Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 8 jam, 8 minit yang lalu


Cuti-Cuti Malaysia
Topik: ZAPIN JOHOR


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Malaysia
    »» ZAPIN JOHOR

Please Mendaftar To Post


Oleh ZAPIN JOHOR

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-07-03 18:19


Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Di Johor

1.Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

2.Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.

3.Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

4.Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-10-03 02:59


oo....memang unik

-----------------
SaBArLAh DaLAM mUjAHaDAH kERana SaBAR iTU tERLaLU iNdah


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

sahabatku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 72
Posting: 120
Dari: Johor Bahru

Johor  


posticon Posting pada: 10-11-03 21:41


J-robik pun gunakan muzik zapin .. seronok dan menyihatkan badan melakukan senaman J-robik ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabatkuProfil   Hantar PM kepada sahabatku   Pergi ke sahabatku's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 16:39


assalamualaikum

memang suka nengok tarian zapin ni tapi tak pandai nak menari zapin.. ...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

putera_manis
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 18:46


dulu ada belajar gak....tapi tak sesuai sebab keras sangat.....

-----------------

MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_manisProfil   Hantar PM kepada putera_manis   Quote dan BalasQuote

sahabatku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 72
Posting: 120
Dari: Johor Bahru

Johor  


posticon Posting pada: 11-11-03 23:12


3 minggu lepas ada pertandingan J-Robik untuk kanak2 sekolah rendah..terpegun seketika melihat aksi adik2 yang comel2 berlainan bangsa membuat senaman mengikut gaya zapin ni...comel sangat2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabatkuProfil   Hantar PM kepada sahabatku   Pergi ke sahabatku's Website   Quote dan BalasQuote

DeLiMa_Flia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 4929
Posting: 60
Dari: UIAM

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-11-03 17:41


erm...lia penah tengok tarian zapin johor beberapa kali....best..uniklah...n kemas pergerakkannya tp masih blum penah ke johor lagi...

===tradisi melayu===

[ Posting ini telah di edit oleh: DeLiMa_Flia pada 2003-11-13 17:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For DeLiMa_FliaProfil   Hantar PM kepada DeLiMa_Flia   Quote dan BalasQuote

cenderawasih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2249
Posting: 115
Dari: utm

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-03 11:24


memang suke jugak tengok org berzapin....setiap daerah kat johor ad tarian zapinnya yg tersendiri...boleh dikatakan zapin merupakan jati diri melayu johor...
suka tengok bebudak sek cina kat segamat menari zapin...diorang ni lg expert dr bebudak melayu...diorang pernah dpt tmpt kedua pertndingan peringkat negeri johor ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cenderawasihProfil   Hantar PM kepada cenderawasih   Quote dan BalasQuote

ieda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.10.2003
Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-04 18:03


, memang best kalau tengok tarian zapin...bukan calang2 org bleh uat..

-----------------
buat apa saja.. janji tidak menyalahi syariat agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For iedaProfil   Hantar PM kepada ieda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08628 saat. Lajunya....