sambungan...
4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan
Hukum)
Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn
mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang
mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng'qias'kan insuran dgn system
berikut :
a. 'Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)
b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) ? suatu aqad yg diterima
pakai oleh ulama' Mazhab Hanafi.
c. Maslahat (kepentingan tertentu)
d. Al-Wadi'ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)
e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa'ud)
f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat)
Dan beberapa yg lain.
Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas
utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis
hanya ingin mengulas hujah dharurat shj.
Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat
kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah
Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh
seperti :
Mafhum : "Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan".
Mafhum : "Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh)"
Mafhum : "Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas."
Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar
meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd
kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat
menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg mencecah tahap
dharurat . Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan,
tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku
samada di dunia dan di akhirat. Lihat al-Muwafaqat, jld 2, hlm 20 atau paling
kurang jatuh ke tahap 'hajiat' . Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi
keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar
dan kesempitan. Lihat al-Muwafaqat. . Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan
ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.. Al-'Iqtisod al-Islami,
Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga 'Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 476
Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu
hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-
a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam
kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg
masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma
beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama
berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat
shj.
b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat,
hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang
diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini, terdpt di dalam Islam system Insuran Islam
yg dinamakan Takmin Ta'awuni atau Ijtima'ie (akan disebut slps ini). Ia adalah
harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini.
Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini.
Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak,
malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur
Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg
bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak
sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan
oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma'al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah
krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu').
5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS. Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan
para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran
juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :
1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M
di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.
Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah
INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba &
Gharar.
2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi.
Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-'Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang
pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis
Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis
harta.
4. Majma' al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di
Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.
Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama
(ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan
diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2.. Al-Mu'amalat
al-Maliah al-Mua'asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh
al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan
kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg
menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu terperinci oleh Para Ulama'
terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti
terkemuka Islam.
Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di
Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana
pula insuran jenis ta'awuni @ ijtima'ie yg difatwakan secara ijma' tentang
keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai
proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan
menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis,
Insuran Ta'awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan
para pembaca sekalian.
Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah
mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara
mutlaq. Antara syarat :-
1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan
sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar
dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak
terlibat dalam unsur judi.
2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu'amalah
secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas
utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan
dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal
ini mungkin Syrkt Takaful M'sia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank
berasaskan system Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah
bantu membantu. Wallahu 'a'lam
3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu
sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn
wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah
mengampunnya.
4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan
dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa
wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item
Ribawi. Wallahu a'lam.
Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun
penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian, AGAR MENJAUHI INSURAN INI
KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT.
Sbgmn sabda Baginda SAW :
Mafhum : "Brgsiapa yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya." ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu' ; At-Tirmizi dan an-Nasaie)
Mafhum : "Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui." ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad)
Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith,
menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan
amalan syubhat.
Mafhum : "(Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak serta bimbang terjebak ke dosa." (Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419)
Saidina Umar al-Khattab ra berkata . Manhaj 'Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri',
Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-'Arabi, hlm 319:
Mafhum : "Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg
diragui (halalnya)."
6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM 1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta'awuni @ Ijtima'ie)
Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas
('uqud tabbaru'at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di
antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan
bebanan yg ditanggung.
Dalil Keharusannya :
Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi SAW. Antaranya :
Mafhum Hadith : " Sesungguhnya al-'Asy'ariyyun apabila bertolak ke medan
peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka
dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian di
bahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka" (Riwayat
al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)
Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg
menjadi asas Insuran ta'awuni.
Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan?
a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan.
b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd
individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang
tertentu.
c. Ia tidak dikira 'uqud mu'awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan)
tetapi hanyalah 'uqud Tabarru'aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn
berbezanya pengkelasan kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud
pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg
terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru'aat tiada syarat seperti syarat jual beli
walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi.
Bentuknya :
Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan
atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang
ditimpa musibah.
Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran
ta'awuni: . Al-Mu'amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129
1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum,
samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2.
Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan.
2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar.
3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran
ta'awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh,
kenderaan, harta perniagaan dan lain2.
4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga
dan lain2.
5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi
rigid dlm kaedah pengurusan.
6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab
dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari
kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan
dan matlamat.
7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah
ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum.
8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara
pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan.
9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama
seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga
menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg
pakar. Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak
bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis
Perniagaan ia adalah hak Syarikat.
10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak
dlm menjaganya.
11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman
terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi
kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak
pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas
dasar elaun mengurus.
12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari'e demi meastikan sentiasa
berjalan di atas landasan syara'.
Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran
ta'awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg
perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab
Al-Mu'amalah al-Maliah al-Mu'asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm
130 dan selanjutnya.
2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat.
Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus . Al-Fiqh Al-Islami wa
adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422
, Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para
rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus
(bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu),
Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan
adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan
kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari
dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan
kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh
pemimpin yg bertanggung jawab.
KESIMPULAN 1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama', ia masih
dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk
menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti
pandangan MAJORITI ULAMA' dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa
mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam.
2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan
Majoriti ulama' semasa terutama Insuran Nyawa.
3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama
Kemasyarakatan (ta'awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi.
Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg
benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan
yang mengganggu. Wallahu 'a'lam.
-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat