Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Penyakit Mr X


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Penyakit Mr X

Please Mendaftar To Post


Oleh Penyakit Mr X

Ibnu_Mohammad
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 335
Posting: 52
Dari: Down Under

Melaka  


posticon Posting pada: 21-07-03 23:46


datanglah Mr.X berjumpa tuan tabib

di suatu pagi…

wahai tuan!

badan ini rasa tidak sedap

hati ini resah gelisah

fikiran juga buntu

bantulah saya tuan tabib!

baiklah,

ceritakan pada saya

apa yang terbuku di hati saudara pada ketika ini?



Kata Mr.X :

saya mengaku, saya orang beriman

tetapi tidak sedikit pun bersungguh-sungguh

mengabdikan diri kepada Allah



saya pandai berbicara dengan ucapan yang menarik

tetapi semua ucapan dan segala program saya

hanya mengikut hawa nafsu dan tidak mengikut syariat



saya juga selalu melakukan tipudaya

dengan tujuan untuk memusnah dan mengkucar-kacirkan keadaan

supaya orang Islam lain meninggalkan manhaj Allah



saya selalu mendakwa melakukan kebaikan

yang dislogankan, sedangkan ia tidak mendatangkan

sebarang kebaikan kepada saya ataupun orang lain



saya kerap mempersendakan agama Islam

dan mempermainkannya kerana hati kecil saya sakit

ketika berada dalam kelompok orang Islam lain



saya juga suka bersikap talam dua muka

walaupun saya tidak suka pada kuih talam dan seri muka

kerana saya suka sesuatu isu itu memihak pada saya



saya kerap bersumpah dusta

dengan tujuan untuk menutup tirai kepalsuan dan menagih simpati

orang banyak supaya mereka mengambil saya sebagai sahabat



saya selalu menabur bibit perselisihan

yang dibina bersama jamaah lain

agar bertukar menjadi pertelingkahan yang hina



saya juga berasa gembira terhadap kedukaan orang mukmin

walaupun saya tahu ia bertentangan dengan naluri manusia

kerana saya berasa seolah-olah saya seorang yang berhati-hati dan bijaksana



dan pada masa yang sama juga

saya tidak suka memberi bantuan kepada yang memerlukan

kalau ada pun, hanya sekadar menunjuk-nunjuk supaya orang memuji saya



saya tidak pernah menunaikan tanggungjawab berjihad

sebab saya takut akan kehilangan pangkat, harta benda, isteri, anak pinak

kerana saya tidak mahu apa-apa risiko



dari sudut hukuman pula, saya berhukum dengan hukuman taghut

sebab itu saya tidak kisah apabila orang atasan

meletakkan Al-Quran jauh di bawah perlembagaan persekutuan



saya juga memberi ketaatan yang palsu kepada Allah

kerana apa yang Allah perintahkan, saya engkar dan enggan

kalau pun ada ketaatan yang dilaksanakan, hanya lagak luaran semata



kalau berjanji, saya tidak pernah menepati janji

ada saja janji-janji yang saya mungkir

seperti kalau saya kaya, saya akan bersedekah pada yang memerlukan



saya juga kerap menyiarkan berita palsu

dan program yang dirancangkan

adalah bertujuan untuk memusnahkan konsep keimanan mereka



saya akan sentiasa bersedia mengambil kesempatan

bagi mengukuhkan kedudukan saya dalam pergaulan

dan jika saya tersepit di antara mereka, saya akan mohon pertolongan orang kafir



saya mengaku bahawa saya malas menunaikan solat

kalau saya bersolat, pasti ada perasaan riya’

kerana saya langsung tidak ikhlas melakukannya kerana Allah



saya juga ada perasaan ragu-ragu antara iman dan kufur

yang nyata, saya lebih banyak melakukan kekufuran

kerana saya berasa selamat dan selesa



pada realitinya, saya adalah seorang yang penakut dan lemah

kerana apabila ada masalah, saya akan berulang-alik

antara orang Islam dan orang kafir bagi memohon bantuan



saya juga ada menyakiti Nabi dan orang mukmin

dengan pelbagai fitnah supaya ada orang lain akan turut sama

bersama-sama saya menghasut dan memecah-belahkan perpaduan mereka



melaksanakan amar maaruf nahi mungkar, jauh sekali

sebaliknya saya menggalakkan kemungkaran

dan mencegah kebaikan ke atas orang lain



saya juga melakukan kerosakan di atas muka bumi

habis tanah sawah, kebun getah, kawasan balak yang menjadi hak orang

telah menjadi hak saya untuk mendapat poket kembung



saya memang tak tahan menghadapi ujian

bila ada sedikit kesusahan atau kesukaran

serta-merta berkerut dahi saya seolah-olah suatu azab yang amat pedih



dari segi kepimpinan, saya lebih suka berwalikan orang kafir

kerana saya tidak mengiktiraf kepimpinan orang Islam

walaupun saya tahu, orang-orang kafir adalah najis



apabila ada sesuatu pertengkaran, saya menjadi begitu ekstrim

kerana pada ketika itu perasaan dendam saya sangat membara

akhirnya, ia mewujudkan suatu permusuhan yang panjang dan kekal



saya tahu, semua lidah manusia tidak bertulang

tetapi lidah saya menjadi lebih lembut apabila berbicara

semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai



kalau nak cakap tentang dengki, saya memang ada perasaan hasad dengki

sebab saya pantang tengok orang mukmin ada banyak kelebihan

ada ketikanya saya cuba sembunyikan perasaan saya, tetapi selalu tersasul bila berkata2



sebenarnya saya takut menghadapi reality

kerana banyak sangat kepalsuan dalam urusan harian saya

dan saya sedar, semua pekerjaan saya itu salah di sisi agama



kalau sudah ada sifat dengki, tentu ada sifat menghasut

jahil, bodoh, tolol, bangang..itulah kelemahan saya

suka menghasut orang lain dengan lidah dan mulut saya yang jahat ini



saya juga gemar mencampuradukan hak dan batil

kononnya untuk berjuang menegakkan kedaulatan Islam

tetapi pada ketika yang sama, saya berseronok dengan orang kafir



wahai tuan tabib!

apakah penyakit saya?



wahai Mr.X,

setelah diteliti kesemua 30 symptom ini

saya dapati saudara telah dijangkiti

satu virus yang amat berbahaya iaitu

VIRUS MUNAFIQ!



wahai tuan tabib!

adakah ubatnya?



wahai Mr.X,

bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat

makanlah 3 jenis pil ini mengikut aturan;

pertama, tinggalkan terus segala bentuk maksiat dan kesalahan selama ini

kedua, hendaklah menyesal di atas segala maksiat dan kesalahan selama ini

ketiga,berazamlah untuk tidak mengulanginya maksiat dan kesalahan itu buat kali kedua

moga-moga Allah menerima taubat saudara

kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_MohammadProfil   Hantar PM kepada Ibnu_Mohammad   Pergi ke Ibnu_Mohammad's Website   Quote dan BalasQuote

Hubb_qilaf
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1762
Posting: 39
Dari: USM Health Campus

turkey  


posticon Posting pada: 22-07-03 12:48


Satu penyakit yg kronik....Hemm...

-----------------
Solehah woman smiles in trouble,
Gather strength from doa,
And grow brave by istighfar and solat,
Her great love is only for Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hubb_qilafProfil   Hantar PM kepada Hubb_qilaf   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-07-03 16:52


nasib baik dah bagi ubat...
kalu tidak,bertambah kronik kot....

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 08:22


Insya Allah...pasti mujarab 3 jenis pil tersebut..

KIta yg tak pegi tanya tuan tabib pun patut amalkan 3 jenis pil tersebut...manalah tahu kalau2 ada terlekat penyakit tu kat diri kita yg jahil dan lemah ni...

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149381 saat. Lajunya....