Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Perkara yang membatalkan iman


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Perkara yang membatalkan iman

Please Mendaftar To Post


Oleh Perkara yang membatalkan iman

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 21:15


Assalamualaikum

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN *3

ustaz. Hasrizal Abdul Jamil
http://saifulislam.com/


Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad, berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :


1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah *4

Setiap i'tikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)


2. Mengingkari sifat Uluhiyyah *5

Setiap i'tikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87)


3. Mengingkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi

Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

b. Kafir Isbat

Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.


4. Mengingkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap i’tikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.


LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam erti kata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan, ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada orang yang masuk syurga dengan tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka telah memberi mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang dinyatakan dahulu, sesungguhnya iqrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu masuk dan kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau i'tikad yang membatalkan iqrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu beriqrar dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui segala sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad ke atasnya, bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya, jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya, dan dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka, kemudian dimasukkannya pula ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.” (An-Nisa’ : 116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya ialah :

- mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,
- mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya
- mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
- mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah. Wal’iyadzubillah.


Bagi menjelaskannya ialah :

1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya beri'tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i'tiqad, perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah dijadikanNya, menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.” (An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga orang-orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.


2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’;) dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah , maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ilmu tetapi ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.


3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i'tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beri'tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”. (Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i'tikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.


4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat, haji, halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “Termasuk di dalam makna itu apabila seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara-perkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama, atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis, atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah, Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau menyesatkan umat yang tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al Haram, atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur, menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

“...Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

Allahu a'lam

----------------------------------------------------------------------------

*3 rujuk artikel Perkara-perkara Membatalkan Syahadatain
*4 rujuk artikel Beriman Kepada Allah
*5 ibid
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 09-12-05 21:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-12-05 21:24


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (II)


1. Syirik kepada Allah swt. Sebagaimana di dalam firman Allah swt :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." {An-Nisaa' : 48}

"Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim." {Al-Maaidah : 72}


2. Pengambilan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdo'a atau beribadah kepada Allah. Sebagaimana firman Allah swt :

"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." {Az-Zumar : 3}


3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan agama mereka.


4. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw :

Seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaghut daripada hukum-hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. " {Al-Maaidah : 44}

"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." {Al-Maaidah : 45}

"Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." {Al-Maaidah : 45, 47}


5. Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku." (Muttafaq 'Alaih)


6. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt :

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah." {At-Taubah : 65-66}


7. Melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau redha terhadapnya. Firman Allah swt :

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui" {Al-Baqarah : 102}


8. Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. " {Al-Maaidah : 51}


9. Sesiapa yang menyangka bahwa orang-orang boleh keluar dari syari'at Islam, maka orang itupun batal Islamnya dan menjadi orang kafir. Firman Allah swt :

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." {An-Nisaa' : 60}


10. Barangsiapa yang acuh (lekeh) kepada agama Islam, tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya, maka orang itu adalah orang kafir. Firman Allah swt :

"Demikianlah Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), sebahagian dari kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu" {Thaaha : 99-101}

Allahu a'lam, wassalam.


- Al-Ahkam Online

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-12-05 00:50


Assalamualaikum....
Bagus.tak ramai yang nak kongsi ilmu berkenaan aqidah semacam ini...
mungkin dah hafal dalam usrah agaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-12-05 12:07


Assalamualaikum....

saya harap sahabat2 jangan terkeliru dengan artikel ustaz hasrizal kerana ianya dari pandangan aqidah Wahabi.sedangkan kita sedia maklum bahawa aqidah Wahabi BUKAN dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wa Allahu A'lam Bis Sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-12-05 12:09


Assalamualaikum...

lagi satu...ana harap sahabat2 sekelian lapangkan masa datang ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi untuk mendengar sendiri pandangan dari Uthman al-Muhammady tentang Wahabi supaya kita tak terkeliru lagi.

butir-butir program berkenaan ada di ruangan forum Cadangan Aktiviti.

wa allahu a'lam bis sawab.

p/s : kak ummi,salafian,ibnu_musa dan sekelian penganut aliran Wahabi dalam ukhwah.com ini lebih2 lagi dijemput.
[ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 10-12-05 12:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 10-12-05 16:33


Assalamualaikum...

mana-mana sahabat yang nakkan maklumat tentang kesan aliran Wahabi pada masyarakat, boleh berhubung dengan Ustaz Muzahar Mat Deli(Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah) di talian 06-4821026(PAID Kuala Pilah)

kesannya bukan sikit-sikit.malah Wahabi membawa perpecahan yang BUKAN rahmat buat umat Islam, malah mencelakokan... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-05 17:05


Assalamualaikum

ana nak tanya abg_imam, siapa sebenarnya kat sini yang suka sangat nak wujudkan perpecahan..tak cukupkah dalam hampir setiap posting enta nak bergaduh..takkan enta tak pernah dengar hadith Rasulullah, antara ciri-ciri orang munafiq adalah mereka yang melampaui batas dalam perbalahan? moga Allah jauhkan daripada sifat tersebut, wal'iyadzubillah!

jika ada yang tak betul dalam posting ni, please..i'di be more than happy if you could correct it. jangan hanya pandai kata tu sesat, ni tak betul. tapi bila minta bukti, enta tak dapat nak tunjukkan. apa lagi nak betulkan mana-mana yang silap

wAllahu a'lam

--------------------------------------------

Diriwayatkan daripada Mu'adz bin Jabal rh (dalam satu hadith yang panjang):

Lalu Baginda SAW memegang lidahnya seraya bersabda: "Peliharalah benda ini!" saya berkata: "Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?" Baginda SAW bersabda: "lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'adz! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya" - atau Baginda SAW bersabda - "dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka KECUALI KERANA HASIL TANAMAN LIDAH-LIDAH MEREKA."

(Hadith Riwayat al-lmam at-Tirmidzi. Beliau berkata ia adalah hadith shahih)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 10-12-05 17:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-12-05 17:14


Pada 10-12-05 12:07 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....

saya harap sahabat2 jangan terkeliru dengan artikel ustaz hasrizal kerana ianya dari pandangan aqidah Wahabi.sedangkan kita sedia maklum bahawa aqidah Wahabi BUKAN dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wa Allahu A'lam Bis Sawab.


Pada 10-12-05 12:09 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

lagi satu...ana harap sahabat2 sekelian lapangkan masa datang ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi untuk mendengar sendiri pandangan dari Uthman al-Muhammady tentang Wahabi supaya kita tak terkeliru lagi.

butir-butir program berkenaan ada di ruangan forum Cadangan Aktiviti.

wa allahu a'lam bis sawab.

p/s : kak ummi,salafian,ibnu_musa dan sekelian penganut aliran Wahabi dalam ukhwah.com ini lebih2 lagi dijemput.
erm, salah tekaan ana sebenarnya... :lol:

dalam tiga empat hari ni dia senyap saja, ingatkan dah insaf dan dah berenti daripada memwahabikan orang ni, rupa-rupanya sifat tu dah jadi darah daging dan dah tak boleh dihilangkan...

patutlah ana pelik, perubahan begitu mendadak, rasa syukur juga mula-mula tu, rupa-rupanya tiada perubahan langsung...

kata wahabi memecahbelahkan umat, orang yang paling memecahbelahkan umat kat sini adalah ABg_IMaM sendiri, mungkin juga dialah sebenarnya syeikh al-wahabi kat Portal Ukhwah ni...

p/s: bilalah nak berhenti daripada mengata kat orang ni... :-?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 10-12-05 17:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-12-05 20:48


Saya rasa betul jugak pendapat ...jika tak bersetuju bawak hujjah .... saya pun ada beberapa point yang kurang setuju dalam artikel tu,ada beberapa point yang bukan qat'i ......tapi buat masa ni tak boleh bagi hujjah kerana saya tak ada kitab rujukan.
Tapi saya ingin sarankan kepada ahli ukhwah ...agar jangan tengok kepada. kekuatan nas semata2 malah kena jugak tengok kepada... kebolehannya untuk dilaksanakan dalam masy. secara berkesan ......ya mungkin boleh membawa perpecahan .....kadang-kadang terpaksa guna pendapat kurang rajih atas sebab suasana masy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 11:38


Pada 10-12-05 12:09 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

dalam tiga empat hari ni dia senyap saja, ingatkan dah insaf dan dah berenti daripada memwahabikan orang ni, rupa-rupanya sifat tu dah jadi darah daging dan dah tak boleh dihilangkan...

patutlah ana pelik, perubahan begitu mendadak, rasa syukur juga mula-mula tu, rupa-rupanya tiada perubahan langsung...




ibnu _musa jangan tak tahu abg_imam kita ni mana tau nak menyerah kalah... mungkin dah ditakdirkan sejak azali lagi dia memang suka mewahabikan orang... apa boleh buat kan....

kalau terlebih kata nnati dikatakan pula nak timbulkan provokasi sesama ahli tapi sekarang ni dah terang lagi nyata ada sifat abg_imam ni mcam sengaja nak timbulkan pergaduhan tu...

sanggup dikaitkan nama ummi pun wahabi...hmmm ni dah dikira posting berani mati la ni....

p/s : fikir2 la abang imam ye....

Lalu Baginda SAW memegang lidahnya seraya bersabda: "Peliharalah benda ini!" saya berkata: "Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?" Baginda SAW bersabda: "lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'adz! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya" - atau Baginda SAW bersabda - "dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka KECUALI KERANA HASIL TANAMAN LIDAH-LIDAH MEREKA."

-tolong posting lagi dari n_farhanah mana tau seorang saja posting 'orang tu' tak sedar juga nanti...


-----------------

[ Telah diedit oleh: kasih_kekasih pada 12-12-05 15:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

Yoni
Warga Rasmi
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20747
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-12-05 16:39


Yang mana satu fahaman Wahabi. Berhati-hati bila beri ulasan. Perlu nyatakan dengan jelas perkara yang bersalahan dengan Islam bukan sekadar mengatakan ianya fahaman Wahabi secara am sahaja. Dibimbanngkan ada yang anggap keseluruhan artikel bersalahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For YoniProfil   Hantar PM kepada Yoni   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 16:45


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah setelah baca semua posting dalam thread ini satu persoalan timbul - perlukah dijawab? Tapi usah risau ya anakanda abg_imam ... umi tetap sayang kat anakanda kerana anakanda seringkali mengingatkan umi jadi orang Islam jangan jadi wahabi .... Walaupun silap orang (patutnya ditujukan kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengaku dirinya Wahabi).

Walau apapun bacalah artikel Ustaz Hasrizal tu ya kerana beliau seorang yang berilmu dan arif bab aqidah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - teringat bait-bait nasyid dari samiyusuf yang begitu mempesonakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111035 saat. Lajunya....