Oleh |
Ekspres Nafsu....innalillah... |
ina_irdyna85
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.09.2005 Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak
|
Posting pada: 19-10-05 14:59
sedih ana baca keratan akhbar harian metro hari ini... inikah dikatakan negara islam? Kenapa tiada siapa membanteras isu ini....? malaysia bukan negara barat...
|
ina_irdyna85
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.09.2005 Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak
|
Posting pada: 19-10-05 15:06
Edisi KL : Ekspres Nafsu(copy & paste from harian metro) Oleh Zaitie Satibi KUALA LUMPUR: Beberapa perkhidmatan malam bas ekspres bertaraf mewah dipercayai menjadi tempat segelintir pasangan bermadu kasih ketika dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. Jurucakap sebuah syarikat bas ekspres terkemuka mengakui perbuatan maksiat itu memang berlaku di atas bas tetapi sukar untuk dibanteras disebabkan ketiadaan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa agama di dalam bas. Beliau berkata, pemandu syarikatnya ada membuat aduan mengenai mereka sering menemui kondom dan seluar dalam ketika membersihkan tempat duduk penumpang. “Pemandu dan pembantu tidak dapat mengawasi sepenuhnya perbuatan penumpang kerana bukan saja perlu memberi tumpuan pada pemanduan tetapi penumpang bijak menyembunyikan perbuatan mereka,” katanya. Mengulas perbuatan pasangan berkenaan, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, berkata perbuatan pasangan terbabit sudah melampau dan tidak bermoral. “Perbuatan mereka melambangkan status golongan muda masa kini. PPIM juga menerima banyak aduan mengenai pasangan muda, terutama pelajar institut pengajian tinggi (IPT) melakukan maksiat tidak mengira tempat dan batasan waktu. “Dalam kes pasangan ini, walaupun ketika Ramadan, jelas menunjukkan mereka tidak menghormati bulan paling mulia dalam Islam. “Ternyata, mereka kurang memahami erti Ramadan yang bukan saja bulan untuk umat Islam menahan makan dan minum di siang hari, tetapi masa untuk berjihad melawan nafsu,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Noor Nirwandy, perbuatan terkutuk itu perlu dibanteras sebelum menular, kerana secara tidak langsung menjatuhkan maruah agama dan bangsa Melayu. “Sehubungan itu, pihak berkuasa agama perlu mengadakan operasi dengan kerjasama pengusaha bas ekspres bagi menangkap pasangan yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu. “Selain itu, ibu bapa jangan mudah melepaskan anak remaja mereka, terutama perempuan untuk bergaul secara bebas,” katanya yang mahukan langkah drastik diambil mengatasi masalah sosial itu. Beliau berkata, pengusaha bas ekspres sendiri perlu kerap mengadakan pemeriksaan ke atas penumpang terdiri pasangan kekasih atau bukan muhrim bagi memelihara imej baik syarikat mereka. “PPIM meminta pihak berkenaan memandang serius hal ini, kerana seandainya tidak dibendung, ia boleh mewujudkan masalah lebih besar seperti gejala anak luar nikah,” katanya. Noor Nirwandy berkata, apa yang membimbangkan ada pihak tidak bertanggungjawab merakam aksi pasangan terbabit dan menyebarkannya di internet atau dalam bentuk cakera padat video (VCD). “Jika ini berlaku, sudah tentu mereka dan keluarga mereka menanggung malu,” katanya. Sementara itu, seorang saksi kepada perbuatan itu, Adli Mohd Salleh, 23, dia terkejut menyaksikan pelbagai aksi sepasang kekasih dalam sebuah bas ekspres kelas pertama perjalanan malam ketika pulang ke kampung di sebuah negeri di Pantai Timur untuk bercuti, baru-baru ini. “Sebelum ini, saya pernah mendengar cerita pasangan kekasih memadu asmara dalam bas ekspres malam sehingga ada yang terlanjur mengadakan hubungan seks. “Pada mulanya saya berpendapat ia hanya khabar angin kerana terfikir siapa yang tergamak melakukan perbuatan itu di tempat awam, sehinggalah melihat sendiri apa yang pernah diceritakan rakan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Adli yang bekerja di Petaling Jaya, berkata, sikap pasangan itu amat dikesali kerana tidak segan-silu melakukan maksiat di tempat duduk penumpang. “Mereka memang benar-benar dikuasai nafsu syaitan kerana tidak mempedulikan penumpang lain ketika melakukan perbuatan terkutuk itu. “Dalam samar-samar cahaya daripada lampu jalan, saya melihat dengan jelas perbuatan seorang lelaki dengan pasangannya,” katanya. Katanya, walaupun bas itu penuh dengan penumpang, mereka terus melakukan aksi demi aksi sehingga jeritan syahwat mereka boleh didengari. “Pasangan kekasih itu memang biadab, apa yang lebih mengecewakan, mereka tidak menghormati Ramadan kerana tergamak melakukan maksiat dalam bulan suci ini. “Justeru, saya meminta pihak berkuasa agama memanjangkan operasi mencegah maksiat dalam bas ekspres kerana perbuatan seumpama itu tidak patut berlaku,” katanya.
|
hafiz_along_83
 Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 19-10-05 15:10
kurang ajar betul puak-puak manusia yang buat benda2 tak senonoh kat tempat awam macam tu.. cis!!!
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 19-10-05 15:11
heeemm baru nak cerita ..benda ni dah lama dah.... yelah balik berdua , malam pulak tu, duduk sebelah2 ...air cond pulak tu....Syaitan pun main peranan... samala juga kalau express malam KL- Penang atau KL -Alor Setar.... lepas tu turun minum kat R&R Sungai Perak atau Jawi penang buat-buat betul2 tudung konon.....maklumlah sejuk...
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 19-10-05 15:20
ni lah manusia..bila sampai tahap lebih hina dari binatang..hilang rasa malu w.pun sekeliling penuh orang ramai..
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 19-10-05 15:25
jadi kepada sesiapa yang naik bus berdua hujung bulan ni atau bila-bila tu beringatlah.... kalau berkawan bawa kawan tu jalan ke syurga , bukan menempah jalan ke neraka... Syaitan berada dimana-mana....hati-hati...
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 19-10-05 15:31
perkara ni dah lama berlaku... saya sendiri pun pernah alaminya... ketika bas meluncur laju dari KL ke aloq staq, terdengar suara mengerang tapi bila toleh belakang.. astaghfirullahalazim..... masyallah... apa lagi saya pun bangun dan terus menegur... kelam kabut si lelaki dengan perempuan.. tu tak kira lagi... dalam bulan lepas ada satu kes dalam komuter KL Sentral menghala ke Seremban.. di gerabah yang terakhir pun boleh jadi kerja... apa nak jadi?????????????
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 19-10-05 15:32
ni lah manusia..bila sampai tahap lebih hina dari binatang..hilang rasa malu w.pun sekeliling penuh orang ramai..
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 19-10-05 15:35
ni lagi satu..... baru saja umur 18 tahun tapi maruah dah tercemar.... KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan yang ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel murah di Jalan Raja Laut, baru-baru ini, mendakwa sedang berehat selepas berbuka puasa. Pelajar berusia 18 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini mendakwa hanya berehat kerana terlalu letih untuk pergi ke mana-mana. Pegawai Penguat kuasa Operasi Jawi, Helmi Samad, berkata pihaknya mengetuk pintu bilik beberapa kali selain terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu berkenaan dibuka. “Apabila pintu dibuka, kami memperkenalkan diri. Ketika itu, wajah pasangan terbabit kelihatan berubah dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan sah. “Pelajar itu terus memberi alasan termasuk perlu mengulang kaji pelajaran di bilik berkenaan kerana tidak mahu membuang masa selain tidak sempat pulang ke rumah lagi,” katanya kepada Harian Metro, di tempat kejadian. Teman lelaki pelajar terbabit pula kelihatan sentiasa gelisah. Dalam masa sama, dia hanya mengiyakan apa dikatakan oleh pasangannya itu. Pemeriksaan mendapati lelaki terbabit berusia 19 tahun dan bekerja di sebuah restoran makanan segera di KLCC. “Pelajar berkenaan mengatakan mereka mentelaah pelajaran bersama dan tidak melakukan perkara lebih daripada itu. “Bagaimanapun, kami mendapati keadaan bilik serta katil di sana bersepah selain keadaan diri pasangan terbabit yang kelihatan kurang terurus,” katanya
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 19-10-05 15:37
mudah-mudahan kita di jauhi dari segala pekara2 kemungkaran.... Kalau rasa tak dapat kawal nafsu tu lebih baik kahwin cepat2 supaya dapat mengawal diri melakukan maksiat....Waallahu alam.....
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 19-10-05 15:39
Pada 19-10-05 15:37 , riyas posting:!!! QUOTE !!! mudah-mudahan kita di jauhi dari segala pekara2 kemungkaran.... Kalau rasa tak dapat kawal nafsu tu lebih baik kahwin cepat2 supaya dapat mengawal diri melakukan maksiat....Waallahu alam..... contohi lah riyas....anyway ana ucapkan selamat.....hehe...buat ibadat pun lebih tenang selepas ni InsyaAllah
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 19-10-05 15:44
salam.... saya puji tindakan Islamicboy. tak ramai yang berani. teruskan usaha anda. satu lagi, tak pelik kalau budak umur 18 tahun buat kerja macam tu. bagi saya, budak umr 14 tahun. terfikir juga. minta jauh sebab anak buah saya pun 14 tahun. hidup semakin hari semakin 'mengerikan'
|
GTF
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png
|
Posting pada: 22-10-05 23:25
wah.... tabik spring untuk islamic boy......... amal makruf nahi mungkar
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 23-10-05 07:45
Assalamua'laikum.. Soheh tu..ketika bas meluncur laju..perjalanan Alor Setaq-KL 5-6 jam memang seat tertentu menjadi port maksiat..bila bas sampai di tol Jalan Duta rupanya si perempuan tu hanya pakai singlet..tudung dan bajunya 'tercabut' entah bila..depa ingat orang lain tknampak.. yang lelaki tu rileks saja..macam baru habis 'tugas'..astaghfirullahaladzim.. bas ekspres kini berenjin belakang dan besaq, bunyi kuat..kalau kita yang cerdik ni akan elak nak dok belakang sebab ibarat dok atas enjin..tapi sengaja pasagan mintk nak dok seat belakang..untuk apa???driver bas mana ada kemampuan nak juga depa ni..mana nak tumpu highway nak 'race' sampai awal.. dan AWASS!!.. tak kurang juga ada perempuan yang tidak kita kenali dok sebelah kita..tapi bila lampu padam saja..buat2 lena..buat2 tangan jatuh di tepi kita..dan buat nak tidur atas bahu lelaki..padahal tak lena punn..kononnya nak kata lena la..tak sedar..'tersandar' di bahu lelaki sebelah..tidur apa kejap2 garu sana sini..kejap mata kelip2??padahal juga dok sebelah tingkap..Kenapa tak sandar di sebalah sana??demi menjaga diri terpksalah beralah sama ada 'mengecilkan' diri jadi separuh..atau terus tegur supaya duduk elok2!tapi takut juga bila tegur, dia buat tindakbals menjerit ke fitnah balik kata lelaki tu kcau dia..habis satu bas terjaga.. Astaghfirullahaladzim...tkdk maruah!!! Tapi alhamdulillah..kalau kena pemandu bas yang faham..dia akan ubah semula susunan seat tak ikut no tiket sebelum betolak..lelaki dok dengan lelaki..perempuan dengan perempuan..dan ada juga syarikat bas seperti Jelita Transtours sebelum beli tiket ditanya kepada kita yang nak beli ni untuk lelaki ke perempuan..mudah nak di susun berasingan..lelaki dan perempuan..tapi tak semua keadaan ada peluang tukar atau dapatkan bas single seat.. Dimana2 saja maksiat mudah saja berlaku di akhir zaman ini..hatta maksiat 'mencarai' kita..'peluang' terbuka luas sebagai ujian Allah swt ujian keimanan.. buat kita umat Muhammad s.a.w pada akhir zaman ini...sentiasalah kita berdoa mohon perlindungan Allah swt, terpelihara diri daripada terutama godaan wanita..kejahatan nafsu dan syaitan dalam diri..!!(seperti dilagukan dalam lagu Fatamorgana-Hijjaz) wallahua'lam.. [ Telah diedit oleh: Belalang_kampung pada 24-10-05 00:28 ]
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-05 08:01
tak pernah nampak, tapi pernah dengar... na`uzu bi'Llahi min zalik, minta dijauhkan................
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-05 08:01
p/s: kalau dah tak boleh tahan tu, kawin saja la cepat2...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 23-10-05 11:29
 ... Sedihnya bila dengar macam tu. Takut pun ada. Takut terkena bala sekali dengan mereka. Minta dijauhi. Nauzubillahhi min dzalik.. :-|
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 23-10-05 11:34
canggih bebudak sekarang ini...dalam bas pun jadik...walhal seat bas kan kurang selesa....lainlah kalau tempat tidur dalam keteapi tu memanglah selesa gila... tapi pihak berkenaan mesti ambil langkah2 segera untuk sekat perkara ini...mungkin mereka ini nak kawin tapi terhalang...nafsu kuat2 belaka termasuk yang perempuan...pendedahan banyak...saya rasa ramai dah remaja perempuan sekarang yang tengok VCD blue...jadi macam mana kita nak buat?...
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 23-10-05 12:08
Cisss..kurang ajar betul la puak2 ini....ini betoi2 nak marah ini...bulan ramadhan pun nak buat benda kkurang ajar ke??memang betul nak kena rembat mereka ini...eeeiii geramnyerlaa...xtakut ke azab Allah?? ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 23-10-05 12:21
Nampaknya selain meminta peranan dari Jabatan Agama...mari CHECK saja tak memadai... Kena ada kerjasama daripada pihak yang bertanggungjawab sekiranya nak bantu selesaikan iaitu pihak pengangkutan itu sendiri. Nak harap penumpang tegur tak makan saman. Lagi tak malu. Berdasarkan apa sahabat yang cerita dan lalui ...setakat cakap nasihat kita tak jadi kena buat cara lain. Prof setuju dengan Belalang Kamoung ceritakan dengan tindakan prihatin sebuah syarikat pengangkutan tersebut. Ialah nak cari biar berkat ..bukan setakat cukup syarat. Nanti kena seksa kat akhirat. Lagipun sekarang kita perhatikan kebanyakkan bas ekspress sudah penyusunan kerusi penumpang iaitu 2:1 selain yang lama 2:2. Cadangan boleh boleh dikemukakan kat sini ...sambil berbincang dan dok marah2... Sebab kalau bersesuaian kita boleh kumpulkan cadangan para sahabat/sahabiah yang bijaksana lagi prihatin untuk dikemukan kepada pihak tertentu. Betul tak ?
|
faridah_stam
Warga Rasmi Menyertai: 11.08.2005 Ahli No: 18039
Posting: 19
Dari: muadzam shah,pahang
|
Posting pada: 23-10-05 13:05
:-| masyaAllah, umat manusia akhir zaman, apabila sifat malu sudah tiada dalam diri, dan diri di biarkan dikuasai nafsu, maka tidak hairanlah kalau banyak belakunya maksiat pada hari ini. oleh itu nasihat ana ,tanamlah sifat malu dalam diri dan banyakkan iman dan amal agar kita di jauhkan dari perkara tersebut. sebenarnya kita tidak boleh hanya mengharapkan satu pihak sahaja mencegah perbuatan tersebut, tetepi kita yang dah nampak ni, kuatkan iman tegur sahaja perbuatan mereka. bukankah tanggungjawap kita semua mnjalankn amar ma'ruf nahi mungkar, tak kira di mana sahaja.tegurlah mereka secara hikmah, insyaAllah, moga Allah beri petunjuk kepada mereka. dan apa yang penting bagi kita sekarang ni, ialah menjaga diri, keluarga dan sahabat kita daripada perbuatan terkutuk ni, InsyaAllah.
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 24-10-05 00:19
jadi apabila pilih nak naik bas, mintalah single seat. ye? carilah bas yang ada single seat terutama bagi yang belum kahwin.
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 24-10-05 00:52
Suatu masa dulu Tuan Guru Nik Aziz pernah mencadangkan supaya buat pengasingan dah dalam bas ekspres ini..tapi dipelekeh oleh media dan juga bantahan pula dari sesetengah syarikat bas termasuklah gergasi bas ekspres milik orang Islam kita.. Transnasional Ekspres. Alasannya menyusahkan!! Tapi yang hairannya Kenapa Ekspres Jelita Transtours, perjalanan Alor Setar-KL-JB boleh ambil usaha asingkan terlebih awal ketika hendak membeli tiket??ana sendiri alami dan tiada masalah apapun!! Seat 2:2 pun boleh susun apatah lagi 2:1! Jika kerajaan mempunya fikrah Islam tulen, akan ada rasa kerisauan pada rakyatnya yang terdedah pada kemaksiatan yang begitu mudah sekarang..setidak2nya kuatkuasakan undang2 perkhidmatan bas ekspres ni dengan buat pengasingan..jangan pandang remeh hal ni sebab besar implikasinya.. dan sekarang semakin 'merbahaya' bila bas double decker diperkenalakan. bagi sapa yang dok tingkat atas tu lagi la..rasa privicy dan tkdk sapa 'kacau' dah..driver pula mustahil dapat jaga dah..dok sibuk drive kat bawah nu..cuma bas dua tingkat ini biasanya dilengkapi CCTV Infrared tersembunyi yang mana waktu malam boleh capture video dengan jelas tanpa ada cahaya...dan dipaparkn di dashboard pemandu..(Durian Burung & Jelita Transtours) Kalau sahabat2 semua nak tau teruk tak teruk keadaan dalam bas ekspres terutama perjalanan malam berjarak jauh..cubalah naik sekali..Astaghfirullahaladzim..silap2 kita berdosa sama..nauzubillahiminzalik Semoga ada usaha segera untuk kita atasi perkara ini..kemuliaan kita umat Islam bila berpegang pada Syariatnya..tanpanya kita adalah hina.. wallahua'alam..
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 24-10-05 10:17
betul tu..... berbekalkan iman yang kuat dapat jauhkan kita... satu cadangan saya... ahli islam yang kuat iman dan jenis tak boleh tengok maksiat saya cadangkan duduk di seat yang belakang sekali... so dia akan nampak apa yang berlaku dan bolehla terus tegur... bersama2 kita cegah kemungkaran..
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 24-10-05 10:59
Nampaknya kita mesti hangatkan kembali cadangan Tok Guru Nik Aziz yang dulu.... Sebab dah menjadi isu hangat yang sengaja nak disenyapkan secara perlahan.... Apa yang dikata oleh Belalang Kampung amat Prof setuju...
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 24-10-05 11:06
Assalamualikum..... ???- mujur la i dah tahu segala-gala... dari keturunan sampai la anak cucu cicit... alhamdulilla... Usaha yang tak sia2... sediakan payung sebelum hujan sediakan air sebelum kemarau  wassalam
|
istisafa
 Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya
|
Posting pada: 24-10-05 11:14
Tak dapat nak bayangkan kalau ana berada didalam bas tu.. gamaknya bila bas tu berhenti rehat, tak mahu nak bas tu balik dah..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-10-05 11:44
kalau ada mana-mana warga ukhwah yang terserempak dengan makhluk2 macam ni, minta2 tegurlah mereka, jangan biarkan maksiat bermaharajalela, silap2 dengan kita sendiri pun kena bala tu... takutlah bahaya meninggalkan amar makruf nahi munkar ni... "Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (menghalangnya) dengan tangannya. Maka sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Maka sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman..." (Hadith Nabi) p/s: peringatan buat sahabat2 dan diri saya sendiri yang sering lupa... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 25-10-05 12:19
Layan seks dalam bas cemar imej Islam Saturday, October 22 @ 12:17:33 MYT "Muda-mudi kini semakin berani mengadakan perlakukan tidak senonoh itu dalam sebuah bas mewah sehingga rengekkan pasangan terbabit dapat didengar dengan jelas khususnya bagi mereka yang berhampiran di tempat pasangan terbabit," Oleh SALMAH MAT HUSSIN TANAH MERAH, 22 Oktober – Pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam di semua peringkat diminta bertindak segera bagi membendung gejala maksiat termasuk aktiviti seks yang berlaku di kalangan muda-mudi di dalam bas ekspres mewah sejak akhir-akhir ini. Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Siti Zailah Mohd Yusof, berkata pihak terbabit disaran bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas di dalam bas sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian dua hari lalu. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah Ramadan di sebuah Madrasah Kampung Bendang Nyior, dalam Dun Kemahang, di sini semalam. Tambahnya, gejala perlakuan seks di dalam bas amat menjejaskan imej Islam apa lagi ianya berlaku di dalam bula Ramadan yang mulia. “Macam mana remaja Islam berbangsa Melayu boleh melakukan perbuatan terkutuk itu dalam sebuah bas sedangkan di sekeliling mereka ada orang. “Saya berharap pihak berwajib hendaklah memantau segera hal ini setidak-tidaknya menempatkan sekurang-kurangnya dua orang pegawai mereka di dalam bas terbabit untuk memantau kegiatan tidak bermoral ini,” ujarnya. Dua hari lalu sebuah akhbar harian melaporkan beberapa pasangan golongan muda-mudi kini semakin berani mengadakan perlakukan tidak senonoh itu dalam sebuah bas mewah sehingga rengekkan pasangan terbabit dapat didengar dengan jelas khususnya bagi mereka yang berhampiran di tempat pasangan terbabit. Lebih menyedihkan pekerja bas ekspres terbabit turut menjumpai kondom dan seluar dalam pada keesokan harinya apabila mereka membersihkan bas-bas berkenaan. Siti Zailah yang mengulas lanjut isu itu berkata, beliau bimbang sekali maksiat berlaku bukan sahaja dalam bas, tetapi mungkin berlaku dalam keretapi kelas mewah atau kenderaan-kenderaan lain. Siti Zailah seterusnya memberitahu, fenomena ini amat membahayakan khususnya kepada maruah Islam itu sendiri. Tegasnya, jika inilah perancangan golongan remaja hari ini, bagaimana pula nasib generasi akan datang yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara. Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar tidak mudah melepaskan anak-anak mereka sendirian khususnya dalam perjalanan jauh bagi mengatasi gejala ini. “Selain pihak berkuasa, ibu bapa adalah orang yang terpenting dapat mengawasi kegiatan ini,” ujarnya lagi
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 25-10-05 16:00
ermm...kalau bus tak payah tutup lampu boleh tak..?untuk atasi masaalah ni?jadi kalau terang .org tak berkesempatan nak buat benda tu....
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 25-10-05 17:02
Pada 19-10-05 15:31 , islamicboy posting:!!! QUOTE !!! perkara ni dah lama berlaku... saya sendiri pun pernah alaminya...
ketika bas meluncur laju dari KL ke aloq staq, terdengar suara mengerang tapi bila toleh belakang.. astaghfirullahalazim..... masyallah...
apa lagi saya pun bangun dan terus menegur... kelam kabut si lelaki dengan perempuan..
tu tak kira lagi... dalam bulan lepas ada satu kes dalam komuter KL Sentral menghala ke Seremban.. di gerabah yang terakhir pun boleh jadi kerja...
apa nak jadi????????????? Betul..betul..baru-baru ni saya naik komuter kl sentral-rawang, (siang ni) ada sepasang ni rasanya budak sekolah agaknya (sebab bawak buku kimia SPM) bukan main lagi buat benda tak senonoh, sampai kat last stesen rawang pun tak habis-habis lagi. Saya tau si perempuan tu perasaan saya dok pandang, tapi sengaja saja dia ‘lebih2’. Saya pun ambik handphone buat2 nak ambik gambar budak-budak ni. si lelaki tu terus berhenti dan kejar saya. Saya pun lari sebab takut nak lawan. Alhamdulillah saya berjaya melepaskan diri…ha..ha..ha..padan muka budak-budak tu…kurang ajar sangat bulan puasa ni
|
newli
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.09.2005 Ahli No: 19001
Posting: 22
Dari: kota
|
Posting pada: 25-10-05 17:18
saya belum jumpa lagi depan mata. kalau nampak mahu tergamam tak percaya. tak malu betul mereka. orang putih pun tak buat kerja depan orang.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 25-10-05 17:23
Pada 25-10-05 16:00 , Farishah posting:!!! QUOTE !!! ermm...kalau bus tak payah tutup lampu boleh tak..?untuk atasi masaalah ni?jadi kalau terang .orang tak berkesempatan nak buat benda tu.... satu cadangan yang sangat bernas... kalau kita tengok laki perempuan duduk berdua2an dalam bas, dalam keadaan gelap lagi tu, bukankah ia menyerupai khalwat...? walaupun ia bukan khalwat, tapi keadaannya hampir sama, dan boleh membawa natijah yang sama sebagaimana khalwat... buktinya, apa yang sedang kita bincangkan ni... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Pdaus
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan
|
Posting pada: 25-10-05 18:00
Patutla banyak kes kemalangan Bas Ekspress! Bala Rupanya.. Ish nauzubillah mati dalam keadaan tengah buat maksiat..
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 25-10-05 23:01
Nampaknya ada juga yang memberi cadangan... dan pandangan yang bagus.. Namun sekiranya masih ada teruskan posting di sini ....supaya kita boleh usahakan sebagaimana yang mampu untuk gerakkan kuasa tertentu...bukan setakat luahkan perasaan sahaja... Wasslam
|
cheekmate
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak
|
Posting pada: 25-10-05 23:41
astaga!!!!!!!!! bertaubatlah kamu!!!!!!!! knplah nak cara haram, kalau dah tahan pun sabarlah sikit!!!!!!!! cara halal kan ada, menikah, lepas 2 buat puas2, dapat free pahala menjalankan tanggungjawab....... maaf kalau keterlaluan, no hipokrit!!!!!!!!!! fikir, fikir, fikir masa depan......
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 25-10-05 23:43
apa kata bas lelaki untuk lelaki..bas perempuan untuk perempuan...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 25-10-05 23:46
Pada 25-10-05 23:43 , nurlynn posting:!!! QUOTE !!! apa kata bas lelaki untuk lelaki..bas perempuan untuk perempuan... lor, ada bas lelaki, ada bas perempuan pulak... lama2 sekali dengan bas2 tu sekali ada jantina.............  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
rifhan_irfan
Warga Rasmi Menyertai: 14.10.2005 Ahli No: 19826
Posting: 19
Dari: taiping
|
Posting pada: 26-10-05 13:24
assalamualaikum.. hmm,isu ni pun memang dah lme.. dah jadi kurap pun.. bukan tak boleh nak ubati,tapi benda ni dah lme melarat.. kebanyakkan scene tu terjadi tanpa director.. hehehe.. banyak berlaku dalam bas ekspress yang perjalanan jauh.. kan banyak trip untuk perjalanan jauh waktu malam.. so,apa lagi.. bermula bas bergerak keluar dari terminal,masih baik.. duduk bersebelahan masih elok dipandang orang.. bila malam makin larut.. drama pun bermula.. bukannya ada penguatkuasa agama pun dalam bas kan? ala,waktu malam bukan orang nampak pun.. betul tak? kalau ditegur,melenting si romeo.. apa nak jadi dengan generasi sekarang? wallahualam.. masing-masing kena betulkan diri sendiri.. itu saja komen saya.. masing-masing kena ada kesedaran dari diri sendiri.. sekian.. wassalam..
|
rifhan_irfan
Warga Rasmi Menyertai: 14.10.2005 Ahli No: 19826
Posting: 19
Dari: taiping
|
Posting pada: 26-10-05 13:30
Pada 25-10-05 23:43 , nurlynn posting:!!! QUOTE !!! apa kata bas lelaki untuk lelaki..bas perempuan untuk perempuan... assalamualaikum.. hmm,sungguh bernas idea saudari tu..boleh ke idea saudari diterima umum?sure ramai yang membantah..suami isteri kena naik bas berasingan..anak2 bagaimana?kalau ada perkhidmatan bas begitu,sure tak ada orang nak guna perkhidmatan bas tu..hehehe.. itu saja..jangan terasa dengan komen saya..sekadar mengemukakan pandangan yang lahir ikhlas dari hati..semoga saudari tak ambil hati..sekian..wallahualam....
|
sea-tea
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 26-10-05 13:48
assalamualaikum... astaghfirullahal a'zim....mengucap panjang ana baca artikel posting ni...macam ni ke umat Muhammad sekarang? apa nak jadi ni? YA Allah...masa makin lama makin singkat, umur makin meningkat, kiamat makin dekat, Kenapa buat maksiat tak pernah nak penat? na'uzubillah... ana pernah dengar jugak kawan2 sekelas ana cerita pengalaman mereka tentang tragedi macam ni...tapi setakat ni, ana tak pernah pulak terserempak dengan 'makhluk2' macam ni kalau ana naik bas ekspress...-makhluk ke mereka ni?-tapi kalau yang kat luar tu, macam dalam lrt ke..selalu jugak... pernah sekali ana perli perempuan tu lepas pakwe diye kuwar dari train,kebetulan pula dia duk sblah ana...buat muka dunno saja lah perempuan tu..ya Allah...makin takut ana bila ingatkan balik semua ni...moga2 kita dijauhkan dari semua ni...
|
sea-tea
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 26-10-05 13:54
Pada 24-10-05 00:52 , Belalang_kampung posting:!!! QUOTE !!!
Jika kerajaan mempunya fikrah Islam tulen, akan ada rasa kerisauan pada rakyatnya yang terdedah pada kemaksiatan yang begitu mudah sekarang..
cuba renungkan dan dalami maksud ayat tu...salah siapa sekarang? p/s...janji Allah,ISLAM akan pasti bangkit kembali!!! ----------------- ~carilah insan yang menyintaimu tidak lebih dari cintanya pada Allah dan tidak memuja mu,sebaliknya memuja Allah~
|
srikandisutera
WARGA SETIA Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu
|
Posting pada: 26-10-05 17:10
pernah nampak dengan mata dan pernah dengar dengan telinga sendiri..astaghfirullah.. harap2 ada syarikat bas ekspress yang pertama yang buat tempat duduk asing antara lelaki dan permpuan...selamat dunia akhirat...!!!
|
fizah_862000
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2004 Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban
|
Posting pada: 26-10-05 17:45
ni pulak cerita saya.. malam 2 saya balik seorang seremban - ok.terengganu. kena duduk sblah lelaki. macam biasa minta tukar dengan driver. dia bagi...tapi, dia cakap tengoklah sapa yang sanggup tukar dengan awak. kebetulan malam 2 semua seat perempuan dengan perempuan lelaki dengan lelaki. kecuali satu seat ni..... mereka ni couple yang belum kahwin lagi. jadi, saya ckplah dengan mereka nak minta tukar boleh tak? pakwe dia ok saja pada mulanya. tapi, makwe dia... fhm2 sajalah. makwe dia tak bagi. tapi, dsebabkan mak saya ada masa 2 , jadi si pakwe dengan rela hati tukar tempat duduk dengan saya. mm saya pun dk lah sblah awek dia..yang tengah marah tu. buat selamba saja. lepas itu, bila bas berhenti tehat, awek dia cakap kat saya " kak, akak duduk sana boleh tak? saya nak duduk sebelah boyfriend saya" . fuh.... power! terkejut saya... tulah first time ada orang cakap kat saya macam 2. saya ok lagi... jawab baik2. lepas itu dia turun.... pakwe dia dengan lelaki sebelah pakwenyer pun turun.... saya dah gabra... bila mereka naik, dengan selamba si lelaki yang dok sebelah pakwe dia tu datang dok sblah saya. dan awek tu pun dok sblah pakwenyer.....masa 2 saya macam nak nangis.... rasa nak marah..control. tapi, apa yang boleh saya buat masa 2? hak dia..... saya dah tegur, dia tak makan saman. orang lain dalam bas 2 buat dek. saya tak tdor...sebelah llki 2. sampai separuh perjlanan, budak depan saya turun, saya pun tukar dok sblah perempuan...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 26-10-05 21:52
tengok lah sekarang. macam-macam kejadian dah berlaku. tapi masih ramai yang masih tak sedar diri.....inilah yang dikatakan tanda2 dunia akhir zaman.......sementara masa masih ada ni, renungkanlah diri agar mendapat keredhaan Allah dan menghindarkan kemungkarannya. terus semarakkan perjuangan islam.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-10-05 23:37
Pada 25-10-05 23:01 , Prof_Muslim posting:!!! QUOTE !!! Nampaknya ada juga yang memberi cadangan... dan pandangan yang bagus.. Namun sekiranya masih ada teruskan posting di sini ....supaya kita boleh usahakan sebagaimana yang mampu untuk gerakkan kuasa tertentu...bukan setakat luahkan perasaan sahaja...
Wasslam al-hamdu li'Llah, baguslah kalau pihak ukhwah.com cuba untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi masalah ini, walaupun ia mungkin dalam bentuk teguran dan saranan, dan sama ada membawa kesan atau tidak, namun in sya'a'Llah usaha kita akan dinilai oleh Allah s.w.t., sedangkan hasilnya terpulang kepadaNya... bagi saya, bagus juga cadangan untuk membiarkan lampu terbuka dalam bas pada waktu malam, sekurang2nya biarlah lampu yang malap pun asalkan keadaan tidak dalam gelap gelita... masih boleh nampak apa yang berlaku di sekeliling... tentang asing2 bas antara lelaki dan perempuan, cadangan ini mungkin susah diterima oleh pelbagai pihak, kecuali dalam musim cuti bila banyak bas2 yang berjalan... dalam banyak2 bas tu bolehlah diasingkan antara penumpang lelaki dan penumpang perempuan... saya pun ada satu pendapat kat sini, iaitu sebagaimana saranan oleh kerajaan PAS untuk mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan dalam bas... saya rasa elok kalau kita klasifikasikan pembahagian tiket kepada satu kategori lagi, iaitu atara lelaki dan perempuan... kalau kita tengok selama ni ada dibahagikan tiket antara kanak2 dan orang dewasa, elok juga kalau diwujudkan tiket lelaki dan tiket perempuan pula... memang boleh berlaku penipuan semasa pembelian tiket, tetapi ia boleh diatur semula oleh pegawai bas ketika semua penumpang telah berada dalam bas... untuk pasangan suami isteri atau mahram pula, mereka perlu menunjukkan bukti yang jelas tentang hubungan mereka, sama ada IC atau kad nikah... kalau mereka berkeras juga taknak ikut, batalkan sajalah tiket mereka sebab tak ikut peraturan syarikat... sekadar pendapat dari saya... elok juga kalau kita dapat suarakan pandangan dan saranan kita kepada pihak yang berkaitan sebagaimana saranan Prof_Muslim di atas... wassalam... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-10-05 23:54
assalamualaikum wrwb... kapel2 ni tak kira...mana tempat yang port baik nya...mereka on sajalah...itu masalahnya... mungkin boleh dicadangkan pada majalah MASTIKA untuk buat pendedahan tentang gejala ini....lepas tu MAWI akan gelang2 kepala memikirkan gejala ini...tengok sajalah
|
achik_solehah
WARGA SETIA Menyertai: 04.07.2003 Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 11-11-05 08:21
Astaghfirullah... takut pulak ana nak balik kampung naik bas. rasa macam berada kat tempat maksiat saja...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 11-11-05 09:15
takdelah sampai bas tu dah jadi satu tempat maksiat seperti pub dan sebagainya... cuma ia dijadikan port maksiat oleh orang-orang tertentu yang tak berusaha nak kawal nafsu... jadi tak payahla nak takut sampai macam tu... memang perlu ada rasa takut dalam diri, cuma benda tu boleh dielak... sebaik2nya kalau perempuan naiklah bas dengan berteman, kalau tak pun kalau sebelah tu orang lelaki minta tukar dengan seat lain yang boleh duduk dengan orang perempuan juga... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 11-11-05 09:38
ingat tak kaedah "saddu al-zara'i`"... iaitu menutup pintu2 keburukan... kalau mengikut kaedah ni, orang perempuan yang ingin menaiki bas hendaklah memastikan bahawa mereka berteman, kalau tak sampai wajib pun, sepatutnya ia hampir kepada hukum wajib... setuju tak...?  "Dan jangalah kamu campakkan diri kamu kepada kebinasaan..." Sadaqa'Llahu'l-`Azim... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 11-11-05 19:02 ]
|
farhanin
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2004 Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..
|
Posting pada: 11-11-05 11:42
Pada 23-10-05 08:01 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! tak pernah nampak, tapi pernah dengar... na`uzu bi'Llahi min zalik, minta dijauhkan................ samelah.. minta dijauhkan.. sebab saya balik siang.. tak pernah malam ----------------- BiaR rEbaH jaNgaN berUbaH... biar Terbuang TeruS berJuaNG bersama MenggApai cinTA Nya yang terAguNG
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 11-11-05 19:59
Saya rasa elok juga diberi kusasa kepada. mahkamah syariah/penguat kuasa agama untuk lakukan ujian DNA.baru la tau dia orang buat kerja tu ke tak ...? kalau tanya saja mereka mesti tak mengaku .....kalau ada orang dengar bunyi pun mereka akan kata gurau saja..???
|