07-01-06 20:55 , triptofana posting:!!! QUOTE !!! Mungkin JAKIM tak buat announcement secara terang-terangan... tapi mana lagi tempat yang syarikat dindings poultry supply ayam? rumah sembelihan ada berapa saja kat malaysia ni? itu kena ambik tahu jugak... wassalam ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. |
pisst16 |
Posting pada: 09-01-06 09:46
Syarikat sembelih ayam mati
Oleh Sulaiman Salleh SEREMBAN: Sebuah syarikat memproses ayam yang mempunyai logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di negeri ini didakwa memasarkan ayam yang mati sebelum disembelih ke pasaran. Syarikat terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu bagi mengelak menanggung kerugian tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan seorang bekas pekerja syarikat itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Norhayati kepada wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di negeri ini yang kemudian menghubungi wakil Harian Metro. Menurut Norhayati, dia berhenti kerja dari syarikat memproses ayam itu kira-kira dua minggu lalu selepas melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya baru-baru ini. âSehingga hari terakhir bekerja di syarikat itu, saya masih melihat seorang pekerja syarikat itu memproses ayam yang sudah mati sebelum disembelih bersama ayam lain yang disembelih mengikut hukum Islam,â katanya. Katanya, setiap hari, kira-kira lima ekor ayam yang sudah mati sebelum sempat disembelih akan diproses bersama-sama kira-kira 1,000 ekor ayam lain. âSelepas diproses, ayam itu akan dipasarkan di kebanyakan pasar raya di negeri ini yang turut dibeli pengguna Islam,â katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Khairuddin Yunos, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) perlu memandang serius pendedahan bekas pekerja syarikat memproses ayam halal itu. Katanya, kurang pemantuan daripada daripada Jains boleh menyebabkan penduduk negeri ini memakan makanan yang diharamkan Islam. âTerdapat lebih daripada tiga kilang memproses ayam halal di negeri ini dan perbuatan itu boleh juga dilakukan oleh lain-lain kilang seperti itu,â katanya. Katanya, Jains perlu mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perbuatan seperti itu berulang. âPemantauan Jains adalah cara terbaik bagi memastikan masyarakat Islam di negeri ini mendapat bekalan ayam yang halal dimakan,â katanya. Menurut Khairuddin, Jains tidak harus menggunakan alasan bahawa setiap pemilik kilang yang memproses makanan halal di negeri ini sudah diberi kursus serta pemahaman yang secukupnya bagi memproses produk halal. âKursus yang diberikan itu tidak bermakna pemilik syarikat seperti memproses ayam itu mematuhi syarat penggunaan logo halal yang dikeluarkan Jakim,â katanya. |
pisst16 |
Posting pada: 09-01-06 09:46
Syarikat sembelih ayam mati
Oleh Sulaiman Salleh SEREMBAN: Sebuah syarikat memproses ayam yang mempunyai logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di negeri ini didakwa memasarkan ayam yang mati sebelum disembelih ke pasaran. Syarikat terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu bagi mengelak menanggung kerugian tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan seorang bekas pekerja syarikat itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Norhayati kepada wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di negeri ini yang kemudian menghubungi wakil Harian Metro. Menurut Norhayati, dia berhenti kerja dari syarikat memproses ayam itu kira-kira dua minggu lalu selepas melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya baru-baru ini. âSehingga hari terakhir bekerja di syarikat itu, saya masih melihat seorang pekerja syarikat itu memproses ayam yang sudah mati sebelum disembelih bersama ayam lain yang disembelih mengikut hukum Islam,â katanya. Katanya, setiap hari, kira-kira lima ekor ayam yang sudah mati sebelum sempat disembelih akan diproses bersama-sama kira-kira 1,000 ekor ayam lain. âSelepas diproses, ayam itu akan dipasarkan di kebanyakan pasar raya di negeri ini yang turut dibeli pengguna Islam,â katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Khairuddin Yunos, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) perlu memandang serius pendedahan bekas pekerja syarikat memproses ayam halal itu. Katanya, kurang pemantuan daripada daripada Jains boleh menyebabkan penduduk negeri ini memakan makanan yang diharamkan Islam. âTerdapat lebih daripada tiga kilang memproses ayam halal di negeri ini dan perbuatan itu boleh juga dilakukan oleh lain-lain kilang seperti itu,â katanya. Katanya, Jains perlu mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perbuatan seperti itu berulang. âPemantauan Jains adalah cara terbaik bagi memastikan masyarakat Islam di negeri ini mendapat bekalan ayam yang halal dimakan,â katanya. Menurut Khairuddin, Jains tidak harus menggunakan alasan bahawa setiap pemilik kilang yang memproses makanan halal di negeri ini sudah diberi kursus serta pemahaman yang secukupnya bagi memproses produk halal. âKursus yang diberikan itu tidak bermakna pemilik syarikat seperti memproses ayam itu mematuhi syarat penggunaan logo halal yang dikeluarkan Jakim,â katanya. |
pisst16 |
Posting pada: 13-01-06 09:26 |
qhal |
Posting pada: 13-01-06 10:07 |
islamicboy |
Posting pada: 13-01-06 11:55
bahaya betul sekarang...... tapi bagi saya selagi benda tu tak nyata saya takkan ragu2....
soal sekarang kita kena yakin......... |
pisst16 |
Posting pada: 14-01-06 16:32
Tindakan Jakim halalkan ayam Dindings dipersoal
Oleh Mazlan Hasan [email protected] IPOH: Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi kebenaran kepada Syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd yang sijil halalnya ditarik balik baru-baru ini, untuk mengiklankan bahawa ayam diproses syarikat itu adalah halal mulai semalam, menimbulkan pelbagai persoalan. Ini kerana Pejabat Agama Islam Daerah Manjung (PAIDM) kini dalam proses menarik balik semua 12 Sijil Pentauliahan Penyembelihan Halal milik pekerja syarikat berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip). Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung, Azizan Ismail, berkata penarikan balik semua sijil tauliah yang diberikan secara individu kepada penyembelih di syarikat itu kerana mereka didapati melanggar pelbagai peraturan yang ditetapkan. Bagaimanapun, katanya, tindakan Jakim memberi kebenaran kepada syarikat itu untuk memaklumkan kepada pengguna menerusi iklan ayam disembelihnya halal, menimbulkan keraguan kerana semua sijil penyembelihan halal terbabit dalam proses ditarik semula oleh PAIDM. âSaya juga difahamkan, semua 12 penyembelih ayam terbabit sudah tidak bertugas di situ selepas dikenakan tindakan tegas pengurusan kilang terbabit. âBerikutan itu, keputusan Jakim memberikan semua status halal itu kini menimbulkan persoalan,â katanya ketika dihubungi, semalam. Azizan berkata, ini berikutan sijil pentauliahan halal yang diberikan kepada mana-mana inidividu atau pekerja kilang di pusat penyembelihan ayam adalah di bawah bidang kuasa Jaip manakala Jakim mengeluarkan sijil halal sesuatu produk. âApa yang menjadi persoalan ialah sekiranya semua sijil pentauliahan halal ditarik balik PAIDM, siapa yang bertanggungjawab dan mengambil alih kerja penyembelihan ayam di kilang itu. âIni kerana tidak ada permohonan baru atau pengeluaran sijil pentauliahan kepada syarikat berkenaan dalam tempoh terdekat ini. âSaya bagaimanapun tidak mengetahui perkara itu tetapi ada kemungkinan syarikat itu menggunakan khidmat penyembelihan daripada pihak luar,â katanya. Difahamkan, kilang itu mengeluarkan 60,000 ayam sehari untuk dipasarkan ke seluruh negara tetapi hanya ada 12 penyembelih. Dalam pada itu, jurucakap kilang berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu tetapi memaklumkan produk keluaran syarikat itu yang dikeluarkan mulai 9 Januari lalu kini berstatus halal. Katanya, ini berikutan semua keluaran sebelum tarikh berkenaan ditarik balik daripada pasaran. âOrang ramai terutama orang Islam tidak perlu was-was dengan ayam syarikat kami,â katanya. Dalam laporan semalam, Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mat, berkata sijil pengesahan halal berkenaan belum diberikan tetapi Jakim memberi kebenaran syarikat itu memaklumkan orang ramai status terbaru itu. Harian Metro sebelum ini melaporkan, Jakim menarik balik sijil pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat itu berikutan proses menyembelih ayam di kilang syarikat itu didapati meragukan. Pengumuman penarikan balik sijil berkenaan disiarkan dalam laman web Jakim di www.halaljakim.gov.my bertarikh 3 Januari lalu. |
cintamadinah_82 |
Posting pada: 14-01-06 18:06
pihak berkuasa agama seluruh negeri perlu membuat pemantauan yang berterusan demi umat Islam untuk menjaga pemakanan.. kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.
----------------- 'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...' |
pisst16 |
Posting pada: 18-01-06 20:55
Sungai di Pahang 'samak' patin bab* rebus
Oleh Manan Samad dan Mazlan Hasan BATU GAJAH: Sebahagian ikan air tawar, termasuk patin, tilapia dan keli Afrika yang diternak dengan memberi makan daging bab* rebus dan najis haiwan di beberapa lombong di negeri ini dihantar ke Pahang untuk proses `mencuciâ di sungai bagi menghilangkan baunya. Ikan itu diternak di sungai mengikut tempoh tertentu sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai di negeri itu. Maklumat terbaru itu diperoleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Jamry Sury, selepas beliau melawat tiga kawasan kolam ternakan ikan yang dikenal pasti terbabit dengan kegiatan `ikan bab* rebusâ itu, di sini, Tronoh dan Papan, semalam. Turut serta dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Datuk Lee Kon Yin; wakil Jabatan Perikanan Negeri; Pejabat Tanah dan Galian Kinta, polis serta wartawan. Menurut Jamry, ada pengusaha berkenaan mengakui ikan air tawar itu turut dihantar ke Pahang selain beberapa negeri dan Kuala Lumpur kerana harganya tinggi. âTaktik yang mereka gunakan ialah mengurung ikan ini di sungai bagi tujuan menghilangkan bau sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai atau pengunjung ke negeri ini,â katanya. Beliau berkata, ikan air tawar berkenaan diberi makan daging bab* rebus serta najis haiwan, termasuk tahi ayam bagi mempercepatkan proses pembesarannya. Katanya, dengan memberi makanan seperti itu, semua ikan terbabit yang sepatutnya boleh dipasarkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun, hanya mengambil kira-kira tiga bulan untuk dipasarkan. Justeru, kata Jamry, umat Islam hendaklah menghindar daripada membeli atau memakan ikan yang diternak menggunakan kaedah itu. âIni berikutan hukum syarak menyatakan bahawa ikan yang diberi makan bahan najis (daging bab* dan najis haiwan) secara sengaja dan berterusan adalah haram untuk dimakan,â kata Jamry. Beliau mengatakan pengusaha kolam ternakan terbabit tidak dapat dikenakan tindakan kerana tidak ada peruntukan undang-undang berhubung perkara berkenaan ketika ini. Pihak berkuasa, termasuk Jaip hanya boleh memeriksa serta mengeluarkan nasihat kepada orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak membeli atau memakan ikan yang dihasilkan daripada kolam ternakan itu. âSiasatan juga mendapati ada sebahagian kolam ternakan ikan di bekas lombong itu diusahakan secara haram di tanah kerajaan dan perkara itu akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kinta Selatan,â katanya yang mengesahkan Jaip sudah memaklumkan kepada Jabatan Perikanan dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya. Lee, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata, orang bukan Islam juga tidak digalakkan membeli dan memakan ikan yang diternak seperti itu kerana mungkin boleh menjejaskan kesihatan. Ini disebabkan daging bab* mempunyai sejenis kuman yang boleh berpindah ke dalam ikan dan berkemungkinan besar kepada orang yang memakannya. âSaya meminta pengusaha kolam ternakan terbabit memahami sensitiviti masyarakat Islam berhubung daging bab*,â katanya. Sementara itu, tinjauan di kawasan kolam ternakan itu mendapati ada longgokan tulang serta bulu bab* di tepi kolam dan berhampiran beberapa periuk besar untuk merebus usus dan organ dalaman bab*. Sekitar kawasan itu juga berbau busuk dan hanyir. Beberapa pekerja kolam, termasuk warga Indonesia yang mengaku beragama Islam yang ditemui mengatakan mereka diarahkan untuk merebus daging bab* oleh pemilik kolam untuk dijadikan makanan ikan yang dipelihara di situ. âDaging bab* mampu membantu proses pembesaran ikan dalam tempoh yang singkat, sekali gus mengurangkan kos berbanding menggunakan bahan lain. âSelain itu, ia mudah diperolehi kerana banyak bab* hutan di kawasan hutan berhampiran atau dijual oleh pihak tertentu pada harga yang murah,â katanya yang enggan namanya disiarkan. |
pisst16 |
Posting pada: 18-01-06 21:03
Makanan campur bab* kering
Oleh Sulaiman Salleh SEREMBAN: Sebuah kedai runcit di Jalan Siow Long Hin yang juga terkenal sebagai Singapore Street dikesan mencampur adukkan daging bab* kering dengan barangan lain yang dijual tanpa memikirkan sensitiviti pengguna Islam. Tinjauan Harian Metro sekitar Singapore Street mendapati kedai runcit yang menjual pelbagai barangan itu meletakkan daging bab* kering berkenaan bersebelahan dengan makanan lain tanpa ada sebarang tanda ia adalah makanan bukan halal. Daging bab* kering itu dipercayai dijual secara sembunyi dan hanya pelanggan berminat dibenar melihat sebelum membelinya. Penjualan daging itu dikatakan semakin mendapat perhatian di kalangan peniaga runcit sempena sambutan Tahun Baru Cina akhir bulan ini. Tinjauan mendapati seorang wanita pertengahan umur ditugaskan menunggu di pintu kedai bagi meuar-uarkan pengunjung yang melalui kaki lima bahawa kedainya ada menjual daging bab* pada harga murah. Jika pelanggan berminat melihat daging yang dijual itu, wanita terbabit akan memanggil âtaukeâ bagi menunjukkan daging berkenaan yang disimpan dalam kotak bersebelahan barangan lain. Dikatakan daging bab* yang dijual itu lebih murah berbanding kedai yang mempunyai lesen berniaga yang sah sekitar negeri ini. Seorang suri rumah hanya mahu dikenali Shamsinar, berkata dia terkejut apabila mendapati peniaga kedai runcit itu mengeluarkan daging bab* kering dari sebuah kotak untuk ditunjukkan kepada seorang pelanggan. Katanya, melihatkan perkara itu berlaku dia segera membatalkan niatnya untuk membeli bahan mentah seperti tauhu kering, ikan bilis dan beberapa jenis perencah bagi keperluan hariannya. âSebelum ini, saya bersama suami kerap membeli barang keperluan dapur di deretan kedai di kawasan itu dan inilah kali pertama melihat daging bab* kering dijual di kedai runcit itu,â katanya yang menghubungi Harian Metro, semalam. Shamsinar berkata, diharap pihak terbabit memantau perkara itu kerana kedai runcit itu turut menjual barangan halal yang kerap menjadi tumpuan pelanggan Islam. âPemantauan itu penting kerana kemungkinan terdapat juga kedai runcit di Singapore Street ini menjual makanan haram bagi masyarakat Islam,â katanya |
jagoan05 |
Posting pada: 19-01-06 17:45 |
dakwah_ilahi |
Posting pada: 20-01-06 04:22
jakim perlu buek pemantauan sekerap mungkin dan pastikan sijil yang dikeluarkan untuk sesebuah permis perlu kepada penyelidikan dulu
|
mulimahsejati |
Posting pada: 21-01-06 09:31
ish2 macam macam la sekarang....saya harap jakim kena berkeja keras sekarang..untuk memastikan semua rakyat malaysia espiacially muslim,.....tidak tertipu..
|
pisst16 |
Posting pada: 07-02-06 12:00
Kapsul was-was
Oleh Mohd Amin Jalil SEREMBAN: Sebahagian ubat-ubatan moden dan tradisional berbentuk kapsul yang dilambakkan di pasaran diragui status halalnya berikutan dakwaan kelongsongnya diperbuat daripada tulang haiwan yang diproses tanpa mengikut hukum syarak. Kelongsong kapsul, terutama yang diimport dari Amerika Selatan, China dan Asia Selatan, dikatakan diproses menggunakan gelatin dan organ haiwan lain yang tidak dapat dipastikan sama ada disembelih mengikut hukum syarak atau sebaliknya. Bagaimanapun, kelongsong kapsul yang dihasilkan dalam negara bukan saja lebih selamat, malah tidak diragui status halalnya kerana diperbuat daripada sayur-sayuran. Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, berkata ramai pengguna was-was terhadap penggunaan gelatin berikutan tiada maklumat mengenai bahan yang digunakan, dicatat pada kelongsong kapsul. Beliau berkata, penggunaan kapsul ubat dalam industri perubatan tradisional semakin meresahkan pengguna kerana pengusaha terbabit dipercayai menggunakan kapsul yang murah dan mudah didapati di pasaran. âKebanyakan kapsul yang diedarkan di negara ini dikatakan dihasilkan daripada tulang haiwan dan diimport dari India, Pakistan, China, Brazil dan Argentina. âPengunaan gelatin pada kapsul dan makanan tertentu menimbulkan keraguan orang ramai kerana sumbernya tidak jelas,â katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, walaupun kebanyakan tulang haiwan digunakan itu dipercayai daripada lembu, tidak diketahui sama ada haiwan itu disembelih mengikut hukum syarak atau sebaliknya. âMemang diakui setakat ini tiada jaminan penggunaan bahan gelatin pada kapsul dan makanan sama ada halal atau tidak kerana setakat yang kita ketahui ia dibuat daripada tulang haiwan. âWalaupun ada bahan lain digunakan bagi menghasilkan gelatin misalnya sayur-sayuran, penggunaannya masih terbatas kerana memerlukan kos yang tinggi dan pengeluarannya agak terhad ketika ini,â katanya. Noor Nirwandy berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kapsul kerana tiada arahan atau maklumat jelas yang dikeluarkan pihak berkuasa terbabit mengenai kelongsong ubat berkenaan. Menurutnya, orang ramai mempunyai hak untuk sangsi terhadap kandungan gelatin pada kapsul itu kerana selain tidak mempunyai logo halal, tiada keterangan yang boleh meyakinkan mengenai bahan asas yang digunakan. âPengguna bimbang dan tidak yakin terhadap kapsul yang dibekalkan di hospital atau dibeli daripada farmasi kerana bahannya belum tentu halal. âJusteru, pihak berkuasa disaran mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai gelatin yang digunakan pada kelongsong kapsul ini untuk memastikan bahan digunakan benar-benar suci, bersih dan halal mengikut Islam,â katanya. Sementara itu, Pengurus Cawangan syarikat pengedar kapsul, Halagel (M) Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Mohamad Azhar Abdullah, berkata kebanyakan kapsul menggunakan gelatin diperbuat daripada tulang haiwan. Menurutnya, penggunaan gelatin daripada bahan sayuran bagi menyalut kapsul amat kurang kerana memerlukan kos tinggi iaitu kira-kira tiga kali ganda berbanding penggunaan gelatin tulang haiwan. âSaya percaya keraguan orang ramai berkaitan pengeluaran bahan makanan ketika ini adalah kesan daripada isu halal haram yang ditimbulkan baru-baru ini. âPengguna sudah semakin sedar mengenai penggunaan bahan tidak halal dalam makanan atau ubat-ubatan, apatah lagi ia diperoleh dari luar negara yang tidak diketahui tahap kebersihannya,â katanya. Mohamad Azhar berkata, Halagel (M) Sdn Bhd mengedarkan kapsul yang diperbuat daripada gelatin sayur-sayuran diimport dari Pakistan. |
eme86 |
Posting pada: 07-02-06 13:35
kena sentiasa berwaspada ini....nanti tak pasal teraniaya
----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
pisst16 |
Posting pada: 08-02-06 11:50
Air reban bab*
Oleh Jaafar Mulub [email protected] TAMPIN: Penduduk Gemas, Bukit Jalur, Sungai Kelamah dan kawasan sekitarnya yang mendapat bekalan air paip dari loji air di Gemas dipercayai meminum air tercemar berikutan kewujudan ladang ternakan bab* di kawasan itu, sejak 32 tahun lalu. Ladang bab* yang beroperasi sejak 1974 itu terletak kira-kira 40 meter dari Jalan Batang Melaka-Air Kuning Selatan dipercayai mengalirkan air kumbahan najis ke dalam Sungai Air Kuning sebelum ke Sungai Gemencheh dan seterusnya ke loji pengepaman air di Gemas. Walaupun disediakan kolam takungan untuk membuang najis bab* berkenaan tetapi airnya tetap disalirkan ke sungai. Sebelum ini, pemilik ladang berkenaan dikatakan menggunakan kaedah moden bagi merawat najis bab* berkenaan tetapi disebabkan kos yang meningkat, pemilik terbabit terpaksa menggunakan cara tradisional iaitu mengalirkan air kumbahan ternakannya ke dalam sungai. Penduduk sekitar juga sering merungut kerana tidak tahan dengan bau busuk setiap hari tetapi permit ladang berkenaan tetap diperbaharui setiap tahun. Berikutan aduan dan rungutan sejak puluhan tahun lalu itu, Majlis Daerah Tampin (MDT) mencadangkan supaya ladang terbabit ditutup serta-merta. Yang Dipertuanya, Mohamad Yusof Yunus berkata, pihak MDT tidak puas hati syarat yang dikenakan kepada pengusaha ternakan haiwan berkenaan. Katanya, MDT serta Jabatan Haiwan, Kesihatan dan Alam Sekitar sering membuat pemantauan di ladang berkenaan dan lawatan terakhir adalah pada 27 Januari lalu. Katanya, pihak majlis akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat pembangunan daerah yang akan diadakan hari ini. Menurut, ladang berkenaan terletak berhampiran kawasan perkampungan dan pihaknya banyak menerima aduan penduduk setempat mengenai pencemaran bau dan air sungai. âWalaupun ada kolam takungan dalam ladang berkenaan bagi merawat najis bab* tetapi apabila hujan ia sering melimpahi tebing dan mengalir terus ke Sungai Air Kuning dan Sungai Gemenceh yang juga menjadi sumber air utama untuk loji pengepaman air di Gemas bagi minuman penduduk Gemas, Bukit Jalur, Sungai Kelamah dan Kampung Ayer Kuning Selatan,â katanya. Harian Metro difahamkan, ladang itu beroperasi sejak 1974 dengan memelihara bab* secara tradisional tetapi pada akhir 1988 dan awal 1989, ladang itu telah dinaik taraf mengikut modul ladang ternakan bab* moden di Taiwan. Sejak itu, semua bab* dipelihara itu tidak lagi dibiarkan bebas sebaliknya dikurung dalam kandang bertutup dan lantai simennya ditabur dengan habuk papan serta disiram dengan bahan kimia bagi mengelak pencemaran bau. Seminggu sekali, najis bab* itu akan dibersihkan untuk dijadikan baja. Tiga tahun kemudian, pemilik ladang terbabit tidak mampu menampung kos perbelanjaan yang begitu tinggi disebabkan kos bahan nyahbau yang diimport dari Jepun begitu mahal dan pihaknya terpaksa menggunakan kaedah yang lebih murah iaitu membuangkan semua najis bab* itu ke dalam kolam disediakan. Harian Metro juga difahamkan, permit menternak bab* berkenaan diperbaharui setiap tahun. |
SautulJannah |
Posting pada: 13-02-06 23:05 |
khairuzzaman |
Posting pada: 14-02-06 07:37
aiwah, sensitif betul saudara pisst_16 dengan isu halal haram ni...
ahsanta, biasanya orang yang wara' ni kuat tasawufnya... hehe atau mungkin seorang hafiz... tapi dr segi fiqah tidak perlu usul sebenarnya... bergantunglah kepada taqwa masing2... nilai hamba di sisi Tuhan... :_) |
pisst16 |
Posting pada: 14-02-06 10:54
kita kena sensitiv sebab benda yang kita nak makan ni jadi darah daging kita.......say ingat lagi kisah teladan yang diceritakan junjungan kesayangan kita, baginda Rasullulah....bagaimana seseorang lelaki yang tersesat dipadang pasir dan berdoa kepada Allah....doa dia tidak diterima kerana makan,percakapan dan pakaiannya datang dr unsur yang haram.......benda macam ni kita tak boleh pandang enteng saja.....dia juga boleh mempengaruhi akhlak kita
|
triptofana |
Posting pada: 14-02-06 11:10
sebagai negara Islam.. Malaysia sepatutnya gubal akta makanan halal. Kenapalah pemimpin kita tidak sensitif tentang perkara ni? kat amerika pun ada akta makanan halal walaupun bukan negara Islam, Kenapa kat malaysia tak ada? pelik2...
|
pisst16 |
Posting pada: 14-02-06 12:35 |
pisst16 |
Posting pada: 14-02-06 12:35 |
pisst16 |
Posting pada: 14-02-06 18:40
dalam kosmo hari ini menyatakan ..sungai di sekitar bukit pelanduk tidak lagi selamat....kerana terdapat pihak tertentu yang membuang najis bab* dalam sungai.penternakan bab* yang dilakukan secara tersembunyi.harap pihak yang berkenaan ambil tindakn....kepad penduduk sekitar bukit pelanduk.berhati-hati
|
pisst16 |
Posting pada: 16-02-06 12:45
Taktik baru jual bab*
Oleh Mary Victoria Dass JOHOR BAHRU: Taktik terbaru sesetengah peniaga menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi menjalankan kegiatan penjualan daging bab* secara tersembunyi di Pasar Pagi Permas Satu di Jalan Permas 1/27, Taman Permas Jaya, di sini didakwa semakin berleluasa kebelakangan ini. Peniaga terbabit juga bertindak licik dengan meletakkan kenderaan masing-masing di antara gerai ikan dan sayur di pasar pagi berkenaan semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa. Harian Metro difahamkan, penduduk sekitar mula menghidu kegiatan tidak bertanggungjawab peniaga terbabit selepas meragui kehadiran beberapa kenderaan pacuan empat roda di sekitar pasar pagi itu sejak beberapa bulan lalu. Malah kegiatan mereka juga mula dikesan penduduk sekitar apabila ternampak plastik mengandungi sisa daging bab* yang dibuang di anak Sungai Tengkorak yang terletak kira-kira dua meter dari tapak penjualan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permas Jaya, Yahya Sahadan, 60, berkata pihaknya kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab peniaga berkenaan yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat Islam setempat. Beliau berkata, walaupun pada tahun lalu pihaknya pernah memberi amaran dan melarang kegiatan menjual daging bab* kepada beberapa peniaga bermotosikal di pasar pagi berkenaan, kini mereka kembali beroperasi menggunakan taktik berbeza. Menurutnya, beberapa wakil JKKK yang memantau pasar pagi berkenaan bagi memastikan kesahihan aduan penduduk mengenai kegiatan berkenaan, terkejut apabila mendapati penjualan bab* dilakukan secara tersembunyi menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Katanya, peniaga bab* berkenaan juga didapati beroperasi hampir setiap hari seperti pengusaha gerai pasar pagi yang lain iaitu mulai jam enam sehingga 10 pagi. âSebelum ini, kami menjangka kenderaan berkenaan digunakan untuk membawa bekalan sayur dan ikan oleh peniaga untuk dijual di pasar berkenaan, namun perkara sebaliknya berlaku. âKami mendapati kenderaan berkenaan digunakan untuk jualan daging bab*, â katanya. Beliau berkata, perbuatan peniaga berkenaan yang membuang sisa daging bab* di merata tempat termasuk di anak Sungai Tengkorak juga mengakibatkan pencemaran udara di kawasan itu. Beliau berkata, lebih mendukacitakan apabila suasana yang menjijikkan itu turut menjejaskan keselesaan pengunjung gerai makan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Klinik Desa Permas Jaya dan murid Sekolah Agama Permas Jaya yang terletak berhampiran. âSelain sisa bab*, kami mendapati peniaga di pasar pagi itu gemar membuang air ikan di tepi laluan berkenaan sehingga ia menimbulkan bau meloyakan. âKami berharap, kehadiran peniaga bab* berkenaan perlu dipandang serius olah MBJB secepat mungkin sebelum mereka lebih bebas menjalankan kegiatan berkenaan pada masa depan,â katanya. Seorang lagi penduduk, Osman Karim, 34, berkata MBJB juga seharusnya mengkaji semula operasi gerai pasar pagi itu yang terletak di laluan sibuk. Beliau berkata, kesesakan lalu lintas berlaku sekitar jam 6 pagi terutama ketika ibu bapa dan bas sekolah menggunakan laluan berkenaan untuk menghantar pelajar ke sekolah. Menurutnya, ibu bapa dan pengusaha bas yang terpaksa mengharungi laluan itu turut kecewa selain menggesa MBJB mengambil tindakan sesuai. âKami mendapati sesetengah peniaga pasar pagi itu semakin berani menjual barangan remeh-temah seperti cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) haram, pakaian dan aksesori wanita. âDalam hal ini, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga degil berkenaan,â katanya yang menambah pihaknya sudah membuat aduan kepada MBJB berulang kali, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. |
pisst16 |
Posting pada: 17-02-06 11:15
Ladang bab* air kuning akan ditutup
SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan akan menutup ladang ternakan bab* di Air Kuning, Gemencheh, Tampin tetapi 3,000 penduduk setempat diminta bersabar sehingga ladang baru di Port Dickson disiapkan. Beliau berkata, ladang itu akan ditutup sebaik kerja membangunkan semula Pusat Penternakan bab* Bersepadu (IPFA) di Tanah Merah, Port Dickson yang terbengkalai sejak 2000 disiapkan. Menurutnya, IPFA yang turut menempatkan pusat sembelihan gagal disiapkan kerana timbul beberapa masalah terutama masalah reka bentuknya. âMajlis Perbandaran Port Dickson sudah meneliti dan berusaha mengatasi masalah yang timbul itu bagi membolehkan semua pengusaha memindahkan ternakan mereka di kawasan berkenaan secepat mungkin. âSaya dimaklumkan ramai penternak sudah membeli lot di IPFA termasuk pengusaha ladang ternakan di Air Kuning tetapi mereka tidak dapat memindahkan ladang ternakan mereka kerana pusat berkenaan belum siap lagi. âSaya minta supaya masalah ini diselesaikan segera supaya semua penternak dapat memindahkan ternakan mereka sekali gus mengelakkan penternakan haram,â katanya. Mohamad berkata, IPFA yang dibina pertengahan 2000 adalah susulan wabak Japanese Encephalitis (saja) dan virus Nipah yang mengorbankan lebih 100 orang dan 30 kanak-kanak di Bukit Pelanduk dan kawasan berdekatan. âKita membina pusat yang dilengkapi kandang, jalan tar, bekalan elektrik dan air serta sistem perparitan dan kumbahan moden itu bagi membolehkan satu kawasan penternakan yang lebih terurus, moden dan sistematik dapat diwujudkan. âIni akan membolehkan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) memantau sekali gus mengelakkan wabak penyakit, pencemaran alam dan sebagainya â katanya. Dalam pada itu, Mohamad meminta pegawai JPH, JAS dan Jabatan Kesihatan melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan penternakan bagi memastikan tidak berlaku wabak penyakit dan pencemaran alam. |
akwa |
Posting pada: 17-02-06 19:43
kena pandai2la tengok berita dan baca surat khabar..
JAKIM akan keluarkan apa-apa brg yang tidak halal dan yang halal.. cek la laman web JAKIM... |
ibnu_musa |
Posting pada: 17-02-06 21:50
Islam dah kata bab* tu haram, tapi kerajaan Malaysia masih nak ternak haiwan yang paling kotor tu...
dah banyak kali kena serangan jangkitan, dah ramai yang mati, tapi masih tak sedar2... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
yanokage |
Posting pada: 17-02-06 22:24 |
Bunga_Raya_Putih |
Posting pada: 18-02-06 18:29
Difahamkan oleh maklumat yang tidak rasmi..
Dekat company dinding juga andai penyembelih Islam itu bercuti atau kecemasan yakni tiada pada hari tersebut. Penyembelihan tetap juga dijalankan oleh bukan Islam.. |
pisst16 |
Posting pada: 22-02-06 12:54
Ayam jijik
Oleh Manan Samad dan Muhd Izawan Baharin KUALA LUMPUR: Dua pusat penyembelihan di Puchong, dekat sini, yang membekalkan ayam dan itik halal untuk pasaran Lembah Klang, dikesan bukan saja beroperasi dengan sijil halal tamat tempoh, malah melakukan sekurang-kurangnya tiga kesalahan menjijikkan bagi pengguna Islam. Kesalahan itu ialah melakukan penyembelihan tidak sempurna, penyembelih warga asing yang permit sembelihnya tamat tempoh dan keadaan premis kotor. Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangguhkan kelulusan permohonan baru sijil halal dua syarikat terbabit sehingga berpuas hati dengan tindakan susulan yang diambil mereka, manakala Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menutup premis terbabit untuk tempoh 14 hari sejak 7 Februari lalu, kerana persekitaran premis menjijikkan. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakrul Azam Yahya, berkata daripada dua premis terbabit, satu daripadanya sudah menghubungi Jais untuk rujukan kesalahan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama memperbaiki kelemahan itu, manakala satu lagi premis belum berbuat demikian. âSyarikat pertama didapati melakukan prosedur penyembelihan meragukan manakala tiga penyembelihnya sudah tamat tempoh permit sembelih. âSatu lagi premis kaedah penyembelihannya terbukti salah apabila pemeriksaan mendapati beberapa urat saluran (halkum) itik yang disembelih tidak putus sebagaimana sepatutnya,â katanya kepada Harian Metro semalam. Difahamkan, satu daripada syarikat itu pernah dikenakan tindakan dua tahun lalu kerana proses penyembelihan meragukan, termasuk kemampuan menyembelih ayam dan itik dengan kepantasan tidak masuk akal. Kata Fakrul Azam, syarikat kedua yang membekal itik sembelih akan digantung sijil halalnya jika enggan bekerjasama menghubungi Jais dalam masa terdekat. âItu syarat biasa yang kita tetapkan. Apabila ada masalah seperti ini, mereka perlu hubungi kita supaya kita dapat perjelaskan apa yang perlu perbetulkan. Kalau mereka enggan, ini bermakna mereka tidak lagi berminat dengan sijil halal. âMengenai operasi, syarikat terbabit boleh meneruskan perniagaan selepas mendapat kebenaran MPSJ, tetapi bagi Jais, sijil halalnya akan ditarik balik dan tidak berhak membekalkan produk halal di pasaran,â katanya. Bagi kes syarikat pertama, beliau berkata, premis itu perlu mematuhi prosedur pensijilan halal yang ditetapkan terutama membabitkan kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. âKalau kita puas hati, kita akan luluskan permohonan sijil halal (tamat tempoh), tetapi mereka perlulah ikut prosedur seperti syarikat lain,â katanya. Justeru, Fakrul Azam berkata, pengguna dinasihatkan berhati-hati supaya tidak terbeli ayam yang dibekalkan oleh syarikat terbabit. âOrang ramai atau pembekal yang ingin mendapatkan (kepastian mengenai) ayam sembelihan dari kedua-dua lokasi itu bolehlah merujuk kepada Unit Halal Jais di talian 03-55143707 untuk memastikan tidak terbeli atau terambil ayam dari syarikat yang dimaksudkan. âJais juga mengalu-alukan maklumat lain berkaitan sembelihan halal supaya masalah itu dapat diperkemaskan pada masa depan,â katanya. Mengikut syarat penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Jais, sijil berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sah pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi âGaris Panduanâ yang ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragukan dari segi syarak. |
sahlon |
Posting pada: 22-02-06 13:19 |
pisst16 |
Posting pada: 23-02-06 13:02 |
pisst16 |
Posting pada: 25-02-06 21:41
semalam saya ada berjalan-jalan di sebuah pasaraya ni...yang terkejutnya......barangan syarikat dinding bhd msih brada di pasaran......mcamana kerajaan banteras benda ni....
|
ibnu_musa |
Posting pada: 25-02-06 21:58
masa raya cina baru-baru ni, masa keluar jalan2 saya terkejut nampak orang cina tengah jual bab* panggang di tepi jalan...
fresh lagi sebab masih belum dipotong dan nampak jelas rupa bentuk binatang tu... terkejut sebab saya sedang berada di sebuah negara Islam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
pisst16 |
Posting pada: 28-02-06 10:39
Kilang Mi diarah tutup
Oleh Nazarali Saeril [email protected] AMPANG: Sebuah kilang memproses pelbagai jenis mi yang menggunakan logo halal lama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kampung Baru Ampang, di sini, disita, serta-merta kerana diragui kebersihan penghasilannya, mulai semalam. Selain disita, kilang terbabit diberi notis memberhentikan kerja pengeluaran makanan berasaskan mi sehingga siasatan penuh siap dijalankan. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan, Mat Desa Rashid, berkata tahap kebersihan di kilang terbabit hanya 31 peratus berbanding jumlah minimum 51 peratus seperti yang ditetapkan. âBahan menghasilkan mi dibiarkan bersepah dalam keadaan tidak tersusun menyebabkan kebersihannya diragui. âIni memungkinkan kemudaratan kepada pengguna. Dalam masa sama, status halal mi berkenaan diragui kerana tahap kebersihan yang langsung tidak diambil kira dengan serius oleh pengilang,â katanya, di sini, semalam. Ketika serbuan petang semalam, ada mi yang sudah siap dibungkus selain dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan. Pihak Pejabat Kesihatan kemudian merampas sejumlah besar mi yang mempunyai tanda logo halal lama Jakim yang dijadikan stok untuk siasatan lanjut. Kandungan mi juga dikaji dan didapati asid borik pada kadar 102 peratus sedangkan had yang dibenarkan ialah 12 peratus. âSukatan berkenaan tidak dihiraukan oleh pengilang dan kami sudah mengambil sampel untuk ujian makmal sebelum pengesahan tahap sebenar,â katanya. |
pisst16 |
Posting pada: 06-03-06 13:51
Nasi Ayam perisa arak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin [email protected] KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga nasi ayam di sekitar ibu kota, dikesan sengaja mencampurkan arak atau samsu dalam resipi masakan tanpa disedari pelanggan Islam menyebabkan ramai penggemar masakan itu termakan hidangan haram. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai membabitkan hidangan ayam BBQ (panggang) yang diperap bersama wain hitam buatan China sebelum dipanggang. Kaedah berkenaan dipercayai menambahkan kelazatan ayam panggang berkenaan selain membangkitkan aroma pada hidangan. Apa yang menyedihkan, tindakan itu jelas memperdayakan pengguna Islam, sekali gus menyebabkan mereka memakan makanan yang haram di sisi agama. Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, ketika melakukan pemeriksaan di beberapa premis menjual nasi ayam, pihaknya pernah menemui beberapa botol arak di dapur restoran di ibu kota yang popular dengan hidangan nasi ayam panggang. Menurutnya, soal siasat dilakukan mendapati pekerja restoran mengaku mencampurkan arak atau wain daripada botol bertulisan Cina sebagai bahan perisa tambahan untuk menyedapkan masakan berkenaan. âKami dapati arak hitam terbabit mempunyai kandungan alkohol tinggi mencecah 48 peratus. Walaupun pemilik premis tidak mengaku mencampurkan arak berkenaan, ia bercanggah dengan kenyataan diberikan pekerjanya. âMalangnya, ramai pelanggan di kalangan orang Islam memilih restoran terbabit untuk menjamu selera tanpa menyedari `rahsiaâ resipi haram yang tersembunyi,â katanya. Menurutnya, tindakan beberapa pemilik premis yang menggaji pembantu restoran di kalangan wanita asing yang memakai tudung turut menyebabkan pelanggan terpedaya kerana beranggapan hidangan restoran itu halal dimakan. âPenggunaan arak atau wain dalam masakan sering dianggap satu ramuan wajib dalam tradisi masakan sesetengah masyarakat. Bagaimanapun pengusaha restoran sepatutnya peka dan tidak mencampurkan bahan haram terbabit sebagai menghormati pengguna Islam,â katanya. Selain itu, sumber ayam mentah yang diperoleh restoran milik pengusaha bukan Islam terbabit turut diragui kerana Jakim percaya ia bukan daripada sumber sembelihan yang halal dimakan. âMalangnya tindakan undang-undang tidak boleh diambil berikutan pemilik restoran itu sememangnya tidak pernah memohon sijil atau logo halal daripada Jakim sebelum ini,â katanya. Sementara itu, Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat, berkata kesedaran di kalangan pengguna Islam terhadap sumber makanan yang dipilih dapat mengelakkan mereka daripada memakan makanan diragui status halal. Bagaimanapun, katanya masalah timbul apabila pengguna Islam sendiri memandang remeh isu berkenaan dengan tidak mementingkan soal sama ada premis yang dipilih mereka pernah memohon atau memilik sijil halal daripada pihak berkuasa. âJakim sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap syarikat pengeluar makanan yang tidak memohon sijil halal walaupun ia dikesan menjual produk tidak halal di pasaran. Hanya syarikat memiliki sijil halal Jakim yang sah atau memalsukan sijil atau logo halal Jakim boleh diambil tindakan undang-undang. âAdalah wajar setiap pengguna Islam lebih berhati-hati dalam memastikan setiap produk makanan sama ada yang sudah siap dibungkus mempunyai logo halal Jakim manakala restoran makanan pula mempamerkan sijil halal sah Jakim,â katanya. Sementara itu, personaliti popular dan penyampai stesen radio Era yang juga pemilik restoran nasi ayam terkenal, My Momâs Chicken Rice (MMCR), Rozlindah Onn, 28, atau lebih dikenali sebagai Linda Onn menyifatkan perbuatan segelintir peniaga meletakkan arak sebagai ramuan tambahan disifatkannya sebagai keterlaluan. Menurutnya, sebagai penganut Islam beliau amat menitikberatkan aspek kebersihan selain memastikan punca ayam diperoleh daripada sumber halal. âWalaupun ada peniaga yang mencampurkan arak dalam resipi masakan, saya tidak sesekali berkompromi dalam soal ini yang jelas boleh mendatangkan dosa. âSebelum ini saya mendapat tahu arak sering dicampurkan dalam masakan membabitkan hidangan daging steak di restoran atau hotel. Namun jika benar ia dicampurkan dalam nasi ayam, saya bimbang ramai pelanggan Islam teraniaya,â katanya. |
ummusafiah |
Posting pada: 06-03-06 14:33
eee. takutnya nak makan macam ni..
sumanya dalam keraguan... nak makan kat mana ni.. semua pun di curigai... |
pisst16 |
Posting pada: 07-03-06 13:40
GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM
1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam. 2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan. 2.1 Haiwan Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu; a) Haiwan Darat. b) Haiwan Air. 2.1.1 Haiwan Darat Semua haiwan darat halal dimakan kecuali; i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. ii. bab*. iii. Anjing. iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya. v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya. vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya. vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah. viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya. tak. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari bab* atau anjing. 2.1.2 Haiwan Air Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia. 2.1.3 Tumbuh-tumbuhan Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram. 2.1.4 Minuman Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis. 2.1.5 Bahan Semulajadi Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan. 2.1.6 Bahan Kimia Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan. 2.1.7 Bahan Tambah Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak. 3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu; a) Kosmetik b) Pakaian dan peralatan. 3.1 Kosmetik 3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya. 3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan. 3.2 Pakaian dan Peralatan 3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan. 3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu bab* dan anjing. 3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit bab* dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan. ----------------- bersama hayati keindahan islam [ Telah diedit oleh: pisst16 pada 07-03-06 13:43 ] |
mukasyaf |
Posting pada: 07-03-06 13:45 |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |