Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Akhie...mengasihimu dalam diam adalah rahsia kasih ana..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Akhie...mengasihimu dalam diam adalah rahsia kasih ana..

Please Mendaftar To Post


Oleh Akhie...mengasihimu dalam diam adalah rahsia kasih ana..

nisacyber
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16861
Posting: 54
Dari: Ardhul Jamil

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 22:49


Sebelum jemari ini lebih rancak menari menekan kekunci keyboard untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini...jauh di lubuk isi hati yang penuh keikhlasan,saya doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah dan jauh dari murka ALLAH.Walaupun berat rasanya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati,namun dengan izin ALLAH dan kesan daripada kekuatan luar biasa dikurniakanNYA berpandukan petunjuk ALLAH,ku yakin inilah petunjuk dariNya untuk menzahirkan apa yang telah lm terpendam.Bingkisan hati ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan.Yang pasti ! luahan rasa tulus ikhlas ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur : "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun...

Bismillahirrohmanirrohim...Dengan Nama Allah Pemegang Hati Semua Makhluk NaunganNYA!Semoga Dia mempermudahkan agar mudah difahami dan tidak disalahertikan nanti...Nauzubillahiminzalik...

Takdir menemukan kita ketika di tahun kedua pengajian ketika kita sama-sama berjuang menegakkan syiarNYA di bumi menara gading yang serba mencabar ini...Ya..ana masih ingat lagi ketika kita sama-sama menagih ilmu di kelas tafaqquh Ustaz Uda.Dan tempat itulah yang menjadi saksi dihadapan Allah tika bermulanya detik-detik nama enta mula terukir sedikit demi sedikit dalam ruang hati ana.Demi Allah ! Keperibadian diri enta yang tinggi serta sinar keimanan yang terpancar membuatkan ana mula jatuh hati.

"Ya Allah..betapa seksanya jiwaku menahan sekelumit perasaan yang tidak kupinta dalam tempoh saya mengejar cita2!kdgkala saya merintih tanpa disedari....
"Ya ALLAH,saya mohon keampunanMU seandainya diri ini telah melalaikan khalifahMU dibumi ini.Ya ALLAH,kumohon perlindunganMU daripada menjadi asbab kelalaian kepada khalifahMU dalam melaksanakan ibadah yang seharusnya mutlak keranaMU."

"Ya ALLAH,saya ingin beramal selayaknya sebagai tanda kehambaanku kpdMU.tapi..nafsuku sering menyimpang dari niat semata2 keranaMU..Sukarnya kupujuk hati ini agar buanglah dunia,janganlah bertakhta di hati ini,biar ia hanya terisi dengan rasa cinta yang mendalam kpdMU,cinta yang suci lagi membuatku merasa memiliki segala2nya.tapi..hati ini masih lagi diburu dan memburu cinta murahan,cinta makhluk yang tidak pasti sedangkan dalam usaha ingin memilikki cinta ini,memerlukan pengorbanan yang mungkin membuatkan hati dihiris, terguris serta seksa menanggung rasa..mudahnya air mata ini tumpah kerana cinta yang tidak pasti itu..
Oh Tuhanku...jauhkanlah daku dan DIA dari kesusahan itu.."
Akhie....andainya kau mengetahui getarnya perasaan ini......

Akhie.......Mengasihi enta dalam diam adalah rahsia kasih ana.Sungguh ana tak mampu bohongi diri ana sendiri bahawa tanpa ana sedari perasaan kasih ini timbul sedikit demi sedikit walaupun tanpa kita saling mengenali dengan rapat.Tapi,mungkin inilah yang dikatakan gelombang rasa hati yang Allah kurniakan buat hambaNYA yang bersifat 'khauf' serta akur pada larangan keras dalam soal pergaulan ini. Ana akui bahawa terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ana yang dirasakan tidak layak sebenarnya untuk ana memiliki hati enta.Ana sedar semua itu..siapalah ana...insan yang serba kekurangan jika hendak dibandingkan dengan enta.Tapi...NYATALAH!semakin ana cuba menafikan dan berusaha membuang jauh-jauh rasa yang hadir tanpa diundang ini,semakin mekar ia bertumbuh malah telah berjaya merampas sebahagian besar sudut hati ana selepas kasih ana pada Rabbul Izzati menjadi tonggak utama.Sungguh ana tidak mampu !
Enta,mengertilah perasaan ini.......!!Oh Tuhan!!!

Akhie....kerana didikan agama yang sudah sebati sedari kecil ini membatasi segalanya.Dan demi agama dan syariatNYA memaksa ana memendam rasa kasih ini hingga terkadang ana menangis dek tidak tertahan rasanya menanggung perasaan yang tidak enta ketahui tersirat jauh di lubuk sanubari ana.
Akhie.....masih adakah sedikit ruang dalam hati enta untuk ana?Sampai bila keegoan akan menyelubungi hubungan kita?Oh Tuhan....berat rasanya bebanan rasa yang ku tanggung ini....

Akhie...izinkan ana menjadi insan pertama menjadi permaisuri hati enta.Sungguh ana menyimpan dalam2 hasrat murni ini...
Ya Allah...jangan Engkau menjemputku sebelum saya sempat meraih pahala sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang mujahid yang berjaya bertakhta di hati ini.Perkenankan doaku ini Ya Tuhan Pemilik sekalian alam!

Ana tidak minta semua ini berlaku..tapi inilah dikatakan fitrah suci yang ALLAH kurnia pada setiap jiwa manusia untuk dikasihi.tapi manusia sendiri yang mencemarkan fitrah ini dengan kemunkaran.Nauzubillahiminzalik..

Cukuplah sekadar saya mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ini..semoga ukhuwah yang didasari dengan rasa cinta kepada ALLAH akan senantiasa dipayungi rahmat dan berkatNYA..Yakinlah dengan janji ALLAH,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.InsyaALLAH,sekiranya kita sama-sama menjaga batas2 pergaulan yang dituntut syara',jodoh kita akan soleh dan solehah.

Sesungguhnya ana mengimpikan seorang mujahid ALLAH yang setia dan mampu membimbing diriku ke jalan kebenaran,yang akan mengajakku kembali kepada Rabb-ul-'izzati ketika diriku lemah tidak bermaya,yang akan meyakinkan diriku bahawa kemanisan iman akan menaungi hati-hati yang bertaqwa,yang akan memberi peringatan kepada diriku ketika terlupa sejenak akan nikmat dan rahmat ALLAH,

Subhanallah..

"Ya Allah!Seandainya telah Engkau catatkan...Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi.Tetapi Ya Allah....Seandainya telah Engkau takdirkan...Dia bukan milikku...bawalah Dia jauh dari pandanganku... Luputkanlah Dia dari ingatanku....Dan peliharalah saya dari kekecewaan.Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Segala yang terbaik buat hambaMU ini."

"Ya Allah,diri ini telah meletakkan dan memberikan sepenuh hati kpdMU untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya.
Ya Allah,andainya hati ini ingin KAU berikan sebahagiannya kepada makhluk ciptaanMU,berilah ia kepada khalifahMU yang turut mencintaiMU supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kpdMU dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMU YA ALLAH....

"Ya ALLAH,jika saya jatuh cinta,maka cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.Ya Muhaimin, jika saya jatuh hati,izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya kepadaMU agar tidak terjatuh hati ini pada jurang cinta nafsu semata2.
YA RAHMAN,jika saya jatuh hati,jagalah hatiku padaNya agar tidak berpaling hatiku drpdMU.
YA RAHIM,jika saya rindu,rindukanlah saya pada seorang yang merindui syahid di jalanMU.

"YA ALLAH,jika saya menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kemanisan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir.YA ALLAH, jika saya jatuh hati pada kekasihMU,jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMU.YA ALLAH,jika ENGKAU halalkan saya merindui kekasihMU,jangan biarkan saya melampaui rinduku untuk bertemu dgnMU.
Kerana saya yakin,bahawa sesungguhnya CINTA HAKIKI dan RINDU ABADI hanyalah semata2 layak utkMU".

Jauh disudut keheningan malam, ketika makhluk yang bernama manusia sedang nyenyak diulit mimpi yang indah2. saya bangkit daripada tilam yang empuk dengan sekujur tubuhku yang menggigil kesejukan. Ku tanam nawaitu pada malam ini untuk bermunajat seketika dihadapanMu Ya Rabbi. saya sedar, miskipun hambaMu yang lain sedang tidur,namun Engkau tidak berlaku sedemikian. Jadi apakah salahnya saya bercakap seketika denganMu. Hanya antara saya dan Kau ya Rabbul Alamin. saya ingin mencurahkan segalanya yang terpendam dihati ini. Miskipun Engkau mengetahui segalanya, namun Engkau amat mencintai jika hambaMu ini mengangkat dua belah tangan datang mengadap dihadapanMu ini..

“Ya Rabbul Izzati, diriku ini datang menghadap untuk bermunajat kpdMu. Berbekalkan dengan hati yang ikhlas, hanya kpdMulah sahaja tempat saya mengadu. Tiada makhluk lain yang berhak membantu diriku ini melainkan datangnya drpMu.Justeru itu, Kau makbulkanlah doaku ini.”

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lihatlah sekeping hati yang kotor dan busuk ini yang dinodai dosa2 silam. Hanya kpdMu Ya Allah, kau ampunilah dosaku sama ada dosa besar atau kecil. Janganlah kau tayangkan dosaku kembali dipadang mahsyar kelak.Sesungguhnya saya amat malu diperlakukan sedemikian.”

“Wahai Tuhanku yang mencipta diriku ini, Engkau telah menciptakan sebutir benih kemudian dicampakkan dalam setiap jiwa makhluk yang bernama insan. Itulah dia perasaan Cinta. Sejak Adam diciptakan,hinggalah pada saat ini,perasaan cinta itu masih tumbuh mekar dalam jiwa setiap insan. Terlalu kuat akarnya hingga begitu sukar untuk dibuang.”

“Ku letakkan mahkota cintaku yang pertama hanyalah padaMu Ya Rabbi. Kemudian cintaku yang kedua hanyalah untuk Junjungan Mulia Ya Rasulullah. Dan cintaku yang seterusnya barulah saya serahkan kepada makhlukMu..”

“saya juga seorang insan, dan saya juga seorang remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi. Seandainya diriku telah ditakdirkan untuk bersamanya, Engkau redhailah perhubunganKu ini. Jika inilah jalan yang terpaksa saya lalui yang menguji kesetiaan untuk bersamanya,nescaya kekalkanlah saya didalamnya. saya akan cuba nantikan biarpun bertahun lamanya..”

“Ya Allah, jika sebaliknya dia bukan pilihanku, Engkau buangkanlah perasaan cintaku ini. saya tak sanggup menanti saban waktu kerananya. CintaMu itu lebih mahal dan lebih bernilai daripada segala rupa cinta makhluk yang akan pudar juga suatu hari nanti
Ameen ya RABB-al-'Alamin....


Andainya dapat engkau mendengarkan......
Suara......di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu Akhie A......selamanya dalam ingatan kasih ana yang suci..



Bookmark and Share

    


  Member Information For nisacyberProfil   Hantar PM kepada nisacyber   Pergi ke nisacyber's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 23:03


err.. bukan ke topik ni dah ada? :-??

Doalah selalu.. insya Allah, doamu akan diperkenankan ;).. apa pun, semoga bahagia selalu hendakNya.. ini cuma sekelumit ujian di dunia.

WaLLahua'LaM

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 00:22


amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:28


assalamualaikum...

secret admire ini ... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

cahayabumi
Warga Rasmi
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20543
Posting: 17
Dari: bumi merdeka

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:58


sabar bebanyak ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayabumiProfil   Hantar PM kepada cahayabumi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 03:31


best saja baca... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 01-12-05 09:26


mmmm...sabar itu kunci kejayaan....Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar....InsyaAllah... :-di ;-) :-)


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 10:17


... termenung seketika... hingga saat ini masih belum kutemui insan yang dapat kujadikan permaisuri hatiku.. kuinginkan dia yang sama-sama membina cinta di dasar islam, menyemainya dengan siraman iman, menghiasinya dengan kuntuman taqwa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

zidi86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20555
Posting: 21
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 10:31


pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan dari ALLAH....tak salah untuk mencintai seseorang....kerana sifat kita sebagai hamba sememangnya untuk mencintai dan dicintai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zidi86Profil   Hantar PM kepada zidi86   Pergi ke zidi86's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 10:40


benda ni sama saja macam surat jiwang biasa ... tak ada beza .. hati telah dinodai dengan cinta terhadap manusia ... doa yang disertakan tu memang cantik .. tapi sejauh mana orang yang berdoa tu dapat berdoa seikhlasnya ... sejauh mana orang tu dapat terima takdir kalau tiada jodoh .. tak payah la nak tipu diri sendiri ... kalau dah mengharap tu mengharap jugak ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

SejernihSalsabila
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2004
Ahli No: 6118
Posting: 19
Dari: ::: Serambi Mekah :::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-05 12:22


Kuatkan hati...teguhkan iman....
moga cinta ILAHI menjadi perantaraan setiap cinta manusia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SejernihSalsabilaProfil   Hantar PM kepada SejernihSalsabila   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 01-12-05 14:56


Cinta adalah suatu perkara yang sukar sangat digambarkan dengan kata-kata...... ia datang tanpa diduga..... ia adalah anugerah Allah kepada setiap insan.... :-)
Jadi... berhati-hatilah dengan cinta.... kerana syaitan mudah untuk menghasut ketika datangnya cinta...... kita mampu mengawalnya jika kita selalu mengingati Allah.... memohon pertolongan dariNya.... hanya Allah yang mengetahui segalanya...... kita hanyalah hambaNya..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-05 15:46


Ini kisah benar ke atau renungan sebagai iktibar? Dari cara penyampaian, macam kisah benar... Walau apa sekalipun, kisah ini agak mebuka hati dan minda kita agar cinta yang satu hana padaNYA dan bukan cinta sesama manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

yushidayaKISAS
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13627
Posting: 62
Dari: Banting

Selangor  


posticon Posting pada: 02-12-05 11:34


" Kiranya tiada cinta insani untukmu,cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadap Allah.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For yushidayaKISASProfil   Hantar PM kepada yushidayaKISAS   Pergi ke yushidayaKISAS's Website   Quote dan BalasQuote

Detective_Alam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-05 14:20


erk..erk..erk..nak cakap apa pulak?


erm...erm...erm....
ooo...macam tu cerita kamu...
layang lagu jugak kamu ini ek...
siap hafal lagi...

wasalam...

p/s : Kenapa tak hantar nukilan ini kepada akhie yang kamu maksudkan...mungkin dia faham...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Detective_AlamProfil   Hantar PM kepada Detective_Alam   Pergi ke Detective_Alam's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 15:28


Pada 02-12-05 14:20 , Detective_Alam posting:

!!! QUOTE !!!

erk..erk..erk..nak cakap apa pulak?


erm...erm...erm....
ooo...macam tu cerita kamu...
layang lagu jugak kamu ini ek...
siap hafal lagi...

wasalam...

p/s : Kenapa tak hantar nukilan ini kepada akhie yang kamu maksudkan...mungkin dia faham...


setiap orang ada cara mereka yang tersendiri...

ps: mungkin masih ada rasa malu yang menebal...
     sebab tu tak anta kat 'akhi' tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

zinniratunnajua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 16:06


Erm.. betul tu..
Kalau dia reject terus lagi malu..
Apapun nasihat ana jagalah hati kita agar jangan sampai terlalu
mengharap kasih makhluk ciptaanNYA sampai terlupa
kepada PENCIPTA kita.. Lagipun kita kan dah nak kiamat ni, lagi
baik kalau kita sibuk memikirkan mampukah kita menggapai cinta ILAHI daripada mengharap kasih insan yang tak pasti.. Betul tak?
anggaplah semua tu ujian dariNya yang nak lihat sejauh mana cinta kita terhadap ILAHI berbanding dengan cinta duniawi.. WALLAHUA'LAM.. :-)

"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinniratunnajuaProfil   Hantar PM kepada zinniratunnajua   Pergi ke zinniratunnajua's Website   Quote dan BalasQuote

onelove
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5349
Posting: 38
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 16:39


hmmm..kasihan dia...dah lah kena pendam kan perasaan...lepas itu kena taip panjang lebar hanya kerana seorang lelaki...agak lama tak ke taip tu...tak mengapa....masing2x pun ada hak unutk meluahkan perasaan....hmmm macam kebanyakan orang bagi tau...banyak kan bersabar....cinta hakiki hanya lah kepada Allah s.w.t......

persoalan.......

agaknya kenapa ye...perasaan kita ini boleh membuak2x...susah nak kawal...sedangkan didikan agama kita sudah cukup kuat...macam2x ilmu di dada...kekadang saya terpikirlah....betul ke cara kita berdakwah...tersasar kan niat ikhlas kita kepada Allah...samakah intipati dakwah kita dengan intipati dakwah rasulullah s.a.w.....sebab ramai lagi rakan2x kita senasib dengan saudari kita...saling intai-menintai...mencari cinta seorang lelaki bergelar akhie....

Bookmark and Share

    


  Member Information For oneloveProfil   Hantar PM kepada onelove   Quote dan BalasQuote

nisacyber
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16861
Posting: 54
Dari: Ardhul Jamil

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 22:59


salamalaik 'ala kulli rufaqoi....
syukran jazilan atas semangat dan nasihat berguna kalian berikan...
semoga perjalanan hidup kita semua senantiasa di bawah keredhoanNYA....ameen...
jangan bimbang....ana masih ingat batas susila dalam mengawal hati dan perasaan ini...doa dan keyakinan pembekal semangat..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisacyberProfil   Hantar PM kepada nisacyber   Pergi ke nisacyber's Website   Quote dan BalasQuote

pearl_light86
Warga Rasmi
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20647
Posting: 15
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-12-05 01:02


assalamualaikum...erm...kes susah ni kan??rasanya ramai yang pernah rasa perasaan macam tu...tapi..slagi kita boleh simpan..dan slagi itu jalan yang terbaik untuk mengelakkan maksiat..kita simpanlah perasaan tu.. doalah moga Allah jodohkan anda dengan si dia...insyaAllah..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..take care!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pearl_light86Profil   Hantar PM kepada pearl_light86   Quote dan BalasQuote

Permata_AQIQ
Warga Rasmi
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14479
Posting: 4
Dari: Kelantan,Egypt

egypt  


posticon Posting pada: 03-12-05 05:12


Assalamualaikum Wrh Wbh.

Didoakan semoga ukhti fillah sntiasa tenang mnghadapi sunnatuLlah yang telah diatur pemilik alam ini.

sesungguhnya perasaan itu adalah salah satu daripada makhluk2 Allah.

Sekadar berkongsi masalah & menolong bagi yang memerlukan!

Beginilah bagi masalah yang ukhti fillah hadapi (atau sesiapa sahaja yang mngalami masalah yang sama) saya cadangkan antara jalan penyelesaian ialah :

1. MENGADULAH SEGALANYA KEPADA yang MAHA SEGALANYA!

2. Soal jodoh/pilihan memang telah ditentukan sejak azali tetapi agama juga menyuruh kita berikhtiar!
-Jika akhi yang ukhti fillah berkenan itu baik agama & akhlaknya maka ianya perlu disegerakan,maksud saya begini ...

3.RasuluLlah saw bagitau (kepada para ibubapa)bilamana seorang muslimah dilamar lelaki yang baik agama&akhlaknya hendaklah cepat2 menerimanya jika tidak akan berlaku fitnah...dipetik daripada maksud hadis

4. Islam tetap ada alternatifnya...

5.Ukhti fillah perlu lebih berani dalam soal ini! Saya kira di tempat ukhti ada kakak2 senior (yang sudah berumahtangga lebih baik) yang lebih tepat lagi institusi seumpama Bait Muslim,maksudnya individu yang kita yakin rahsia kita dapat dijaga.

6.Bahkan! masalah yang dihadapi ukhti ini perlu diluahkan kepada orang yang ukhti yakini tersebut,sebab itu saya katakan ukhti perlu lebih berani dalam soal ini (demi masa depan ukhti juga kan!)
Ceritakanlah (apa yang patut) kepada 'orang tengah' tersebut apa yang sedang ukhti alami tersebut,mudah-mudahan orang yang berpengalaman & yang kita yakini ini mampu untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
maksud saya, adalah lebih baik hasrat ukhti ini disampaikan kepada akhi tersebut dengan cara yang dibenarkan syarak.

Bukankah Allah berfirman : (Bertanyalah orang yang lebih tahu jika kamu tidak tahu)

SEBENARNYA ISLAM tidak pernah menyekat fitrah manusia! cuma fitrah itu mestilah dipandu oleh SYARAK!

Saya doakan ukhti boleh menjadi seorang yang berani demi masa depan ukhti yang lebih gemilang!

INGAT! PELUANG HANYA DATANG SEKALI, JANGAN TERLAMBAT!

Saya doakan semoga hasrat murni ukhti untuk menjadi suri kepada seorang yang baik agama&akhlaknya dimakbulkan Allah.

sesungguhnya setiap sesuatu yang diciptakan Allah punyai seribu satu hikmahnya, cuma kita sebagai hamba yang daif lagi naif sahaja yang tak bisa menggapai hikmahnya kecuali kepada golongan yang diberi 'fathul A'rifin' olh Allah.

Selamat Berjaya demi kebaikan ISLAM!
Wassalam :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Permata_AQIQProfil   Hantar PM kepada Permata_AQIQ   Pergi ke Permata_AQIQ's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 03-12-05 08:31


salam a'laik ya ukhtie...

ana rasa lagu ni sesuai buat enti dalam keadaan sekarang ni...mmm..ana sekadar berkongsi rasa dengan enti...

CINTA DAN HARAPAN

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan IMAN dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

semoga apa yang kita lakukan adalah semata-mata kerana ALLAH SWT..

wallahualam..


-----------------
...sTars aRe sEen tOgeTher,yet tHe aRe sO fAr aParT...tRue RelaTion maY nOt mEet eveRyDay, bUt rEmeMber wE aRe alWays liNkEd hEart tO HeArt...�
[ Telah diedit oleh: ilham_thahurah pada 03-12-05 08:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-12-05 13:05


assalamualaikum...
Amin...
Moga doa awak diperkenankan..apapn saya harap awak lebih tabah mgharungi segala ujian yang diberiNYA...Tabahkanlah hatimu..banyak-banyak panjatkan doa pada Allah S.W.T..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-12-05 16:44


:-)


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

nisacyber
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16861
Posting: 54
Dari: Ardhul Jamil

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-12-05 23:26


first of all..
thanks a lot especially for ..
yina,ilham_thahurah,pearl_light86,onelove,zinniratunnajua,
lubaina,SejernihSalsabila,Syaheeda,Yanzu_Ummi,Abg_Imam,
cahayabumi,syahidatul,kamalhisyam,zidi86,anmahar,Akhi_Arab, YushidayaKISAS dan Detective_Alam........May Allah Bless U all Dunya Wal Akhirah..those who have been so supportive..

Permata_AQIQ....Jazakallahu Khairan Kasira for the good guidance for me as muslimah..i'm really appreciate it very much!!

Towards Mobilizing The Ummah and blessed by Allah Ta'ala..
InsyaAllah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisacyberProfil   Hantar PM kepada nisacyber   Pergi ke nisacyber's Website   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-12-05 03:38


assalamualaikum...
CINTA??? itu adalah fitrah semulajadi manusia...tiada sesiapapun yang boleh menafikannya....tidak salah jika kita mencintai seseorang,kerana itu adalah sunnatullah yang ditetapkan rabbul izzati sejak dari penciptaan nabi Adam lagi......

Bagi saudari nisacyber...kalau sedari sudah jatuh hati kat "akhi" tu..bagi saya tak mengapa berterus terang....kerana buat masa sakng tidak ada lagi istilah 'perigi mencari timba' kerana jika diimbau kembali sirah perjalanan nabi besar kita Muhammad s.a.w...baginda dilamar seorang wanita bangsawan yang kaya raya,cantik,masyhur dan berharta....tidak lain dan tidak bukan ialah sayyidatina khadijah.....siti khadijah terpikat dengan keperibadian nabi yang unggul itu.... jadi banyakkan berdoa dan bertawakal....yang paling penting ialah,cinta pada Allah dan rasulNya adalah lebih dicintai dari segalanya........

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

sofiahana
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2005
Ahli No: 14948
Posting: 3
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 05-12-05 10:57


Assalamualaikum..
Hidup mati jodoh pertemuan semuanya ketentuan ALLAH SWT...jika dia memang jodoh kita insyaallah.....tak ke mana.semoga sdri tak berputus asa berdoa semoga apa yang dimpikn menjadi kenyataan kelak...ALLAH sentiasa mendgr rintihan hamba2nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofiahanaProfil   Hantar PM kepada sofiahana   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 13:43


Pada 04-12-05 23:26 , nisacyber posting:

!!! QUOTE !!!

first of all..
thanks a lot especially for ..
yina,ilham_thahurah,pearl_light86,onelove,zinniratunnajua,
lubaina,SejernihSalsabila,Syaheeda,Yanzu_Ummi,Abg_Imam,
cahayabumi,syahidatul,kamalhisyam,zidi86,anmahar,Akhi_Arab, YushidayaKISAS dan Detective_Alam........May Allah Bless U all Dunya Wal Akhirah..those who have been so supportive..

Permata_AQIQ....Jazakallahu Khairan Kasira for the good guidance for me as muslimah..i'm really appreciate it very much!!

Towards Mobilizing The Ummah and blessed by Allah Ta'ala..
InsyaAllah!


Ehh .. nama saya tak tersenarai pun ??? Cik Nisa .. sesekali kena la telan sikit komen dan teguran .. jangan harap orang nak puji dan sanjung saja ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sahabat2hidayah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17043
Posting: 40
Dari: Dunia sementara

cambodia  


posticon Posting pada: 05-12-05 14:46


Assalamualaikum..

Sahabatku..... Selalulah mengharap pada Pencipta kita.Tuan empunya segala sesuatu.Jika "dia"telah ditakdirkan untuk dirimu, insya Allah dia tetap akan menjadi milikmu suatu hari nanti.Jika dia bukan diciptakan untukmu, maka itu adalah yang terbaik untukmu yang telah ditetapkan olehNya.......... Berdoalah selalu untuk mendapat petunjuk dariNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat2hidayahProfil   Hantar PM kepada sahabat2hidayah   Quote dan BalasQuote

iefa
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2005
Ahli No: 17742
Posting: 10
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 15:18


InsyaALLAh......kalau ada jodoh tak kemane..banyakkan sabar...berdoalah semoga ALLAH permudahkan urusan kita.Tapi ingat jangan sampai hati lalai kepada ALLAh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For iefaProfil   Hantar PM kepada iefa   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-12-05 15:31


Sedihnye pasal cerita nisacyber..macam terkena dengan diri saya juga..kisah kita hampir sama.semoga kita dpertemukan insan yang benar-benar kita impikan dan dpermudahkan dalam segalanya.Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 17:30


kunci segala ilmu adalah sabar

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nisacyber
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16861
Posting: 54
Dari: Ardhul Jamil

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-05 23:34


Ya....Ku masih letakkan mahkota cintaku yang pertama untuk Rabbul Izzati....kedua Junjungan kekasihmu ..ketiga kedua parentsku yang banyak berjasa dan yang keempat untuk khalifahMU yang turut mencintaimu....

keredhaanMU ku pohon dalam meniti hidup ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisacyberProfil   Hantar PM kepada nisacyber   Pergi ke nisacyber's Website   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-12-05 23:07


;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-12-05 23:11


MasyaAllah panjang betul....
boleh copy ini mana tau itu masa depan hehehe :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

themartyr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-01-06 03:28


Assalamualaikum...

Semoga Allah perkenankan doa enti, ya ukhti al-kareemah. Ma min qalbin talja' ilaLlahi illa yasma'uhaa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For themartyrProfil   Hantar PM kepada themartyr   Pergi ke themartyr's Website   Quote dan BalasQuote

ketenteramanku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 15:52


cinta untuk dinikmati bukan ditangisi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ketenteramankuProfil   Hantar PM kepada ketenteramanku   Pergi ke ketenteramanku's Website   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 11-01-06 13:31


subhanallah...semoga apa yang dihajati dimakbulkan...jangan risau Allah Maha Mengetahui perasaan hambaNya...cuma kita jangan lupa tawakkal padaNYa

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 11-01-06 15:30


erm...amin..semoga apa yang diimpikan akan tercapai...InsyaAllah...
kuatkan jiwa tabahkn hati...saya yakin..awak seorang yang tabah untuk lalui ujian ini..kerana Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya itu xmampu menanggung dugaan dariNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 11-01-06 18:58


amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12868 saat. Lajunya....