Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56

  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu

Cerpen
Topik: Kasihnya Zulkarnian

Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Kasihnya Zulkarnian

Please Mendaftar To Post

Oleh Kasihnya Zulkarnian

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 12-12-05 16:41

"Mira. saya rasa baik kita pergi awal sikit. takut pulak kalau-kalau terlewat nanti. eeiii...takutlah! macammana la program hari ini kan." kata-kata chem ku sambut dengan senyuman. dalam hatiku tiba-tiba terdetik..bagusnya diriku dapat bertemu sahabat seperti chem. walaupun baru 5 hari di kolej namun kemesraan kami ibarat rakan sepermainan. Chem selalu mengingatkanku dan sering memberi sms kepadaku bertanyakan apa yang dia tidak fahami sewaktu sessi pengenalan sepanjang orientasi ini. Maklumlah semua pelajar baru memang diwajibkan melalui minggu wawasan siswa." Chem, mira rasa nanti kita mesti sekelas. Bolehlah kita kuliah sama-sama nanti.Kita boleh mengulangkaji sama-sama, rehat sama-sama...ermm..seronoklah..tak sabar rasanya. saya dan chempaka berjalan seiringan ke bilik kuliah. Hari ini akan diadakan program bersama koordinator kajian. Program menguji IQ.Dan secara tak langsung pensyarah-pensyarah akan meneliti pelajar-pelajar yang akan dihimpunkan ke dalam 4 kumpulan yang berasingan bagi setiap kajian. saya berasa teruja dan agak takut memikirkan dimana saya akan ditempatkan kelak. Pengalaman pertamaku belajar di sebuah kolej swasta di sebuah bandaraya di shah alam akan kupahatkan agar menjadi sebuah ingatan manis yang berpanjangan. Janjiku pada diri tatkala hari pertama saya menjejakkan kaki ke kolej adalah untuk menjadi seorang mahasiswa berjaya dari segala aspek. Bukan diriku seorang yang terlalu kiasu namun saya sentiasa mahu menjadi yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan. Penat lelah abah dan mak akan saya pastikan terbayar dengan kejayaanku satu hari nanti..3 tahun dari sekarang...Tersentak saya tatkala pintu bilik kuliah dibuka. 5 orang pensyarah dari Kajian Pentadbiran duduk di kerusi bertentangan dengan semua pelajar baru. Chem di sebelahku kelihatan tenang. Sesekali saya melirikkan senyuman kepadanya."Chem, semuanya nampak ok kan? hmm...semuanya pensyarah perempuan pula tu..hmm bagus ini takdelah kekok sangat masa kuliah nanti" "Ala, apa yang bestnya mira dapat semua pensyarah perempuan. tak syoklah..tak ada permandangan indah..hehehehhe" "Chem...nanti saya bawak kau pergi tasik ye..nak sangat tengok permandangan indah kan...atau kau nak pergi tak masjid biru? Famous tau kat sini..cantik sangat terutamanya waktu malam..kubah dia memancar kebiruan..lepas itu boleh singgah 1901 makan fries dengan New York Chicken."Yeke mira..hek eleh lupa pulak saya kau kan orang sini mestilah kau tahu selok belok kat sini kan..tapi haritu kau kata nak bawak saya pergi makan kat concorde? " Amboi demand pulak kau ini..bukan makan dalam concorde tau cuma kedai Syed yang dekat dengan concorde tu saja..makan maggi goreng saja...boleh?" "Hmm..tak kisahlah mira asalkan kau yang belanja..tambang teksi pun kau belanja ok?"

Semua pelajar diminta menghafal dan meneliti baris-baris angka yang ditulis di papan putih. Berbagai kerenah pelajar dapat dilihat. Semuanya cuba untuk memberi tumpuan dan mengingat dengan sempurna. Maklumlah..tiap acara pasti ada muslihat disebaliknya. Tiada sebarang catatan dibenarkan hanya ketajaman minda semata-mata. saya melihat dengan tenang..mengisi angka-angka itu dalam mindaku satu persatu.Ya Allah..terangkanlah hatiku untuk mempelajari sebahagian ilmu-Mu yang luas ini.Ku lihat bibir chem terkumat-kamit membuat hafalan. Hampir sahaja saya tertawa melihat telatahnya..sambil memejamkan mata bibirnya terkumat-kamit pula. Laksana membaca mentera cuma tidak dihembus-hembus sahaja."Baiklah sekarang saya akan padamkan 10 barisan angka ini. Anda semua diminta bersedia" Seorang pensyarah memberi arahan. saya melepaskan nafasku dengan berat..hmm..ujian pertama sudahpun bermula..hendak menjadi pelajar cemerlang bukan...bersedialah untuk diuji...seperti tercatit di dalam al-Quran setiap orang beriman pasti diuji..dan ini merupakan ujian-ujian kecil bagiku untuk menjadi mahasiswa yang berjaya. 5 orang mahasiswa baru telah selesai mengulang semula hafalan mereka. majoritiya hanya menghafal 3 baris angka yang mana setiap baris mengandungi 10 digit nombor. saya cuba mempertahankan memoriku agar angka-angka itu tidak mudah hilang dari ingatan...janganlah ianya menjadi debu-debu yang berterbangan.."Baiklah, siapa antara anda yang menghafal baris ke 4 dan keatas? Bilik kuliah yang dingin itu semakin dingin. Pelajar-pelajar membisu sambil mengomel sendirian. saya menghafal hingga baris ke 7..bolehkah saya mengangkat tangan..ermm apa pulak yang mereka akan kata..adakah saya akan dikatakan sekadar menunju-nunjuk dengan kehebatan sendiri? hmm..takpelah sekurangnya saya berlaku adil pada diri sendiri. saya mengangkat tangan dan semua mata di bilik kuliah itu memandang tepat kearahku..situasi yang memang telah kujangka. " Siapa nama saudari dan dari kajian mana? " " Saya Mira..dari Kajian Pengurusan Pentadbiran" "Mira hafal sehingga baris yang keberapa? boleh mira ulangkan pada saya dan semua yang ada disini?" saya mengangguk dengan yakin dan mengulang semua apa yang telah saya simpan dalam folder mindaku tadi..ternyata ramai yang terkejut dan pensyarah tadi menghadiahkan senyuman yang penuh tersirat kepadaku. " Kelas, biasanya pelajar-pelajar baru hanya boleh mengingat hingga baris ke 4 dan itu sudah hebat. Baiklah, apa yang cuba saya sampaikan melalui ujian IQ ini tadi adalah mengenai mind setting, pemfokusan, dan juga kaedah mengingat....." Panjang juga syarahan yang diberikan dan kami semua tekun mencatat tips-tips sebagai panduan kelak. Chem semakin bulat matanya memandangku."Mira, tak sangka Mira ini komputer bergerak. Nanti Mira ajar Chem ye macam mana Mira boleh hafal sampai macam tu. Wah! Chem rasa Mira ini mesti akan jadi somebody kat kolej ini. Sejak hari pertama hingga harinie Chem perhatikan Mira ini memang lain dari yang lain..Mira suka menyendiri tapi Mira tak sombong, Mira rajin ke surau, ke library dan Mira mesti jalan laju..jalan tunduk saja..nak tunggu terjumpa duit emas agaknya! hehehehe....gurau sajalah" " InsyaAllah apa salahnya..tak ada apa-apa yang istimewanya mengenai diri Mira ini..Mira macam Chem juga..macam Hidayah budak Account tu macam Fadzli budak Engine tu...same saja. saya menguntum senyuman buat Chem. saya biarkan dia menerawang sendirian..mungkin dia sedang merancang masa hadapan..kejayaan yang bakal dia kecapi nanti.

Hari terakhir dalam Minggu Orientasi...semua pelajar baru dipecahkan mengikut jurusan masing-masing. satu sessi perkenalan antara pelajar satu jurusan akan diadakan. Selesai Solat Isyak kami semua berkumpul di bilik kuliah yang sederhana besarnya. Beberapa orang fasilitator sudah sedia menanti adik-adik freshie.saya dan Chem duduk dalam satu bulatan besar yang mengandungi 10 orang didalamnya dan terdapat 7 bulatan sebegitu. Pelajar-pelajar lelaki mengasingkan diri dan duduk sesama mereka..malu mungkin. saya me lipat lengan baju panasku yang sudah tidak menampakkan jari-jariku lagi.terlalu panjang lengannya..mahu dipotong sayang. Chem kelihatan bersemangat pada malam ini.Matanya meliar kesini-sana. Sesekali saya menegur Chem...jaga pandangan. Malam ini pertama kali kami semua berkumpul bersama dalam satu course. Inilah rakan-rakan seperjuanganku nanti..inilah rakan-rakan sekuliahku nanti..Inilah rakan-rakan susah senangku nanti. saya teliti wajah mereka tatkala mereka leka..sungguh cantik dan manis kesemuanya..dan tampan-tampan pula. Belajar di ibukota dan pelajarnya terdiri dari anak-anak golongan elit yang mana pendapatan ibu bapa mereka mencecah 5 angka sebulan memang berbeza bagi diriku yang serba sederhana. Di kawasan letak kereta kolej penuh dengan kereta pelajar-pelajar yang mengalahkan kereta pensyarah-pensyarahnya. Skuter dan motorbike berbagai warna dan jenis. Ada yang membawa BMW, MERCEDES, HARRIER, PORSCHE....entahla..mewah sekali. Dan saya hanya datang dengan menaiki bas. Rezeki mereka...mana tahu bila saya sudah berjaya saya bisar memiliki kereta seperti mereka pula?

Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang mahasiswa yang begitu tenang riak wajahnya. Entahla seakan ada cetusan ketenangan yang menyelinap tatkala melihat wajahnya. Dia menundukkan pandangannya, dia tersipu tatkala ada mahasiswi menegurnya, wajahnya merona kemerahan tatkala menyedari dirinya diperhatikan. saya dapat merasakan sesuatu tatkala itu. Bukan satu ilusi namun dalam hatiku tersemat sesuatu cuma saya tidak tahu apakah itu. Kulihat Chem galak memerhatikan mahasiswa itu..saya tersenyum sendirian..nampaknya Chem sudah perasan kumbang larangan itu." Kelas, ini adalah senarai pembahagian kelas bagi kamu semua. Akan ada 2 kelas bagi intake kali ini dan kamu boleh mendapatkan senarai ini di pejabat menjelang tengahari esok. Jangan lupa esok adalah hari terakhir Minggu Wawasan Siswa dan aktiviti riadah tetap akan berjalan tepat jam 8.00 pagi. Jangan ada sesiapa yang terlewat dan pastikan tidak ada sesiapa juga yang menghilangkan diri ok. Minum malam di cafeteria dan selepas itu kamu semua boleh tidur cepat." " Tegas sungguh ketua fasilitator itu memberi arahan. Sungguh berkarisma sekali..hmm agaknya macam mana mereka boleh terpilih ya? Dan MPP juga..begitu aktif di sini...bagusnya." Mira, apa yang kau fikir tu? eh tadi kau perasan tak ada seorang budak cute yang duduk kat belakang bilik kuliah tu.eeiii..comelnya. muka dia handsome sangat pakai cermin mata pulak tu..saya tengok betul-betul macam anak orang kaya. kalau tak silap saya dia bawak satria dengan skuter hijau. tukar-tukar pulak tu...kau tengok dressing dia..smartnya!!" " "hm..sudah-sudahlah tu Chem...muka cute-miut macam tu pasti dah berpunya. jangan perasan lagi jangan berangan lagi..sekarang kau tidur ok..Biskut saya pun kau makan sekali tadi kan..Esok kau datang kat dorm saya boleh? Ni ha track suit saya yang kau nak pinjam tu. Kau ambik sajalah saya ada lagi kat rumah. Nanti kalau saya nak ke surau solat Subuh nanti saya tembak handphone kau ok! " " Eh Mira. saya rasa saya solat kat Dorm sajalah..hehehehe..bukan kau tak tau saya ini. lagipun saya tak faham la macam mana kau boleh berani bangun pagi-pagi masuk toilet lepas itu jalan pergi surau seorang-seorang. Semalam kau kata abang fesi yang baca quran pagi-pagi tu suara dia lemak berkrim ye? Sorrylah Mira..saya tengah mimpi indah waktu tu...tapi jangan risau saya dengar kau membebel kat telinga suruh bangun solat!. Kalau kau jumpa abang fesi tu kau kirim salam bagi pihak saya ok" Entahla Chem ini...puas saya bagi hints kat dia suruh rajin-rajinkan diri ingat Rabb yang Maha Kaya tapi selalu buat derk saja...tak mengapa saya takkan berputus asa sahabat!

bersambung...
[ Telah diedit oleh: MiraUmairah pada 12-12-05 17:07 ]

Bookmark and Share

  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 12-12-05 16:59

Pada 12-12-05 16:41 , MiraUmairah posting:

!!! QUOTE !!!

posticon Posting pada: 12-12-05 17:12

Assalamualaikum...buat semua yang baca cerpen ini Mira Umairah nak minta maaf sebab ada spelling error. Mira Umairah dah edit tapi tak dapat. boleh sesiapa ajar Mira Umairah? kalau nak ok tukar saja ayat "saya" kepada "saya"

sebarang kesulitan amat dikesali
[ Telah diedit oleh: MiraUmairah pada 12-12-05 17:14 ]

Bookmark and Share

  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 12-12-05 17:15

Pada 12-12-05 17:12 , MiraUmairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...buat semua yang baca cerpen ini Mira Umairah nak minta maaf sebab ada spelling error. Mira Umairah dah edit tapi tak dapat. boleh sesiapa ajar Mira Umairah? kalau nak ok tukar saja ayat "saya" kepada "saya"

sebarang kesulitan amat dikesali

ayat "saya" kepada "saya"

Bookmark and Share

  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 13-12-05 12:40

Kasihnya Zulkarnain - Part 11

26 Jun 2003 Hari pertama secara rasminya kuliah bermula. saya amat sibuk sebaik sahaja tamat Minggu Wawasan Siswa..sibuk mengemas pakaian dan membeli kelengkapan harian. Tinggal di dorm kolej memberi saya peluang merasa kehidupan berdikari dan bertemu rakan-rakan baru. Chem menghuni dorm yang ketiga dariku. Agak kerap juga dia melawatku adakalanya dia membawa rakan-rakan barunya untuk saya berkenalan." Kelas, diharap bertenang semua. Saya masa. Azie pensyarah bagi group kamu. Rasanya kita dah berkenalan sewaktu MWS selama seminggu tu kan. Tapi harinie saya nak kamu semua berkenalan dengan lebih rapat lagi dalam kelompok yang lebih kecil. Sebelum tu saya nak lantik seseorang untuk jadi class monitor..ada cadangan?" saya yang duduk dibarisan paling hadapan berpaling untuk melihat rakan-rakan dibelakang. Tiba-tiba saya berasa tersentak tatkala sepasang mata yang bundar itu memandangku...Ya Allah, mengapa hatiku berdebar-debar? Pandangan yang tajam itu kurasakan ibarat sembilu yang menusuk..pantas ku memalingkan wajahku. saya sedar beberapa pasang mata di kelas itu perasan akan kejadian itu." Kami rasa kami pilih Mira sebagai class monitor. Dia nampak sesuai lagipun Mira orang pertama yang sampai ke kelas pagi tadi..dan cadangan ditutup" Terkesima saya dibuatnya mendengar kata putus rakan-rakan sekelas. Ah! terlalu cepat mereka membuat keputusan..Bukankah kaum Adam yang selayaknya menjadi ketua? Baru ku tahu lelaki itu bernama Zulkarnain...Zulkarnain Ridzwan. Itupun secara tak sengaja saya terdengar beberapa orang pelajar bercerita mengenai freshie handsome yang memikat hati para senior dan junior...

Hari berganti hari masuklah bulan ke 4 pembelajaran. saya semakin sibuk dengan assignment dan perbentangan..baik secara individu atau berkumpulan. Chem sudah mempunyai klik yang tersendiri dan saya juga begitu. Chem kata dia tak boleh bercampur dengan klik saya..terlalu educated..terlalu up to date katanya. Satu hari tatkala saya sedang mengagihkan manual masa. Azie Zulkarnain menegurku.." Mira, saya tak ada manual Personal Development...boleh awak photostat untuk saya? ermm...lagi satu saya ada hutang awak kan..berapa ye? "Saya rasa saya boleh dapatkan manual tu untuk awak malam ini...2 manual saja awak hutang kat saya..RM11.00" Pantas saya memalingkan badan tatkala habis berbicara.."Eh kejap mira saya nak no. telefon awak boleh...tak adalah senang saya nak call kalau ada apa-apa.." " oklah tapi jangan beri kat sesiapa tanpa kebenaran saya ye...Entah Kenapa mukaku merona kemerahan tatkala berbicara dengan Zulkarnain...mungkin dalam hati ini sudah terbenam sekelumit kasih buatnya dari saat pertama saya terpandang wajahnya..

Petang harinya selesai kuliah saya dan beberapa rakan sedorm pergi ke Alam Sentral membeli barang keperluan. Bermacam-macam ragam dapat dilihat..maklumlah setelah penat dengan tugasan di kolej sampai masanya berehat berjalan-jalan melapangkan fikiran. Jam 6.30 petang telefon bimbitku berbunyi...pelik nombornya. "Assalamualaikum..hello.." "Waalaikumsalam...Mira ke? saya ini Zulkarnain" "Nain rupanya...hmm..ada apa?" " Malam ini kita jumpa kat cafeteria kolej boleh? Pukul 7.30 lepas maghrib. saya nak ambil manual sekali" " Eh macam mana pulak ini. saya kat shopping complex ini dia pulak nak jumpa 45 minit lagi..mana nak cari teksi mana nak pergi solat maghrib..sempat ke jumpa dia kul 7.30 ini? "Nain, Mira tunggu nain kat cafe ok.Kalau terlambat Mira minta maaf.." "tak mengapa saya tunggu Mira"....Mencanak saya berlari mencari teksi..Rakan-Rakan yang lain mula kehairanan. " Mira Kenapa pulak kau tergesa-gesa nak balik ini?" " anda tak tau ke..Mira kan sekarang dah ada secret admire...handsome bangat orangnya..betul tak Mira?" " Siapa..siapa? Bagitaulah Mira come-on girl..until when u nak hide?" " Eh mana ada secret admire ini..Zulkarnain call..dia nak jumpa 7.30 malam ini..ada hal sikit. " Ewah..macam esok dah tak jumpa. kejap..kejap..setahu saya budak pendiam tu susah nak cakap dengan orang..kawan-kawan dia pun semua lelaki saja..tunduk saja jalannya...dia syok kat kau agaknya Mira..berita hangat ini...jejaka idaman kolej boleh tersangkut dengan kawan sedorm saya...wah..mehla balik..boleh saya kacau anda dating"...saya tak pernah pula terfikir akan perkara ini..mungkin Zulkarnain selesa berbicara dengan ketua kelasnya sahaja..yelah kebetulan saya seorang perempuan. Selesai solat saya pantas menggosok baju..tergopoh-gapah..kalut di buatnya..entah Kenapa hatiku mesti berdebar bila hendak bersemuka..Ya Allah..stabilkanlah hormon di badanku agar saya tak kelam kabut macam ini dihadapannya nanti...

"Assalamualaikum Nain"...ucapku dengan penuh kesopanan. Air soya dihadapannya sudah setengah botol terluak.."Wa'alaikumsalam wbrth..ermm...mira bawa manual saya?" Terkedu agaknya Zulkarnain hendak berbicara..maklumlah pertama kali bertemu di luar waktu kuliah..saya perhatikan bajuku..blouse merah hati dan skirt labuh denim ok saja..mungkin saya biasa berbaju kurung..lain pandanganya agaknya.

bersambung...

Bookmark and Share

  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

afza_firzanah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.08.2005
Ahli No: 18554
Posting: 50
Dari: bumi Ilahi

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 13-12-05 15:16

erm...
bersambung lagi rupanya.... :-)

Bookmark and Share

  Member Information For afza_firzanahProfil   Hantar PM kepada afza_firzanah   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 13-12-05 15:51

wah wah.. penatnyeeee

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 18-12-05 20:12

bila nak sambung lagi ni...tak sabar nak baca lagi..best la cerita dia....=)

Bookmark and Share

  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  

posticon Posting pada: 18-12-05 21:56

panjangnya cerita..bila penghujungnya?

Bookmark and Share

  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 19-12-05 12:12

Kasihnya Zulkarnain - Part 111

"Mira...hmm..nampak lain pulak.kat mana kedai photostat tu? Mehla saya hantarkan." "Err..tak apa ke? Saya boleh pergi sendiri.." " La..tak pelah..jom!" Kami lantas berjalan menuju ke kereta satria Zulkarnain yang di letak berhampiran kafeteria..sebenarnya sudah lama saya memerhati kereta itu..bersih keretanya dan tak sangka ada teddy bear di bangku belakang." Mira photostat kat kedai mana?" " Dekat kedai 4 sen sebelah kedai dobi.Partition saja..depannya ada kedai handphone" Tersenyum Zulkarnain sendirian..bukan saya tak tahu adakalanya pada waktu malam zulkarnain akan datang membeli makanan di Khulafa atau Khalifah..tempat lazim bagi student.Itupun secara kebetulan saya akan ternampak sewaktu keluar makan beramai-ramai. Sebaik sahaja sampai di kedai ramai pelajar UITM yang sedang melakukan urusan masing-masing..ada yang beratur dan ada yang sibuk menyuruh pekerja kedai mengphotostat kertas kerja mereka..Nain berdiri disebelahku..sampai pada giliran kami abang photostat itu menegur.." Boyfriend ke mira..wah! tak pernah nak bagitau abang Rizal ye" " Takdelah Abang Rizal...ini rakan sekelas Mira..yelah selama ini mira datang photostat seorang-seorang..kan 60 buku mira tu dah siap..Raja Ahmad Fauzi call Mira pagi tadi katanya buku dah ready boleh collect...so kawan Mira ini pun dengan baik hatinya datang menolong mira" Abang Rizal pemilik kedai photostat tu memang dah biasa denganku. Apa tidaknya tiap hari ada sahaja urusan saya dan dia..dan biasanya dia akan memberi servis dengan harga yang murah..biasalah student tentu nak berjimat sehabis mungkin!

Zulkarnain membantuku mengangkat buku manual ke kereta. sampai sahaja di compound kolej.." Mira tak payah bawa buku-buku ini. esok pagi mira tunggu nain kat depan kelas..banyak ini..takkan mira nak angkut naik dorm kat tingkat 3 tu? esok nain tolong miRA OK?' " Hmm...ye tak ye..tapi tak menyusahkan nain ke? simpan dalam kereta pulak..kan pagi-pagi jalan sesak.." '' Esok jalan Nain tak sesak lagi" balas nain sambil tersenyum manis...Ya Allah betulkah apa yang ku alami ni? Ramai yang memandang saya dan Zulkarnain sewaktu saya dan dia berbicara di dalam kereta..pelikkah? Zulkarnain..hmm..lena tidurku memikirkan pertolongannya malam ni..terlalu mahal senyumannya dan mengapa kepadaku sahaja dia melontarkanya? entahla....

Mira ada kerja sikit nanti Mira sambung lagi....

Bookmark and Share

  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.120131 saat. Lajunya....