Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 235
Ahli: 0
Jumlah: 235




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: kasih seorang ayah...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kasih seorang ayah...

Please Mendaftar To Post


Oleh kasih seorang ayah...

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 08-12-05 09:26


jurnal seorang anak..-..to those who
still have their father..

untuk renungan bersama

Ayah saya baru meninggal 5/8/2003..3.25pm. Apa yang saya tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar..kerja
semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti... .selama ini setiap suka
duka... .pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik
gaji... dapat keputusan bagus dll... pasti telefon mereka sepuya
mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak
yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah... di telinga kirinya... dan saya ketika itu mengucap
ditelinga
kanannya... ... ini adalah kali pertama saya melihat
kematian... .masih
terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke
atas... .
sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan
tenang... semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman.
Syukur
sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang... syukur abah
dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian ... .sempat berbual dengan abah. Abah kata
kalau
nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda
jatuh
harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah
selera makan.

lepas itu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan
Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari saja buat. Tak payah ambik
gambar kat kedai gambar. mereka guna digital kamera kat office
saja.Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nya saya pergi sana bukannya untuk buat kad
engenalan saya, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa... .kita tak boleh mencepat
atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup
mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak
baring.Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van
jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2
hari , pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur,
pertama kali menjirus air mawar... semuanya pertama kali. Dan
pertama
kali juga takkan jumpa abah lagi.

saya memandikan abah... ... memasangkan kain ihram sebagai kain
kapan.
Ketika ditutup muka abah. saya mencium dahi... .pipi kanan... .pipi
kiri
... .dan bangun... .tiba-tiba hati saya ingin terus mencium lagi... saya
membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil saya salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam... saya dan abang mengangkat
jenazahnya... ... ... ..dan mengebumikannya. hati ini sayu
mengenangkan
pemergian abah yang tercinta.Mak hanya memandang dengan air mata
sayu... .penglihatannya kosong... ... setelah 36 tahun hidup bersama
ayah... ... kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak... ..saya tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah
seorang pendiam... ... sabar.. dan alim... .Jemaah masjid...
bendahari
masjid... ..dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.saya selama
ini
tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang
sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih
saya... ..Lainnya pula dengan emak... yang sentiasa berterus
terang... .seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.

Kelmarin saya baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada
apa
yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya
berkisar tentang anak-anaknya .saya sendiri tak ingat bila saya beli
kereta. Tapi abah catat..18 February..shairizal beli kereta satria
hijau 1.6... .. abah catat setiap kali anak nya telefon beserta
waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi saya telefon dari KL... ..abah pun
catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat shairizal
balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll... ... .

Abah catat Kak Se keguguran... ..Abah catat Shaifol (abang sulung)
ke
KL... ... menangis kami semua bila baca dairi itu... .
Abah sayang anaknya... ..tak pernah tunjuk... sebab abah lebih suka
mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain
ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja. Ada kawan kampong abah baru ini cakap "Abah kamu masa hidup
salu cakap pasal anaknye. seorang kerja sana seorang kerja sini. Dia
bangga ada macam anda". Tapi jauh di sudut hati saya. saya masih
terkilan sebab saya salu fikir saya bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil, kedai dll memang semua tersusun.. saya terjumpa buku nota
kuliah subuh abah yang terbaru... ..catatan terakhir yang abah tulis
"hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ... abah gariskan
perkataan
ingat kubur ... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah
bersiap sedia untuk meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk
melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.Abah memang suka budak
kecik..pantang anak siapa pasti dia dukung... bawak berjalan... ...
cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.

Kini semuanya tiada.

YaALLAH... .saya tak tahu bagaimana kehidupan untuk diteruskan... tanpa
Abah... ... baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun ini
nak
kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya...
abah meninggal 5hb.tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
baru masuk 10hb Ogos 2002.

Kali ini tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan
batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami... ."kubur ayah dikorek... lepas itu
ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi... .terlebih tandanya seorang yang
pemurah... .sedangkan ada sesetengah kubur dikorek lepas itu ditimbus
semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu
waktu dimandikan dah bersih... tak ada kotor najis pun
tak ada"... perkara itulah menyedapkan hati kami... .untuk jadi
seperti
abah... .

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid... ..saya memulangkan semula
duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil
mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut
menangis... . "Dulu abah kau yang tolong kira lepas itu tulis kat white
board tu"... ... ...

Ini semua membuat saya rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja apa sekali pun... .

Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada saya
... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah
Habsah... ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kimata itu benar,
Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga... .Lelaki
berat
tanggungjawabnya... . suami menanggung dosa isteri dan anak-
anak... ..isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan
ilmu agama. Cuma saya kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula
bekerja setelah terlupa dengan nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan
solehah... .saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana
dalam
menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua... .tapi
sekarang ini mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan saya sekarang. Buat anda yang masih ada... .jadikan
iktibar... ..cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.
Al-fatihah... .
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 09:43


emm tersentuh...
cium pipi ayah...emmm dah lama tak cium pipi ayah...

ayahh...
along sayangg ayahh......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 08-12-05 09:45


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 09:51


kenangan lalu kembali menerjah...semoga rohnya dicucuri rahmat..hanya doa pengirim bicara

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 08-12-05 10:47


mmmmm..... doa seorang anak kepada ibu bapanya.... insyaAllah..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 10:50


saya kehilangan ayah ketika berumur 12 taun... sedih sampai sekarang.. cerita kat atas ingatkan saya tentang abah saya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 10:56


Buat abah tersayang….hanya allah yang dapat membalas segala pengorbanan ikhlas abah kepada kakak & adik2…. Sayang abah...:-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 08-12-05 12:30


insyaAllah, moga kita semua dapat bertemu dengan keluarga kita di syurga NYA :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

iman_nurina
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 8250
Posting: 19
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 08-12-05 14:32


saya kehilangan abah saya sewaktu berusia 11 tahun..mak adalah segala2nya bagi saya.Saya rindu kasih seorang abah..hanya doa yang mampu saya titipkan semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat..Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman_nurinaProfil   Hantar PM kepada iman_nurina   Pergi ke iman_nurina's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-12-05 18:41


:-) Assalamualaikum.....



     Hanya ada abah....mak dah pergi...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-12-05 13:08


su amat tersentuh bila baca.....
teringat arwah ayah yang meninggal bulan ramdhan yang lalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-12-05 14:18


buat ayah semoga hidupmu sentiasa dirahmati......... sayang ayah selalu
terima kasih atas pengorbananmu.... :-)
[ Telah diedit oleh: sahihnor pada 09-12-05 14:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-12-05 17:26


ayah adalah kekuatan dan kelemahanku..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

aisyanida
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2005
Ahli No: 20277
Posting: 8
Dari: Sg Petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-05 12:31


Assalamualaikum....

Terharu bila baca jurnal di atas. Teringatku pada abahku seorang yang tegas dan amat mementingkan akhlak anak2nya. Walaupun tegas..ku amat kagum dengan abah kerana anak2 nya tahu menilai baik buruk. Alhamdulillah cium pipi ayah dan ibu menjadi malanku sebelum pergi ke mana-mana.

Kepada ayah mereka yang sudah tiada semoga roh mereka ditempatkan dikalangan yang solehin.

Al-Fatihah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyanidaProfil   Hantar PM kepada aisyanida   Quote dan BalasQuote

Ainasyahirah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19755
Posting: 9
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-12-05 12:59


Aina tersentuh hati membaca catatan ini..mengalir air mata aina sebab hampir keseluruhan cerita ini hampir sama dengan kisah aruah ayah aina..aruah ayah aina pun bendahari surau..pemergiannya juga tenang dan dengan senyuman...pemergiannya diratapi oleh seluruh orang kampung dan luar kampung...cuma bezanya aina kehilangan ayah pada 30 januari 2000...Mudah-mudahan roh ayah dirahmati Allah selamanya......Al-Fatihah..
[ Telah diedit oleh: Ainasyahirah pada 10-12-05 13:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AinasyahirahProfil   Hantar PM kepada Ainasyahirah   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-05 11:44


ya Allah.....terharunya....moga Allah memberi keberkatan pada Ayah dan juga ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

Sufigirl81
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 559
Posting: 25

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-12-05 15:30


mmmm....nangis lagi bila baca artikel kat atas ni. Bila berada di depan mata kita jarang nak hargai kehadirannya tapi bila ia pergi baru sedar betapa sayang dan kasihnya kita. Yang masih ada insan yang bernama ayah atau abah hargailah kehadiran dia... bahagiakan dia selagi termampu.....

sayang abah....!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sufigirl81Profil   Hantar PM kepada Sufigirl81   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 14:08


salam...

ayah, pengarang jantungku..
sering menyapa walau dalam bisu...

adik sayang ayah....

p/: habis 2nd paper nak balik rumah... windu ummi dan ayah...

wallahu'alam...
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 12-04-06 14:14


sedih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurul09
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2006
Ahli No: 23223
Posting: 91
Dari: shah alam

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-04-06 14:48


sedih..tersentuh hati....alhamdulillah,ayah saya masih ada lagi...ayah,mak anakmu hanya mampu berdoa dr jauh....moga mak dan ayah...sentiasa berada dalam limpah rahmatNya....ketahuilah anakmu amat2 menyayangi kalian berdua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul09Profil   Hantar PM kepada nurul09   Quote dan BalasQuote

m_husna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-06-06 16:09


kita yang ada mak ayah lagi ni..
knala rajin2 tolong mak ayah.taat pada mak ayah.
dan sentiasa mdoakan kesejahteraan mereka,dunia akhirat...
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_husnaProfil   Hantar PM kepada m_husna   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 16:49


rindu abah... sayang sangat kat abah... putri selalu cium abah pipi abah,dahi abah.... bila berjauhan...rasa rindu sangat...
terima kasih abah.. besarkan putri,didik putri... rindu sangat kat abah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-06-06 17:26


sedih nya rasa hati...
InsyAllah, akan kucuba menjadi seorang anak yang terbaik buatmu, abahku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ynax
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24695
Posting: 32
Dari: somewhere

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 18:37


sedihnya.........nanti abah balik, insyallah ana nak cium pipi abah ana

Bookmark and Share

    


  Member Information For ynaxProfil   Hantar PM kepada ynax   Quote dan BalasQuote

ieda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.10.2003
Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 18:50


rindunya kat abah..dah 23 tahun abah tinggal kan orang...emm...rindu nak cium tangan abah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For iedaProfil   Hantar PM kepada ieda   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 23:30


Rindu ummi dan abah....... Ish rindunye.... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 13:31


abah....angah sayang abah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 14:39


salam...
huhuhuh..beruntungnya kalian yang punyai ayah...hargai lah mereka..
saya sedih dah tak ada ayah...masa form 2....tak sempat nak rasa kasih ayah secukupnya...huhuhuh...redhai setiap pa yag berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

jiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-12-06 14:45


Sedih..tsentuh hati....
terima kasih ayah!!!...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihaProfil   Hantar PM kepada jiha   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 18-12-06 16:52


salam

terharunye,tersentuh.....semua ada.
tak tau bagaimana nak cakap :-( :-( :-(


-----------------
www.mujahidin07.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124209 saat. Lajunya....