Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 64 hari yang lalu
al-biruni03: 93 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wanita berzina jangan salahkan teman lelaki.....Apa pendapat ukhwah semua mengenai permasalahaan ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wanita berzina jangan salahkan teman lelaki.....Apa pendapat ukhwah semua mengenai permasalahaan ini

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita berzina jangan salahkan teman lelaki.....Apa pendapat ukhwah semua mengenai permasalahaan ini

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 11:54


Assalamualaikum...


MUKA hadapan Utusan Malaysia 26 Oktober 2005 melaporkan keluhan seorang perempuan yang mendakwa ia menjadi mangsa ketidakadilan Mahkamah Syariah kerana mahu menghukumnya atas kesalahan hamil luar nikah. Beliau juga kesal kerana hanya beliau sahaja yang diambil tindakan, sedangkan pasangan lelakinya masih bebas dan tidak diambil tindakan.

Isu mengenai kes ini (hamil luar nikah) pernah diperdebatkan oleh pertubuhan-pertubuhan wanita yang mengatakan tidak adil hanya perempuan sahaja di ambil tindakan.

Di sini saya ingin membuat perbandingan dengan kes rogol, hanya lelaki sahaja yang diambil tindakan. Mengikut statistik, kebanyakan kes rogol dilakukan oleh orang yang dikenali seperti teman lelaki dan sebagainya. Contohnya, bagi pasangan yang mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mereka selalu berpeleseran sama ada di kompleks membeli belah, di disko-disko. Setelah puas berpeleseran mereka akan mencari tempat untuk bermalam. Biasanya perempuan sebegini dengan rela hati mengikut teman lelakinya untuk pulang ke rumah sewaannya atau bilik-bilik hotel.

Hubungan seksual sudah menjadi rutin kepada pasangan-pasangan sebegini. Namun begitu apabila berlaku ketegangan dan salah faham antara mereka, perempuan ini akan mendakwa ia dirogol, sedangkan mengikut fakta ia sebaliknya.

Ramai lelaki dalam kes-kes yang sedemikian yang telah disabitkan dan dihukum dengan penjara dan sebatan, manakala pasangan perempuannya pula bebas melakukan kegiatannya dengan lelaki lain pula. Sedangkan dia juga mempunyai aset yang besar yang menyebabkan ia dirogol.

Akhbar memang banyak melaporkan kes-kes begini, iaitu dirogol setelah mengikut teman lelaki, yang kadang-kadang hanya dua jam dikenali. Saya merasakan jika terdapat fakta rogol yang sebegini, perempuan juga patut dikenakan hukuman yang setimpal dengan sumbangannya menyebabkan ia dirogol. Manakala bagi kes rogol yang melibatkan paksaan atau serangan oleh lelaki, memang wajarlah mereka sahaja dihukum.

Seterusnya perempuan tersebut berasa kesal dengan tindakan Mahkamah Syariah yang dikatakan telah memburunya. Sebenarnya mahkamah tidak memburu atau menangkap orang. Ini tugas pihak penguat kuasa atau polis. Fungsi sesebuah mahkamah dalam kes jenayah ialah menerima permohonan dari pihak pendakwaan untuk mendakwa seseorang yang didapati melanggar undang-undang yang termaktub di dalam sesuatu akta atau enakmen. Pendakwa juga yang bertindak memohon saman, waran tangkap dan sapina untuk memanggil tertuduh dan saksi-saksi ke mahkamah. Mahkamah akan mendengar kes tersebut dan akan membuat keputusan.

Perempuan tersebut juga tidak boleh mempertikaikan mengapa pasangan lelakinya tidak didakwa kerana pendakwa mempunyai kuasa eksklusif untuk membuat pendakwaan atau tidak terhadap mana-mana kes. Pihak pendakwaan biasanya menapis terlebih dahulu sebelum sesuatu kes dibawa ke mahkamah.

Kes-kes yang ada kekuatan bukti sahaja yang akan dibawa, manakala kes yang kurang pembuktian akan diketepikan atau pegawai penyiasat diarah menyiasat semula. Dalam kes perempuan tersebut, pihak pendakwaan mungkin kekurangan bukti untuk mendakwa pasangan lelaki melakukan zina kerana untuk sabitan kes zina perlu empat orang saksi lelaki yang adil melihat perzinaan tersebut.

Pendakwaan tanpa syarat tersebut akan menyebabkan orang yang mendakwa pula boleh dihukum sebat 100 kali. Difahamkan juga ada dua orang lelaki terlibat dengan hubungan intim dengan perempuan tersebut. Yang mana satu telah menghamilkannya?

Namun begitu saya telah meneliti Akta/ Enakmen Jenayah Syariah. Kesalahan zina dinyatakan sebagai persetubuhan luar nikah dan hukuman maksimum hanya denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman tersebut.

Pada pendapat saya, pihak pendakwaan boleh memanggil lelaki-lelaki berkenaan untuk diambil pengakuan di hadapan saksi-saksi. Jika ada pengakuan/ikrar dari lelaki-lelaki tersebut, bolehlah dilakukan pendakwaan terhadap mereka di mahkamah. Ini kerana hukuman yang dilaksanakan bukanlah melibatkan hukum hudud.

Begitu juga dengan keterangan melalui DNA dirasakan pihak pendakwaan boleh gunakan sebagai pembuktian di mahkamah untuk menentukan siapakah ayah kepada anak yang telah dilahirkan oleh perempuan itu.

Ingin saya nyatakan bahawa perempuan tersebut tidak perlu menyalahkan sesiapa di dalam hal ini. Salahkanlah diri sendiri. Pendakwaan terhadapnya atas kesalahan hamil luar nikah dibuat kerana ia kes yang prima facie (pembuktian yang jelas) yang tidak dapat disangkal, apatah lagi dengan pengakuannya sendiri yang mengamalkan pergaulan bebas.

Manakala tentang nafkah anak tersebut adalah wajib ke atas beliau menanggungnya. Lelaki yang menghamilkannya juga boleh diperintahkan membayar nafkah mengikut peruntukan di bawah seksyen 81(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 1987, yang memperuntukan: Jika seseorang bapa yang disangkakan, cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tidak sah taraf, yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan bapa yang disangkakan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

Saya tidak pasti sama ada di negeri lain ada peruntukan tersebut. Kalau ada, saya nasihatkan beliau berjumpa dengan mana-mana Peguam Syarie untuk membuat tuntutan nafkah dari lelaki tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 16:12


Ni kes yang Melaka tu kan .. saya baca berita semalam kononnya ada dua lelaki yang disyaki ... tu yang jabatan agama tengah pening sekarang ni ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

rizal_man
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19775
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 16:25


hemmmm apa nak jadi dengan dunia sekarang ni...........................................................................................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For rizal_manProfil   Hantar PM kepada rizal_man   Quote dan BalasQuote

afizam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14810
Posting: 82
Dari: negeri indera kayangan

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 16:36


Assalamualaikum....

dalam kes ni ana rasa both sides bersalah...tak kira lelaki mahupun perempuan...why i said like that? this is bersebab both sides...lelaki dan perempuan lebih utamakan nafsu berbanding dengan balasan yang bakal di terima di akhirat kelak.....

wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afizamProfil   Hantar PM kepada afizam   Quote dan BalasQuote

rizal_man
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19775
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 16:40


dalam kes ni ana rasa both sides bersalah...tak kira lelaki mahupun perempuan...why i said like that? this is bersebab both sides...lelaki dan perempuan lebih utamakan nafsu berbanding dengan balasan yang bakal di terima di akhirat kelak.....

wallahu'alam...


setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For rizal_manProfil   Hantar PM kepada rizal_man   Quote dan BalasQuote

izzz81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19761
Posting: 125

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 16:41


assalamualaikum..
pada pendapat saya..bukan perempuan sahaja yang perlu disalahkan tapi kedua2nya..
Kenapa perlu ikut kehendak lelaki yang belum tentu menjadi suami kita..
kita perlu berhati2 dengan seseorang yang kita kenali...
itu sahaja yang dapat saya kasi pendapat...
wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzz81Profil   Hantar PM kepada izzz81   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 16:51


> em..
> sendiri yang buat..
> sendiri yang tanggung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

rizal_man
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19775
Posting: 50
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-05 16:57


ambillah peluang dalam bulan ramadan ini memperbanyakkan amalan
semoga kita terhindar dari melakukan perkara2 yang lara

Bookmark and Share

    


  Member Information For rizal_manProfil   Hantar PM kepada rizal_man   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-10-05 17:53


mmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 18:44


Kalau dilihat dari. segi perbuatan tu sendiri memang kedua2nya salah .... tapi untuk disabitkan kesalahan di mahkamah perlu kepada bukti ..... dalam hal ini mahkamah boleh membuktikan perempuan itu bersalah kerana bukti kandungan.Tapi bukti pada lelaki susah sikit kerana .... perempuan itu tidak maklumkan pada awal kejadian berlaku. Tapi boleh juga tahu melalui ujian DNA ke atas anak itu....mamakan masa sikit la nak dakwa lelaki kerana nak buat ujian DNA perlukan masa.
    dari. aspek lain laporan akhbar itu seperti memburukkan mahkamah syariah seolah-olah melakukan ketidakadilan ...... Tapi jika perkara yang sama berlaku kepada mahkamah sivil mereka tak berani ...malah ramai yang akan menjawab dan mempertahankannya. Saya rasa ini tugas umat Islam memertabatkan lagi mahkamah syariah dan menambah baik lagi supaya lebih sejajar dengan hukum Islam dari semasa ke semasa ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 01:08


untuk makluman semua kes ini berlaku di Johor..Maklumat yang diterima pegwai penyiasat sdg mengumpulkan keterangan dari kedua2 suspek lelaki tsbut.Sb Kenapa wanita itu yang dituduh dahulu kerana "qarinah" kes tersebut sudah dapat dibuktikan dengan sebab wanita itu mengandung tanpa nikah.Jika ujian DNA dilakukan pun masih boleh dicabar dimahlamah kerana mahkamah menerima pengakuan secara rela oleh suspek dan pengakuan secara rela dihadapan 2 saksi tapi ikut pengalaman saya walaupun kedua2 perkara sudah dibuat tapi kes tersebut masih juga boleh dicabar.Dan saya bsetuju dengan dakwah_ilahi bahawa Pendakwa mpunyai kuasa eklusif untuk menggugurkan sabitan kepada lelaki tersebut jika eleman2 kes samar atau tidak begitu kuat untuk dibawa kemahkamh.Dan saya bersetuju dengan pedapat sahabat2 semua bahwa yang boleh disalahkan adalah kedua2 orang tersebut.. wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 08:57


kalau berzina ..sukarela...memang salah 2,2....hukumlah 2,2...apapun hati2....pihak yang benci undang2 islam ambil kesempatan nak buruk-burukkan mahkamah syariah untuk membuktikan undang2 islam tak boleh dipakai!....apapun,mantapkan mahkamah syariah lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

emma83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 10:02


em...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emma83Profil   Hantar PM kepada emma83   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 14:04


syukran kepada semua kerana melontarkan pendapat masing,namun disana persoalan adalah berbalik kepada diri kita sendiri...sejauh mana kita mengambil berat keadaan yang berlaku dan malah kepada ajaran islam tu sendiri.Mengenai zina pula....Allah berfirman dalam surah an-nur sesungguhnya perbuatan zina adalah bermula dari perempuan manakala perbuatan mencuri adalah dari golongan lelaki.....tak begitu semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-10-05 14:24


tuelah...nasihat al-Quran tak mahu dengar...asyik nak ikut cakap nafsu saja....asyik nak seronok saja....berpegang-pegang tangan...naik moto berkepit dengan boypren....ikut lelaki bukan mahram...berdua2an dengan boypren and lelaki bukan mahram...sekarang...nasi dah jadi bubur.

siapa yang malu???....mereka dan keluarga mereka jugak yang malu.

p/s: marilah kita sama-sama ambil iktibar atas kes di atas....kepada sesiapa yang bercinta bagai nak rak tapi tak nikah lagi...eloklah cepat2 nikah....takut nanti ditipu oleh boypren. :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 14:38


sendiri buat masyarakat ada saham juga sahabat
sebab tak buat sesuatu untuk menghalang perbuatan mereka
kemanakah orang-orang yang manyuruh kebaikan mencegah kemungkaran...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 15:30


Tak setuju sama sekali...


-----------------
Your HTML Guide


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

ibn_gani
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20081
Posting: 13
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 16:01


sesama buat sesama tanggung
tetapi yang masalah besar mesti perempuan
memang la dia salahkan lelaki tetapi bukan % mesti salahkan lelaki perempuan pun salah juga kira 50 % perempuan lelaki pun 50%
kira sama la ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_ganiProfil   Hantar PM kepada ibn_gani   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 29-10-05 18:13


maknanya bayi tu ada 2 ayah..... pening pening...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

altamira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 21:38


ana keliru

Bookmark and Share

    


  Member Information For altamiraProfil   Hantar PM kepada altamira   Pergi ke altamira's Website   Quote dan BalasQuote

naqiyyah_al-sarirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19666
Posting: 130
Dari: subang jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 04-11-05 16:49


ermmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For naqiyyah_al-sarirahProfil   Hantar PM kepada naqiyyah_al-sarirah   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 05-11-05 09:28


both sides guilty..tapi kena betul2 ada bukti...

evidence proof everything..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 10:12


Pada 29-10-05 14:38 , syahid_zul posting:

!!! QUOTE !!!

sendiri buat masyarakat ada saham juga sahabat
sebab tak buat sesuatu untuk menghalang perbuatan mereka
kemanakah orang-orang yang manyuruh kebaikan mencegah kemungkaran...?


bukan ke tugas kita semua dalam mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran...?....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-11-05 10:47


aSSALAMUALAIKUM.........

ada juga hal macam ni ye??? minta la dijauhkan..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

iou
Warga Rasmi
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15544
Posting: 20
Dari: Kuching

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 11:14


:roll: 8-) Kalau nak salahkan sebelah pihak tak patut jugak...
Yang pasti salah kedua-dua belah pihak
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi kan?

     Kalau lelaki hendak perempuan tak nak tak jadila kan
Kalau perempuan nak...lelaki tak nak pun tak juga jadi...
Tapi kalau dua2 dah mahu itulah jadinya..

         So..tak boleh la nak salahkan pihak perempuan o pihak lelaki saja. :oops: :oops: :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For iouProfil   Hantar PM kepada iou   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 11:56


tu laa sebab pakai undang-undang dunia..undang-undang allah ada tak nak pakai..kan senang...sebat saja...kan 22 akan kena...macam tu juga rejam..so tak ada laa gender male nak slaahkan female...yang female pula nak salahkan male...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 16:33


saya pun same pendapat dengan rakan2 yang lain..
dalam kes ni..bukan satu pihak saja yang harus dipersalahkan...due-due yang salah...
pandai buat..pandai tanggunglah..
jghlah lepas tu nbak salahkan orang pulak...
terlalu ikutkan nafsu sampai lupa kat Allah..
itulah yang kita kena ingat..syaitan sentiasa menghasut anak Adam ke arah kemungkaran..
so..sentiasa ingatkan Allah dalam apa jue keadaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-11-05 11:19


berfikirlah sebijaknya....sebelum melakukkan sesuatu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 25-11-05 11:54


it takes two to tango

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-11-05 12:12


positif + negatif...akan menghasilkan cas-cas....
kalau tak ada cas positif dan cas negatif takkan berlaku perkara ni,

kalau tak ada lampu hijau takkana berlaku perkara ni....
ingat nafsu jangan di bangkitkan...
nafsu ibarat api, jangan disimbah dengan minyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 25-11-05 12:43


nauzubilla mi zalik....simpang 44 malaikat, balasan Allah itu. Nak sangat ramai steady GF so, Allah bagi lah yang can begitu... macam mana, best!!! rasa apa.. OREN! :-P :-P :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

iman_nurina
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2004
Ahli No: 8250
Posting: 19
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 25-11-05 13:10


tu laa sebab pakai undang-undang dunia..undang-undang allah ada tak nak pakai..kan senang...sebat saja...kan 22 akan kena...macam tu juga rejam..so tak ada laa gender male nak slaahkan female...yang female pula nak salahkan male...


tak setuju..pada saya dua2 undang2 ni suauh juga.kalau pakai undang2 Allah-hudud-standard of proof dia lebih tinggi daripada undang2 kita yang sedia ada.bukan simply2 zina kena rejam.mesti ada bukti sahih yang menunjukkan kedua2nya secara rela telah melakukan penzinaan.setuju dengan subuhku bahawa keadaan perempuan yang sedang hamil tanpa suami adalah "garinah"bahawa perempuan itu telah melakukan persetubuhan diluar nikah dan beban bukti adalah ke atas wanita tersebut untuk proof bahawa dia mengandung bersuami atau dirogol atau sebagainya.

untuk lelaki tu pula susah untuk buktikan bahawa dialah bapa kepada kandungan wanita tersebut.beban bukti sangat tinggi ke atas pihak pendakwaan untuk jatuhkan hukuman ke atasnya melainkan dia sendiri 'syahadah' tanpa paksaan bahawa dialah anak kepada kandungan tersebut.

pada saya, undang2 syariah yang ada bagi pembuktian sesuatu kes seperti ini a bit selaras dengan apa yang terdapat di dalam undang2 islam.mungkin ada lack sikit di bahagian pengaplikasian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman_nurinaProfil   Hantar PM kepada iman_nurina   Pergi ke iman_nurina's Website   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-05 16:02


saya setuju dah pandai pandai buat, pandai pandai la tanggung!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 18:38


kedua2 bersalah...
jika hanya seorang tidak akan menjadi masalah ini..
saya tengok kes rogol yang betul-betul amat menakutkan...
dengan luka di tubuh sehingga ada yang meninggal...
itu baru boleh dikatakan rogol....
jika teman lelaki yang lakukan, saya rasa itu sukarela..
dengan pergaulan sekarang saya tidak hairan jika perkara begini berlaku...
pergaulan yang bebas sekali...
hanya disebabkan couple dah boleh membuat perkara yang disukai...
nauzubillah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 19:27


lagi sekali kat sini.. saya menegur perkara yang sama.. 'sendiri buat, sendiri tanggung'.. kedua-duanya salah.. perkara yang sama, diulang2.. saya setuju dengan syahid_zul.. masyarakat pun salah jugak.. ada pihak yang tegur bila nampak lelaki dan perempuan jalan berdua-duaan.. dah tentu perkara ni tak terjadi.. tapi, sejauhmana kemampuan kita menegur pasangan yang kita nampak? jom.. laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.. sebelum kita nak kutuk2 orang, baik kita check usaha kita.. boleh?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 21-07-06 20:58


Kalau berzina maksudnya ianya terjadi suka sama suka. So, bila dah suka sama suka maksudnya kedua-duanya same celake.Kesimpulannya kedua-duanya celake.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 21:04


salam....

ana tak cukup ilmu lagi, kalau salah apa yang ana cakap, betulkanlah.

kalau kembali ke hukum hudud, wanita dan lelaki yang berzina, dua-dua kena hukum.

bagi kes rogol, lelaki sahaj yang akan dihukum. dengan syarat ia bukan kehendak wanita. tapi, islam bukan tak meyiasat. prosedur untuk dijalankan hukuman tu adalah sama, iaitu dengan siasatan. pengakuan atau siasatan keatas wanita yang dirogol. pakar mesti tahu ia paksa atau suka sama suka.

anak yang tak sah taraf memang tak ada nasab. iaitu dia boleh kawin dengan ayahnya sendiri. kiranya ia terkeluar dari mendapat keistimewaan seperti orang biasa iaitu, ayahnya tak boleh mewalikannya dan tiada hak atas harta pusaka.

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 21-07-06 22:25


mestilah lelaki tu pun kena diambil tindakan jugak...

[ Telah diedit oleh: ladybirdy pada 21-07-06 22:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 22:29


hahaha......Kalau dah namanya zina.....tunggu hukuman kat akhirat sajalah ye....
kita jumpa di 'sana'........di 'sana'.....di 'sana'....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 22:55


yang sudah terlanjur tu kita ambil pengajaran,yang belum tu,jangan nak cuba-cuba pula..cinta,nafsu,godaan syaitan ni sumernyer berasal dari duduk berdua-duaan..sedih betul..sedih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 21-07-06 23:08


Em pandai2 lah nak hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 07:39


hm...dalam hal ni, tak boleh salahkan lelaki 100% dan perempuan 100%...masalah zina ni berkait dengan masyarakat,kerajaan dan lain-lain.....tapi jalan paling baik ialah ikut hukum Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

sephia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2004
Ahli No: 9843
Posting: 70
Dari: kota bharu.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 11:01


perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..tapi lelaki kena ingat,mereka ketua..perlu membimbing.kalau tewas sekarang macam mana nanti???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sephiaProfil   Hantar PM kepada sephia   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 22-07-06 12:03


Laki2 begini kalau main ayat memang no. 1. Padahal fikir kebestan diri saja. Janji manis macam apa.. Ish, memang tak boleh pakai betul. sembahyang pun entah buat ke tak.

perempuan pula jenis terlalu baik prasangka. Kalau tak fikir kesan, ikut saja lah laki2 tu cakap. Kononnya 'inilah bakal suamiku'..

Kesimpulannya: Ptuih!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ctsalsabila
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2006
Ahli No: 25347
Posting: 8
Dari: kedah

blank  


posticon Posting pada: 22-07-06 14:24


APE2PN kedua-duanya SALAH..PADAH IKUTKAN NAFSU....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctsalsabilaProfil   Hantar PM kepada ctsalsabila   Quote dan BalasQuote

tisya
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18778
Posting: 5
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 17:17


Dua-dua salah.kalau seorang tak jadi.Apa nak jadi dengan pemuda-pemudi kita zaman sekarang.Nak kata tak ada ilmu.peringkat ijazah,master dan Phd pun buat perangai.sering kali kita lihat di majalah2 tentang kepincangan akidah dan pegangan para remaja.Kalau dah tertangkap mulalah rasa malu,jangan tuduh yang bukan2.Itu semua alasan!Kita sepatutnya dipersalahkan sebab tak ada ittaQULLAH(takutkan ALLAH).

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



SEDARLAH PARA REMAJA DAN MASYARAKAT ISLAM!

iSLAM MAKIN SURAM.....kITALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYINARINYA..........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For tisyaProfil   Hantar PM kepada tisya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148296 saat. Lajunya....