Siti Nurhaliza
Kau selalu di hati, tak ku dekati
Dua dunia kita berbeza
Malique
Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
saya cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan aRjuna Sita, bukan Cinta dan Rangga
Mungkinkah khayalan nakal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati, tidak kudekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing, tidak mungkin rindu
Kupusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca, kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa
saya pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu, dua dunia kita berbeza
Joe Flizzow
Suka dikala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar, tidak bertukar, tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala, hanyut bagaikan buah ara,
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah?
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat, tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji, tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Saban menanti, Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
saya pasrah saja pada yang Esa, kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza
Malique & Siti Nurhaliza
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung
Cabaran menikam kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata, tidak terbentang kata
Kata apa saja, iya, tapi tentang apa?
Wajahmu yang cantik, manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
Ku rasa terhoyang-hayang
Antara dua dunia, biar khalayanku melayang