Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: CARA WANITA BERJALAN...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» CARA WANITA BERJALAN...

Please Mendaftar To Post


Oleh CARA WANITA BERJALAN...

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 12:40


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

"Sekadar ramalan... harap beri pedoman..."


dalam versi lain hehe...

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Ni mesti hantu ini, mau2 kalau malam lagi lah takut.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. ini mesti banyak utang, takut sama ALONG lah ini.

Jika berjalan suka menunduk. Manalah tau kat bawah tu ada duit jatuhkah, tu pasal asyik tunduk saja kalau berjalan.

Jika berjalan menatap lurus ke depan. ini mesti askar atau ahli kadet, tu pasal jalan menatap lurus, kalau tabik hormat saja jadi lain.

Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. ini mesti minah Hip Hop atau Rappers ini... hehehe

Jika berjalan badan tampak tegak. ini mesti nak control ayu, tu pasal jalan tegak saja, nak tunjuk keayuanlah ini.

Jika berjalan seperti zirafah. ini mesti panjang leher perempuan dia, terlalu suka menjenguk luar tingkap tu pasal leher dah panjang, jadilah jalan macam zirafah:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 16:20


Assalamualaikum...emm...ramalan saja kan...?tapi Kalau dikategorikan nombor 3 tu...adalah sikit2 kena dengan ana....:)
tapi tak taulah......

sahabat2 lain bagaimana...?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

suklia
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14740
Posting: 28
Dari: gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 17:51


dengan berjalan saja ke orang boleh tau perangai ????
[ Telah diedit oleh: suklia pada 29-11-05 17:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sukliaProfil   Hantar PM kepada suklia   Quote dan BalasQuote

khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.

Selangor  


posticon Posting pada: 29-11-05 20:41


xsemestinya semua betul...
kita yang jalan yang tahu macam mana peribadi kita...
kalau begini dibentuk akhlaqnya,beginilah jadinya...dan sebaliknya!...terpulang kepada diri kita untuk membentuknya bagaimana...:) ;-)


-----------------



    


  Member Information For khazinatul_asrar47Profil   Hantar PM kepada khazinatul_asrar47   Pergi ke khazinatul_asrar47's Website   Quote dan BalasQuote

kim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2003
Ahli No: 3965
Posting: 243
Dari: bawah kerajaan Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 29-11-05 20:56


hmm..boleh di pertimbangkan..lepas ni jangan la pulak ada yang meng'observe' care perempuan jalan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kimProfil   Hantar PM kepada kim   Quote dan BalasQuote

rabiyatul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.09.2005
Ahli No: 19292
Posting: 26
Dari: Kuala Lumpur

turkey   avatar


posticon Posting pada: 30-11-05 00:18


Assalamualaikum
Ana pun sama dengan sesejuksalju...
bukan sebab nak cari ada duit yang jatuh ke..tapi kan baik menjatuhkan pandangan...
kat malaysia sekarang ini,tengok depan,kiri kanan semua dah kira zina mata...terlampau sosial
NAUZUBILLAH
WASSALAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiyatulProfil   Hantar PM kepada rabiyatul   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-12-05 18:36


entahlah...betul ke tu????kalau bab perempuan semua yang diperhatinya...ish2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

aimiz_muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2005
Ahli No: 20051
Posting: 39

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-12-05 19:43


Assalamualaikum...
emh...pada pendapat saya,kadang-kadang ramalan tu ada juga terkebetulan nya...wAllah hu a'lam..


-----------------
Ilmu awwalan....
[ Telah diedit oleh: aimiz_muslimah pada 03-12-05 19:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aimiz_muslimahProfil   Hantar PM kepada aimiz_muslimah   Quote dan BalasQuote

yasminhamdan
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2005
Ahli No: 20713
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-12-05 22:33


Ana pun sama dengan rabiyatul...
bukan sebab nak cari ada duit yang jatuh..
tapi kan lebih baik menjatuhkan pandangan...

WASSALAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For yasminhamdanProfil   Hantar PM kepada yasminhamdan   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 05-12-05 03:21


kalau dah ramalan namanya, mungkin betul mungkin jugak tidak..kalau terkena, secara kebetulan la tu..cara lelaki berjalan tak ada orang nak perhati ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 10:32


a,aa...kan?selalunya sesuatu perkara itu dituju pada perempuan....tapi...jarang orang nak perhati cara lelaki berjalan...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 11:39


Pada 29-11-05 16:20 , sesejuksalju posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...emm...ramalan saja kan...?tapi Kalau dikategorikan nombor 3 tu...adalah sikit2 kena dengan ana....:)
tapi tak taulah......

sahabat2 lain bagaimana...?:)


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 05-12-05 11:53


mmmmm pelik juga ye.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 12:15


assalamualaikum...
betul kata aimiz_muslimah...tu semua ramalan dan terkadang ada benarnya secara kebetulan...
hai..agaknya lepas ni,mungkin ramai lelaki yang nak cari pasangan..tengok cara perempuan berjalan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-12-05 12:29


emm pelik jugak kan....
tapi rasanya ada terkena sikit2 agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-05 12:34


erm.. Kalau jalan macam si PINGU tu bagaimana pula? hehehehe :-di :-P :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

faithfuller
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 14:56


tak tau nak pilih mana.hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For faithfullerProfil   Hantar PM kepada faithfuller   Pergi ke faithfuller's Website   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 15:05


erm ana tak tau!!! :roll:
[ Telah diedit oleh: Qayyum pada 28-12-05 15:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

harmoni_melodi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19040
Posting: 50

Johor  


posticon Posting pada: 28-12-05 15:06


macam2 ye...
cara jalan wanita pun diperhatikan...
mungkin betul jugak ramalan ni sb ada juga yang bnar.
mungkin KEBETULAN :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For harmoni_melodiProfil   Hantar PM kepada harmoni_melodi   Quote dan BalasQuote

juriza
Warga Rasmi
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 6164
Posting: 6
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 28-12-05 15:09


assalammualaikum w.b.t
tak semua betul. tapi ada juga yang betul..........
2 dengan 3 tu ada kena mengena jugak.......
lelaki macam sama saja :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For jurizaProfil   Hantar PM kepada juriza   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 02:32


jalan leklok jangan sampai jatuh terlanggar batu sudah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 29-12-05 07:00


heheeh dah tengok care berjalan.......cara perempuan duduk pulak macam mana....hehe saya tengok.....pelbagai gaye perempuan duduk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 29-12-05 08:43


amboi..sampai cara perempuan jalan pun nak teliti juga??

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 08:59


cara laki2 berjln ada tak??? hihihi tukar topic pulak!

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 09:32


nujum pak belalang ke nujum mak ketam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 29-12-05 09:56


hehe ada betul juga itu :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-12-05 12:31


erm...ana banyak yang digabungkan...jika difikir balik....tak sempurna lagi diri ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-12-05 15:30


'jalan-jalan cari muslimah'..macam-macam ada..
jangan sampai sengaja ubah cara berjalan pula..tunduk-tunduk,langgar tiang lampu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 30-03-06 00:13


baca saja, tapi jangan percaya.....mungkin betul mungkin tidak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 02:12


macam2 ada

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 30-03-06 02:30


salam.

cara wanita berjalan ?!

topik sebegini pun ada?

hmmm.....
kalau wanita sesama wanita melihat dan mengkaji cara wanita lain berjalan, masih boleh diterima oleh akal lagi.

tetapi, kalau lelaki pula yang melihat cara wanita berjalan.
hmmm.... (geleng geleng kepala)



untuk wanita khasnya muslimah :
"dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
(surah Luqman : ayat 19)


untuk lelaki khasnya muslimin :
"katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "hendaklah mereka menahan pandangannya.........         (surah An-Nuur : ayat 30)

kemudiannya, ayat seterusnya:

untuk perempuan khasnya muslimah :
"katakanlah kepada wanita yang ebriman: "hedaklah mereka menahan pandangannya....... (surah An-Nuur : ayat 31)


waallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 02:57


Ehehe... Cara Wawa berjalan ada juga dalam 'fakta' kat atas tu.. ada betul dan tidaknya.. Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:10


camanela boleh terfikir topic ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:18


ceh...
zilzal ni luas pandangan ni..
sebab dapat tahu cara wanita berjalan...
mesti banyak "memerhati" kat JAMIAH ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:20


selalu memerhati akwa yang selalu memerhati si dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 07:27


Pada 30-03-06 07:20 , zilzal posting:

!!! QUOTE !!!

selalu memerhati akwa yang selalu memerhati si dia...


aik???
pelik saja bunyi tu...sapae yang perhati siapa ni...
nampaknya zilzal telah confius....
xper2,boleh cuba lagi...


-----------------
bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah hidup selama-lamanya,beribadatlah dengan ikhlas seolah-olah mati esok hari.


Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

khazinatulsyouqoh
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19897
Posting: 209
Dari: on earth

Johor  


posticon Posting pada: 30-03-06 08:35


it's just an assumption, it can be true and vice versa. dalam dunia material sekarang ni, manusia boleh dilihat dalam macam2 bentuk, kita saja yang tak across one....tengok la kalau dah kerja nanti bergaul dengan orang lain, ha........baru la kita tahu dunia ni macam mana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khazinatulsyouqohProfil   Hantar PM kepada khazinatulsyouqoh   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-06 09:02


perempuan berjalan pun nak tengok....tak ada kerja

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurirshad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 09:17


ooo,tak achi lah...cara lelaki berjalan tak ada pun???
Kenapa, orang lelaki tak boleh jalan ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurirshadProfil   Hantar PM kepada nurirshad   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 31-03-06 00:26


masuk bakul angkat sendiri... ana berjalancara ketiga la ke empat la... yang baik2 semuanya ana...yang buruk2 orang lain...hehhehehehe,,,, apa nak jadi....apa nak jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 31-03-06 00:28


jalan2 cari makan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 31-03-06 00:32


huhuhu....jangan la nak menunjuk2 pula....kalau dah terkena tu, diam-diam udah lah....tu ramalan saja.....bukannya boleh percaya pun.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

ilma
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 15:43


sekadar pengetahuan saja...jggn percaya sangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilmaProfil   Hantar PM kepada ilma   Pergi ke ilma's Website   Quote dan BalasQuote

nike_007
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20933
Posting: 125
Dari: pasir mas

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 15:58


begitu ada ye...anyway thank for your info....
wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nike_007Profil   Hantar PM kepada nike_007   Pergi ke nike_007's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 17:03


buak po lah duduk tengok wanita bejalan...tempang ke...luruih ke...bengkang bengkok ke....yang penting hampa jalan lagu mana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22741
Posting: 167
Dari: bumi Allah

georgia  


posticon Posting pada: 01-04-06 18:23


Macam mana topik ni ada kat portal ukhwah ye..ermm??

Bookmark and Share

    


  Member Information For shattirProfil   Hantar PM kepada shattir   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 18:56


CARA LELAKI BERJALAN... dengan memijak bumi... macam mana nak tafsir tu... :lol:

p/s: saya berjalan pun dengan memijak bumi... :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138783 saat. Lajunya....