Oleh |
apa hukum dye rambut??? |
areniece
Warga Rasmi Menyertai: 06.01.2005 Ahli No: 13563
Posting: 19
Dari: johor
|
Posting pada: 27-11-05 11:52
pernah dengar ada penceramah tu cakap halal asalkan produk tu halal...betul ke??
|
Ameen
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20162
Posting: 146
|
Posting pada: 27-11-05 12:13
Haram laaa sebab nanti tak sah sembahyang
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 27-11-05 13:11
kalau yang jenis serap air la, kalau tak ambil wudhu pun tak sah.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-11-05 17:26
dye rambut tu apa...? pertama kali kudengar istilah itu...  p/s: orang laki tak suka buat benda2 macam ni... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 27-11-05 17:27 ]
|
kalimahsuci
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.11.2005 Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-11-05 18:38
rasanya, dye rambut haram sebab nanti tak sah sembahyang.air sembahyang tak masuk. tapi kalau guna inai...boleh agaknya.saya tak pasti
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-11-05 22:27
Pada 27-11-05 11:52 , areniece posting:!!! QUOTE !!! pernah dengar ada penceramah tu cakap halal asalkan produk tu halal...betul ke??  dye rambut tu mewarnakan rambut ke...? kalau iye betullah apa yang penceramah tu cakapkan, cuma kena pastikan yang ia tidak mengandungi bahan2 yang haram, dan boleh meresap air... kalau tak cukup syarat tu maka tak boleh digunakan, JAKIM ada luluskan beberapa jenama pewarna rambut, boleh refer kat JAKIM... tentang warna pula ada dibincangkan oleh para ulama', ada khilaf kalau tak silap... yang penting kena elak daripada ciri2 penipuan dan tasyabbuh, iaitu menyerupai (meniru gaya) orang kafir... dua perkara ini mesti diambil berat dan diberi perhatian... untuk maklumat lanjut boleh rujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Doktor Wahbah al-Zuhayli, ada dibincangkan tentang perkara ini... kalau ada salah mohon diperbetulkan, wassalam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-11-05 22:57 ]
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 27-11-05 22:32
 ... setakat ilmu yang saya pelajari, walaupun dye rambut menggunakan bahan2 yang halal, tetapi perbuatan mewarnakan rambut itu haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT melainkan atas sebab2 yang dibolehkan antaranya disebabkan aib dsbnya...tetapi yang disunatkan adalah menggunakan inai... hal ini telah jelas diperkatakan dalam Al-Quran bagi sesiapa yang mengubah kejadian Allah dengan sengaja adalah kufur nikmat Allah yakni tidak mensyukuri kejadian yang telah Allah ciptakan... Ingat 'matlamat tidak menghalalkan cara' 'niat tidak membenarkan perbuatan'... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 27-11-05 22:37
erm, setakat yang saya belajar pula harus, berdasarkan kaedah al-aslu fi al-asyya' al-ibahah, asal setiap sesuatu itu adalah harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya... dalam kitab yang saya sebutkan itu pun ada dibincangkan... melainkan dalam beberapa keadaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi... hujahnya berdasarkan hadith2 dan qawa`id fiqhiyyah... lagi satu, kalau haram digunakan Kenapa JAKIM luluskan beberapa jenama untuk digunakan oleh masyarakat...? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 27-11-05 22:51
 ... maaf...saya tak sebut tentang perkara harus tersebut...mewarnakan rambut hukumnya harus kecuali diwarnakan hitam bgi orang yang beruban...kalau sya tidak silap... keadaan yang mendatangkan haram tu disebabkan niat empunya diri...contohnya sebab nak menunjuk2...yang menimbulkan perasaan riak dan sebagainya...dan disokong oleh dalil yang mengharamkan seperti saudara ibnu_musa sebutkan... yang JAKIM luluskan tu mungkin dari segi bahan yang terkandung... almaklum sekarang ni banyak jenama yang boleh mandatangkan syubhah kepada kita khususnya umat Islam... apa yang penting, sebelum kita ambil sebarang tindakan eloklah jika berpandukan kepada syariat...jangan hanya sebab nak membenarkan setiap perlakuan kita...kikta mencipta pelbagai alasan... semuanya bergantung atas diri sendiri... maaf dari saya...sekadar peringatan untuk diri sendiri p/s: simpan janggut,mewarnakan rambut adalah sunnah Rasulullah...cuma mewarnakan janggut dan rambut dianggap jelik oleh masyarakat...tapi sebagai orang alim,kalau nak mengelakkan fitnah,baik elakkan... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::. [ Telah diedit oleh: jAiLuL_mAnsHuDaH pada 28-11-05 00:15 ]
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 28-11-05 22:51
Pada 27-11-05 22:32 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! ...
setakat ilmu yang saya pelajari, walaupun dye rambut menggunakan bahan2 yang halal, tetapi perbuatan mewarnakan rambut itu haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT melainkan atas sebab2 yang dibolehkan antaranya disebabkan aib dsbnya...tetapi yang disunatkan adalah menggunakan inai...
Pada 27-11-05 22:51 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! ...
maaf...saya tak sebut tentang perkara harus tersebut...mewarnakan rambut hukumnya harus kecuali diwarnakan hitam bgi orang yang beruban...kalau sya tidak silap...
ish saudari jAiLuL_mAnsHuDaH, yang mana satu hukum yang anti maksudkan, Kenapa sekali haram sekali harus pula...? !!! QUOTE !!! ...
keadaan yang mendatangkan haram tu disebabkan niat empunya diri...contohnya sebab nak menunjuk2...yang menimbulkan perasaan riak dan sebagainya...dan disokong oleh dalil yang mengharamkan seperti saudara ibnu_musa sebutkan... yang JAKIM luluskan tu mungkin dari segi bahan yang terkandung... almaklum sekarang ni banyak jenama yang boleh mandatangkan syubhah kepada kita khususnya umat Islam...
takkan JAKIM luluskan sesuatu hanya dari segi bahan yang terkandung itu halal sedangkan penggunaannya haram... kalau begitu lebih baik kalau JAKIM tambah beberapa perkataan pada tanda halal yang mereka keluarkan, contohnya "Barangan ini HALAL dari segi bahan kandungannya tapi HARAM dari segi penggunaannya..."  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 28-11-05 22:55
Fatwa Negeri Negeri Sembilan Darul KhususKategori : Sosial/Syariah Tajuk : Hukum Mewarnakan Rambut Isu : Fatwa : 1. Sunat : Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam. 2. Harus : a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad. b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. 3. Makruh : a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh. b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya. 4. Haram : a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b). b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam. Tarikh Pewartaan : 12 Januari 2002 sila rujuk: http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=676----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 28-11-05 23:25
Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) Aduan : Ingin pengesahan mengenai email yang diterima seperti dibawah. Adakah ia benar? Sekiranya benar, saya mencadang kan agar sijil di tarik balik kerana ia mengelirukan pengguna. Apakah definasi Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM? Terima kasih. ----original message----- From: Mohd Rasyidan Ab Rashid Date: itu, 28 Dec 2004 16:53:27 +0800 Sahabat sekalian, Untuk pengetahuan semua, saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram untuk mengesahkan tentang pewarna rambut sama ada sah atau tidak untuk dibawa sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yang berada di pasaran sekarang TIDAK SAH untuk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yang tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut. Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH. Tanda 'Halal' yang terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram (yang berkaitan dengan bab*, etc) Bahan yang boleh digunakan untuk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan2 yang lain. Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram. Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu lima waktu yang juga merupakan salah satu Rukun Islam. Tarikh Aduan : 03 January 2005 - 14:40:42 Jawapan :  Terima Kasih Pada yang bertannya, Mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : 1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi yang berpenyakit sahaja 2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda 3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua 4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan 5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami. Dari segi ingredient pewarna rambut yang ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ?? Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam sila rujuk: http://www.islam.gov.my/e-halal/aduan_siar_c.php?id=482&a=U----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 29-11-05 00:38
Pada 28-11-05 22:51 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-11-05 22:32 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! ...
setakat ilmu yang saya pelajari, walaupun dye rambut menggunakan bahan2 yang halal, tetapi perbuatan mewarnakan rambut itu haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT melainkan atas sebab2 yang dibolehkan antaranya disebabkan aib dsbnya...tetapi yang disunatkan adalah menggunakan inai...
Pada 27-11-05 22:51 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! ...
maaf...saya tak sebut tentang perkara harus tersebut...mewarnakan rambut hukumnya harus kecuali diwarnakan hitam bgi orang yang beruban...kalau sya tidak silap...
ish saudari jAiLuL_mAnsHuDaH, yang mana satu hukum yang anti maksudkan, Kenapa sekali haram sekali harus pula...?
!!! QUOTE !!! ...
keadaan yang mendatangkan haram tu disebabkan niat empunya diri...contohnya sebab nak menunjuk2...yang menimbulkan perasaan riak dan sebagainya...dan disokong oleh dalil yang mengharamkan seperti saudara ibnu_musa sebutkan... yang JAKIM luluskan tu mungkin dari segi bahan yang terkandung... almaklum sekarang ni banyak jenama yang boleh mandatangkan syubhah kepada kita khususnya umat Islam...
takkan JAKIM luluskan sesuatu hanya dari segi bahan yang terkandung itu halal sedangkan penggunaannya haram... kalau begitu lebih baik kalau JAKIM tambah beberapa perkataan pada tanda halal yang mereka keluarkan, contohnya "Barangan ini HALAL dari segi bahan kandungannya tapi HARAM dari segi penggunaannya..." 
 ... maaf andai posting dari saya mengelirukan...pendapat yang saya kemukakan mungkin lebih memfokuskan kepada trend mewarnakan rambut di kalangan remaja sekarang ini, tanpa memandang dengan lebih luas hukum sebenar2nya...mungkin bertepatan dengan 'tasyabbuh' yakni menyerupai perlakuan orang bukan Islam seperti yang saudara ibnu-musa sebutkan...dan hukumnya haram... maaf sekali lagi jikalau saya tanpa ilmu yang mencukupi cuba2 menyelit untuk posting di sini... itulah pentingnya diskusi secara ilmiah...yang ada lebihan ilmu betul2kan yang kurang ilmu... terima kasih saudara ibnu_musa atas pertambahan info yang lebih menjelaskan konsep atau hukum mewarnakan rambut... Ampun Ya Rabb... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 29-11-05 00:51
Pada 29-11-05 00:38 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! maaf sekali lagi jikalau saya tanpa ilmu yang mencukupi cuba2 menyelit untuk posting di sini... itulah pentingnya diskusi secara ilmiah...yang ada lebihan ilmu betul2kan yang kurang ilmu... kita di sini untuk berbincang, bukan untuk mengeluarkan fatwa, sama-sama tambah menambah antara satu sama lain, sebagaimana yang saudari katakan itu iaitu sebagai diskusi ilmiah... tiada yang sempurna melainkan Allah, saya pun tidak sempurna, dan pendapat saya pun kadang-kadang salah juga, sama2lah kita melengkapi antara satu sama lain... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnubadar
Warga Rasmi Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20364
Posting: 4
|
Posting pada: 29-11-05 04:23
kita nak jawab sesuatu masalah tak boleh pakai pendapat kita....kena pakai pandangan ulama dalam bidang tersebut...kalau orang pakai pendapat kita yang salah kita terpaksa menanggung dosanye.... Kita kena ingat rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh tubuh badan....kalau dye rambut menghalang rambut untuk sampai ke tubuh badan....jadi, tak sah la manji wajib tersebut...secara automatiknya ibadat tidak diterima...sebab kita masih lagi dalam keadaan hadas besar...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 29-11-05 23:05
Pada 29-11-05 04:23 , ibnubadar posting:!!! QUOTE !!! Kita kena ingat rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh tubuh badan....kalau dye rambut menghalang rambut untuk sampai ke tubuh badan....jadi, tak sah la manji wajib tersebut...secara automatiknya ibadat tidak diterima...sebab kita masih lagi dalam keadaan hadas besar... tapi kalau dye rambut tersebut tidak menghalang air dari sampai ke rambut, iaitu menggunakan dye yang meresap air, maka sahlah madi wajib tersebut kan...?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
areniece
Warga Rasmi Menyertai: 06.01.2005 Ahli No: 13563
Posting: 19
Dari: johor
|
Posting pada: 04-12-05 17:23
terima kasih tak terhingga buat sahabat semua...alhamdulillah terlerai sedikit kekeliruan ana =) cuma mungkin JAKIM perlu tambahkan sedikit kat tanda halal supaya orang islam tak terkeliru =) maaf atas segala kesilapan..
|
mohdabdhalim
Warga 1 Bintang Menyertai: 04.12.2005 Ahli No: 20690
Posting: 21
|
Posting pada: 04-12-05 19:54
Pada 27-11-05 22:32 , jAiLuL_mAnsHuDaH posting:!!! QUOTE !!! ...
setakat ilmu yang saya pelajari, walaupun dye rambut menggunakan bahan2 yang halal, tetapi perbuatan mewarnakan rambut itu haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT melainkan atas sebab2 yang dibolehkan antaranya disebabkan aib dsbnya...tetapi yang disunatkan adalah menggunakan inai... hal ini telah jelas diperkatakan dalam Al-Quran bagi sesiapa yang mengubah kejadian Allah dengan sengaja adalah kufur nikmat Allah yakni tidak mensyukuri kejadian yang telah Allah ciptakan... Ingat 'matlamat tidak menghalalkan cara' 'niat tidak membenarkan perbuatan'...
Wallahu A'lam...
betul tu, matlamat tak m'halalkan cara. Fikirkan kembali apa tujuan/niat sebenar kita mewarnakan rambut. Sunnah nabi memakai inai (bagi lelaki). Kalau sekadar m'ikut trend semasa, terikut2kan kawan. Sedikit sebnyk pasti akan timbul perasan ujub dan riak. Kerana ingin dipandang sebagai insan yang punya kelainan. Maka fikirkan kmbli.
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 03-03-06 12:09
!!! QUOTE !!! Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL) Aduan : Ingin pengesahan mengenai email yang diterima seperti dibawah. Adakah ia benar?
Sekiranya benar, saya mencadang kan agar sijil di tarik balik kerana ia mengelirukan pengguna. Apakah definasi Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM?
Terima kasih.
----original message----- From: Mohd Rasyidan Ab Rashid Date: itu, 28 Dec 2004 16:53:27 +0800 Sahabat sekalian,
Untuk pengetahuan semua, saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram untuk mengesahkan tentang pewarna rambut sama ada sah atau tidak untuk dibawa sembahyang.
Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yang berada di pasaran sekarang TIDAK SAH untuk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yang tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut.
Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH.
Tanda 'Halal' yang terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram (yang berkaitan dengan bab*, etc)
-dulu ana pernah warnakan rambut sebab ana pandukan pada tanda halal... Hairan juga ana dengan JAKIM ni... kalau dah tahu penggunaannya haram untuk umat islam kenapa keluarkan logo halal walaupun bahan tu halal..tujuan logo halal tu untuk lindungi umat islam dari perkara syubahah...Ana tengok rata-rata produk pewarna rambut ni ada logo halal...kalau logo tu palsu tanggung jawab JAKIM untuk bertindak..ana rasa orang2 JAKIM perlu lah bersedia di akhirat kelak sebab sudah tentu ramai orang akan mendakwa mereka kelak... sungguh mengelirukan ...Maafkan kata-kata ana kalau ana silap sila perbetulkan...
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 03-03-06 12:11
Perkara melibatkan Wuduk dan Mandi wajib ni bukan hal kecil...
|
ummuarib
Warga Rasmi Menyertai: 17.02.2005 Ahli No: 14448
Posting: 13
Dari: Taman Idaman..
|
Posting pada: 03-03-06 12:34
Isu ni memang dah lama diperbincangkan dan pelbagai pendapat telah timbul mengenainya tapi saya pernah terbaca persoalan ini diutarakan kepada dato ismail kamus dan jawapan yang saya masih ingat ialah kita mesti tau bezakan istilah mencelup dengan mewarna.keduanya memberi maksud yang berbeza.jika mencelup bererti ianya meresap kepada kesemua bahagian berbeza dengan mewarna ia hanya bersifat mewarnakan dibahagian luaran sahaja. jadi dalam hal ni ustaz tu bagi contoh dalam kes rambut hanya inai setakat ni yang boleh diguna untuk mencelup rambut dan sah dibawa solat. jika pewarna yang ada kat pasaran tu kalau bahannya inai tak mengapa la tapi kalau bahan lain yang sifatnya hanya mewarna tapi bukan mencelup tak boleh la.tak kira la dia buat dengan cat matex weatherbond ke atau bahan halal yang lain. hal ni sama kes dengan cat/kuitex kuku la. kalau kita inai kuku tak ada masalah kan tapi kalau kita cat dengan kuitex tu kan air wudhuk dah tak sampai sebab bila kita kikis kuku yang di cat tu boleh terkopek begitu saja. sekian ..wallahu taala a'lam.
|
islahWahyudi
Warga Rasmi Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23058
Posting: 16
Dari: utm
|
Posting pada: 03-03-06 18:18
::"perselisihan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat":: -Al-Hadis- ::"Islam itu sebenarnya mudah,janganlah lamu menjadikannya susah":: -Saidina Umar- ::" inai itu pewarna bagi muslim":: -ijma' ulama- ::" barangsiapa yang meniru atau mengikut2 sesuatu kaum,maka dia akan tergolong dalam kaum itu":: ::" barang siapa yang menolak sunnahku,dia bukan dari kalanganku..":: - Al-Hadis- ::" memang rahmat kita sebagai muslim berdebat dalam perkara furu' (cabang) tetapi janganlah sampai taksub, lebih elok kita perbanyakkan berbincang tentang menghidupkan sunnah nabi daripada perkara furu'... kan lebih bermanfaat? mudah mudahan...(",) ":: -islahWahyudi- ::" sesiapa yang menghidupkan sunnahku dikala semua orang melupakannya, akan diberi ganjaran seratus orang mati syahid ":: -Hadis hasan - (boleh didengar untuk amal fadha'il, tidak boleh diguna untuk berbahas,kerana matan yang lemah) Wallahua'lam....(",)
|
tasbih_30
WARGA SETIA Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK
|
Posting pada: 04-03-06 20:35
betul tu saudara islah Wahyudi tapi ini soal yang melibat kan wuduk dan mandi hadas... bukan boleh buat main2... kena selesaikan perkara ni...
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 04-03-06 21:24
salam... tak kisah nak warnakan rambut asalkan air boleh sampai ke rambut sebab itu syarat sah wudhu'
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 04-03-06 22:12
asalkan ia menggunakan bahan yang halal tak ada masalah..
|
hanggukkau
WARGA SETIA Menyertai: 17.03.2006 Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt
|
Posting pada: 26-03-06 14:00
NI ada ARTIKEL MENARIK...............SIAP NO telefon LAGI..... Pewarna Rambut Tetap Haram Message: Untuk pengetahuan semua, sahabat saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram untuk mengesahkan tentang pewarna rambut sama ada sah atau tidak untuk dibawa sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yang berada di pasaran sekarang TIDAK SAH untuk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yang tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut. Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH. Tanda 'Halal' yang terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram ( yang berkaitan dengan bab*, etc) Bahan yang boleh digunakan untuk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan² yang lain. Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram. Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu lima waktu yang juga merupakan salah satu Rukun Islam. Nota: Tolong sebarkan kerana fenomena mewarna rambut melanda orang² Melayu dengan hebatnya. Kekadang masuk pejabat kita rasa macam kat London atau Paris. Semuanya rambut perang belaka tak ada yang rambut hitam lagi dah.
|