Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 23-09-2023 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | nasihat ulama |
---|---|
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat Kepada Puteriku Wahai puteriku..saya seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun Usia muda telah saya lewati saya tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang saya sampaikan secara jelas dan mudah. Wahai puteriku….banyak saya menulis, sering juga saya menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan saya sampaikan. saya tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang saya gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang saya perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak. Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan saya kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.” Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala. Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian. saya bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah! To be continued….. http://eljundiyy84.blogspot.com/ http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14610 ----------------- ![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Assalamu'alaikum wrt wbt
Wa'alaikumussalam wrt wbt Alhamdulillah tidak ada ikhwan yang nak ulas ke? Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq |
Firdaus15 ![]() ![]() |
![]() |
shinobi ![]() |
![]()
ana pun tak berani nak ulas...
nak tambah.. untuk kaum lelaki, kalau dah baligh tu usaha-usahakanlah untuk kahwin awal, insyaAllah moga dapat kawal pandangan untuk kaum perempuan, jagalah aurat mu.. aurat yang bukan setakat pakaian, tapi tingkahlaku, akhlak dan pandangan..Jangan jadi macam dalam artikel tu "Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.”" |
farhanna ![]() |
![]()
Dan untuk itu, Allah menciptakan potensi dalam diri setiap orang mukaIlaf untuk memilih antara jalan kebenaran atau jalan kebatilan. Jika dia memilih jalan kebenaran menurut kemauannya sendiri maka hidayah taufiq akan datang kepadanya. Allah berfirman:
Artinya: ''Dan orang-orang yang meminta petunjuk, Allah (akan) menambah petunjuk pada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya " . (Muhammad: 17) Jika dia memilih kebatilan menurut kemauannya sendiri, maka Allah akan menambahkan kesesatan padanya dan Dia mengharamkannya mendapat hidayah taufiq. Allah berfirman : Artinya:"Katakanlah: 'Barangsiapa yang berada dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pemurah memperpanjang tempo baginya .... "(Maryam: 75) Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka ". (Ash Shaf: 5) |
ratu_balqis ![]() ![]() |
![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syukran jazilan anak-anak yang respons. Sesungguhnya dalam Al Quran sudah dipaparkan agar kaum lelaki tundukkan pandangan (rujuk Surah An Nuur - bacalah semua sekali dengan tafsir) apabila berhadapan dengan wanita. Janganlah bila tundukkan pandangan tetapi hati tidak tunduk. Maksud umi membayangkan yang tak soleh pula. Dan mata melihat sekedar untuk mengecam wajah yang dikenali atau tidak. InsyaAllah sekiranya iman penuh di dada maka iman akan menjadi benteng dari memandang yang tidak soleh terutama apabila memandang wanita yang tidak tutup aurat dan juga yang memikat. Wanita pula usahlah jadi penyebab kepada lelaki untuk memandang lebih dari sekali. Jagailah maruah mu ya wahai anak-anak perempuan kerana tiada yang lebih bernilai dari maruah wanita muslimah. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - sarankan setiap lelaki muslim mukmin agar menikah awal atau sering berpuasa.... boleh tak? |
anjang ![]() ![]() |
![]() |
Nuralisa ![]() ![]() |
![]()
Moga langkah pemulihan itu ditemui. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Buat Ummimq, syukran jazilan kerana memperingati kami sebagai muslimin dan muslimah yang sentiasa alpa. Allahua'lam Insyirah menulis dalam Laman-MAP.Com Assalammualaikum... NIQOB Panduan yang awak semua kena ambik tau sebagai benteng dari orang yang akan m’pertikai pemakaian awak semua terutama dari kalangan orientalis bagi yang tengah beristiqamah beramal atau yang akan memakai.Mudah-mudahan rujukan ini sebagai pembelaan bagi muslimah semua. Dalil-Dalil Al-Quran Nas pertama: 1. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur,ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa)nampak drpnya.Dan hendaklah mereka menutup kain purdah(kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita –wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak m’punyai keinginan(terhadap wanita)atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat kaum wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang beriman,supaya kamu beruntung,” Ayat tersebut mengandungi enam jenis kewajipan hijab: a. Perintah wajib memelihara kemaluan; Perintah ini merangkumi semua sebab yang boleh mendorong kearahnya,disebabkan pandangan muka itu adalah wasilah kearah berlakunya perbuatan terkutuk(zina). b. Apabila kaum wanita disuruh menghulurkan purdah mereka hingga kedada,ini menunjukkan mereka disuruh menutup wajah mereka kerana perbuatan “menghulurkan purdah” itu dengan sendirinya akan menutup wajah. Jika menutup leher dan dada diwajibkan,maka menutup wajah tentu lebih diwajibkan lagi kerana bahagian yang paling cantik dan menarik pada diri wanita ialah wajahnya.Buktinya apabila orang bertanya tentang kecantikan seseorang,pada umumnya yang mereka ingin tahu ialah wajahnya, bukan bahagian badan yang selainnya. c. Didalam ayat tersebut “Kecuali yang biasa nampak daripadanya”, iaitu bahagian yang tidak mungkin disembunyikan dari pandangan seperti sebelah luar baju dan kain.Ayat tersebut tidak menyebut “Bahagian yang mereka(wanita) nampakkan daripadanya”,kerana yang terakhir ini ada pengertian yang menunjukkan unsur kesengajaan. di. Larangan menampakkan perhiasan kecuali kepada yang dikecualikan.Ini menunjukkan bahawa perhiasan kedua- bukan perhiasan yang pertama tadi,iaitu yang dapat dilihat oleh semua orang- iaitu perhiasan yang batin yang tidak boleh menampakkannya melainkan terhadap orang-orang tertentu,seperti kepada suami dan kerabat. e. Larangan memukulkan kaki yang ada gelang(perhiasan) kerana ditakuti akan memfitnah lelaki sebab mendengar bunyi gemerencing gelang itu.jika ini sudah diharamkan, bagaimana pula dengan mendedahkan wajah;dan f. Diharamkan menampakkan perhiasan kecuali kepada lelaki yang tidak punya kinginan seks dan kepada kanak-kanak yang belum tahu-menahu tentang aurat wanita. Kebenaran ini menunjukkan haramnya menampakkan perhiasan kepada lelaki selain mereka ;perhiasannya yang paling utama dan mula-mula kelihatan ialah wajah. Nas kedua Firman Allah Taala dalam surah an-Nur,ayat 60: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti(haid dan mengandung)yang tidak ada keinginan kahwin(lagi),tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak(bermaksud) menampakkan perhiasan.” Mengkhususkan “tidak berdosa” keatas wanita-wanita yang bersifat seperti itu, adalah dalil bahwa wanita-wanita muda yang normal dan mempunyai keinginan berkahwin berlainan pula mereka kalau ditinjau dari segi hukum; Nas ketiga Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab,ayat 59: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” Dalam kaitan ini Ibnu Abbas RA berkata: “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mukmin apabila mereka keluar dari rumahnya untuk satu keperluan, wajib bagi mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab, sedang mereka boleh menampakkan mata saja.” Para ulama dan Fuqaha berkata bahawa penafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-quran merupakan dalil dan hujah, bahkan ada sebahagian ulama yang menggolongkan sebagai hadis Marfu’ yang sampai kepada Rasulullah SAW. Sedangkan pernyataan Ibnu Abas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah kerana darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya. Jilbab ialah selendang diatas kerundung yang fungsinya sama dengan telekung.Ummu Salamah RA berkata ayat tersebut turun: “Para wanita kaum Ansar,apabila mereka keluar dari rumah untuk satu keperluan,maka mereka akan berjalan tertunduk dan kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya.” Abu Ubaidah As-Salmani dan para sahabat lainnya menceritakan “Para wanita kaum muslimin menutup kain kerudung(jilbab) ke kepala dan dadanya kecuali nampak kedua-dua belah mata saja kerana perlu dibuka untuk melihat jalan”. Nas keempat Firman Allah Taala dalam surah Al-ahzab,ayat 53: Apabila kamu meminta sesuatu(keperluan) kepada mereka(isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.” Ayat tersebut merupakan dalil yang terang tentang wajibnya wanita berhijab daripada lelaki.Seterusnya Allah telah menerangkan bahawa berhijab itu merupakan cara untuk memperolehi hati yang lebih bersih bagi lelaki dan bagi wanita. Firman Allah dalam ayat yang sama: “yang demikian lebih bersih bagi hati kamu dan hati mereka.” Imam Qurtubi berkata: Termasuk kedalam tuntutan ayat ini keatas wanita,sama ada dari segi makna atau dari segi kandungan prinsip-prinsip dasar syarak,yang mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat. Nas kelima Firman Allah Taala dalam surah al-ahzab, Ayat 55: “Tidak ada dosa atas isteri-isteri nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan ayah-ayah mereka, anak-anak lelaki mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki dari saudara perempuan mereka.” Ibnu Kasir berkata: “Manakala Allah menyuruh kaum wanita memakai hijab terhadap lelaki ajnabi, sementara tidak diwajibkan berhijab terhadap kerabat adalah sebagai pengecualian.Hal ini juga dinyatakan dalam surah an-Nur ayat 31: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka …” ni adalah salah satu researh yang saya lakukan.. wallahua'lam...yang baik dari Allah yang buruk dari saya juga.. ------------------------------------------------------------------------------ Ya Allah, ampuni dosaku... [ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 24-11-05 17:41 ] |
Nuralisa ![]() ![]() |
![]() |
zulman ![]() ![]() |
![]()
Pada 21-11-05 12:49 , ummimq posting:
!!! QUOTE !!! Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian. ![]() Syeikh Tantawi.... melihat sesuatu perkara dengan pengalaman dan Ilmunya... dan dari kaca mata seorang bapa.... pandangan ana begini... '1. Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian'. ini adalah pandangan seorang lelaki yang sakit dihatinya..... dan lelaki yang sakit semacam ini amat sukar diketahui.... jalannya ialah jangan membuka aurat dihadapan lelaki, dan jangan terlalu mudah mempercayai...even kalau percaya pun jangan beri ruang dan masa kepadanya untuk anda diperlakukan sebegitu... 2. 'seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri'. lelaki tidak akan jadi serigala atau pencuri selagi hatinya jujur serta nafsunya tidak di bangkitkan....nafsu ini adalah haiwan liar....dan perlu diikat dengan iman dan berlapar....serta pandangan mata hendaklah dijaga 3.' saya bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. ' Ada juga lelaki yang sememangnya jujur dan tulus....tetapi untuk mencarinya umpama mencari intan didalam kaca......sukar... jalan penyelamat utuk perkara diatas adalah perkahwinan... kalau tidak, perlulah rengggangkan persahabatan atau ...jarakkan sekadarnya , even kalau suka sama suka pun tak perlulah memujuk rayu dan berlebih-lebih sebelum masa......khuatir Syaitan dan nafsu mainkan peranan.... Islam telah menunujukkan jalannya...jika benar dan bersungguh....lamarlah ia....... |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah JKK ya anak-anak kerana sudi meneruskan topik yang amat bernilai ini. Bukan mudah untuk mendapat nasihat sebegini dari seorang ulama' yang juga Mudir nombor satu dari Universiti Al-Azhar. Bagi anakanda zulman rasanya anakanda lebih arif akan satu kisah di mana Baginda Rasulullah saw sedang berjalan dengan Sayiddina Ali di suatu kawasan. Ketika itu lalu seorang wanita yang cantik rupawan dan apabila Sayiddina Ali memandangnya buat kali kedua, Rasulullah saw dengan spontan memegang kepala Ali dan diarahkan ke lain. Dan menurut Baginda saw pandangan pertama itu adalah berkat dan pandangan kedua itu dari syaitan. Harap anakanda atau sesiapa yang membaca betulkan sekiranya ada kesilapan ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Silence can sometimes be the most eloquent reply. Putting things right after you have been too silent is easier than trying to retrieve what you have already said. |
zulman ![]() ![]() |
![]() ![]() bolehkah wanita memandang lelaki, dan lelaki memandang wanita.. BOLEHKAH LAKI-LAKI MEMANDANG PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA? dari. Yusuf Qardhawi (1/2) PERTANYAAN Kami ingin mengetahui hukum boleh tidaknya laki-laki memandang perempuan, malah lebih khusus lagi, perempuan memandang laki-laki Sebab, kami pernah mendengar dari seorang penceramah bahwa wanita itu tidak boleh memandang laki-laki, baik dengan syahwat maupun tidak. Sang penceramah tadi mengemukakan dalil dua buah hadits. Pertama, bahwa Nabi saw. pernah bertanya kepada putrinya, Fatimah lah.a., "Apakah yang paling baik bagi wanita?" Fatimah menjawab, "janganlah ia memandang laki-laki dan jangan ada laki- laki memandang kepadanya." Lalu Nabi saw. menciumnya seraya berkata, "Satu keturunan yang sebagiannya (keturunan dari yang lain).1 Kedua, hadits Ummu Salamah lah.a., yang berkata, "Saya pernah berada di sisi Rasulullah saw. dan di sebelah beliau ada Maimunah, kemudian Ibnu Ummi Maktum datang menghadap. Peristiwa ini terjadi setelah kami diperintahkan berhijab. Lalu Nabi saw. bersabda, "Berhijablah kalian daripadanya!" Lalu kami berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah dia tunanetra, sehingga tidak mengetahui kami?" Beliau menjawab, "Apakah kalian juga tuna netra?" Bukankah kalian dapat melihatnya?" (hari Abu Daud dan Tirmidzi. Beliau (Tirmidzi) berkata, "Hadits ini hasan sahih.)2 Pertanyaan saya, bagaimana mungkin wanita tidak melihat laki-laki dan laki-laki tidak melihat wanita, terlebih pada zaman kita sekarang ini? Apakah hadits-hadits tersebut sahih dan apa maksudnya? Saya harap Ustadz tidak mengabaikan surat saya, dan saya mohon Ustadz berkenan memberikan penjelasan mengenai masalah ini sehingga dapat menerangi jalan orang-orang bingung, yang terus saja memperdebatkan masalah ini dengan tidak ada ujungnya. Semoga Allah memberi taufik kepada Ustadz. JAWABAN Allah menciptakan seluruh makhluk hidup berpasang-pasangan, bahkan menciptakan alam semesta ini pun berpasang-pasangan, sebagaimana firman-Nya: "Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasang-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" (Yasin: 36) "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah." (ad-Dzaariyat: 49) Berdasarkan sunnah kauniyah (ketetapan Allah) yang umum ini, manusia diciptakan berpasang-pasangan, terdiri dari jenis laki-laki dan perempuan, sehingga kehidupan manusia dapat berlangsung dan berkembang. Begitu pula dijadikan daya tarik antara satu jenis dengan jenis lain, sebagai fitrah Allah untuk manusia. Setelah menciptakan Adam, Allah menciptakan (dari dan untuk Adam) seorang istri supaya ia merasa tenang hidup dengannya, begitu pula si istri merasa tenang hidup bersamanya. Sebab, secara hukum fitrah, tidak mungkin ia (Adam) dapat merasa bahagia jika hanya seorang diri, walaupun dalam surga ia dapat makan minum secara leluasa. Seperti telah saya singgung di muka bahwa taklif ilahi (tugas dari Allah) yang pertama adalah ditujukan kepada kedua orang ini sekaligus secara bersama-sama, yakni Adam dan istrinya: "... Hai Adam, diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim." (al-Baqarah: 35) Maka hiduplah mereka didalam surga bersama-sama, kemudian memakan buah terlarang bersama-sama, bertobat kepada Allah bersama-sama, turun ke bumi bersama-sama, dan mendapatkan taklif-taklif ilahi pun bersama-sama: "Allah beffirman, Turunlah kamu berdua dari surga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Thaha: 123) Setelah itu, berlangsunglah kehidupan ini. Laki-laki selalu membutuhkan perempuan, tidak dapat tidak; dan perempuan selalu membutuhkan laki-laki, tidak dapat tidak. "Sebagian kamu adalah dari sebagian yang lain." Dari sini tugas-tugas keagamaan dan keduniaan selalu mereka pikul bersama-sama. Karena itu, tidaklah dapat dibayangkan seorang laki-laki akan hidup sendirian, jauh dari perempuan, tidak melihat perempuan dan perempuan tidak melihatnya, kecuali jika sudah keluar dari keseimbangan fitrah dan menjauhi kehidupan, sebagaimana cara hidup kependetaan yang dibikin-bikin kaum Nasrani. Mereka adakan ikatan yang sangat ketat terhadap diri mereka dalam kependetaan ini yang tidak diakui oleh fitrah yang sihat dan syariat yang lulus, sehingga mereka lari dari perempuan, meskipun mahramnya sendiri, ibunya sendiri, atau saudaranya sendiri. Mereka mengharamkan atas diri mereka melakukan perkawinan, dan mereka menganggap bahwa kehidupan yang ideal bagi orang beriman ialah laki-laki yang tidak berhubungan dengan perempuan dan perempuan yang tidak berhubungan dengan laki-laki, dalam bentuk apa pun. Tidak dapat dibayangkan bagaimana wanita akan hidup sendirian dengan menjauhi laki-laki. Bukankah kehidupan itu dapat tegak dengan adanya tolong-menolong dan bantu-membantu antara kedua jenis manusia ini dalam urusan-urusan dunia dan akhirat? "Dan orang-orangyang beriman, laki-laki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain..." (at-Taubah: 71) Telah saya kemukakan pula pada bagian lain dari buku ini bahwa Al-Qur'an telah menetapkan wanita - yang melakukan perbuatan keji secara terang-terangan - untuk "ditahan" di rumah dengan tidak boleh keluar dari rumah, sebagai hukuman bagi mereka - sehingga ada empat orang laki-laki muslim yang dapat memberikan kesaksian kepadanya. Hukuman ini terjadi sebelum ditetapkannya peraturan (tasyri') dan diwajibkannya hukuman (had) tertentu. Allah berfirman: "Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya." (an-Nisa': 15) Hakikat lain yang wajib diingat di sini - berkenaan dengan kebutuhan timbal balik antara laki-laki dengan perempuan - bahwa Allah SWT telah menanamkan dalam fitrah masing-masing dari kedua jenis manusia ini rasa ketertarikan terhadap lawan jenisnya dan kecenderungan syahwati yang instinktif. Dengan adanya fitrah ketertarikan ini, terjadilah pertemuan (perkawinan), dan reproduksi, sehingga terpeliharalah kelangsungan hidup manusia dan planet bumi ini. Kita tidak boleh melupakan hakikat ini, ketika kita membicarakan hubungan laki-laki dengan perempuan atau perempuan dengan laki-laki. Kita tidak dapat menerima pernyataan sebagian orang yang mengatakan bahwa dirinya lebih tangguh sehingga tidak mungkin terpengaruh oleh syahwat atau dapat dipermainkan oleh setan. Dalam kaitan ini, baiklah kita bahas secara satu persatu antara hukum memandang laki-laki terhadap perempuan dan perempuan terhadap laki-laki. LAKI-LAKI MEMANDANG PEREMPUAN Bagian pertama dari pernyataan ini sudah kami bicarakan dalam Fatwa-fatwa Kontemporer Jilid I tentang wajib tidaknya memakai cadar, dan kami menguatkan pendapat jumhur ulama yang menafsirkan firman Allah: "... Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak daripadanya... " (an-Nur: 31 ) Menurut jumhur ulama, perhiasan yang biasa tampak itu ialah "wajah dan telapak tangan." Dengan demikian, wanita boleh menampakkan wajahnya dan kedua telapak tangannya, bahkan (menurut pendapat Abu Hanifah dan al-Muzni) kedua kakinya. Apabila wanita boleh menampakkan bagian tubuhnya ini (muka dan tangan/kakinya), maka bolehkah laki-laki melihat kepadanya ataukah tidak? Pandangan pertama (secara tiba-tiba) adalah tidak dapat dihindari sehingga dapat dihukumi sebagai darurat. Adapun pandangan berikutnya (kedua) diperselisihkan hukumnya oleh para ulama. Yang dilarang dengan tidak ada keraguan lagi ialah melihat dengan menikmati (taladzdzudz) dan bersyahwat, karena ini merupakan pintu bahaya dan penyulut api. Sebab itu, ada ungkapan, "memandang merupakan pengantar perzinaan." Dan bagus sekali apa yang dikatakan oleh Syauki ihwal memandang yang dilarang ini, yakni: "Memandang (berpandangan) lalu tersenyum, lantas mengucapkan salam, lalu bercakap-cakap, kemudian berjanji, akhirnya bertemu." Adapun melihat perhiasan (bagian tubuh) yang tidak biasa tampak, seperti rambut, leher, punggung, betis, lengan (bahu), dan sebagainya, adalah tidak diperbolehkan bagi selain mahram, menurut ijma. Ada dua kaidah yang menjadi acuan masalah ini beserta masalah-masalah yang berhubungan dengannya. Pertama, bahwa sesuatu yang dilarang itu diperbolehkan ketika darurat atau ketika dalam kondisi membutuhkan, seperti kebutuhan berobat, melahirkan, dan sebagainya, pembuktikan tindak pidana, dan lain-lainnya yang diperlukan dan menjadi keharusan, baik untuk perseorangan maupun masyarakat. Kedua, bahwa apa yang diperbolehkan itu menjadi terlarang apabila dikhawatirkan terjadinya fitnah, baik kekhawatiran itu terhadap laki-laki maupun perempuan. Dan hal ini apabila terdapat petunjukpetunjuk yang jelas, tidak sekadar perasaan dan khayalan sebagian orang-orang yang takut dan ragu-ragu terhadap setiap orang dan setiap persoalan. Karena itu, Nabi saw. pernah memalingkan muka anak pamannya yang bernama al-Fadhl bin Abbas, dari melihat wanita Khats'amiyah pada waktu haji, ketika beliau melihat al-Fadhl berlama-lama memandang wanita itu. Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa al-Fadhl bertanya kepada Rasulullah saw., "Mengapa engkau palingkan muka anak pamanmu?" Beliau saw. menjawab, "Saya melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka saya tidak merasa aman akan gangguan setan terhadap mereka." Kekhawatiran akan terjadinya fitnah itu kembali kepada hati nurani si muslim, yang wajib mendengar dan menerima fatwa, baik dari hati nuraninya sendiri maupun orang lain. Artinya, fitnah itu tidak dikhawatirkan terjadi jika hati dalam kondisi sihat, tidak dikotori syahwat, tidak dirusak syubhat (kesamaran), dan tidak menjadi sarang pikiran-pikiran yang menyimpang. WANITA MEMANDANG LAKI-LAKI Diantara hal yang telah disepakati ialah bahwa melihat kepada aurat itu hukumnya haram, baik dengan syahwat maupun tidak, kecuali jika hal itu terjadi secara tiba-tiba, tanpa sengaja, sebagaimana diriwayatkan dalam hadits sahih dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: "Saya bertanya kepada Nabi saw. Tentang memandang (aurat orang lain) secara tiba-tiba (tidak disengaja). Lalu beliau bersabda, 'Palingkanlah pandanganmu.'" (hari Muslim) Lantas, apakah aurat laki-laki itu? Bagian mana saja yang disebut aurat laki-laki? Kemaluan adalah aurat mughalladhah (besar/berat) yang telah disepakati akan keharaman membukanya di hadapan orang lain dan haram pula melihatnya, kecuali dalam kondisi darurat seperti berobat dan sebagainya. Bahkan kalau aurat ini ditutup dengan pakaian tetapi tipis atau menampakkan bentuknya, maka ia juga terlarang menurut syara'. Mayoritas fuqaha berpendapat bahwa paha laki-laki termasuk aurat, dan aurat laki-laki ialah antara pusar dengan lutut. Mereka mengemukakan beberapa dalil dengan hadits-hadits yang tidak lepas dari cacat. Sebagian mereka menghasankannya dan sebagian lagi mengesahkannya karena banyak jalannya, walaupun masing-masing hadits itu tidak dapat dijadikan hujjah untuk menetapkan suatu hukum syara'. Sebagian fuqaha lagi berpendapat bahwa paha laki-laki itu bukan aurat, dengan berdalilkan hadits Anas bahwa Rasulullah saw. pernah membuka pahanya dalam beberapa kesempatan. Pendapat ini didukung oleh Muhammad Ibnu Hazm. Menurut mazhab Maliki sebagaimana termaktub dalam kitab-kitab mereka bahwa aurat mughalladhah laki-laki ialah qubul (kemaluan) dan dubur saja, dan aurat ini bila dibuka dengan sengaja membatalkan shalat. Para fuqaha hadits berusaha mengompromikan antara hadits-hadits yang bertentangan itu sedapat mungkin atau mentarjih (menguatkan salah satunya). Imam Bukhari mengatakan dalam kitab sahihnya "Bab tentang Paha," diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Jurhud, dan Muhammad bin-Jahsy dari Nabi saw. bahwa paha itu aurat, dan Anas berkata, "Nabi saw. pernah membuka pahanya." Hadits Anas ini lebih kuat sanadnya, sedangkan hadits Jurhud lebih berhati-hati.2 http://media.isnet.orang/islam/Qardhawi/Kontemporer/Pandang1.html thanks ummimq......benarlah seperti yang dikatakan... ''Karena itu, Nabi saw. pernah memalingkan muka anak pamannya yang bernama al-Fadhl bin Abbas, dari melihat wanita Khats'amiyah pada waktu haji, ketika beliau melihat al-Fadhl berlama-lama memandang wanita itu. Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa al-Fadhl bertanya kepada Rasulullah saw., "Mengapa engkau palingkan muka anak pamanmu?" Beliau saw. menjawab, "Saya melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka saya tidak merasa aman akan gangguan setan terhadap mereka." [ Telah diedit oleh: zulman pada 30-11-05 19:23 ] |
zulman ![]() ![]() |
![]()
sambungan..
Syaukani, dalam kitabnya Nailul Athar menanggapi hadits-hadits yang mengatakan paha sebagai aurat, bahwa hadits-hadits itu hanya menceritakan keadaan (peristiwa), tidak bersifat umum. Adapun al-muhaqqiq Ibnul Qayyim mengatakan dalam Tahdzibut Tahdzib Sunan Abi Daud sebagai berikut: "Jalan mengompromikan hadits-hadits tersebut ialah apa yang dikemukakan oleh murid-murid Imam Ahmad dan lainnya bahwa aurat itu ada dua macam, yaitu mukhaffafah (ringan/keci]) dan mughallazhah (berat/besar). Aurat mughallazhah ialah qubul dan dubur, sedangkan aurat mukhaffafah ialah paha, dan tidak ada pertentangan antara perintah menundukkan pandangan dari melihat paha karena paha itu juga aurat, dan membukanya karena paha itu aurat mukhaffafah. Wallau a'lam." Dalam hal ini terdapat rukhshah (keringanan) bagi para olahragawan dan sebagainya yang biasa mengenakan celana pendek, termasuk bagi penontonnya, begitu juga bagi para pandu (pramuka) dan pecinta alam. Meskipun demikian, kaum muslim berkewajiban menunjukkan kepada peraturan internasional tentang ciri khas kostum umat Islam dan apa yang dituntut oleh nilai-nilai agama semampu mungkin. Perlu diingat bahwa aurat laki-laki itu haram dilihat, baik oleh perempuan maupun sesama laki-laki. Ini merupakan masalah yang sangat jelas. Adapun terhadap bagian tubuh yang tidak termasuk aurat laki-laki, seperti wajah, rambut, lengan, bahu, betis, dan sebagainya, menurut pendapat yang sahih boleh dilihat, selama tidak disertai syahwat atau dikhawatirkan terjadinya fitnah. Ini merupakan pendapat jumhur fuqaha umat, dan ini diperlihatkan oleh praktek kaum muslim sejak zaman Nabi dan generasi sesudahnya, juga diperkuat oleh beberapa hadits sharih (jelas) dan tidak bisa dicela. Sebagian fuqaha lagi berpendapat tidak bolehnya wanita memandang laki-laki secara umum, dengan alasan apa yang dikemukakan oleh saudara penanya dalam pertanyaannya di atas. Adapun hadits Fatimah lah.a. di atas tidak ada nilainya dilihat dari sisi ilmu. Saya tidak melihat satu pun kitab dari kitab-kitab dalil hukum yang memuat hadits tersebut, dan tidak ada seorang pun ahli fiqih yang menggunakannya sebagai dalil. Orang-orang yang sangat ketat melarang wanita melihat laki-laki pun tidak menyebutkan hadits tersebut. Ia hanya dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin. Dalam mentakhrij hadits ini Imam al-Ilraqi berkata, "Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ad-Daruquthni dalam kitab al-Afrad dari hadits Ali dengan sanad yang dhatif." (Ihya Ulumuddin, kitab an-Nikah, Bab Adab al-Mu'asyarah. Dan disebutkan oleh al-Haitsami dalam Majma'uz Zawaid 2:202 dan beliau berkata, "Diriwayatkan oleh al-Bazzar, dan dalam sanadnya terdapat orang yang tidak saya kenal." Adapun hadits yang satu lagi (hadits Ummu Salamah, seperti disebutkan penanya; ed.) kami temukan penolakannya sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Qudamah dalam meringkas pendapat mengenai masalah tersebut. Beliau mengatakan dalam kitab al-Mughni yang ringkasannya sebagai berikut: "Adapun masalah wanita melihat laki-laki, maka dalam hal ini terdapat dua riwayat. Pertama, ia boleh melihat laki-laki asal tidak pada auratnya. Kedua, ia tidak boleh melihat laki-laki melainkan hanya bagian tubuh yang laki-laki boleh melihatnya. Pendapat ini yang dipilih oleh Abu Bakar dan merupakan salah satu pendapat di antara dua pendapat Imam Syafi'i. Hal ini didasarkan pada riwayat az-Zuhri dari Ummu Salamah, yang berkata: "saya pernah duduk di sebelah Nabi saw., tiba-tiba Ibnu Ummi Maktum meminta izin masuk. Kemudian Nabi saw. bersabda, 'Berhijablah kamu daripadanya. 'saya berkata, Wahai Rasulullah, dia itu tuna netra.' Beliau menjawab dengan nada bertanya, 'Apakah kamu berdua (Ummu Salamah dan Maimunah; penj.) juga buta dan tidak melihatnya?" ( hari Abu Daud. dan lain-lain) Larangan bagi wanita untuk melihat aurat laki-laki didasarkan pada hipotesis bahwa Allah menyuruh wanita menundukkan pandangannya sebagaimana Dia menyuruh laki-laki berbuat begitu. Juga didasarkan pada hipotesis bahwa wanita itu adalah salah satu dari dua jenis anak Adam (manusia), sehingga mereka haram melihat (aurat) lawan jenisnya. Haramnya bagi wanita ini dikiaskan pada laki-laki (yang diharamkan melihat kepada lawan jenisnya). Alasan utama diharamkannya melihat itu karena dikhawatirkan teriadinya fitnah. Bahkan, kekhawatiran ini pada wanita lebih besar lagi, sebab wanita itu lebih besar syahwatnya dan lebih sedikit (pertimbangan) akalnya. Nabi saw. bersabda kepada Fatimah binti Qais: "Beriddahlah enkau di rumah Ibnu Ummi Maktum, karena dia seorang tuna netra, engkau dapat melepas pakaianmu sedangkan dia tidak melihatmu."3 (Muttafaq alaih) Aisyah berkata: "Adalah Rasulullah saw. melindungiku dengan selendangnya ketika saya melihat orang-orang Habsyi sedang bernain-main (tontonan olah raga) dalam masjid." (Muttafaq alaih) Dalam riwayat lain disebutkan, pada waktu Rasulullah saw. selesai berkhutbah shalat Id, beliau menuju kepada kaum wanita dengan disertai Bilal untuk memberi peringatan kepada mereka, lalu beliau menyuruh mereka bersedekah. Seandainya wanita dilarang melihat laki-laki, niscaya laki-laki juga diwajibkan berhijab sebagaimana wanita diwajibkan berhijab,4 supaya mereka tidak dapat melihat laki-laki. Adapun mengenai hadits Nabhan (hadits kedua yang ditanyakan si penanya; ed.), Imam Ahmad berkata, "Nabhan meriwayatkan dua buah hadits aneh (janggal), yakni hadits ini dan hadits, "Apabila salah seorang di antara kamu mempunyai mukatab (budak yang mengadakan perjanjian dengan tuannya untuk menebus dirinya), maka hendaklah ia berhijab daripadanya." Dari pernyataan ini seakan-akan Imam Ahmad mengisyaratkan kelemahan hadits Nabhan tersebut, karena dia tidak meriwayatkan selain dua buah hadits yang bertentangan dengan ushul ini. Ibnu Abdil Barr berkata, "Nabhan itu majhul, ia tidak dikenal melainkan melalui riwayat az-Zuhri terhadap hadits ini; sedangkan hadits Fatimah itu sahih, maka berhujjah dengannya adalah suatu keharusan." Kemudian Ibnu Abdil Barr memberikan kemungkinan bahwa hadits Nabhan itu khusus untuk istri-istri Nabi saw. Demikianlah yang dikatakan Imam Ahmad dan Abu Daud. Al-Atsram berkata, "saya bertanya kepada Abi Abdillah, 'Hadits Nabhan ini tampaknya khusus untuk istri-istri Nabi, sedangkan hadits Fatimah untuk semua manusia? Beliau menjawab, 'Benar.'5 Kalaupun hadits-hadits ini dianggap bertentangan, maka mendahulukan hadits yang sahih itu lebih utama daripada mengambil hadits mufrad (diriwayatkan oleh perseorangan) yang dalam isnadnya terdapat pembicaraan." (Ibnu Qudamah, al-Mughni 6:563-564). Jadi, memandang itu hukumnya boleh dengan syarat jika tidak dibarengi dengan upaya "menikmati" dan bersyahwat. Jika dengan menikmati dan bersyahwat, maka hukumnya haram. Karena itu, Allah menyuruh kaum mukminah menundukkan sebagian pandangannya sebagaimana Dia menyuruh laki-laki menundukkan sebagian pandangannya. Firman Allah: "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pendangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.'" (an-Nur: 30-31 ) Memang benar bahwa wanita dapat membangkitkan syahwat laki-laki lebih banyak daripada laki-laki membangkitkan syahwat wanita, dan memang benar bahwa wanita lebih banyak menarik laki-laki, serta wanitalah yang biasanya dicari laki-laki. Namun, semua ini tidak menutup kemungkinan bahwa di antara laki-laki ada yang menarik pandangan dan hati wanita karena kegagahan, ketampanan, keperkasaan, dan kelelakiannya, atau karena faktor-faktor lain yang menarik pandangan dan hati perempuan. Al-Qur'an telah menceritakan kepada kita kisah istri pembesar Mesir dengan pemuda pembantunya, Yusuf, yang telah menjadikannya dimabuk cinta. Lihatlah, bagaimana wanita itu mengejar-ngejar Yusuf, dan bukan sebaliknya, serta bagaimana dia menggoda Yusuf untuk menundukkannya seraya berkata, "Marilah ke sini." Yusuf berkata, "saya berlindung kepada Allah." (An-Nur: 23) Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita sikap wanita-wanita kota ketika pertama kali mereka melihat ketampanan dan keelokan serta keperkasaan Yusuf: "Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusut), 'Keluarlah (tampakkanlah dirimu) kepada mereka.' Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)-nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata, 'Maha sempuma Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini hanyalah malaikat yang mulia.' Wanita itu berkata, 'Itulah orang yang kamu cela saya karena (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya. saya telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak menaati apa yang saya perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina." (Yusuf: 31-32) Apabila seorang wanita melihat laki-laki lantas timbul hasrat kewanitaannya, hendaklah ia menundukkan pandangannya. Janganlah ia terus memandangnya, demi menjauhi timbulnya fitnah, dan bahaya itu akan bertambah besar lagi bila si laki-laki juga memandangnya dengan rasa cinta dan syahwat. Pandangan seperti inilah yang dinamakan dengan "pengantar zina" dan yang disifati sebagai "panah iblis yang beracun," dan ini pula yang dikatakan oleh penyair: "Semua peristiwa (perzinaan) itu bermula dari memandang. Dan api yang besar itu berasal dari percikan api yang kecil." Akhirnya, untuk mendapat keselamatan, lebih baik kita menjauhi tempat-tempat dan hal-hal yang mendatangkan keburukan dan bahaya. Kita memohon kepada Allah keselamatan dalam urusan agama dan dunia. Amin. Catatan kaki: 1 Takhrijnya akan dibicarakan nanti. 2 Perlu diperhatikan bahwa Imam Bukhari men-ta'liq-kan (menyebutkan hadits secara langsung tanpa menyebutkan nama orang yang menyampaikan kepadanya) dengan menggunakan bentuk kata ruwiya (diriwayatkan), yang menunjukkan bahwa riwayat itu dha'if menurut beliau, sebagaimana dijelaskan dalam biografi beliau. 3 Dalam riwayat Muslim dikatakan, "Karena saya (Nabi saw.) tidak suka kerudungmu jatuh dari tubuhmu arau tersingkap betismu, lantas ada sebagian tubuhmu yang dilihat orang lain, yang engkau tidak menyukainya." Ini dimaksudkan bahwa Rasulullah saw. bersikap lemah lembut kepadanya dan hendak memberinya kemudahan sehingga dia sepanjang hari tidak menutup seluruh tubuhnya terus menerus kalau ia bertempat tinggal di rumah ummu Syuraik yang banyak tamunya. Sedangkan Ibnu ummi Maktum yang tuna netra itu tidak mungkin dapat melihatnya, sehingga dengan demikian dia mendapatkan sedikit keringanan. 4 Kalau yang dimaksud dengan "hijab" di sini ialah memakai cadar dan menutup wajah, maka hal ini perlu dikaji, dan kami telah memberikan penolakan secara rinci dalam fatwa kami tentang "Apakah Cadar itu Wajib?" 5 Setelah meriwayatkan hadits ini Abu Daud berkata, "Ini adalah untuk istri-istri Nabi saw, secara khusus, apakah tidak Anda perhatikan ber'iddahnya Fatimah binti Qais di sisi Ibnu Ummi Maktum?." Lihat Sunnan Abi Daud, hadits nomor 4115. |
ABg_IMaM ![]() |
![]()
Assalamuualaikum...
kita setuju dengan apa yang kak ummi turunkan asal saja tak ajak ahli-ahli ukhwah ke arah Wahabi. |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah apa khabar anakanda Ustaz Imam dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Semoga anakanda sekeluarga dalam pelukan Rahmat Allah SWT. Ameen. Sejak bila pula umi ajak ke arah Wahabi? Umi ajak ke arah menjadi Muslim Mukmin dengan menurut Al Quran dan As Sunnah. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah-Nya ke atas kita semua. Di sini umi ingin memaparkan tulisan yang amat menyentuh hati umi. "Ketika saya pernah ditanyakan oleh seorang siswa," Ustaz ahli jemaah JIM ke?" saya segera membalas, "Tidak, saya ahli Jemaah Muslimin." Jemaah baru ke tu?. Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak Rasulullah saw lagi." Beliau tidak berpuas hati. "Itu saya tahu tapikan Ustaz ahli JIM." Saya membalas sambil tersenyum," Ya saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslimin Profesional Forum, ahli pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada Abim, Ricoi, Hunafa, Accin, IIS, Pas, Keadilan, Umno dan macam-macam lagi "jemaah". Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi,. Jadi Ustaz tidak berpendirianlah ...atas pagarlah ye?" Soalannya kali ini benar-benar membuat saya tergelak besar. Saya sekali lagi megatakan kepadanya," Anda masih lagi hidup di zaman 70an, 80an dan 90an...masih lagi di takuk pemikiran JEMAAH CENTRIC. Paparan di atas umi petik dari Majalah I keluaran Disember 2005 (terbitan karangkraf) muka surat 59 yang ditulis oleh Ustaz Mazlee Malik dari UIA. Menurut beliau lagi pemikiran Jemaah centric menimbulkan banyak kesan negatif. Perbalahan, perpecahan, pergeseran hati, malah di sesetengah tempat membawa kepada pergaduhan. Jemaah anak lebih tua, jemaah ana lebih tarbiah, jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah, jemaah saya lebih agresif, jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah, jemaah saya ada Imam Mahadi. Itulah diantara slogan-slogan yang sering berkumandang lebih dari tiga dekat di Malaysia di kalangan ahli pelbagai pertubuhan Islam. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut bacalah dalam Majalah I keluaran Disember 2005 ini ya. Umi nak sambung sikit paparan Ustaz Mazlee iaitu menurutnya tidak salah wujud jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan UMMAH CENTRIC bukan JEMAAH CENTRIC. Tidak salah selagi wujud jemaah sebagai organisasi melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tidak salah juga berjemaah selagi ia membawa keapda penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi. Carilah ya majalah tersebut. Bagi umi carilah ilmu sehingga yakin bahawa kita hidup ini ada matlamat awla iaitu Mardhatillah - redha Allah. Ekoran dari itu usahlah bagi mereka yang JEMAAH CENTRIC menganggap bahawa 'jemaah saya yang paling hebat' kerana jemaah (seringkali disinonim sebagai tanzim) sekedar alat bukannya matlamat. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - " dan barangsiapa yang mencipta atau menghidupkan suatu sunnah yang buruk dalam Islam, ia akan mendapat dosa atas perbuatannya itu dan dosa dari perbuatan orang yang melakukan keburukan yang sama..." sahih Muslim no 1691 dari Ibn Jarir. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |