Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: MINTA TOLONG!!!!!!!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» MINTA TOLONG!!!!!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh MINTA TOLONG!!!!!!!

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 11:32


assalamualaikum semua..
pagi tadi ada seorang junior datang berjumpa dengan saya dan menceritakan masalahnya..saya rasa sedih mendengar masalah yang di hadapinya...saya tak tahu bagaimanakah cara yang terbaik untuk membantu junior saya ni..jadi saya ingin meminta bantuan semua sahabat2 di sini manalah tahu ada sesiapa yang sudi dan ingin membantu..ceritanya begini..
ayah dia dah mengamalkan ilmu tarikat sejak dia berusia 9 tahun lagi..dan ilmu yang di pelajari itu sudah sesat...ayah dia tak pernah solat..bila ditanya Kenapa dia tidak solat,dia cakap dia sudah niat solat..jadi tak perlulah solat.dia kasihan melihat mak dia menderita dengan perangai ayah dia..dah macam2 cara mak dan dia lakukan untuk nak megubati ayahnya..dia dah cuba membaca yasin tapi entahlah..dia kata kalau nak baca yasin kat ayahnya,dia terkelu..tak boleh nak baca...entah ilmu kebal apa yang ayah dia pelajari.selain itu,ayah dia juga kaki perempuan.banyak sangat perempuan simpanan ayah dia..dia sendiri dah pergi jumpa perempuan2 tu,tapi tak ada penyelesaiannya..baru-baru ni dengar kata ayah dia berkahwin dengan seorang perempuan indonesia..dan dengar katanya,perempuan tu dah balik ke indonesia sebab nak bersalin kat sana..tak tahulah sama ada mereka berkahwin atau pun tidak sebab ayah dia pernah cakap pasal nikah batin..nikah yang tak perlu akad nikah..hanya ALlah yang menjadi saksi..
saya kasihan sangat melihat dia..dengan menangis teresak2...dia juga beritahu saya bahawa dia pernah putus asa dan sampai nak bunuh diri..mujurlah dia ingat pada ALlah.kalau tak dah lama dia nak bunuh diri..saya terkejut dengar kata-kata dia..tapi bila di fikir dalam hati,bercakap lagi mudah daripada merasa sendiri..apa yang saya hanya mampu berkata,sabar..sabar..sabar..
jadi,dia cuba minta tolong pada saya..macam mana nak ubah ayah dia balik agar ayah dia kembali ke pangkal jalan..agar ayah dia insaf kembali...dia sedih sangat2.mak dia pernah cakap pada dia yang dia nak nak bercerai..tapi mak dia kasihan pada adik2nya...saya cakap dalam kes ni,agak berat dan sukar untuk saya membantu..jadi saya nak minta bantuan sahabat2 di sini..bagaimana caranya untuk nak memulihkan ayahnya agar ayah dia sedar bahawa ilmu yang dia anuti tu adalah sesat.ada ke doa2 atau apa-apa sahaja cara untuk nak menyelesaikan masalahnya..
ok,saya hanya niat ingin membantu..sesiapa yang sudi atau tahu caranya,bantulah junior saya ni...
mudah2an..segala niat baik kita,akan beroleh ganjaran daripada Allah..insyallah..tolonglah

Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 14:45


Waalaikumussalam...

Prof juga turut bersedih bila mendengar begitu hebat cabaran yang dihadapi oleh saudari tersebut. Sebab Ayahnya sudah amalkan tarikat ( jenis amalan macam mana ? ) yang mungkin sebati dalam hidupnya. Lebih - lebih menyembut soal solat pakai niat saja...lepas itu tidak perlu buat. Adakah berkaitan dengan ajaran sesat yang pernah heboh sebelum ini.

Sukar juga bagaimana nak jelaskan sebab Prof tak tahu juga nak membantu selain berdoa dan solat hajat. Tetapi kalau boleh bawalah junior aeina itu berjumpa dengan mana-mana Ustaz ( bukan Bomoh ) atau mana Orang Alim yang boleh membantu. Insya-Allah pasti ada cara unutk menyelesaikannya.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 14:49


mm..tapi tu lah..memandangkan kami ni masih lagi student.kat hospital pulak tu.agak sukar nak cari ustaz kat sini.kat mana perlu saya cari ustaz2?ada tak sesiapa yang ada kenal dengan ustaz,ataupun,ustazah,ataupun orang2 yang alim dalam bab agama ni?boleh tak bagi contact number atau email ke atau apa-apa sahaja yang boleh di contact??kalau sesiapa yang ada tolong berikan ye...kalau boleh yang dekat2 area kl,pj..lebih mudah utuk nak berbincang.mudah2an kita di beri ganjaran yang setimpal atas niat ikhlas kita ni..
[ Telah diedit oleh: aeina pada 14-10-05 14:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 14:55


Prof tak ada maklumat lengkap terutama kawasan berdekatan aeina berada. Takpa Insya-Allaah pasti adea sahabat yang baca topik ini akan bantu beritahunya. Dan mengapa berada di hospital ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 15:07


....cadangan saya report saja kat jabatan agama ISlam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 14-10-05 15:11


Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan tempat tersebut...
Bantulah saudara kita secepat mungkin...Allah sentiasa berada di pihak yang benar...


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 15:16


payah juga masalah ni...


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 15:17


Pada 14-10-05 14:55 , Prof_Muslim posting:

!!! QUOTE !!!

Prof tak ada maklumat lengkap terutama kawasan berdekatan aeina berada. Takpa Insya-Allaah pasti adea sahabat yang baca topik ini akan bantu beritahunya. Dan mengapa berada di hospital ?


Kenapa dekat hospital??sebab saya belajar kat pusat perubatan um(HUM)..student nurse..sebab tu kat hospital..ok,sapa2 yang boleh tolong.atau ada kenalan tolong lah ye..
terima kasih pada semua2 yang sudi bagi cadangan dan terima ksih atas keprihatinan anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 23:44


Assalamualaikum....saudari aeina, Semoga kita semua sering diberi pertunjuk dan hidayah olehNya sentiasa insyaAllah....

Pertamanya, berikan ucapan sabar yang banyak kepada kawan saudari enti tu..Maka "sabarlah (amalan) yang terbaik" ....

keduanya, Ana cadangkan saudari adukan terus kepada Jabatan Agama atau Majlis Agama kerana ini adalah tanggung jawab yang besar dan tidak boleh disorok2, ia perlu didedahkan kepada umum, Rasanya bukan bapa kawan saudari sahaja yang terperangkap tetapi masih ramai orang lain yang mengikut ajaran sesat itu.... Ye la, Ajaran Ayah PIN yang nyata2 sesat itu hampir 2 ribu (kalau tak salah) pengikutnya di seluruh negara.... Jadi perlu ambil tindakan segera dan jangan berlengah lagi ya.... Jabatan agama dan Majlis agama amat arif tentang hal ini... dan kita yakin mereka boleh handle masalah ini.

Emmm rasanya ini respon terdekat untu diambil tindakan.... Semoga dimudahkan ALlah insyaALlah. wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 23:45


Emm tak payahlah nak pergi jumpa mana-mana bomoh lagi:), pergi buat aduan dulu ke Majlis Agama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-10-05 23:48


assalamualaikum wrwb...

ok aeina...gini...

pertama sekali kawan aeina ni kena adukan pada Pejabat Agama Daerah berdekatan masalah ni juga kepada imam masjid kariah berdekatan.

lagi satu saya nak tau kawan aeina ini orang mana?...kalau oang N9 saya akan cuba membantu... :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 23:54


abang Imam juga Pegawai Jabatan Agama Daerah Jempol Negeri Sembilan..
Insya-Allaah kita sama-sama berusaha bantu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 01:59


!!! QUOTE !!!

dia kata kalau nak baca yasin kat ayahnya,dia terkelu..tak boleh nak baca


1.Mungkin boleh jadi dia takut sangat.
2.Mungkin boleh jadi ayah dia 'guna' jin.
antara cara nak elak jin..dengan amalkan Ayat Kursi


!!! QUOTE !!!

ayah


Doa seorang anak kepada ayah...


Mungkin perkara ni juga perlu dibawa ke Jabatan Agama Islam....

Wallahualam...

terkelu juga baca posting ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 07:54


perkara macam ni pernah terjadi pada waris saya (orang yang ada pertalian darah). disebabkan melihatkan ilmu tersebut seperti sesat, isteri dia selalu buat solat hajat di tengah malam minta bantuan Allah swt supaya Allah swt selamatkan suaminya dan jauhkan keluarganya daripada 'tok guru' yang mengajar ilmu hitam itu.

dengan izin daripada Allah swt, akhirnya suaminya berubah dan kembali ke pangkal jalan. kesan daripada tumpuan dan harapan kita terhadap bantuan Allah swt. tapi kenalah betul2 bersungguh buat solat hajat tu, dengan penuh harap dan penuh yakin. kalau kata nak 'cuba' buat solat hajat.... baik tak payah...Allah swt pasti takkan bantu...

buatlah dengan penuh harap dan yakin pada pertolongan dan kekuasaan Allah swt. jangan sekali2 pergi kepada makhluk...sebab makhluk langsung tak boleh bantu kita. baik juga minta nasihat dan bantuan ustaz2 yang 'mursyid'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

hyerul
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19681
Posting: 22
Dari: Perak Darul Ridzuan

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-05 07:05


Sebagai tambahan untuk "Islamic_prince88"..dalam bacaan ayat kursi tu..pastikan di baca dengan 9 kali berhenti..

Erm..dalam masaah ni, ana pernah dengar kat satu ceramah. Seorang remaja dengan seorang tua yang mengaku dirinya solat dengan niat. Si orang tua tu tak hendak mengalah kerana menganggap si pemuda tu masih muda dan ilmu pun tak seberapa lagi. dalam pada tu, si pemuda tidak putus asa untuk menolong orang tu. Dalam dialog si pemuda dengan orang tua tu, si pemuda tidak mengajukan satu soalan.Si tua mengatakan bahwa, Allah tidak mengajar cara kita solat dengan lengkap dan tiada cara solat dalam diajar dalam Al Quran "Sekiranya pak cik hanya bersolat dengan niat, Kenapa makan menggunakan tangan? Bukankah Allah tidak mengajar kita cara-cara makan iaitu menggunakan tangan untuk menyuap dan kunyah dan seterusnya." Soklan si pemuda menyebabkan si tua mula berfikir dan menilai kebenaran si pemuda.
Alhamdulillah, AKhirnya, si tua berjya di selamatkan.
Dengan itu, apabila berdialog dengan orang-orang seperti ini, kita mesti bersedia menggunakan akal dan bertawakkal kepada Allah kerana mereka akan menolak dalil2 yang di utarakan kita.
semoga dapat di jdkan iktibar dan maaf sekiranya saya tersilap dan harap di betulkan sekiranya tersalah..wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyerulProfil   Hantar PM kepada hyerul   Quote dan BalasQuote

Ikhwan23
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13474
Posting: 60
Dari: Dimana sahaja yang diizinkanNya

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-10-05 07:58


Kalau semua ahli ukhwah buat solat hajat minta pada Allah,pasti akan turun bantuan dariNya.
Bersama kita membantu walau sedikit.ana tak ada pengalaman dalam bab2 begini cuma ana mampu doakan sahabat kita tu.Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ikhwan23Profil   Hantar PM kepada Ikhwan23   Quote dan BalasQuote

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-05 13:40


Pada 14-10-05 23:48 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wrwb...

ok aeina...gini...

pertama sekali kawan aeina ni kena adukan pada Pejabat Agama Daerah berdekatan masalah ni juga kepada imam masjid kariah berdekatan.

lagi satu saya nak tau kawan aeina ini orang mana?...kalau oang N9 saya akan cuba membantu... :-?

waalaikumussalam.
maaf lambat..saya baru habis bercuti;-)
junior saya ni orang rawang..kat sini saja..hari tu masa raya,dia mesej saya,..dia kata ayah dia tak balik pun..dah berapa tahun tak balik...kasihan pulak dia..dia kata dia sedih sangat sebab ayah dia buat macam ni..kasihan kat mak dia.. :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-05 13:43


Pada 15-10-05 01:59 , Islamic_prince88 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

dia kata kalau nak baca yasin kat ayahnya,dia terkelu..tak boleh nak baca


1.Mungkin boleh jadi dia takut sangat.
2.Mungkin boleh jadi ayah dia 'guna' jin.
antara cara nak elak jin..dengan amalkan Ayat Kursi




Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

aeina
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17181
Posting: 8
Dari: pusat perubatan uM

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-05 13:47


Pada 15-10-05 07:54 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

perkara macam ni pernah terjadi pada waris saya (orang yang ada pertalian darah). disebabkan melihatkan ilmu tersebut seperti sesat, isteri dia selalu buat solat hajat di tengah malam minta bantuan Allah swt supaya Allah swt selamatkan suaminya dan jauhkan keluarganya daripada 'tok guru' yang mengajar ilmu hitam itu.

dengan izin daripada Allah swt, akhirnya suaminya berubah dan kembali ke pangkal jalan. kesan daripada tumpuan dan harapan kita terhadap bantuan Allah swt. tapi kenalah betul2 bersungguh buat solat hajat tu, dengan penuh harap dan penuh yakin. kalau kata nak 'cuba' buat solat hajat.... baik tak payah...Allah swt pasti takkan bantu...

buatlah dengan penuh harap dan yakin pada pertolongan dan kekuasaan Allah swt. jangan sekali2 pergi kepada makhluk...sebab makhluk langsung tak boleh bantu kita. baik juga minta nasihat dan bantuan ustaz2 yang 'mursyid'

mm..memang ramai yang cakap macam tu pun..dan saya dah sampaikan kat dia..saya dah suruh mak dia dan kalau boleh dia sekali buat solat hajat tiap2 malam dengan yakin..dia kata memang dia buat cuma tak teratur la..kadang-kadang buat,kadang-kadang tak..tapi dia kata dia akan cuba lepas ni..tak tahulah macam mana...apapun,terima kasih ye atas cadangan tu..saya akan sampaikan kat dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aeinaProfil   Hantar PM kepada aeina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.47849 saat. Lajunya....