Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tanpa Keredaan Ibu, Kemuliaan Tak Bererti!!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tanpa Keredaan Ibu, Kemuliaan Tak Bererti!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Tanpa Keredaan Ibu, Kemuliaan Tak Bererti!!!!

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 11:51


Assalamualaikum....................


DALAM Islam, kita dapati amat sedikit perintah menganjurkan agar ibu bapa menyayangi anak mereka, sebaliknya perintah agar si anak mengasihi ayah dan ibu adalah banyak. Ini kerana kasih orang tua terhadap anak mereka sentiasa mekar dan semula jadi. Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Allah s.w.t mengingatkan kita agar jangan melupakan jasa orang tua. Seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan dalam tempoh itu dia menempuh penderitaan dan kesusahan. Dalam tempoh mengandung juga si ibu selalu berasa dan berbuat hal-hal yang lebih mementingkan bayi yang baru dikandung lebih daripada dirinya sendiri.

Baru tiga bulan mengandung, si ibu mulai merasakan bagaimana payahnya orang mengandung. Badan terasa tidak enak, kepala kerap pening dan muntah.

Semakin tua hamilnya, semakin lemah badannya. Fikiran dan perasaannya sering terganggu. Apabila tiba saat melahirkan, fikiran dan perasaan si ibu semakin gelisah. Apakah di saat melahirkan nanti dia akan selamat atau sebaliknya.

Namun segala keperitan yang dilalui terus hilang sebaik terdengar tangisan bayi yang baru dilahirkan. Bayi yang baru lahir masih menuntut kasih sayang dan pemeliharaan cermat daripada ibu dan ayahnya. Sebab itu jasa si ibu tidak dapat diukur dengan timbangan harta benda.

Apabila anak dilahirkan, ibu dan ayah terpaksa berjaga siang dan malam untuk mengawasi dan membendung kesihatan anak. Ibu bapa rela tidak tidur bagi memastikan si anak sentiasa dalam keadaan selamat. Selain itu, ibu dan bapa sanggup berlapar selagi perut anak yang masih kecil itu belum berisi.

Begitulah besarnya pengorbanan ibu dan bapa terhadap anaknya. Maka tidak hairanlah Islam menitikberatkan kita berbuat baik dan taat kepada mereka.

Dalam al-Quran dan hadis, terdapat banyak ayat yang menunjukkan betapa tingginya kedudukan ibu di sisi Islam. Salah satu hadis tersebut bermaksud:

“Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.” (Hadis Riwayat: Iman Ahmad)

Sesungguhnya, syurga menjadi idaman setiap umat Islam dan sebagai langkah untuk menuju ke alam yang dicita-citakan itu, berilah layanan yang sempurna dan sewajarnya kepada ibu bapa kita.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.’ (Hadis riwayat Imam Thabrani)

Hadis itu bererti Allah hanya akan mengikut kehendak orang tua si anak yang marah kemudian Allah ikut marah. Tetapi kemarahan orang tua biar beralasan seperti anak yang melanggar akhlak mulia atau melanggar etika keluarga.

Meneliti satu kisah yang berlaku di negeri Arab pada suatu ketika dahulu akan memberi satu gambaran mengenai betapa berkatnya doa seorang ibu. Kisah itu menceritakan mengenai seorang pemuda yang sangat terhormat.

Setiap orang mencintai pemuda itu kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia mempunyai anak yang sangat dihormati setiap orang.

Pada suatu hari, anaknya yang sangat dicintai ini ingin menuntut ilmu di Makkah. Ini menyebabkan ibunya sangat keberatan untuk melepaskan anaknya pergi. Apatah lagi tempoh pemergian mungkin memakan masa beberapa tahun.

“Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat terseksa apabila engkau pergi ke Makkah. Ibu sudah tua dan berasa sangat berat sekali untuk berpisah dengan engkau. Batalkanlah niatmu nak”, kata ibu.

Namun tekad anak sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia meneruskan juga niatnya hendak ke Makkah. Nasihat ibunya tidak dihirau lagi. Tinggallah ibunya sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya sakit sekali mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya.

“Ya Tuhan! Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Turunkanlah seksa kepada anakku, ya Tuhan”, demikian bunyi rintihan si ibu. Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian. Anaknya pula giat sekali mencari ilmu dan beribadat di Makkah.

Pada suatu malam, ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar. Perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu melarikan diri apabila jejaknya diekori tuan rumah. Akhirnya pencuri itu lari menyelamatkan diri ke dalam masjid. Ketika itu ia melihat ada seorang sedang berzikir. Dengan keras pencuri berteriak: ‘Pencuri! Pencuri!’

Apabila tuan rumah sampai di masjid, orang yang dikatakan pencuri itu terus ditangkapnya. Beliau dihadapkan kepada raja. Raja memberi hukuman kepadanya dengan memotong tangan dan kakinya serta mencungkil kedua-dua matanya. Kemudian, hulubalang diperintah supaya mengarak pemuda itu di hadapan umum.

“Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang,” kata pegawai raja di sepanjang jalan.

Apabila perarakan itu sampai di pasar berkatalah pemuda yang dituduh mencuri itu kepada pegawai raja:

“Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah inilah balasannya kalau orang itu durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu.”

Pegawai menjadi hairan dan ragu-ragu dengan saranan yang dituduh itu. Setelah diselidik, para pegawai membebaskannya dan menghantarnya kembali ke rumah ibunya. Ia diletakkan di muka pintu rumahnya. Kecacatan fizikalnya menyebabkan ia tidak berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang berdoa:

“Ya Allah! Apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya.” Doa itu diucapkan oleh ibunya dengan berulang-ulang.

Untuk menarik perhatian si ibu, pemuda itu berpura-pura menjadi pengemis dan memohon sedekah daripadanya. Si ibu meminta ia datang mendekati pintu tetapi pemuda itu menyatakan bahawa kaki tangan telah dipotong dan matanya pula buta.

Si ibu yang belum menyedari pemuda itu anaknya terpaksa keluar membawa bersama sepotong roti. Tetapi apabila roti itu diberikan, tiba-tiba pemuda tadi merebahkan diri ke pangkuan ibunya sambil menangis dan berkata:

“Ibu...maafkanlah ibu. Sebetulnya hamba adalah anakmu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu. Maafkanlah ibu.”

Si ibu yang melihat nasib anaknya yang begitu mengerikan itu lantas berkata:

“Ya Tuhan. Saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan seksa anakku ini, ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat kehidupan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi.”

Sesungguhnya kisah itu dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada anak yang masih mempunyai ibu khususnya ibu yang berada dalam usia emas dan sudah tidak begitu bertenaga. Ingatlah bahawa keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua-duanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-10-05 16:52


biar sehebat mana pun kita...
biar setinggi mana pun kita...
biar semulia mana pun kita...
tapi, tanpa keredhaan ibu, maka tiadalah keberkatan hidup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

ibn_gani
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20081
Posting: 13
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 17:16


ibu... ibu.....
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu....ibu...
engkaulah ratu hatikuuuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_ganiProfil   Hantar PM kepada ibn_gani   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 29-10-05 22:08


ermm

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 16:18


Pada 28-10-05 11:51 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!


Ingatlah bahawa keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua-duanya.


tanpa redha ibu dan ayah, siapalah kita.
keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah.

wallahu a'lam.
wassalam.
[ Telah diedit oleh: houri pada 09-11-05 09:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

aimiz_muslimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2005
Ahli No: 20051
Posting: 39

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 18:58


sesungguhnye keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...
jangan menyakiti hati mereka wahai sahabat ku sekalian...
siapa lah kita tanpa mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimiz_muslimahProfil   Hantar PM kepada aimiz_muslimah   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-11-05 20:07


Assalamualaikum..

Keredhaan ibu bapa sangat penting untuk kita beroleh keredhaan Allah. Doa dan restu ibu bapa dalam menjalani kehidupan sangat penting..

Bertuahlah kepada para sahabat yang masih mempunyai ibu dan bapa.. mungkin tidak sama nasib bagi sesetengah orang yang begitu dahagakan kasih sayang ibu bapa tapi telah kehilangannya..

Hanya doa yang selalu dipohon agar ibu dan ayah berada dalam rahmat kasih sayangNYA..

Ampuni anakanda ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 09:51


syukuri nikmat merasa kasih sayang insan yang bernama ibu..
alhamdulillah....semoga Allah tidak menarik nikmat ini... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

nurinsan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2005
Ahli No: 20255
Posting: 23
Dari: alam nyata

Pahang  


posticon Posting pada: 09-11-05 10:22


assalamu'alaikum... ana pun ada mak dengan ayah... ana agak rapat dengan mak, tapi bukan dengan ayah... entah lah... ana masih tak boleh terime ayah ana... tapi, ana tetap ingat, dia tetap ayah ana, dan ana wajib patuh dan taat pada dia juga... semoga mak dengan ayah ana sentiasa dalam lindungan ILLAHI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurinsanProfil   Hantar PM kepada nurinsan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111585 saat. Lajunya....