Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 100
Ahli: 0
Jumlah: 100




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 10 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Talbis Iblis Dalam Ibadah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Talbis Iblis Dalam Ibadah

Please Mendaftar To Post


Oleh Talbis Iblis Dalam Ibadah

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-11-05 15:13


Assalamualaikum

Ada antara manusia yang diperdaya oleh syaitan dengan masalah niat dengan berucap, "saya berniat menghilangkan hadas.." Lalu berkata, "Untuk sahnya solat.." Lalu berkata lagi "saya berniat menghilangkan hadas.."

Ini juga berlaku dalam solat. Bukanlah satu yang pelik untuk kita melihat orang yang asyik sibuk membetulkan bacaan "Usollinya" sehingga diulang beberapa kali. Manusia itu mengangkat takbir beberapa kali seolah-olah ada sesuatu yang belum sempurna dalam niatnya itu, sedangkan manusia-manusia itu sendiri tahu bahawa melafazkan niat itu sebenarnya memang tidak dilakukan Rasulullah SAW. Maka apakah pula alasan mereka untuk mempertahankan talaffudz niat tersebut?

Kata mereka, ia untuk menguatkan niat dan menghilangkan was-was. Benarkah begitu? Yang dilihat adalah semakin bertambah banyaknya was-was.

Mereka yang menyibukkan diri dengan talaffudz niat perlu mengetahui jika dia berniat maka secara automatik niat itu akan datang. Ini kerana jika dia sudah berdiri di hadapan menghadap kiblat, untuk apakah berdirinya itu kecuali untuk bersolat? Dan niat itu di hati bukannya di lidah.

Maka apa perlu mengulang niat berulang kali? Hatta jika niat memang tidak ikhlas, maka diulanglah takbir beberapa kalipun maka niat tetap begitu jua.

Dalam masalah thaharah juga begitu. Ada segelintir manusia berlebih-lebihan dalam masalah thaharah. Ada di antara mereka dipengaruhi oleh soalan-soalan syaitan yang cuba menimbulkan was-was dengan disibukkan di dalam hati mereka, "Dari mana engkau tahu bahawa air itu suci?"

Maka manusia itupun membuat berbagai-bagai andaian dan berbagai-bagai kemungkinan, padahal syariat pada dasarnya sudah cukup baginya bahawa air itu adalah suci. Manusia seumpama ini menyibukkan diri dengan sia-sia dalam berwudhu hingga terlewat untuk berjemaah bersama imam, lantaran kesibukannya dengan hal-hal thaharah. Bahkan mereka ini tidak terlepas daripada melakukan beberapa perkara yang terlarang:

(1) Membazir dalam penggunaan air
(2) Menghabiskan masa dengan sia-sia untuk sesuatu yang bukannya sunat mahupun wajib
(3) Berlebih-lebihan hingga melangkaui apa yang disuruh syariat.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr al-Ash bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Sa'ad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Sa'ad?" Sa'ad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, "Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.." (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad).

Diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad bahawa: "Akan muncul ditengah umat ini segolongan orang yang berlebih-lebihan dalam berdoa dan bersuci."

Manusia yang was-was ini menyangka apa yang mereka lakukan itu baik, kononnya berhati-hati sedangkan adakah mereka fikir bahawa mereka itu terlebih berhati-hati jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW? Mungkinkah mereka ini semua mempunyai penyakit jiwa yang was-was atau sudah hilang kewarasan? Maka takut-takut mereka itu jatuh dalam golongan manusia yang diriwayat bahawa, "Ada keringanan bagi orang yang gila hingga dia menjadi sedar.." (Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, ad-Darimi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Ini kerana orang yang sudah mengangkat takbir, menyempurnakan thaharahnya, akan tetapi masih merasa ragu dengan niatnya itu bukanlah orang yang waras. Sementara orang yang tidak waras tidaklah wajib atasnya bersolat. Adakah kita mahu termasuk dalam golongan yang tidak diwajibkan bersolat?

Wallahu'alam


-Diringkaskan dari Talbis Iblis karangan Ibnu Jauzi
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 23-11-05 02:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 01:03


......terima kasih ukh n_farhanah... info yang menarik!!! ;)


null

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

Ustaz_Jaki
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20298
Posting: 51
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 11:45


tengkiu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ustaz_JakiProfil   Hantar PM kepada Ustaz_Jaki   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106236 saat. Lajunya....