Oleh |
Bantu ana kembalikan semangat ana yang kian hilang......... |
jannahtul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20407
Posting: 20
Dari: Bumi_Allah
|
Posting pada: 21-11-05 19:33
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Para pembaca yang budiman, ana mohon kita kongsi bersama hal ini.. Ana merupakan salah seorang 'saudara kita' dan mengambil keputusan menganut agama Islam pada 31.Januari 2003 yang lalu. Apa yang ana ingin kongsikan, rata-rata kebanyakan rakan ana menganggap ana terlalu extreme atau lebih sedap didengar terlalu serius dalam soal agama misalnya ana sekarang memakai tudung labuh, memakai stokin dan kadang kala menyarung jubah. Maka dalam hal ini, ada sesetengah kawan ana yang takut untuk mendekati ana kerana sangkaan mereka itu. Kawan2 ana kebanyakkannya lebih senang mengunakan tudung yang disimpang ke atas, belakang dan juga menggunakan seluar jeans walaupun perpempuan. Rata-rata sahabat ana juga menganggap ana terlalu baru dalam agama ini tetapi melampaui batas berbanding ilmu yang ana ada.. Ana sedih wahai sahabat... Ana anggap soal agama merupakan soal yang penting dan patut dititik beratkan. Bila ana istiqamah untuk belajar Al-Quran, rata2 banyak rakan ana yang menyoal.. hebat dah baca al-quran? Bertapa pilu nya ana memerima penghinaan seperti itu lebih2 lagi dari saudara kita sendiri. Ana ingin untuk menghayati erti Islam sebenarnya dan ana ingin mengamalkan sunnah Nabi yang ana mampu dan setakat tahu dan boleh.. misalnya menggunakan tudung yang lebih labuh, mahupun memakai jubah. Tetapi penerimaan saudara kita sedikit sebanyak menggugat prinsip ana ini.. Bantulah ana wahai sahabatku sekalian... Kembalikan semangat ana yang kian luntur..
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 21-11-05 19:57
Kalau saya diberi peluang untuk kaunseling sdri saya ingin berkata bergini : " Anda rasa tertekan kerana persepsi kawan2/orang. sekeliling yang menganggap anda terlalu cepat ingin berubah .... mereka rasa perkara ini tak patut ???? Saya hargai sikap anda yang suka berkongsi perkara ini bila anda meresa diri tertekan.Ini adalah suatu sikap yang baik.daripada.apa yang diceritakan saya dapati anda ikhlas melaksanakan ajaran agama dan ingin lakukan dengan sebaik mungkin.Saya rasa anda perlu tingkatkankan harga diri anda dengan menganggap apa yang anda lakukan itu adalah hak diri anda.Persepsi orang macam2 , perkara meluhat sesuatu dari aspek negatif ...dah tak dapat lari dah ....anggaplah itu semua sebagai. cabaran.Dan kepada sesiapa yang anda berinteraksi ...jika berpeluang maka nyatakan objektif/tujuan anda berbuat sesuatu tu.dengan membuat pendedahan kendiri ini mereka akan lebih memahami anda.dalam pada itu teroka juga persepsi mereka terhadap anda tanya"adakah saya buat begini membuatkan anda rasa tak selesa?". dalam pada itu jangan lupa berdoa kepada Allah agar dikuatkan semangat dan dikuatkan iman serta azam.Kalau ada peluang pergilah jumpa mana-mana group yang boleh memahami anda.dengan itu anda akan dapat lebih sokongan sosial. Kalau tak berkesan juga dan masalah agak berat pergi lah jumpa kauselor.Sesi secara live lebih berkesan ...insyallah.
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 21-11-05 20:40
Wa'alaikumussalam wbt... pertama sekali sya ucapkan tahniah buat saudari kerana berusaha untuk menjadi umat Islam yang sebenar2nya... mungkin rata2 teman2 saudari menganggap saudari begitu rigid dalam soal ini...tapi sedikit sebyk sya faham saudara baru seperti saudari yang baru menemui hidayah akan lebih menghargai dan menikmati nikmat Islam berbanding umat Islam sedia ada...sudah jdi fitrah manusia kurang senang bila melihat orang lain rasa bahagia dalam beribadah...begitu juga atas apa yang berlaku kepada saudari... saudari sungguh bertuah kerana masih sempat menerima nur Islam dalam ketika dunia di saat genting kini... ingatlah bahawa apa yang saudari alami semuanya dugaan daripada Allah SWT buat hamba2nya... pun begitu saudari agar tidak tersasar dari landasan sebenar lebih eloklah saudari mendapatkan rujukan atau nasihat daripada yang lebih arif...ustazah misalnya, yang dapat membimbing saudari agar saudari dapat membina keyakinan yang lebih mantap... ingat bahawa syaitan itu akan sentiasa berusaha menyesatkan anak2 adam... semoga saudari dapat mujahadah dan istiqamah dalam amalam seharian.....harungi ujian dan dugaan dalam hidup seredha yang mungkin kerana rahmat Allah tak pernah putus buat hamba2nya... InsyaAllah... Moga2 taufik dan hidayah yang Allah kurniakan buat saudari kekal bersama hingga akhir hayat..... sekadar pandangan sr sya yang serba kekurangan... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
jannahtul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20407
Posting: 20
Dari: Bumi_Allah
|
Posting pada: 21-11-05 20:56
Syukran jazilan saudaraku semua... Nasihat kalian sangat ana perlukan untuk mengembalikan semangat ini... Mungkin juga iman ana belum lagi mantap, sedikit dugaan buatkan ana mudah kalut pada masa sekarang.. moga berkat semangat dari saudara2 ku di ukhuwah akan memantapkan lagi semangat ini... Salam ukhuwah berpanjangan.. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 21-11-05 21:08
Alhamdulillah, syabas buat saudari yang menerima ISLAM sebagai anutan. Semoga Allah memberi kekuatan buat saudari terus istiqamah dalam memperjuang dan menghayati prinsip hidup baru berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Sebenarnya, dalam mengamalkan perkara yang mulia tidak boleh tidak Allah menguji seseorang itu dengan perkara² yang tidak diingininya. Namun sekiranya saudari tetap yakin dan bersabar dalam melakukannya, InsyaAllah, DIA sekali-kali tidak mensia-siakan amal baik tersebut. Satu perkara yang menjadikan seseorang itu goyah kerana persekitarannya. Bi'ah atau persekitaran ini bergantung kepada orang² di sekeliling yang berdampingan dengannya. Maka amatlah penting untuk saudari mencari sahabat-sahabat yang boleh membantu supaya keadaan tidak mempengaruhi cara bertindak saudari sebagai saudara Islam yang baru. Sebagai contoh sekali-sekala sertailah program-program ilmu yang dianjurkan oleh saudara baru seperti dalam CIMA, PERKIM dan seumpamanya. Ana suka membawa satu hadis nabi tentang hal keadaan Islam di akhir zaman. Pada akhir zaman akan ada sebahagian umat yang lebih hebat imannya berbanding para sahabat. Lihatlah ciri² umat itu..... Pertama, kegemilangan umat Islam akhir zaman berlaku apabila berjaya menjadi seperti garam yang meresap kemasinannya ke dalam air. Betapa jiwa mereka berjaya memberi kesan yang bermakna kepada orang lain. 'Seperti garam yang meresap ke dalam air' diulang hampir sepuluh kali sepanjang ucapannya. Kemudian sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka ketika itu, ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Mereka seperti ulat dalam daun" Huraian Kita ambil contoh ulat putih dalam daun pisang. Kita tengok setiap hari lori tanah lalu, daun pisang dilanda habuk dan debu. Tetapi jika kita buka daun yang bergulung, kita dapati ulat di dalamnya putih bersih, tidak kotor. Biar apa yang melanda, ulat tetap tidak tercemar. Maknanya apa? Maknanya umat yang gemilang itu, yang hebat itu adalah mereka yang mempunyai jati diri. Mempunyai prinsip jati diri yang menjadikan mereka tidak mudah terpengaruh oleh anasir-anasir jahat dalam masyarakat. Mereka tak mudah jadi pengikut budaya orang lain. Mereka tidak mudah terpesona dengan cara hidup atau style kehidupan moden yang melalaikan. Maka kita telah diberitahu di sini bahawa ciri kedua umat yang hebat adalah mereka yang seperti ulat di dalam daun. Ulat dalam kepompong itu tetap suci bersih walau ditujah persekitaran yang kotor. Kemudian sahabat bertanya lagi, "Bagaimana mereka itu, ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Mereka seperti orang yang menggenggam bara api" Huraian Tuan-tuan, muslimin muslimat yang dirahmati....genggam bara api biar jadi abu. Betapa jika kita nak biarkan bara api terus menyala, kita pegang kukuh-kukuh. Kita tatang elok-elok walau tangan kita melecur. Siapa yang boleh buat begitu? Maknanya umat yang cemerlang dan hebat itu, kata nabi mereka yang pegang sungguh-sungguh pada tali Allah. Kalau main-main, tidak ke mana, nak buat baik sikit sudah tentu kita jadi lemah. rasa tidak bermaya, rasa canggung dan asing lalu meninggalkan kebaikan itu. Berapa ramai umat Islam hari ini yang pegang sungguh-sungguh ajaran Islam? Berapa? Berapa ramai di kalangan kita sanggup bersusah payah untuk kebaikan agama? Ingatlah sesungguhnya syurga itu dibentangi dengan kesukaran, (kepedihan, pengorbanan), manakala neraka itu dibentangi dengan perkara yang menyukakan (sedap pada nafsu, menyeronokkan, melekakan). -------- Kesimpulannya, kecemerlangan umat akhir zaman ini menurut nabi adalah manusia yang mempunyai tiga ciri: 1. Mempunyai keupayaan merobah keadaan. 2. Mempunyai jati diri. 3. Berpegang sungguh-sungguh dengan ajaran Islam. sekian, semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi kekuatan untuk terus mendalami agama yang murni ini. Semuanya terletak pada diri anda, melayan persekitaran yang tidak membina sehingga menggugat prinsip agama adalah suatu kerugian buat diri sendiri. Maka perlulah ada sifat sabar dan ikhlas yang tinggi dalam melakukan kebaikan itu.
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 22-11-05 00:44
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah Tahniah wahai anakku kerana terpilih dianugerahkan Iman dan Islam oleh Allah Azza Wajjala Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Untuk mengatasi masalah yang melanda tu umi sarankan anakanda usah berhenti dari menuntut ilmu Islam. InsyaAllah anakanda akan merasakan nikmat tersebut dan sentiasalah berlapang dada serta ikhlas dalam semua niat, perkataan dan perbuatan. Pergilah ke Perkim atau ikut kuliyah agama di universiti tempatan (program hujung minggu) untuk mendalami agama. usah sembarangan berguru ya. rujuk dahulu dengan jabatan agama atau lalu internet carilah kebenaran disamping doa. Doa itu senjata orang Mukmin. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya: "Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan. iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia; di simpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat kelak atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang sama." (hari at-Tabrani) "Ya Allah berikanlah kekayaan saya dengan ilmu, berilah saya perhiasan dengan sifat tidak lekas marah, muliakanlah saya dengan taqwa, dan indahkan saya dengan kesejahteraan." (mafhum hari At Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah ra)
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 22-11-05 00:58
Pada 21-11-05 19:33 , jannahtul_firdaus posting:!!! QUOTE !!! ...rata-rata kebanyakan rakan ana menganggap ana terlalu extreme atau lebih sedap didengar terlalu serius dalam soal agama misalnya ana sekarang memakai tudung labuh, memakai stokin dan kadang kala menyarung jubah. Maka dalam hal ini, ada sesetengah kawan ana yang takut untuk mendekati ana kerana sangkaan mereka itu. Kawan2 ana kebanyakkannya lebih senang mengunakan tudung yang disimpang ke atas, belakang dan juga menggunakan seluar jeans walaupun perpempuan. Rata-rata sahabat ana juga menganggap ana terlalu baru dalam agama ini tetapi melampaui batas berbanding ilmu yang ana ada..
memang banyak berlaku begini, sebab orang yang baru memasuki Islam lebih berminat dengan ajaran Islam itu berbanding dengan orang Islam yang sejak dari lahir, sebab mereka memasuki Islam secara mujahadah, dengan kesungguhan dan istiqamah... kepada saudari jannahtul_firdaus, tahniah saya ucapkan, bagus apa yang anda lakukan, iaitu menutup aurat betul2 menurut kehendak syarak... yang penting, jangan dengar cakap manusia sangat sebab cakap manusia tak semestinya betul, tapi dengarlah cakap Allah s.w.t., sesungguhnya kata-kata Allah itulah yang sebenar2nya betul yang sentiasa memandu kita ke jalan yang benar... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 22-11-05 00:59 ]
|
jannahtul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20407
Posting: 20
Dari: Bumi_Allah
|
Posting pada: 24-11-05 19:03
Terima kasih atas pendapat saudaraku semua... ana faham apa yang saudaraku2 katakan... ana mengalami sedikit kesulitan sejak kebelakangan ini... terniat untuk ana kongsi bersama. Semenjak masuk ke agama islam, ana di serang sakit yang ana tidak tahu puncanya.. puas ana berubat secara klinik, hospital mahupun berubat secara dukun. Namun ia kembali menyerang ana. Pihak hospital tidak dapat mengesan penyakit ana begitu juga klinik. Tetapi apabila ana berjumpa dengan ustaz yang ada kemahiran mengubat sakit seumpama ini, ana dikatakan mengalami gangguan 'makhluk halus' semenjak masuk islam. Sakit ni hilang setelah ana berubat namun beberapa bulan kemudian, ia kembali menyerang ana. Dengan keadaan keluarga ana yang masih dengan agama lama, dengan keadaan patung2 yang tidak sepatutnya yang banyak di simpan di rumah ana, ana rasa ianya merupakan punca bagi penyakit ana kerana ana juga sering balik ke rumah untuk melawat dan memulihkan hubungan dengan keluarga ana. Ana tahu, rumah yang mempunyai banyak patung, malaikat tak akan masuk. Ia juga merupakan tempat yang disukai oleh mahkluk Allah bernama jin. Apabila ana masuk ke dalam rumah dengan membawa nur islam, pasti ana juga ditentang dan menerima serangan dalam pelbagai bentuk. Namun ana juga faham dengan situasi keluarga ana yang masih dengan anutan agama lama ana juga perlu untuk teruskan dakwah ana terhadap mereka. Ana masih baru dalam agama ini dan masih terlalu banyak lagi yang belum ana pelajari untuk berdepan dengan semua ini.. Mungkin ia juga merupakan satu sebab bagi ana rasa lemah pada certain time. ia juga merupakan ujian bagi terus menguji iman ana... Wahai saudaraku... apa yang harus ana lakukan...?
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 24-11-05 20:38
"Sakit ni hilang setelah ana berubat namun beberapa bulan kemudian, ia kembali menyerang ana. Dengan keadaan keluarga ana yang masih dengan agama lama, dengan keadaan patung2 yang tidak sepatutnya yang banyak di simpan di rumah ana, ana rasa ianya merupakan punca bagi penyakit ana kerana ana juga sering balik ke rumah untuk melawat dan memulihkan hubungan dengan keluarga ana. Ana tahu, rumah yang mempunyai banyak patung, malaikat tak akan masuk. Ia juga merupakan tempat yang disukai oleh mahkluk Allah bernama jin. Apabila ana masuk ke dalam rumah dengan membawa nur islam, pasti ana juga ditentang dan menerima serangan dalam pelbagai bentuk. Namun ana juga faham dengan situasi keluarga ana yang masih dengan anutan agama lama ana juga perlu untuk teruskan dakwah ana terhadap mereka." ..Baca lah Allahu Akhbar ....apabila anda melihat patung tu, doa lah "Ya Allah berilah petunjuk kepada keluarga ku ..apabila anda teringatkan keluarga anda" Selamat mencuba ...Allah knows the best .
|
nurman
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.04.2005 Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!
|
Posting pada: 27-11-05 18:32
emm...banyak jugak dugaan awak terima! Bersabarlah, Sedikit dugaan di dunia adalah nikmat kebahagiaan di Akhirat! Ingatlah Allah sentiasa bersama kita! Doa adalah senjata kita! Terus tabah bersabar menghadapinya!Don't give up,ok? Tingkatkanlah keyakinan pada agama mu ini! Semoga diberi keIMANan yang tinggi! AMIN!44x
|
kalimahsuci
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.11.2005 Ahli No: 20495
Posting: 38
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-11-05 18:56
setiap dugaan...ada hikmahnya bersabarlah. tahniah atas usaha awak.teruskan pendirianmu..
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 27-11-05 19:51
"Iza ahabbaLLAHU qauman ibtalahum..."
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 28-11-05 01:20
untuk mengatasi gangguan makhluk2 ghaib ni eloklah diamalkan membaca ayat kursi selalu, diiringi dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, amalkan selalu terutama ketika hendak tidur... teruskan usaha anda, setelah kita mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. hendaklah kita istiqamah, bersyukurlah dengan nikmat Islam dan Iman yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada anda... Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan sekiranya Kami kehendaki nescaya Kami datangkan kepada setiap jiwa hidayahnya, akan tetapi benarlah kata-kata dariKu akan Ku penuhi neraka jahannam itu dari kalangan jin dan manusia semuanya..." ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 28-11-05 01:29 ]
|
jannahtul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20407
Posting: 20
Dari: Bumi_Allah
|
Posting pada: 28-11-05 14:49
Terima kasih atas tips dan panduan... InsyaAllah saya akan cuba amalkan yang termampu... Syukran jazilan... sokongan saudaraku semua sangat ana hargai..
|
mslina
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang
|
Posting pada: 28-11-05 15:10
mari kita menasihati diri kita sendiri : pedulikan apa orang kata..ambil peduli kata-kata ALLAH.. jika benar apa yang kita lakukan adalah keranaNya insyaAllah..kita dibantuNya
|
Detective_Alam
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.01.2004 Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate
|
Posting pada: 28-11-05 16:06
erk...erk...nak cakap apa ek... ok la... kalau saya yakni orang yang mudah berubah mood... kalau macam situasi kamu tu...same dengan saya semasa saya nak belajar sebab rakan-rakan sekalian akan mengejek kita kalau terlalu rajin...mereka dengki tu... saya suka ambil spirit untuk belajar atau apa-apa melalui cerita kartun... contoh...saya suka tengok cerita kartun naruto...saya akan rialisasikan semangat dia untuk jadi gagah kedalam diri saya ... macam saya rasa ngantuk , saya akan ingat cara Rock Lee berlatih walaupun dia cedera parah...walaupun dia kartun tapi mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai impian dia...impian kamu nak jadi hamba Allah yang solehah kan?... wasalam....
|
jannahtul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20407
Posting: 20
Dari: Bumi_Allah
|
Posting pada: 22-12-05 21:34
Buat pengetahuan saudaraku semua, ana kini sedang berubat.. sakit ini melibatkan pertentangan akidah dan juga dua agama.. Pihak gereja sedang cuba untuk menarik ana semula ke dalam agama mereka.. Doakan ana sentiasa kuat menghadapi dugaan kasih Allah..  dan salam ukhuwah..
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 14-04-06 21:07
alhamdulillah.... semoga Allah membantu anda.... orang islam dengan agama islam berbeza.. tak semua orang islam paham dengan agama islam sebenar... ini kerana,kebanyakan kita,islam dari keturunan,maksudnya dari keluarga,ayah dan ibu..jadi mereka tidak mengkaji mendalam tentang agama islam..kebanyakkan mukallaf memiliki iman yang lebih baik dari orang islam sebenar..ini kerana mereka mengkaji dan mengetahui perbezaan antara agama..sayan ada mengenali 2 orang mukallaf,ketika menghadiri satu seminar berkaitan agama,mereka lebih menetahui tentang islam berbanding orang islam sendiri..saya kagum dengan mereka...sekarang mereka bersama2 menjalankan dakwah..saya kagum dengan mereka...ketika ini,ramai umat islam banyak berpegang kepada adat dan budaya...ini bercanggah dengan,kerana perkara yang di tinggalkan oleh Baginda Rasulullah ialah Al-Quran dan Sunnah Baginda..Baginda bersabda,sesiapa yang mengikut 2 perkara itu,nescaya mereka tak akan sesat.. kepada saudari jannahtul_firdaus,saya doakan anda berjaya memperoleh ketenangan iman yang sejati...saudari berada di pihak yang betul... banyakkan berhubung dengan ustazah,tak pun,kita bincng... saya doakan saudari memperoleh ketengan diri...insyallah...kami sedia membantu... wallahualam Kalau saya ada silap,tegur la....
|