Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: perempuan tak reti masak Vs. laki tak reti jadi IMAM

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» perempuan tak reti masak Vs. laki tak reti jadi IMAM

Please Mendaftar To Post

Oleh perempuan tak reti masak Vs. laki tak reti jadi IMAM

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  

posticon Posting pada: 07-11-05 18:42

sekadar penjentik minda untuk dirisendiri..
bukan berniat nak menimbulkan isu gender...cuma nak bagi kita sedar benda-benda yang selalu kita terlepas pandang & untuk kita muhasabah diri sendiri...

fikir2kaaan...

######################

Subject: Kenapa mempertikaikan perempuan tak reti masak

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang Kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng- geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang- undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. apa ke hal ?? Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Bookmark and Share

  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

mazween
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2005
Ahli No: 20003
Posting: 21
Dari: melaka

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 07-11-05 21:29

Betul tu islamicboy. Saya sokong 100%.

Bookmark and Share

  Member Information For mazweenProfil   Hantar PM kepada mazween   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 07-11-05 21:29

Assalamualaikum...

setuju dengan kenyataan di atas... :-)

-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.

Bookmark and Share

  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar

posticon Posting pada: 07-11-05 21:49

isu sensitif ni..

Bookmark and Share

  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 07-11-05 23:27

setuju :-)

-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....

Bookmark and Share

  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 07-11-05 23:37

pmpuan tak reti masak Vs. laki tak reti jadi imam?

kalau kawin dua2 tu memang padan... sama-sama tak reti jalankan tanggungjawab... :lol:

so, akhawat sekalian kenalah belajar masak, dan ikhwah pula biasakan diri jadi imam... in sya'a'Llah rumah tangga bahagia, amiin................ doa2kan :-)

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  

posticon Posting pada: 08-11-05 07:13

Assalamualaikum...........heheehhe

Bookmark and Share

  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  

posticon Posting pada: 08-11-05 08:45

memang akan sama padan.....

Bookmark and Share

  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  

posticon Posting pada: 08-11-05 08:52

Pada 07-11-05 21:49 , nurhaziqah posting:

!!! QUOTE !!!

isu sensitif ni..

Rasanya tak lah sensitif sangat... artikel macam ini, adalah satu teguran yang membina.. sama-sama lah kita ambil tindakan ye, nurhaziqah...

-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...

Bookmark and Share

  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

mazrik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20118
Posting: 98
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 08-11-05 08:57

Pada 07-11-05 18:42 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. !

Tak patut.... main game handal tapi kalau tak reti jadi imam buat apa... bukannya game yang akan disoal di akhirat nanti.... :lol:

-----------------
Ingat Lima Perkara Sebelum 5 Perkara

Bookmark and Share

  Member Information For mazrikProfil   Hantar PM kepada mazrik   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-11-05 09:02

betul tu, lagipun bukannya susah nak jadi imam....

Bookmark and Share

  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  

posticon Posting pada: 08-11-05 09:04

saya pun main game juga...

game just nak seronok... cuma untuk asah otak tapi kalau ilmu agama untuk masa hadapan.....

bersedialah menjadi pejuang allah..

kalau imam pun tak boleh jangan cakap soal perjuangan...

Bookmark and Share

  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 08-11-05 10:18

Pada 07-11-05 18:42 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. apa ke hal ?? Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Lelaki boleh jadi imam solat sunat di rumah bersama isteri dan anak-anak seperti solat hajat, tarawikh, tahajjud, witir dll. Tapi kalau nak suruh lelaki jadi imam solat fardhu 5 waktu di rumah, syaratnya lelaki tu kenala pakai telekung macam si isteri.

Tempat solat fardhu bagi lelaki ialah rumah Allah, surau atau masjid sahaja. Nabi pernah beritahu lelaki dibenarkan solat fardhu di rumah dengan 2 sebab saja 'takut' atau 'uzur'. Nak tahu detail rujuk ustaz yang mursyid, bermala dengan ilmu dan sunnah nabi. Nak suruh suami jadi imam, jadilah imam di surau/masjid

Perempuan pandai, handal memasak bukan tujuan/maksud utama. Wanita juga dihantar oleh Allah atas muka bumi ni sebagai dah'ie kepada deen. Bukan tukangmasak atau kerja macam orang gaji dalam rumah... :-)

Bookmark and Share

  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  

posticon Posting pada: 08-11-05 11:13

kalau macam tu..kena kahwin dengan lelaki tak reti jadi imam la ni ye...

Bookmark and Share

  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 08-11-05 11:30

betul la tu, jarang betul nak jumpa imam2 muda.... pergi lah mana-mana pun, susah nak cari... kalau berkumpul sesama rakan kuliah / sekerja, orang yang sama saja yang akan jadi imam... kalau ada pun tolong iqamat saja...

Bookmark and Share

  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

rimieilya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13145
Posting: 22
Dari: dungun

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 22-11-05 12:45

alhamdulillah kalau lelaki sekarang sedar tentang tanggungjawab mereka sebelum mereka fikirkan tentang keinginan mendirikan rumah tangga.idea ini sangat bernas sekali...saya setuju 100%

Bookmark and Share

  Member Information For rimieilyaProfil   Hantar PM kepada rimieilya   Quote dan BalasQuote

ismailsufian
Warga Rasmi
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20420
Posting: 1
Dari: batu pahat >>> newcastle

Johor   avatar

posticon Posting pada: 23-11-05 01:50

Pada 08-11-05 10:18 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

Lelaki boleh jadi imam solat sunat di rumah bersama isteri dan anak-anak seperti solat hajat, tarawikh, tahajjud, witir dll. Tapi kalau nak suruh lelaki jadi imam solat fardhu 5 waktu di rumah, syaratnya lelaki tu kenala pakai telekung macam si isteri.

Tempat solat fardhu bagi lelaki ialah rumah Allah, surau atau masjid sahaja. Nabi pernah beritahu lelaki dibenarkan solat fardhu di rumah dengan 2 sebab saja 'takut' atau 'uzur'. Nak tahu detail rujuk ustaz yang mursyid, bermala dengan ilmu dan sunnah nabi. Nak suruh suami jadi imam, jadilah imam di surau/masjid

Perempuan pandai, handal memasak bukan tujuan/maksud utama. Wanita juga dihantar oleh Allah atas muka bumi ni sebagai dah'ie kepada deen. Bukan tukangmasak atau kerja macam orang gaji dalam rumah... :-)

Kalau ikutkan keadaan hari ni.., ramai bapak2 yang tak sempat nak ke masjid. tak taulah pasal tak terpanggil lagi atau tak sempat pasal hal2 kerja. bagi yang sempat dan yang dah mewajibkan dirinya untuk berjamaah di masjid..., teruskanlah ke masjid.

bagi yang tak dapat atau yang tak terpanggil lagi untuk ke masjid tu.., seelok2nya belajar2lah jadi imam kat rumah.senang2kanlah diri untuk berjamaah. anak2 dan isteri pun mesti rindu untuk berjamaah bersama2. cuba2lah..

Bookmark and Share

  Member Information For ismailsufianProfil   Hantar PM kepada ismailsufian   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 23-11-05 03:28

hehe...laki bukan setakat kena blajo jadi imam jerrr, jangan lupa belajar masak sekali...patutnya suami yang kena masak untuk isteri...hehe...

Bookmark and Share

  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  

posticon Posting pada: 23-11-05 09:13

nak suami yang reti masak dan boleh jadi imam...:grin:

Bookmark and Share

  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  

posticon Posting pada: 23-11-05 10:16

:-) bagus topic ini

Bookmark and Share

  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

Niya_Shahana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12349
Posting: 65
Dari: Kelate

venezuela  

posticon Posting pada: 24-11-05 15:48

Salam..betul sesangat lah tu...sekarang lelaki demand lebih laa... nak mesti yang boleh masak, reti kemas rumah..bila balik rumah nak tengok semua perfect....ish..ish...padahal, ada rasa itu bukan tugas isteri seorang saja!!!

Rasulullah saw dulu takkan suruh Aishah buat sesuatu tanpa dia buat sendiri dulu...so....ambik pengajaran...jagalah perempuanmuu..tugas berat tu..kaum adam ni boleh disekat dari masuk syurga kalau benda ni tak settle bebaik...

Bookmark and Share

  Member Information For Niya_ShahanaProfil   Hantar PM kepada Niya_Shahana   Pergi ke Niya_Shahana's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  

posticon Posting pada: 24-11-05 15:55

tak mengapa, nanti ana boleh belajar sesame... romanti begitu. Small matter. Orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau hendak seribu daya. tak hendak seribu dalih... Tak reti masak??? ;P

Bookmark and Share

  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  

posticon Posting pada: 24-11-05 16:43

hmm..

Bookmark and Share

  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-11-05 17:54

sama-sama tau dan faham akan tanggungjawab masing2...
beban yang terpikul tu..
cubalah diatasi bersama... :-)
[ Telah diedit oleh: lubaina pada 25-11-05 17:54 ]

Bookmark and Share

  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

maisarah_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8175
Posting: 157
Dari: bumi Allah

australia   avatar

posticon Posting pada: 25-11-05 18:03

:-)

Bookmark and Share

  Member Information For maisarah_nurProfil   Hantar PM kepada maisarah_nur   Pergi ke maisarah_nur's Website   Quote dan BalasQuote

alKauthar
Warga Rasmi
Menyertai: 29.10.2004
Ahli No: 12163
Posting: 14
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 17-12-05 00:08

betul tu....saya sokong! perempuan dikata perlu pandai macam-macam prkare kalau nak cepat lebih sayang.tapi...suami nak suruh jadi imam pun ssh!tok sah nak suruh jadi imam la...nak ajak smyg pun ssh.kawan saya dating dengan pakwe dia spjg hari dan spjg hari tu juga la .org tak smyg.sdh la dating tu dah dose...tak smyg lagi la dose!kalau jdk laki nanti bagaimana nak bimbing isteri ni?!emm...kalau ikut kata ridwan_daie...betul ke llki boleh jadi imam kat rumah Allah saja?mcmmane pulak dengan ayah saya?ayah saya balik kerja pkl 7 ptg sebab dia pergi kerja naik monorail dengan lrt sebab nak elak ksskn lalu lintas.so...selalu nya dia tak smpt nak ke surau.jadi kami skluarge smyg jemaah kat rumah...ayah jadi imam.tapi...kalau smpt ayah saya akan ke surau juga.

Bookmark and Share

  Member Information For alKautharProfil   Hantar PM kepada alKauthar   Pergi ke alKauthar's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar

posticon Posting pada: 17-12-05 19:57

Assalamualaikum...

Ermm menarik juga cerita ini..ermmm jika kita nak lihat dari segi ini...perlu dipersalahkan diri sendiri...contoh bagi lelaki...kita seharusnya mempelajari bidang agama itu penting kerana lelaki merupakan ketua bagi keluarga dan juga lebih besar lagi masyarakat ... kita ambil contoh yang paling mudah...Allah SWT utuskan Rasulullah SAW dari lelaki..semua nabi2 diutuskan kebumi ini berupa seorang lelaki oleh itu amat penting seseorang lelaki mengertahui tanggungjawab yang besar ini....tak semestinya kita tak tahu selok belok agama nak melarikan diri dari menjadi imam..cuba pelajarinya...bacaan surah ketika solat,doa dan sebagainya..maka tak ada perkara yang boleh menjadi sebab kita sebagai lelaki tak boleh jadi imam..

Manakala perempuan pula janganlah mengatakan memasak itu bukan hobi saya!..saya tak reti masak..lecehlah masak...ermmmm itulah antara luahan perempuan...memasak bukan perkara susah..yang penting hati itu ikhlas nak mempelajarinya ...tak benda yang mudah kat dunia nin untuk dicapai..banyak buku2 di pasaran..dan rancangan2 masakan di tv...lihatlah dan pelajarinya...

semoga tak ada yang terasa ye bagi individu2 yang terasa hati

sekian wassalam

egyptstudent05

Bookmark and Share

  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

asha_gurl
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17461
Posting: 191
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 17-12-05 20:27

erm satu cerita yang tak boleh dipandang remeh...memang manusia sekarang sudah lupa daratan..yang perempuan tak pandai masak..ni mcaner nak kahwin?biasanya seorang suami lebih suka makan masakan isterinya berbanding makan di kedai..yang lelaki pula mesti tahu menjadi mengimamkan solat..kan lelaki perlu memimpin kaum wanita yang dianggap lemah.
[ Telah diedit oleh: asha_gurl pada 17-12-05 20:29 ]

Bookmark and Share

  Member Information For asha_gurlProfil   Hantar PM kepada asha_gurl   Pergi ke asha_gurl's Website   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 18-12-05 21:47

salam'alaikum..

hmmm..kalau lelaki nak perempuan yang pandai masak..dan jugak kalau nak isteri yang tau buat kerja rumah saja..baik si suami cari orang gaji..isteri ni memanglah tugas dia untuk menyempurnakan hidup suami,tapi..jangan lebih2 ye kaum lelaki..
perempuan sekarang pulak janganlah malas benor nak belajar memasak ye :)
kalau tak masak untuk keluarga,untuk perut sendiri pun lepas jugak..hihi :lol:

-----------------
..bila takwa pakaian kita, urusan kita dimudahkan, kerana kita sudah menjadi ahlillah, begitu indah hidup bersama Tuhan..

Bookmark and Share

  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

NuR_HiKMaH
WARGA SETIA
Menyertai: 16.07.2003
Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor

Johor  

posticon Posting pada: 18-12-05 22:05

:-)

Bookmark and Share

  Member Information For NuR_HiKMaHProfil   Hantar PM kepada NuR_HiKMaH   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 18-12-05 22:13

:-) Assalamualaikum....

Semua benda dalam dunia ni kita belajar dari tak tahu kepada tahu...Tak pandai memasak...belajarla memasak..tak pandai jadi imam..belajar jadi imam...

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 19-12-05 17:07

assalamualaikum...

saya amatlah bersetuju jika lelaki mesti pandai jadi imam...dan sepatutnya tak boleh nak pertikaikan jadi imam dengan perempuan tak pandai masak...sebab masak dan jadi imam tu sepatutnya menjadi tanggungjawab suami...

bukan ke kalau nak dikira tugas memasak, mengemas semua tu taggjawab suami kan? isteri cuma meringankan beban sambil mengutip pahala apabila menjalankan tugas tersebut...

sejuk sangat hati saya apb mendengar seorang lelaki kata kerja rumah itu sebenarnya tugas mereka...bukan bermakna kita nak lepas tangan cuma terasa diri sebagai perempuan dihargai dan tidaklah dinikahi semata2 nak suruh memasak. sekurang2nya kalau kita sakit atau terlalu sibuk mereka masih sudi menghulurkan bantuan membuat kerja rumah sama-sama...

maaflah ni pendapat saya saja...kalau ada yang tak setuju terpulang lah...
:-) :-)

-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>

Bookmark and Share

  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-03-06 18:18

Pada 19-12-05 17:07 , suntikan_srikandi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

saya amatlah bersetuju jika lelaki mesti pandai jadi imam...dan sepatutnya tak boleh nak pertikaikan jadi imam dengan perempuan tak pandai masak...sebab masak dan jadi imam tu sepatutnya menjadi tanggungjawab suami...

bukan ke kalau nak dikira tugas memasak, mengemas semua tu taggjawab suami kan? isteri cuma meringankan beban sambil mengutip pahala apabila menjalankan tugas tersebut...

sejuk sangat hati saya apabila mendengar seorang lelaki kata kerja rumah itu sebenarnya tugas mereka...bukan bermakna kita nak lepas tangan cuma terasa diri sebagai perempuan dihargai dan tidaklah dinikahi semata2 nak suruh memasak. sekurang2nya kalau kita sakit atau terlalu sibuk mereka masih sudi menghulurkan bantuan membuat kerja rumah sama-sama...

maaflah ni pendapat saya saja...kalau ada yang tak setuju terpulang lah...
:-) :-)

insyaAllah setuju.... :-)

Bookmark and Share

  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  

posticon Posting pada: 03-03-06 20:34

Betul2 ana pun setuju...
Lau perempuan dijadikan syarat mcmtue, kenapa laki tak boleh???

Bookmark and Share

  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 15-07-08 23:55

kalau da ada perkataan VS 2,,,sm2 ada kekurangan...tapi alam pkhawinan ni salah 1 nya mbawa kps disiplin dr,,,,,ada yang dulu lagho....kembali kepada fikrah...isterinye yang tak pandai mask..boleh pandai masak....ada hikmah walaupun itu 1 kekurangan..

jadi imam....hurmmmm.....tugasnye besar dan berat...tapi xterlambat lagi...boleh belajar,,cuma buang sifat malu dan ego tu dalam belajar....

mantopkan bacaan dalam solat,,,sang isteri pula kan bagi sokongan,,,dan jangan jemu ajak suami berjemaah,,,tak kisah lah bacaan surahnye,,ayat2 pendek(bagi kes xhafal lah.)secara tak langsung keyakinan suami btamabh dalam menjadi imam...

sang suami pula perlu juga membantu isteri dalam bidang masakan,,,kan sabar,,bukan kah suami 2 sebagai pembimbing....bimbing dia,,,jangan tau kritik saja....hurmmmm cakap xsedap lah,,apa lah..kadang-kadang yang mengkritik tu lagi teruk.....tapi stau ana bila da kahwin,,,sifat isteri tu yang tak pandai masuk,,otomatik boleh masuk..bgantung pada keadaan..

jangan kata kahwin...sekarang ni ha,,,,kat masjid or surau..kalau imam tak ada...berlaku tolak menolak,,anda lah,,ehh apa pula,.,anda lah,...biasa da dengar ayat macam 2...

yang penting insetif dr suami isteri tu nak berubah kepada rumah tangga ku damai dihatii..,,,

ada pro dan kontranye dalam hal ni...ana xkwin lagi,,da kahwin tak tahu lah macam mana keadaan kat nanti...so dr sekarang mantopkn ilmu,,,kuatkan kyakinan....

wallahua'lam...

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 16-07-08 00:53

Wah! Saudara umar...macam ada pengalaman pulak...huhuhu
dah pernah merasa ke...
saya sokong pandangan umar...

P/S: Apa pun,kita tunggu pandangan bagi mereka yang sudah berumahtangga..

Bookmark and Share

  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 16-07-08 12:59

hmm..
pada ismi, dedua pun perlu diperbaiki..
yang tak pandai memasak, kena pandaikan diri...

yang tak berani jadi iman... kununnya tak cukup ilmu lagi... kenalah carik ilmunya...supaya boleh jadi berani mengimamkan solat... dah boleh jadi imam dalam solat, barulah dapat jadi imam dalam rumahtangga dengan baik...

p/s: pokok pangkalnya, diri kita jugak.. nak,taknak.. taknak, nak..pusing2, kena kat kita jugak akhirnya.. adess..

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  

posticon Posting pada: 10-08-08 10:24

tak susah jadi imam..kena berani dan ada ilmu yang mencukupi(qiraat,adab,tajwid dll) saja.pokoknya adalah niat..jadi imam pun ada caranya..tak boleh meleret2 bacaan..memang kena mengaji!kalau dalam rumahtangga,memang syahdu kalau satu keluarga sembahyang berjemaah.bab masak..hehehe..saya tabik springgg kalau kedua-duanya lawan masak siapa paling sedap,lepas 2 makan sama-sama..harmoni keluarga..

Bookmark and Share

  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 10-08-08 12:20

salam....bagi muslimah suka lah ini ada owg bela keh2....
hm....kesimpulan...p0mpuan blaja2 lah memasak...
laki itu blaja2 lah jadi imam....

p/s: qiraat?...nak jadi imam bes0 ini hi2...

Bookmark and Share

  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.171586 saat. Lajunya....