Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 23 jam, 30 minit yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: tidur!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» tidur!

Please Mendaftar To Post


Oleh tidur!

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-12-05 09:40


Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

     Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
     "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
     Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
     "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
     Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
     Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-05 09:45


Untuk makluman juga tidur tengahari ni...AWET MUDA!!! Tapi sekadar 15 - 20 minit. Kalau sejam tu AWET TUA kut...

:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shuhada_nha155Profil   Hantar PM kepada Shuhada_nha155   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 06-12-05 10:12


Pada 06-12-05 09:45 , Shuhada_nha155 posting:

!!! QUOTE !!!

Untuk makluman juga tidur tengahari ni...AWET MUDA!!! Tapi sekadar 15 - 20 minit. Kalau sejam tu AWET TUA kut...

:lol:


tak pun kena AWET terusss.. jadi macam mamia tuhhhhh :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 06-12-05 10:15


info yang best.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-05 11:54


:)...ambil kesempatan tidur sekejap untuk beribadat malamnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-05 12:42


selalu juga tidur tgahari ni....selalu 20 minit...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-12-05 14:04


Pada 06-12-05 10:12 , maisarahlisa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-12-05 09:45 , Shuhada_nha155 posting:

!!! QUOTE !!!

Untuk makluman juga tidur tengahari ni...AWET MUDA!!! Tapi sekadar 15 - 20 minit. Kalau sejam tu AWET TUA kut...

:lol:


tak pun kena AWET terusss.. jadi macam mamia tuhhhhh :lol:



hehehehe takut nak tidur tghhari, takut terbabas hingga ke petang.... :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 06-12-05 14:16


Pada 06-12-05 10:12 , maisarahlisa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-12-05 09:45 , Shuhada_nha155 posting:

!!! QUOTE !!!

Untuk makluman juga tidur tengahari ni...AWET MUDA!!! Tapi sekadar 15 - 20 minit. Kalau sejam tu AWET TUA kut...

:lol:


tak pun kena AWET terusss.. jadi macam mamia tuhhhhh :lol:



:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:
Nak bubuh nama mamia apa ye ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shuhada_nha155Profil   Hantar PM kepada Shuhada_nha155   Quote dan BalasQuote

nanalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4591
Posting: 93
Dari: sungai besar

Selangor  


posticon Posting pada: 06-12-05 22:19


tidur tengah hari pun boleh menyegarkan...terutama student yang ada kelas waktu petang. tak lah ada acara pancing memancing antara student dalam kelas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanalahProfil   Hantar PM kepada nanalah   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-12-05 22:54


info yang bagus..syukran... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

farahfarhana
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14185
Posting: 4
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 14-12-05 15:36


sunat sebelum zuhur.bukannya selepas zuhur.jangan ambil kesempatan pulak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farahfarhanaProfil   Hantar PM kepada farahfarhana   Pergi ke farahfarhana's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-12-05 14:02


betul tu farah... tidur sebelum zohor memudahkan bangun solat t/malan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101802 saat. Lajunya....