Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: FAKTA TENTANG COKE


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» FAKTA TENTANG COKE

Please Mendaftar To Post


Oleh FAKTA TENTANG COKE

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 16:45


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah
kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan
dari seluruh dunia mengenai minuman ringan
Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda
lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk
menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan. macam pasukan SMART dan
bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus
Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka
guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang
diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali
dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air
Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam
Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau
sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper
kereta jenis chrome : Lap bumper dengan
aluminium foil yang dicelup dengan Coke.
Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau
hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja
setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan
ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut
pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari
pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin
basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian
bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual
di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia
mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang
paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang
belakang dan tulang lain dalam badan yang
merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan
Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi
bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu
dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,
silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab
hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah
menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti
buat overhaul ni!


Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin
Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu
gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.
Tambah pula dengan ais!. Wahh! rasa macam
minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan
bertindak terhadap lidah untuk memberi signal
kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang
sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&dan dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal
minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan
rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. macam candu masuk China dulu. Antara isi
kandungannya adalah ekstrak dari daun coca
dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit
gigi, try cara ni, agaknya-agaknya gigi tu boleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat
minum Coke, sama saja! Anda minum Caffein,
bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh
secara spesifiknya, para peladangnya
menggunakan Coke sebagai semburan untuk
membunuh serangga perosak dalam ladang kapas
dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu,
semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu
rasa pedas manis berperisa coke agaknya? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa
Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul
ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah
pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci
baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat
bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua
fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika
tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya
kimia dulu masa sekolah bolehlah buat
eksperimen sains kimia ni kat rumah.


p/s: Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak? Saya
pun minum jugak tapi kekadang saja! Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca. wassalam.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 16:47


erm terima kasih atas info ini!

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

shim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20362
Posting: 30
Dari: kuala kangsar, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 18:11


thank you to.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimProfil   Hantar PM kepada shim   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 18:43


tak sangka ye minuman yang menjadi kegemaran tu rupanya tak ubah macam asid... :-o

betul ke info ni... :-?

apa-apa pun saya memang tak suka coke, tak sedap pun, saya hanya akan minum kalau orang dah belikan untuk saya...

tapi lepas baca ni, rasa takut pulak nak minum... :lol:

saya lebih suka minum soya bean dan teh bunga kekwa, baru terasa kenikmatan dunia.... :-P


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 01-01-06 18:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 18:54


syukran atas info yang diberi...

takut la pulak nak minum, sebab saya suka sangat coke/ pepsi


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 20:32


siapa nak 'bersihkan' perut bolehla minum coke...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 01-01-06 20:36


coke memang haram diminum pun...coke tu buatan amerika /israel untuk merosakkan orang islam. tulisan coca cola tu sebenarnya bermaksud ' NO MUHAMMAD NO MAKKAH' dalam bahasa arab. nak tau barangan israel tengoklah laman web www.inminds.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 22:42


syukran atas maklumat ni..
erm nasib baik tak suka minum minuman macam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 23:18


hiih...bahaya tu...kalau bagi siapa yang dah banyak telan air tu...lebih baik pergi cek dengan doktir...takut2.....ehem ehem...pula nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 23:23


apa yang ehem ehem?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 02-01-06 08:01


assalamualaikum

saya yakin saya pernah menonton program discovery channel yang bertajuk 'myth busted' or somethin di mana terdapat saintis2 yang akan buat eksperimen untuk menguji myth2 secara saintifik sama ada betul ke tak.

salah satunya adala tentang coke ni,rasanya hampir semua eksperimen yang dinyatakan di atas dijalankan oleh saintis2 tersebut bersama control experiments.

keputusannya?
most(if not all) benda yang dinyatakan di atas terbukti tak benar sama sekali....saya sendiri tengok daripada mula eksperimen sampai ambil result.kalau ada result yang positif pun tak seteruk yang dinyatakan.

jadi kalau syla,saya tak percayala kebanyakan 'fakta2' di atas.kalau ada ahli ukhwah yang buat eksperimen lagi baik,boleh share result dia kat sini,sebab rasanya ada jugak yang result positif.

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

tumpang_lalu
Warga Rasmi
Menyertai: 24.12.2005
Ahli No: 21410
Posting: 10

ireland  


posticon Posting pada: 02-01-06 08:58


setuju dengan hyunckel_asyraf .. banyak lagi benda-benda yang kurang tepat berlegar kat masyarakat melayu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpang_laluProfil   Hantar PM kepada tumpang_lalu   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 09:10


alamak....pencuci toilet dah habih la....hmmm...boleh ambil coke ni sebagai ganti...hehehe...:)....macam2 la anda ni....tapi hakikatnya coke memang tidak bagus untuk kesihatan...dan air2 berkarbonat yang lain....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 11:13


Alhamdulillah ana xske minum coke...
xtahan nak minum air ber gas la.... :lol:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 02-01-06 12:35


seronok baca... rasa nak tau dan terus nak tau.... syukran syukran... aiwah... :-)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-06 13:47


ana pernah kerja kilang pepsi..untuk buat air tu,dahla banyak gila gula yang diguna..lepas itu masukkn gas CO2 dari Mox Kalau tak silap..dah nak dijadikan berkarbonat..kita buang CO2 melalui pernafasan,ni kita ambik balik CO2,tapi dalam bentuk yang lebih buruk untuk kesihatan..macam..macam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-01-06 14:23


tau,dekat asrama maktab saya,cikgu warden guna coke cuci tandas

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

Administrator




posticon Posting pada: 02-01-06 14:25


Diragui dan sudah berkali-kali posting.
Mengapa hanya Coca-Cola? Sedangkan banyak cola lain di dunia ini: Pepsi-Cola, Royal Crown (RC), Campa Cola (India), Mecca Cola (Timur Tengah)

Motif lain.

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.177787 saat. Lajunya....