Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Anda guna COLGATE????


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Anda guna COLGATE????

Please Mendaftar To Post


Oleh Anda guna COLGATE????

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 13:04


COLGATE SYARIKAT PALING TIDAK PRIHATIN
KEPERLUAN ISLAM
Message:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta
sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA
terutamanya umat
Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan
kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan
pengguna
negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM,
CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA
dan RISDA,
NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA,
UMNO, PAS,
Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat
Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak,
persatuan-persatuan silat, para usahawan,
ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi
IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah
dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para
pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang
keadilan yang prihatin dengan perjuangan
kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi
membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga
COLGATE belajar
menghormati pengguna.

Kita renung antara fakta-fakta berikut :-

COLGATE adalah sebuah syarikat
yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat
Islam.
Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia
tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk
memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati
para pengguna Islam atau menyatakan yang produk
mereka HALAL;

Tanpa sijil halal ini sejak begitu
lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat
gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap
Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate
sendiripun
tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai
HALAL;

COLGATE begitu angkuh sehingga
tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang
ramai
atau mengambil langkah untuk memberi sebarang
keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat
Islam
terhadap status halal produk mereka hingga ke hari
ini;

Ia dibuat di Thailand yang mana
juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti
melakukan penganiayaan kepada penduduk
Selatan
Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT
COLGATE
sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam
rakyat
Islam di Selatan Thailand);

Puluhan atau ratusan juta telah
dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan
tetapi Kenapa tidak ada peruntukan kewangan
untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya
mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. kos untuk
mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000
sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di
sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

Sehingga kini Colgate enggan
bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil
halal Thailand yang didakwanya ada serta
membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

Apa pula status produk Colgate di
pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan
Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini?
Bush...?

Janganlah kita berurusan dan
menyokong syarikat yang menghina dan tidak
menghormati umat Islam. Kita sokonganlah
produk-produk daripada syarikat yang
bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan
masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

Kita bersatulah dalam memboikot
Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas
bahawa para pengguna Islam akan bersatu
memulau
produk yang tidak menghormati keperluan dan
kepentingan umat Islam.

BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini
kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai
satu perjuangan melawan keangkuhan serta
menunjukkan bantahan kepada syarikat
multi-nasional yang tidak menghormati serta
mempermainkan para pengguna Islam sejak
sekian lama.


Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita
pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA
BERSATU.
Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak
mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu
secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin
dan bertanggungjawab.

BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA &
MAPAN

http://www.muslimconsumer.orang/ppim/news.php?
extend.47


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-05 13:57


ooooo

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

cahaya_syafiah
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2005
Ahli No: 21035
Posting: 18
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-12-05 14:38


yeke......macam tu ek...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_syafiahProfil   Hantar PM kepada cahaya_syafiah   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 14:57


saya pun dah pakai mukmin, najwa dan safi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:01


copy dan paste dari portal muslimah..

Untuk Panduan Bersama
Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna
Q : Adakah makanan berasakan daging lembu dan ayam dari Restoran Western Food seperti CHILI's dan Victoria Station disahkan HALAL oleh JAKIM ?
A : rangkaian kedai makan western food seperti Chilli's dan Victoria Station tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM,untuk makluman , adalah menjadi polisi JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang mendakwa menjual makanan halal tetapi dalam masa yang sama turut menyediakan minuman tidak halal atau menu yang tidak halal seperti menyediakan steak yang menggunakan arak sebagai bahan dalam masakan. nn

Q : Sila beri penjelasan berkenaan dengan status kehalalan Starbucks. Sekiranya pihak Starbucks atau pihak mana-mana sekalipun masih belum menghantar permohonan sijil halal, diharapkan pihak JAKIM dapat mengambil initiatif untuk menunaikan hak mereka selaku sebuah organisasi yang berkaliber. Terima Kasih
A : starbucks tidak tersenarai sebagai pemegang sijil pengesahan halal JAKIM,oleh itu JAKIM tidak mempunyai maklumat bahan-bahan yang digunakan di restoran ini sama ada halal atau tidak. Untuk makluman, pengesahan halal JAKIM adalah dipohon secara sukarela,terpulang kepada syarikat sama ada mereka berminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM atau tidak. Inisiatif untuk mendapatkan logo halal JAKIM perlu dilakukan oleh pihak syarikat sendiri bukannya JAKIM, sekiranya mereka sensitif dan peka dengan keperluan pengguna Muslim dan ingin menarik lebih ramai pelanggan maka merekalah yang perlu mengambil tindakan. nn

Q : , Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang bab*. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang bab*, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.
A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik oleh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar.


Q : Assalammualaikum. Saya mempunyai kemuskilan mengenai beberapa makanan segera di malaysia dimana kebanyakkannya disediakan dalam keaadaan tidak begitu sempurna tetapi memiliki sijil halal dari JAKIM.
Saya sering mendapat email mengenai makanan segera seperti KFC dimana didalam email tersebut menerangkan:-
1. Ayam disembelih dalam keaadan digantung
2. Disembelih dalam keaadaan tidak mati sepenuhnya lalu dicelup kedalam air panas.
3. Disembelih oleh orang perempuan
4. Mati dalam perjalannan kekilang penyembelihan dalam keaadaan seperti bangkai tetapi tetap digantung dan disembelih. Jadi KESIMPULANNYA ... SAH KE SIJIL JAKIM YANG DILULUSKAN untuk KFC dan boleh ke dimakan?
A : KFC telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan dan sentiasa diawasi bahawa penyembelihan ayam untuk KFC adalah sah dan menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya orang ramai masih meragui sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengesahan halal di Malaysia, maka rujukan halal manakah lagi yang boleh dipegang oleh orang ramai? Orang ramai sepatutnya lebih bijak menilai maklumat yang diterima adakah benar atau hanya khabar angin yang disebarkan tanpa rujukan yang benar yang sengaja disebarkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya persaingan didalam perniagaan

Q : , Baru-baru ini, suami saya telah membeli satu balang gula-gula jenama Cadbury dan sekarang ini iklannya tersiar di TV -iklan mengenai sampul hari raya.Anak saya ternampak kod E471 di bahagian balang tersebut dan mengetahui yang ianya termasuk dalam sumber yang tidak halal. Beliau keliru dengan logo tanda halal dan kod E471 tersebut. Saya mohon kepastian pihak tuan berhubung perkara ini.
A : Syarikat Cadbury Malaysia telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan setiap produk yang dikeluarkan oleh kilang ini adalah halal dan menggunakan bahan yang halal. E471 yang digunakan didalam coklat cadbury ini telah dipastikan dari sumber yang halal iaitu berasaskan tumbuhan. E471 boleh dihasilkan dari 2 sumber iaitu tumbuhan atau pun haiwan. Bukan semestinya semua E471 adalah haram, perlu dikenalpasti dahulu bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan E471 itu terlebih dahulu. Sekiranya bahan asasnya adalah tumbuhan, E471 itu adalah halal.

Q : ASSALAMUALAIKUM... SAYA INGIN MENGETAHUI STATUS RANGKAIAN RESTORAN SECRET RECIPIE...ADAKAH SYARIKAT INI TELAH MENDAPATKAN/MEMOHON SIJIL HALAL DARI JAKIM...
SETAHU SAYA RAMAI DI ANTARA PENGGUNJUNG KE RESTORAN INI TERDIRI DARIPADA MUSLIMIN/MUSLIMAT... SELAIN KEK..TERDAPAT BANYAK LAGI HIDANGAN-HIDANGAN LAIN DISEDIAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH
A : wasalam, Syarikat secret recipe telah mendapat sijil halal dari jakim. Sekian terima kasih

Q : Adakah Jakim mengiktiraf produk-produk yang disahkan halal oleh IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa ia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk dinyatakan sumber gelatin adalah dari 'Bovine'. Saya telah cuba mencari siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara ini. Terima kasih.
A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.

Q : Saya memohon kepastian daripada pihak yang arif di JAKIM mengenai E471. Adakah ada E471 yang halal? Tidak pula pernah saya jumpa E471 yang halal sumbernya.
Boleh dikatakan semua makanan keluaran London Biscuits menggunakan E471..
A: Merujuk kepada senarai pemegang sijil halal JAKIM, London Biscuit adalah tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM dan telah dipastikan oleh pegawai teknologi makanan JAKIM bahawa emulsifier (E471) yang digunakan adalah halal iaitu bahan yang berasaskan tumbuhan. Untuk makluman, emulsifier E471 boleh diperbuat daripada dua sumber iaitu tumbuhan dan haiwan. JAKIM menerima emulsifier (E471) yang berasaskan tumbuhan sebagai halal. Manakala emulsifier yang diperbuat dari haiwan dikategorikan sebagai haram.

Q : ASSALAMUALAIKUM... Adakah kuih bulan jenama KAM LUN TAI telah dihalalkan balik??
A : Kuih bulan jenama Kam Lun Tai telah mendapat sijil halal dari JAKIM.

Q : saya menyemak hotel yang disenaraikan mempunyai hidangan halal dalam laman JAKIM dan didapati tiada hotel di Langkawi dan Kedah dalam senarai tersbut. Mohon maklum balas.
A : Memang tidak terdapat senarai hotel di Kedah dan Langkawi di dalam Portal Halal JAKIM.Ini kerana hotel tersebut tidak memohon sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Kedah.Oleh itu saudari boleh mencadangkan supaya hotel tersebut memohon sijil halal kepada Jabatan Agama Islam Kedah.

Q : ASSALAMMUALAIKUM, BARU- BARU INI SAYA MENERIMA E-MAIL YANG MENGATAKAN PRODUK KELUARAN HIGH 5 ADALAH TIDAK HALAL UNTUK DIMAKAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA AMAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGESAHKAN PEKARA INI. SEKIRANYA PRODUK TESEBUT TIDAK HALAL DIMAKAN MENGAPA TERDAPAT LOGO HALAL, YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGGUNA.
A : W'salam Saudari yang dihormati, Produk keluaran high-5 telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan setakat ini merupakan pemegang sijil halal JAKIM yang komited. Harap maklum

Q : Saya ingin meminta pengesahan JAKIM tentang status produk Ayam 5 Star yang dikeluarkan oleh Perniagaan Pertiwi, yang beralamat di Senawang dan.Sembilan. Ini kerana di pembungkusannya terdapat logo HALAL dan popular di kalangan orang-orang Islam kerana rasanya, dan banyak di pasaran-pasaran hypermarket.
A : w'salam Saudara yang dihormati, Sukacita dimaklumkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM. Terima kasih atas pertanyaan anda.

Q : Adakah kabanyakan kerongsong pil-pil mengandungi bahan dari bab*?
A : w'salam Saudari yang dihormati, Kerongsong pil (kapsul) ubat mungkin dibuat daripada gelatin iaitu sejenis bahan yang didapati daripada sumber haiwan sama ada lembu,khinzir atau ikan. Terdapat juga kapsul yang dibuat daripada tumbuhan yang dipanggil vegicap. Sila rujuk label ubat/pil untuk keterangan lanjut.

Q : Tuan, sepanjang saya tinggal di Batu Pahat, terdapat dua buah premis restoran yang mempamerkan logo halal di pintu kedai masing-masing. Tetapi, yang pastinya mereka menjual minuman keras. Satu daripadanya yang saya lihat ialah Restoran Grill yang terletak bersebelahan Maybank jalan Rahmat (Bukit Pasir). Apakah tiada seorang Muslim pun yang ambil kisah atau tiada yang perasan. Harap ada tindakan susulan dibuat demi menjaga umat Islam. Terima kasih.
Note-premis satu lagi akan saya maklumkan nanti. Ini kerana saya pernah diajak kawan makan kat situ. Masuk saja, dah berbau masam - bau arak. Walhal kat dalam tu ada beberapa keluarga muslim sedang makan. Tak pekakah mereka tu?
A : Sebagai makluman kepada semua pengguna Muslim, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal kepada mana-mana restoran yang turut menjual minuman arak walau pun pihak restoran mendakwa makanan yang disediakan adalah halal. JAKIM mengambil kira dari segi penggunaan perkakasan di restoran-restoran terbabit didapati terdapat percampuran penggunaan seperti pinggan mangkuk, cawan, periuk, belanga, sinki dan sebagainya dimana tiada pengasingan antara perkakasan untuk minuman/makanan halal dan tidak halal. Dinasihatkan kepada para pengguna Muslim agar tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa makanan yang disediakan adalah halal tetapi dari segi penggunaan perkakasan adalah bercampur aduk dengan yang digunakan untuk makanan/minuman tidak halal.

Q : Saya inginkan penjelasan dari pihak JAKIM. Saya telah mencari dalam web JAKIM tapi tidak ternampak sama ada produk COSWAY adalah halal. Adakah produk COSWAY semuanya halal?
A : w'salam Saudari yang dihormati, Tidak kesemua produk Cosway mendapat pengesahan halal JAKIM kerana sesetengahnya adalah barangan yang diimport dan ada juga yang sedang membuat permohonan pensijilan halal. Sila rujuk semula kepada produk dan nama pengilang untuk membuat pengesahan status halal sesuatu produk tersebut. Sekian, dimaklumkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:20


ok dah faham
colgate selamat di pakai
tapi ana pakai darlie

Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:33


ermm..ana tak terperasan pun pasal tanda halal kat produk colgate tu..kalau tahu awal2 lagi ana boikot
:-(
syukran sahabat sebab bagitau


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:40


!!! QUOTE !!!

Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia
tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk
memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati
para pengguna Islam atau menyatakan yang produk
mereka HALAL;



mereka tak dapatkan sijil halal kerana product mereka establish dan ramai pengguna serta dijamin kualiti dan keberkesanan...

jadilah penguna yang berpengetahuan

saya rasa penduduk malaysia kena attend class HALAL DAN HARAM DALAM PEMPROSESAN MAKANAN, barulah faham tentang halal haram dalam konteks industri makanan sekarang....

emm kepada siapa2 yang study kat UPM boleh la ambik subjek ni kat fak food science and technology, banyak information tau! good 4 us.

8-) 8-) 8-)


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:50


gunalah ubat gigi halagel ....pasti memuaskan hati dan dijamin selamat dunia akhirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 15:52


hmm.... thanks atas info ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 16:48


Pada 19-12-05 15:01 , istisafa posting:

!!! QUOTE !!!

copy dan paste dari portal muslimah..

Untuk Panduan Bersama
Subject: soal jawab JAKIM & Pengguna
Q : , Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang bab*. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang bab*, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.
A : Untuk makluman produk colgate adalah halal dan selamat digunakan oleh pengguna muslim, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik oleh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. Dakwaan mengatakan produk ini tidak halal adalah tidak benar.


syukran...:-)


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"
[ Telah diedit oleh: nurlynn pada 19-12-05 23:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

orchidesa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12928
Posting: 133
Dari: perak-selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 17:22


saya dah lama tak guna colgate sebab tak ada tanda halal..saya suka guna safi & najwa sebab ada tanda halal... :-)
p/s: belek2lah sesuatu barangan yang hendak kita beli sebelum membelinya. jadilah pembeli yang bijak

Bookmark and Share

    


  Member Information For orchidesaProfil   Hantar PM kepada orchidesa   Pergi ke orchidesa's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 17:36


Assalamualaikum

alhamdulillah ada usaha untuk memboikot barangan yang kita ragu dalam kehidupan seharian...contohnya di Mesir ini memboikot barangan yahudi amat membanggakan..contoh coca cola...KFC dan Pizza hut...boleh lumpuh kedudukan mereka...oleh itu kita sebagai umat islam hendaklah melihat ke arah mana sesuatu barang itu dialirkan keuntungannyer..

sekian wassalam
ilalliqa ma salamah

egyptstudent05

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 17:40


Assalamualaikum

sekali lagi ana paste kenyataan daripada JAKIM:

Q : Saya diberitahu bahwa syarikat colgate telah gagal mendapatkan logo halal. Ini disebabkan pihak colgate telah menggunakan kalsium yang diambil dari tulang bab*. Sebenarnya saya telah menggunakan colgate dari kecil lagi. Saya inginkan kepastian supaya jika ia tidak halal dan mengandugi tulang bab*, saya akan hentikan serta merta penggunaannya. Terima kasih.

A : Untuk makluman produk colgate adalah HALAL DAN SELAMAT DIGUNAKAN OLEH PENGGUNA MUSLIM, sungguhpun produk ini dibuat di Thailand, terdapat badan islam di Thailand yang telah dilantik oleh JAKIM yang mengawasi prosesan produk ini sentiasa halal dan selamat digunakan oleh orang islam. DAKWAAN MENGATAKAN PRODUK INI TIDAK HALAL ADALAH TIDAK BENAR


- Portal Halal JAKIM

it's weird bagaimana PPIM boleh berbeza dengan JAKIM dalam hal ini. sepatutnya mereka dapatkan penjelasan daripada pihak JAKIM terlebih dahulu. akhirnya nanti jadi macam kes sosej daripada usus bab* tempohari, mula2 kecoh satu Malaysia, tapi akhirnya disahkan bahawa sarung sosej yang digunakan tu adalah daripada usus kambing & dakwaan tersebut tidak benar

jika nak boikot Colgate, that's another story

wAllahu a'lam

p/s: rajin-rajinlah masuk Portal Halal JAKIM (http://www.halaljakim.gov.my) untuk buat semakan


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

fawawzaiya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-05 23:15


dah ada yang ada tanda halal..kenapa tak pilih....
ubat gigi bukan satu jename saja kat Malaysia...
prefer barang yang dapat pengesahan & dibuat oleh syarikat Melayu ISLAM...
penting unt sokong produk syarikat bumiputra ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For fawawzaiyaProfil   Hantar PM kepada fawawzaiya   Pergi ke fawawzaiya's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 23:17


gunakan ubat gigi mukmin.. halal sudah terjamin.. macam iklan pula.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-05 23:32


ooo syukran sekali lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

astina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18487
Posting: 96
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 23:36


saya guna fresh dan white...
yuhuuuu...
bersih dan segar...
aaaaaaaaa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For astinaProfil   Hantar PM kepada astina   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 23:41


saya pakai ubat gigi HALAGEL...garam bukit dengan herba...buatan sungai petani kedah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:43


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 20:47


ubt gigi mukmin, banyak kat uum, mai uum kalau nak beli

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

irfanmh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.06.2006
Ahli No: 24748
Posting: 127
Dari: Mersing ---> Kuantan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 01:07


guna lah cengkudu.


-----------------
tiada signature


Bookmark and Share

    


  Member Information For irfanmhProfil   Hantar PM kepada irfanmh   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-07 01:17


Beli yang berpatutan & diyakini halal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-04-07 01:29


banyak saja ubat gigi halal yang lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.161236 saat. Lajunya....