Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: bantuan dalam berda


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» bantuan dalam berda

Please Mendaftar To Post


Oleh bantuan dalam berda

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 07:06


Oleh : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (ABU SAIF)

...Assalamualaikum

Bertudung adalah usaha untuk menjadi baik. Ia bukan petanda seseorang itu telah baik. Salah, jika kita menyebut, “eh, baiknya dia. Tengok tu, dia pakai tudung”. Sedangkan yang betul ialah, “kalau nak jadi baik kena pakai tudung. Mudah-mudahan, dengan pakai tudung, akan timbul sifat malu, akan tersedar yang kita menampilkan agama secara full display, maka dengan sendiri terasa tanggungjawab memelihara agama dari terfitnah”.

Bersolat adalah usaha untuk menjadi baik. Ia bukan petanda seseorang itu telah baik. Salah, jika kita menyebut “eh, baiknya dia. Tengok tu, dia sembahyang”. Sedangkan yang betul ialah, “kalau nak jadi baik, kenalah sembahyang. Mudah-mudahan, dengan bersembahyang akan terasalah diri ini sentiasa berhubung dengan Allah, akan teringatlah kepada janji-janji manis kepada Allah semasa di dalam solat, akan terserlahlah akhlak- mahmudah dari tarbiah bacaan dalam solat etc.”

Yang mana INPUT, yang mana PROSES, yang mana OUTPUT?

Jika bahulu tak menjadi, mungkin masalah pada input seperti tepung tak elok, gula tak betul, telur tak fresh etc. Mungkin juga pada proses, misalnya pukul bahulu tak betul, bakar tak betul api etc.

Jika solat tapi masih berlaku jahat, jika bertudung masih berbuat maksiat, jika bersekolah agama tapi bermusuh dengan agama, maka tanyalah, di manakah silapnya? Pada input atau pada proses?

Maybe solat bukan kerana Allah, maybe bertudung kerana polisi sekolah, mungkin sekolah agama atas paksaan mak ayah.

Maybe solat tapi ilmu tak cukup, bacaan tak faham dan kaifiyat tak betul. Mungkin bertudung tapi tutup rambut tengkuk keluar, siku terdedah dan pakaian ketat ala balut nangka. Maybe masuk sekolah agama, tapi hanya belajar pengeTAHUan agama Islam. Hanya TAHU tapi tak pernah diajar bagaimana hendak MAHU dan bagaimana boleh MAMPU.

Yang mana INPUT, yang mana PROSES, yang mana OUTPUT?

Maaf kerana tiada ayat al-Quran dan Hadith malah nampaknya seperti hanya guna logik akal. Namun jika memahami agama secara tidak logik, memang caca merba pemikiran jadinya.

Tanyalah, salah solat ke, salah tudung ke, salah sekolah agama ke? Atau kita yang tidak jelas, mana INPUT, mana PROSES, mana OUTPUT?

Tepuk dada tepuk kepala, tanya iman, tanya pemikiran!


Wallahua'lam....

null


-----------------
Perjuangan Ibarat Mata Rantai, Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-05 10:42


hmmmm kita tengok macam mana Nabi s.aw usahakan keatas sahabat baginda selama 13 tahun dimekah dan 3 tahun pertama dimadinah...yang menyebabkan Allah s.w.t iktiraf iman mereka dan menghadiahkan solat..

dengan terbinanya iman yang mantapdan kukuh..maka setiap amalan agama akan menjadi nikmat..dan manis..bukan sebagai satu bebanan...dan paksaan..

yang penting ialah usahakan iman biaq dalam hati hanya ada Allah dan cintakan kehidupan Akhirat baru laaa semuanya selesai...

ini lah masalah sebenar ummat akhir zaman...
dalam hati ada penyakit wahan (cinta dunia & takut mati)...
ada kehebatan dunia dalam hati bukannya kehebatan Allah...
bangga dengan cara hidup yahudi,nasrani, & majusi dan tidak ada rasa berharga dan pentingnya cara hidup Nabi s.a.w & para sahabat baginda

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

an-najaah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.10.2005
Ahli No: 19538
Posting: 63
Dari: markaz..

burkinafaso  


posticon Posting pada: 25-12-05 17:48


.....Assalamualaikum

Sekadar ingin meneruskan isi perbincangan...

Bagaimana nak menjawab persoalan ustaz.Hasrizal (Abu Saif) ni? Yang mana INPUT, yang mana PROSES dan yang mana OUTPUT?.
Pada ana, soalan ini tidak perlu dijawab terburu-buru, sebaliknya perlu direnungi, dikaji, diselidiki dengan ilmu di dada sebelum difahami…

Dalam usaha menjadi baik, ada satu intipati yang perlu kita fahami. Dia itu adalah YAQIN… meyaqini pada perkara yang benar, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya tidak, keyaqinan kita itu adalah perkara yang sia-sia. TAHU, PERCAYA & YAQIN adalah 3 perkara yang berbeza.

Ana ada satu contoh mudah yang diberikan oleh seorang ustaz ketika mengikuti kursus haji dahulu...

Suatu hari ana naik motosikal jalan-jalan. Sampai di Bukit Jalil ana melihat sekumpulan orang ramai sedang mengerumuni sesuatu. Ana parking motor ana dan pergi ke kelompok orang ramai. Rupa-rupanya ada seorang pakcik tua sedang duduk di tengah gelanggang, di atas kepalanya ada sebiji epal. Beberapa meter di hadapan pakcik tua itu ada seorang sharpshooter..
Dumm!! Dia membidik. Pecah..epal di atas kepala pakcik tadi. Orang ramai bersorak.. Ana rasa kagum dengan kebolehan penembak tadi. TAHUlah ana…

Sebiji epal baru di ganti. Kali ini sharpshooter tadi undur lagi beberapa meter hingga jaraknya dari target menjadi 100m. Dumm!! Pecah….epal di atas kepala pakcik tua. Sebiji epal baru diganti. Kali ini sharpshooter tadi undur lagi hingga jaraknya menjadi 300m. Dumm!! Pecah…epal di atas kepala pakcik tua.. Sebiji epal baru diganti lagi dan sharpshooter tadi undur lagi sampai 700m. Dumm!! Pecahhh………….bukan kepala pakcik tua, tetapi epal di atas kepalanya...

Setelah melihat kehebatan penembak tadi dengan mata kepala sendiri, PERCAYAlah ana…. sejauh mana pun tembakannya mesti tepat. Ana rasa kagum dan percaya yang amat sangat pada sharpshooter ini.. Dia undur lagi… TIBA-TIBA….....si penembak tadi terpandang wajah ana dan meminta ana menggantikan pakcik tua yang sudah lenguh duduk mencangkung…. TETAPI… sungguhpun ana percaya yang amat dengan ketepatan tembakannya, tetapi untuk menggantikan kepala ana, ana tidak sanggup walaupun yang ditembak itu adalah epal yang diletakkan di atas kepala ana, bukannya tembak kepala ana. Ana PERCAYA dengan kebolehannya tetapi ana tidak YAQIN!!…


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kadang kita tahu, malah percaya dengan kebenaran janji-janji Allah…Tetapi apakah yang menghalang kita untuk terus taat pada perinta-Nya? Apakah yang menjadikan kita jauh dari-NYa?.. Apakah yang menyebabkan kita masih terbelenggu dengan penyakit cintakan dunia? Apakah yang mengganggu kita untuk terus istiqamah di jalan yang diredhai-Nya? Apakah..apakah yang memalingkan kita daripada cinta kepada-Nya?..
...Munkin kerana kita belum YAQIN pada DIA..… Marilah sama-sama kita selidiki iman kita. Wallahu 'alam..


-mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap dari ana yang faqir...
wassalam..
[ Telah diedit oleh: an-najaah pada 25-12-05 17:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For an-najaahProfil   Hantar PM kepada an-najaah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101662 saat. Lajunya....