Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 56 hari yang lalu
muslimiman: 61 hari yang lalu
tornado: 80 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: i love u....


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» i love u....

Please Mendaftar To Post


Oleh i love u....

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 17:57


cinta?? luhur?? suci?? ikhlas??

Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachement dari seorang teman... semoga terdetik sesuatu di hati untuk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... saya CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yang ragu2 serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.

Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran /B>

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya... " Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, ikutilah saya, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu... " Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya,InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada orang lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda

Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta

Atau...

adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sdgkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian

Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorang lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetangah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan seperti cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cintya Rasulullah dengan Khadijah dan Aisyah serta Saidina Ali dengan Fatimah.

janganlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai REMAJA...

Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA yang ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS dengan PELBAGAI NIKMAT yang TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-01-06 18:00


emm..wlpn sedang bercinta..pastikan suruhan dan larangan ALLAH diutamakan.dengan itu cinta kita terhadap ALLAH sentiasa wujud dengan subur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 18:55


:-) Assalamualaikum....


    Syukran.....ala kullihal...kita hidup di dunia ni semuanya adalah kerana cinta dan kasih sayang......


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 20:48


u love me?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

adelia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.11.2005
Ahli No: 20462
Posting: 105
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 04-01-06 20:56


ehm...cinta lagi...cinta oh cinta...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adeliaProfil   Hantar PM kepada adelia   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 04-01-06 21:02


baru saja lepas dengar kuliah maghrib tadi..ustaz pun ada cerita pasal ni..utamakan CINTA kepada ALLAH...RASUL..IBU BAPA..saudara mara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 21:14


aah..tiada hidup tanpa cinta.jika dgnakan ke Jalan yang betul betul la jadinya..insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ummul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.03.2005
Ahli No: 15144
Posting: 55
Dari: kuantan/penang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-06 22:35


ALLAH S.W.T menjadikan kita berpasang-pasangan..jadi..carilah CINTA yang hakiki dan yang boleh membawa ke SYURGA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummulProfil   Hantar PM kepada ummul   Quote dan BalasQuote

dzulfatinie
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2006
Ahli No: 21612
Posting: 16
Dari: depan komputer

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-06 09:49


ada apa dengan cinta ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For dzulfatinieProfil   Hantar PM kepada dzulfatinie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100238 saat. Lajunya....