Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Ikhlas : satu persoalan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ikhlas : satu persoalan

Please Mendaftar To Post


Oleh Ikhlas : satu persoalan

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-10-05 07:45


Assalamualaikum,

kat sini saya just nak minta pandangan ikhwah dan akhwat, ustaz dan ustazah sekalian tentang persoalan ikhlas.

situasi 1.
jika ada seorang muslimat memaksa dirinya memakai tudung sedangkan di terasa sangat tak suka pakai tudung. dia pakai sebab dia tau benda tu adalah suruhan Allah dan ia adalah wajib.

situasi 2.
seseorang tu sangat pemalas termasuklah untuk menunaikan solat. namun kerana tahu solat itu wajib dan di suruh Allah, maka dia melakukan solat juga.

dalam kes-kes dia atas, apakah dikatakan mereka ini ikhlas kerana Allah? ana pernah berbincang dengan beberapa orang sahabat, dan mereka mengklasifikasikan ibadah yang dilakukan oleh kedua-dua orang diatas adalah tidak ikhlas kerana mereka buat bukan secara ikhlas (di hati).

ana mengajukan persoalan ini kerana ada dikalangan muslimin dan muslimat yang berkata "saya tak nak pakai tudung selagi belum terbuka hati (terasa ikhlas nak pakai)". kata-kata yang hampir serupa juga diucapkan sebagai alasan untuk tidak menjalan kewajiban mereka.

saya berharap satu jawapan yang ilmiah dan bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 11:02


Pada 13-10-05 07:45 , peacemaker posting:

!!! QUOTE !!!


ana mengajukan persoalan ini kerana ada dikalangan muslimin dan muslimat yang berkata "saya tak nak pakai tudung selagi belum terbuka hati (terasa ikhlas nak pakai)". kata-kata yang hampir serupa juga diucapkan sebagai alasan untuk tidak menjalan kewajiban mereka.


ikhlas atau tidak, tetap tidak menggugurkan kewajipan seorang Muslim daripada melaksanakan syariat yang telah diperintahkan. keikhlasan itu nilaiannya hanya pada Allah, bukan kita yang menentukan

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata..."    {QS Al-Ahzab: 36}

wAllahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 21:39


yang itu menjadi permasalahannya. sebab ada yang jenis tak phm. tambahan pula, hari tu ada borak dengan seorang kawan ini. dia kata, bagi dia ikhlas... katakan ada seorang ini yang tak solat.. tiba2 dia memang terasa sangat nak solat.. jadi dia pun solat. dan bagi dia, masa orang tu solat, dia memang tul2 ikhlas. bagi saya, saya tak bersetuju. ada komen?

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-10-05 22:24


Ikhlas dalam niat bagaikan seekor semut seni hitam, di atas sebiji batu besar hitam pada malam yang gelap...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-10-05 23:48


Assalamualaikum wrt wbt.....

Emm satu persoalan menarik, nampaknya agak unik dan menarik tetapi ia masih berkisar di dalam topik yang tapak dan asas....

Emm sebenarnya pada permasalahan ini kita boleh bahagikan pada dua persoalan atau isu... pertama adakah ibadah yang dilakukan tanpa keikhlasan akan diterima oleh Allah swt atau terlaksana perintah kewajipannya atas setiap muslim... dan Persoalan Kedua, Adakah dengan semata2 keikhlasan segala amalan dan ibadah kita boleh terlaksana...?

Sabda Nabi saw bermaksud: "DIbina Islam itu di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan ALlah, mendirikan sembahyang............Mengerjakan haji jikalau engkau mampu..."

Umum maksud hadis ini menunjukkan bahawa segala lima perkara itu (rukun islam) adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh seorang muslim sama ada secara sukarela atau terpaksa, ikhlas ataupun tidak dsbgnya.....

Firman ALlah swt bermaksud: "Tiada paksaan di dalam agama...." (albaqarah:255)
Ayat ini menunjukkan bahawa tiada paksaan bagi seseorang untuk menganuti agama islam, tetapi apabila ia telah masuk maka ia perlu mengerjakan atau menunaikan segala perintah (kewajipan) dan menjauhi segala larangan (kemungkaran dan haram)..... sama ada secara ikhlas ataupun tidak.

Perbezaan antara sukarela, khusyuk dan ikhlas.

Ringkasnya, jawapan untuk soalan pertama adalah tidak diperlukan keikhlasan secara mutlak untuk terlaksana segala kewajipan. JIkalau wujud keikhlasan itu maka ia adalah lebih sempurna dan ia amat digalakkan bagi setiap muslim (berdasarkan ayat di atas). Adapun khusyuk ialah melakukan amalan atau ibadah penuh fokus kepada ALlah swt, yakni tanpa lintasa dan dan gangguan perkara luaran; dunia dan dsbgnya...Salah satu contoh khusyuk ialah sahabat yang ditembusi panah meminta untuk mencabut panah itu ketika ia bersembahyang..Imam ghazali yang mengimami jemaah antara mereka ialah abgnya, dia telah melihat imam ghazali seperti seketul daging berdarah...setelah solat imam ghazali ditegur tentang itu, lalu ia menjawab. saya kesal kerana ketika solat saya sedang memikirkan satu permasalahan haid wanita dan permasalahan itu membuntuiku.

Keikhlasan sebenarnya adalah lahir dan terbit dari perbuatan sukarela yakni tanpa paksaan. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan tanpa paksaan maka jalan2 untuk lahirnya keikhlasan adalah lebih tinggi. Dan sukarela itu asalnya juga lahir dari perbuatan yang dipaksa. Inilah hikmah dan makna hadis bahawa perlu disuruh kanak2 berumur 7 tahun untuk melakukan solat dan perlu pukul ketika berumur 10 tahun. Tidakkah ini menggambarkan satu paksaan. Ya, tetapi dari tarbiah dan pembentukkan sebeginilah yang akan melahirkan sukarela lalu menelurkan keikhlasan.....

Firman Allah swt bermaksud: "Dan tidak mereka itu diperintah melainkan untuk menyembah ALlah swt dengan penuh keikhlasan " (al-Bayyinah:4)

Maksud ayat di atas tugas menghambakan diri kepada ALlah swt hendaklah dengan penuh keikhlasan. Maksudnya keikhlasan adalah amat digalakkan di dalam agama. Tetapi adakah dengan keikhlasan itu segala amalan dan kewajipan itu akan terlaksana? Jawapan yang mudah dan ringkas,,,TiDAK.

Oleh itu, tidak timbul masalah seseorang perlu melakukan solat atau bertudung di saat ketika keikhlasan wujud di dalam dirinya, dan jikalau keikhlasan tiada maka kewajipan itu juga ternafi...... Inilah yang dinamakan bisikan syaitan dan nafsu al-ammarah bissu'. (menyuruh ke arah kejahatan).... Bisikan timbul dan wujud kerana ketiadaan ilmu dan pertunjuk. Juga tidak timbul, jika tiada keikhlasan maka ibadah kita tidak dinilai dan tidak terlaksana kerana kewajipan tidak terhenti di atas keikhlasan dan sukarela....Tetapi jikalau ia terlaksana berlandaskan kedua2nya maka itu adalah amat digalakkan dan ia amat sempurna. Ia adalah maqam yang tertinggi kerana selepas itu .... maqam al-ehsan akan wujud dan berlaku. Sabda Nabi saw bermaksud: "Ehsan ialah bahawa engkau menyembah ALlah seperti engkau melihatNYa, sekalipun engkau tidak melihatNya sesungguhnya ALlah itu Maha melihat kamu..."

Ia memberi maksud bahawa jarak dan taqarrub kita dengan ALlah swt amat dekat dan tinggi.


Emm rasanya jawapan ini agak tidak tersusun, tetapi harapan ia boleh menjadi renungan dan pengajaran untuk semua insyaALlah....wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-10-05 07:58


walaupaun dia taat perintah Allah dengan hati yang tak bersedia, dia kena buat juga....ikhlas hanya Allah yang tentukan.....nak atasi masalah ni usaha atas iman. malas taat perintah Allah bukan tak ada ilmu...ilmu dah ada dah tapi iman lemah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 15-10-05 12:40


Pada 15-10-05 07:58 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

walaupaun dia taat perintah Allah dengan hati yang tak bersedia, dia kena buat juga....ikhlas hanya Allah yang tentukan.....nak atasi masalah ni usaha atas iman. malas taat perintah Allah bukan tak ada ilmu...ilmu dah ada dah tapi iman lemah


erm...setuju sangat...
pernah juga diberitahu yang apabila kita buat sesuatu, ikhlas atau tidak, hanya Allah saja yang tahu...


-----------------
hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
hidup kita bagaimana???


Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-10-05 13:47


sbenarnya saya ada buat beberapa research tentang ikhlas tahun lepas lagi. tapi kerana ia agak bertentangan dengan kefahaman umum kita, saya cuma simpan saja. dan harap dapan diperbincangakan di sini. untuk kali ini saya akan sertakan analogi dahulu dan harap dapat beri pandangan.

pertama-tamanya, saya rasa semua setuju Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyanyang. dan kasih sayang Allah kepada manusia itu jauh lebih tinggi daripada kasihnya manusia dengan manusia.

analogi ini berkaitan dengan sepasang kekasih. katakanlah, si lelaki ni tak suka pakai baju kemeja dan mungkin suka pakai baju selekeh dan pakai rantai2 dan gelang2 ke. lepas itu kekasih dia suruh dia tanggalkan rantai dan gelang dan berpakaian yang sopan seperti kemeja walaupun dia tahu si lelaki tu tak suka. oleh kerana permintaan kekasihnya suruh, si lelaki itu pun turut kemahuan kekasihnya WALAUPUN DI HATINYA, DIA tak SUKA. Dan apakah anda rasa tentang perasaan si kekasih itu kepada lelaki yang SANGGUP BERKORBAN DAN MENURUT PERMINTAANNYA WALAUPUN DIA tak SUKA? adakah dia akan marah kerana lelaki itu ikut cakap dia tetapi tak suka? atau pun dia makin sayang kerana lelaki itu sanggup berkorban kerana dia?

"cintanya cukup ikhlas" itu lah apa yang biasa kita dengar daripada mulut orang-orang yang bercinta yang pasangannya sering berkorban untuk dirinya. Dan kita selalu disempitkan pemikiran kita. berkorban untuk kekasih boleh dan dikatakan ikhlas. tetapi berkorban untuk "Kekasih Agung" kita dikatakan tidak ikhlas dan akan tertolak amalan kita.

Apakah Allah akan menghukum kita dan menolak amalan kita kerana korbankan kepentingan kita yang tak suka lakukan sesuatu itu ? penat2 kita berkorban, lakukan sesuatu yang kita tak suka kerana Allah suruh, dan kemudian amalan itu ditolak? Adakah itu sifat Allah?

seperti mana yang saya katakan, sifat pengasih penyanyang Allah itu adalah jauh lebih agung daripada kasih sayang manusia. Harap semua tak tersalah faham daripada kata-kata saya. saya cuma melontarkan satu sudut pandangan yang berbeza untuk kita sama2 bincangkan.

saya memohon keampunan daripada Allah jika kata-kata dan pemikiran saya ini salah dan keampunan atas kejahilan diri ini. Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-05 13:49


:roll: :roll: eermmmmm...payah juga soalan ni..... :oops:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-10-05 16:08


tak ada komen ke? :| tak ada masalah jika ada yang nak menghemtam hujah2 saya. kita anggap ini adalah bincang2 ilmiah :di walaupun tak ada meja bulat. saya nampak benda ni agak penting kerana dalam perkara ini, dapat membuatkan orang patah semangat untuk berubah dan dapat membuat orang bersemangat untuk berubah.

mungkin analogi sebelum ini jarang2 terkena pada kita. oleh itu saya tambah dengan analogi yang lain dan mungkin dihadapi dalam sekitar hidup seorang daie.

analogi 1:
semua dari kita tau betapa besarnyer pahala jika solat berjemaah di masjid. tapi bape ramai yang memang sentiasa rasa rajin nak ke masjid. paling2 kurang pun, semasa kita mula nak mendisplinkan diri kita untuk ke masjid..kita akan rasa sangat sangat sangat malas. tapi kerana kita tahu akan bertapa penting nya dan besarnya kebaikan untuk bersolat di masjid..kita cuba untuk mendisplinkan diri kita. adakah dalam jangka masa itu kita dikatakan tidak ikhlas?

analogi 2:
sebagai seorang naqib, kita ada tanggungjawab untuk mengadakan usrah. walaupun kita busy, kita akan cuba luangkan masa untuk adakan juga usrah kerana kita tau kepentingannya dan kita buat kerana Allah swt. adakah kita cuma buat usrah bila kita berkelapangan atau bila kita rasa nak buat saja? ataupun kita buat juga walaupun kita sesibuk mana dan kadang-kadang terasa terpaksa untuk memaksa diri adakan usrah.

afwan jika ayat sukar difahami. tapi lebih kurang begitu la. mungkin kalau kita cerita tentang tuntutan tudung dan solat, kita semua dah selesai. sekarang saya bagi analogi yang related dengan hidup kita sebagai daie dalam mencari redha Ilahi.

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

i_indi025
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2005
Ahli No: 20007
Posting: 9
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-10-05 12:37


Ikhlas hanya akan terjadi bila mana kita benar-benar menghadiriakn diri kita hanya untuk Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For i_indi025Profil   Hantar PM kepada i_indi025   Pergi ke i_indi025's Website   Quote dan BalasQuote

cadetofficer
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.04.2004
Ahli No: 8275
Posting: 129
Dari: LENGGONG

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 18:22


saya teringat ajrn ustaz saya dulu.

ikhlas ada dua: ikhlas sebenar dan istikhlas (paksarela).

ikhlas sebenar ialah bila kita buat sesuatu dengan rela.. tidak sebab orang lain tapi atas jiwa yang nekad dan kemahuan yang nyata.

istikhlas pula paksa rela. hati berat nak sembahyang tapi buat juga sebab wajib.

ustaz kata lebih baik istikhlas dulu...mestilah mencuba. contoh, qiamullail tu paksa2 lah menangis...buat2lah emosi tu dulu......bila dah biasa hati itu menjadi senang melakukannya.

amalan menjadi sikap bila diteruskan 40 hari...subconcious mind dah simpan prototype repetitive behaviour.

maaf kalau salah, wallahu alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cadetofficerProfil   Hantar PM kepada cadetofficer   Pergi ke cadetofficer's Website   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 00:55


alhamdulillah. ini first time juga dengar pasal istikhlas. daripada apa yang antum faham, kalau kita paksa diri tu, (paksa diri untuk pakai tudung kerana wajib, paksa diri untuk solat kerana wajib) tu semua, apakah kita masih dapat pahalanya?

wallahu alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

faridah_stam
Warga Rasmi
Menyertai: 11.08.2005
Ahli No: 18039
Posting: 19
Dari: muadzam shah,pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 24-10-05 02:19


persoalan yang agak mencabar...macam2 analogi tapi ana masih tak faham...tapi apa yang ana tau.... soal ikhlas atau tidak itu hanya Allah yang tahu.....sukar untuk di persoalkan oleh akal fikiran kita.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For faridah_stamProfil   Hantar PM kepada faridah_stam   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 23:31


Assalamualaikum
Pada pendapat saya, topik ini memang bagus untuk diutarakan.
Bila fikir balik, saya setuju sangat bila peacemaker cakap yang
persepsi kita terhadap ikhlas ni masih sempit. Contohnya macam analogi
berkorban untuk kekasih dan 'Kekasih yang Agung' yang peacemaker bagi tu.
Kita lebih mengutamakan pengorbanan terhadap kekasih kita daripada berkorban
terhadap Pencipta dia dan kita.

Apa-apa pun saya sependapat dengan dengan cadetofficer, kalau tak dapat
wujudkan perasaan ikhlas dalam diri, cuba buat istikhlas dulu. At least
kita cuba jalankan kewajipan kita. Namun, sudah tentu kita kena terus
berusaha untuk mewujudkan rasa ikhlas dalam diri, baru sempurna
semua ibadat kita.

Dalam analogi yang peacemaker bagi, ternyata dah ramai yang aware secara
teorinya pasal kepentingan solat berjemaah, usrah dan lain-lain tetapi kesedaran
untuk amalinya tu yang bermasalah sikit. Sebab tu Rasulullah bersabda,
sebaik-baik iman adalah melalui perbuatan dan selemah-lemah iman adalah
yang terhenti di hujung lidah sahaja. Soal ALLAH terima ke tak
bukan urusan kita sebab memang tujuan kita diciptakan adalah untuk mengabdikan
diri kepadaNya (Az-Dzariyat: 56). Yang boleh kita buat adalah terus berusaha dalam mencari
redhaNya dan berusaha agar ibadat kita diterima sebagai amal soleh.

Dalam konsep kita sebagai seorang daie, saya berpegang pada konsep
'kepimpinan melaui teladan'. Means that, kita tarbiyyah diri kita dulu
dan amalkan. Baru orang lain pun buat. Jangan jadi cakap tak serupa bikin.

Yang penting, bila niat kita dah betul Lillahitaala dan dilaksanakan
mengikut cara yang diredhaiNya, Insyaalah ALLAH akan permudahkan jalan.
Waalahuallam.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-11-05 20:46


afwan kerana lama tak teruskan perbincangan ini. mungkin terlalu busy untuk raya agaknya. insyaAllah saya harap kita masih dapat sambung perbincangan ini.

untuk kali ini saya sertakan maksud ikhlas yang saya dapat daripada beberapa orang sahabat daripada mesir. dulu saya minta sahabat di sana untuk berbincang soal yang sama.

ikhlas berasal daripada perkataan akhlasa iaitu membersihkan.
Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa ikhlas bermaksud mengkehendaki keredhaan Allah dengan beramal dan membersihkannya dari segi kecacatan yang bersifat daripada diri sendri atau bersifat duniawi

ini apa yang saya dapat daripada sahabat saya. harap kalau ada apa-apa yang tak setuju, kita dapat bincang. wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 05-11-05 02:28


semoga ALLAH SWT memberi kita semua sifat ikhlas yang sebenar amin.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 11:48


apabila orang itu betul2 ikhlas..hasilnya akan nampak sebagaimana keikhlasannya pada niatnyer...betul tak?>?


-----------------
Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

sinar_islami
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13852
Posting: 22
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-11-05 21:26


ikhlas itu sukar dinilai...hati manusia ni bercampur baur....sedikit sebanyak ana setuju juga dengan tok imam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiProfil   Hantar PM kepada sinar_islami   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 09-11-05 14:23


Pada 24-10-05 02:19 , faridah_stam posting:

!!! QUOTE !!!

persoalan yang agak mencabar...macam2 analogi tapi ana masih tak faham...tapi apa yang ana tau.... soal ikhlas atau tidak itu hanya Allah yang tahu.....sukar untuk di persoalkan oleh akal fikiran kita.......


Assalamualaikum...
betul tu...
shah sokong...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 09-11-05 18:45


Artikel tentang ikhlas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 09-11-05 18:46


Ikhlas, Roh Suatu Amal
Oleh ok.H. ABDULLAH GYMNASTIAR

SETIAP hamba memiliki kemampuan dan kemauan dalam beribadah yang berbeda-beda. Ada yang rajin saum Senin-Kamis, ada yang khusyuk dalam salat, ada yang kuat dalam wirid, ada yang jujur dalam berdagang, dan ada pula yang tekun dalam mempelajari ilmu. Tekun dan rajin beribadahnya seorang hamba adalah tanda tingkat ma'rifat kepada-Nya. Banyaknya amal ibadah seorang hamba juga merupakan tanda sifat ihsan dalam dirinya.

Sedangkan nilai ibadah seorang hamba di hadapan Allah ditunjukkan dengan ikhlasnya dalam beramal. Tanpa keikhlasan takkan berarti apa-apa amal seorang hamba. Sedekah dengan mewakafkan seluruh harta yang dimiliki, kalau sekadar ingin disebut dermawan, sama sekali tidak bernilai apa pun. Bekerja siang-malam, bersimbah peluh, berkuah keringat, demi menafkahi anak dan istri, kalau tidak ikhlas, maka tidak ada nilainya di sisi Allah.

Ceramah agama dengan memberikan nasihat, mengemukakan dalil-dalil, kalau sekadar memamerkan kemampuan berbicara, kemampuan berbahasa Arab, dan memamerkan banyaknya hafalan Alquran dan Al-Hadis, maka walau sampai berbusa sekalipun, tidak ada nilai di sisi Allah. Salat sunat berpuluh rakaat setiap hari, kalau sekadar ingin disebut sebagai ahli ibadah, ingin dipuji oleh mertua atau pimpinan, maka salatnya itu hanya sebagai gerakan-gerakan yang tiada arti dan tak bernilai di hadapan Allah.

Subhanallah, sungguh beruntung bagi siapa pun yang amalnya selamat dari tujuan lain selain Allah, yaitu seorang hamba yang amal-amalnya menjauhi motif-motif duniawi karena diniatkan ikhlas karena Allah semata. Inilah derajat mukhlisin yaitu derajat hamba yang amal ibadahnya tegak dan kokoh dengan ikatan iman dan dilaksanakan dengan ikhlas. Karena dia menyadari bahwa ikhlas adalah roh amal yang menunjukkan tegaknya iman.

Imam Ibnu Atha'illah dalam kitabnya Al-Hikam berujar, "Beraneka jenis amal yang tampak itu adalah karena beraneka ragam keadaan yang datangnya dari dalam hati seorang hamba. Beraneka ragam amal yang tampak itu merupakan kerangka yang tegak, sedangkan rohnya adalah wujud rahasia ikhlas yang ada didalamnya".

Jelaslah bahwa nilai ibadah seorang hamba di hadapan Allah ditunjukkan oleh ikhlasnya dalam beramal. Seorang hamba ahli ikhlas akan dengan sungguh-sungguh berusaha untuk tidak menyertakan kepentingan pribadi ataupun imbalan duniawi dari apa yang dapat ia lakukan. Konsentrasi seorang hamba ahli ikhlas hanya satu, yakni bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Dengan kata lain, seorang hamba ahli ikhlas akan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.

Berbuat amal ibadah bagi seorang hamba ahli ikhlas adalah dengan menyembunyikannya dari pandangan manusia sebagaimana dia menyembunyikan keburukan-keburukannya. Bahkan ikhlasnya seorang hamba ahli ikhlas akan tampak bahwa ia tidak melihat terhadap ikhlas itu sendiri. Sebab jikalau ia menyaksikan keikhlasan dalam ikhlasnya, berarti ikhlasnya tersebut memerlukan keikhlasan lagi, Subhanallah.

Lawan ikhlas adalah isyrak, artinya bercampur dengan yang lain. Ibarat air, ikhlas adalah air bening yang muncul dari mata air pegunungan yang belum tercampuri walau oleh satu titik noktah pun zat lain di dalamnya. Ikhlas adalah bersih, bening, tanpa campuran sedikit pun. Suatu pekerjaan yang bersih dari maksud lain, maka pekerjaan itu telah dilakukan dengan ikhlas. Amal ibadah yang dilakukan hanya karena Allah semata, itulah ikhlas.

Untuk menggapai derajat hamba ahli ikhlas, seseorang harus rela mengorbankan segala kepentingan yang sifatnya pribadi, yang secara duniawi sepertinya dibutuhkan; harta, jabatan, ketenaran, dan lain sebagainya. Karenanya, sikap jujur, tulus, dan lurus, tidak dapat dipisahkan dari ikhlas. Jujur dalam berkata, tulus dalam beramal, lurus dalam berniat adalah buah dari hati yang ikhlas.

Berkata dusta -- lain di bibir lain di hati -- adalah tanda kemunafikan. Mulutnya berkata, "Semua ini saya lakukan karena Allah..." padahal dalam hatinya bersarang keinginan untuk dipuji, keinginan untuk terkenal, keinginan mendapat penghargaan, dan lain sebagainya. Orang yang berkata lain di bibir lain di hati, inilah golongan pendusta, na'udzhubillah. Adapun bagi orang-orang yang telah sampai pada maqam ikhlas, maka keikhlasan ini akan membuat peribadinya lebih tenang, lebih kuat dan mantap. Keikhlasan menjadikan pribadinya lebih berani, kokoh, tegar, penuh dengan cahaya keindahan.

Sedangkan keikhlasan dalam beramal akan menjadikan amal tersebut terasa nikmat dan mudah, yang pada akhirnya membuat jiwa menjadi merdeka dan tidak diperbudak oleh apa pun selain oleh Allah. Tak dapat dimungkiri, hal ini memang karena rohnya amal adalah ikhlas. Tanpa keikhlasan akan berat dan sia-sialah setiap amal. Oleh karenanya, keikhlasan adalah satu-satunya jalan pintas menuju rida dan kasih sayang-Nya.

**

RASULULLAH saw. pernah bercerita, "Manusia yang mula-mula akan ditanya di hari kiamat adalah tiga orang; pertama adalah orang yang diberi Allah ilmu pengetahuan. Pada waktu itu Allah Azza wa Jalla bertanya, "Apakah yang sudah kamu perbuat dengan ilmu yang engkau ketahui itu?"

Ia menjawab, "Ya Rabbi, dengan ilmu hamba itu, hamba bangun di tengah malam (untuk salat malam), lalu hamba berjaga di tepi siang (untuk mengajarkan ilmu kepada orang yang memerlukannya)". Allah berfirman, "Engkau dusta!" Malaikat pun berkata, "Engkau dusta! Engkau lakukan semua itu hanyalah supaya engkau disebut sebagai orang alim". Memang yang demikianlah perkataan orang terhadap dirinya.

Orang kedua adalah seorang laki-laki yang Allah beri harta kekayaan, maka Allah bertanya, "Engkau telah kami beri amanah harta, apakah yang sudah engkau perbuat dengan harta itu?" Dia menjawab, "Ya Rabbi, harta benda itu semuanya telah hamba sedekahkan pada tengah malam dan siang hari". Allah berfirman, "Engkau dusta!" Malaikat pun berkata, "Engkau dusta! Engkau lakukan semua itu hanyalah supaya engkau dikatakan sebagai seorang dermawan". Memang yang demikianlah yang dikatakan orang terhadap dirinya.

Orang ketiga adalah laki-laki yang terbunuh dalam perang mempertahankan agama Allah, maka Allah bertanya, "Apakah yang telah engkau kerjakan?" Ia menjawab, "Ya Rabbi, Engkau suruh hamba berjihad, maka pergilah hamba ke medan perang, lalu hamba mati terbunuh". Allah pun berkata, "Engkau dusta!" Dan malaikat pun berkata, "Engkau dusta! Engkau lakukan semua itu hanyalah supaya dikatakan orang bahwa engkau gagah berani". Memang yang demikianlah perkataan orang terhadap dirinya.

Setelah berkata demikian, Rasulullah saw. melanjutkan, "Wahai Abu Hurairah, mereka itulah makhluk yang paling pertama merasakan api neraka jahanam di hari kiamat."

Menjadi jelas kiranya, ternyata bukan perbuatan manusia yang berdusta, tapi tiang dasar tegaknya, yaitu sikap ikhlas dalam amalnya. Bagi seorang hamba ahli ikhlas, apa pun yang dilakukannya bebas dari selera rendah, berupa keinginan untuk dihargai, dipuji, dan dihormati. Konsentrasi seluruh amalnya tertuju hanya kepada Allah semata.

Akhirnya, kiranya perlu dikutipkan penjelasan dalam kitab Hikam, karya Syeikh Ibnu Atha'illah, tentang tingkat kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya. Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba Allah yang abrar dan yang muqarrabin.

Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).

Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).

Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena Allah. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.

Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan Allah."***

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 09-11-05 18:47


Ikhlas Tempat Persinggahan Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'in

Sehubungan dengan tempat persinggahan ikhlas ini Allah telah berfirman di dalam Al-Qur'an, (artinya):
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (Al-Bayyinah: 5)
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (Az-Zumar: 2-3)
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kalian, siapa di antara kalian yang lebih baik amalnya." (Al-Mulk: 2)
Al-Fudhail berkata, "Maksud yang lebih baik amalnya dalam ayat ini adalah yang paling ikhlas dan paling benar."
Orang-orang bertanya, "Wahai Abu Ali, apakah amal yang paling ikhlas dan paling benar itu ?"
Dia menjawab, "Sesungguhnya jika amal itu ikhlas namun tidak benar, maka ia tidak diterima. Jika amal itu benar namun tidak ikhlas maka ia tidak akan diterima, hingga amal itu ikhlas dan benar. Yang ikhlas ialah yang dikerjakan karena Allah, dan yang benar ialah yang dikerjakan menurut As-Sunnah." Kemudian ia membaca ayat, (artinya): "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya." (Al-Kahfi: 110)

Allah juga berfirman, (artinya):
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan?" (An-Nisa': 125)
Menyerahkan diri kepada Allah artinya memurnikan tujuan dan amal karena Allah. Sedangkan mengerjakan kebaikan ialah mengikuti Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan Sunnah beliau.

Allah juga berfirman, (artinya):
"Dan, Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan." (Al-Furqan: 23)
Amal yang seperti debu itu adalah amal-amal yang dilandaskan bukan kepada As-Sunnah atau dimaksudkan bukan karena Allah. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda kepada Sa'ad bin Abi Waqqash, "Sesungguhnya sekali-kali engkau tidak akan dibiarkan, hingga engkau mengerjakan suatu amal untuk mencari Wajah Allah, melainkan engkau telah menambah kebaikan, derajad dan ketinggian karenanya."

Di dalam Ash-Shahih disebutkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, (artinya):
"Tiga perkara, yang hati orang mukmin tidak akan berkhianat jika ada padanya: Amal yang ikhlas karena Allah, menyampaikan nasihat kepada para waliyul-amri dan mengikuti jama'ah orang-orang Muslim karena doa mereka meliputi dari arah belakang mereka." (hari. At-Thirmidzi dan Ahmad)

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang berperang karena riya', berperang karena keberanian dan berperang karena kesetiaan, manakah diantaranya yang ada di jalan Allah? Maka beliau menjawab, "Orang yang berperang agar kalimat Allah lah yang paling tinggi, maka dia berada di jalan Allah.
Beliau juga mengabarkan tiga golongan orang yang pertama-tama diperintahkan untuk merasakan api neraka, yaitu qari' Al-Qur'an, mujahid dan orang yang menshadaqahkan hartanya; mereka melakukannya agar dikatakan, "Fulan adalah qari', fulan adalah pemberani, Fulan adalah orang yang bershadaqah", yang amal-amal mereka tidak ikhlas karena Allah.

Di dalam hadits qudsi yang shahih disebutkan; "Allah berfirman, 'saya adalah yang paling tidak membutuhkan persekutuan dari sekutu-sekutu yang ada. Barangsiapa mengerjakan suatu amal, yang di dalamnya ia menyekutukan selain-Ku, maka dia menjadi milik yang dia sekutukan, dan saya terbebas darinya'." (hari. Muslim)
Di dalam hadits lain disebutkan; "Allah berfirman pada hari kiamat, 'Pergilah lalu ambillah pahalamu dari orang yang amalanmu kamu tujukan. Kamu tidak mempunyai pahala di sisi Kami'."

Di dalam Ash-Shahih disebutkan dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh kalian dan tidak pula rupa kalian, tetapi Dia melihat hati kalian." (hari. Muslim)

Banyak difinisi yang diberikan kepada kata ikhlas dan shidq, namun tujuannya sama. Ada yang berpendapat, ikhlas artinya menyendirikan Allah sebagai tujuan dalam ketaatan. Ada yang berpendapat, ikhlas artinya membersihkan perbuatan dari perhatian manusia, termasuk pula diri sendiri. Sedangkan shidq artinya menjaga amal dari perhatian diri sendiri saja. Orang yang ikhlas tidak riya' dan orang yang shidq tidak ujub. Ikhlas tidak bisa sempurna kecuali shidq, dan shidq tidak bisa sempurna kecuali dengan ikhlas, dan keduanya tidak sempurna kecuali dengan sabar.

Al-Fudhail berkata, "Meninggalkan amal karena manusia adalah riya', Mengerjakan amal karena manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya."
Al-Junaid berkata, "Ikhlas merupakan rahasia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulis-nya, tidak diketahui syetan sehingga dia merusaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya."
Yusuf bin Al-Husain berkata. "Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak saya mengenyahkan riya' dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain."

Pengarang Manazilus-Sa'irin berkata, "Ikhlas artinya membersihkan amal dari segala campuran." Dengan kata lain, amal itu tidak dicampuri sesuatu yang mengotorinya karena kehendak-kehendak nafsu, entah karena ingin memperlihatkan amal itu tampak indah di mata orang-orang, mencari pujian, tidak ingin dicela, mencari pengagungan dan sanjungan, karena ingin mendapatkan harta dari mereka atau pun alasan-alasan lain yang berupa cela dan cacat, yang secara keseluruhan dapat disatukan sebagai kehendak untuk selain Allah, apa pun dan siapa pun."

Dipetik dari: Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, "Madarijus-Salikin Manazili Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in, Edisi Indonesia: Madarijus Salikin Pendakian Menuju Allah." Penerjemah Kathur Suhardi, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, Cet. I, 1998, hal. 175 - 178

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 09-11-05 18:48


IKHLAS RAHSIA ALLAH

Demikian ketentuan Allah.Satu ketentuan yang pasti kita akan hadapi satu hari nanti.Batas di mana manusia tidak dapat berdalih lagi.Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita di dunia.Di hari itu orang yang tidak ikhlas akan melolong,memekik dan menyesal amalannya tertolak.Dia sangka dapat membohongi Allah,rupanya tidak.Allah lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.
Marilah kita insaf dari sekarang,betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

“ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku”saya titiskan ia dalam hati hamba- hambaku yang saya mangasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya ikhlas”.

Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun islam membuat satu garis panduan unutk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita,kita rasa sama saja.Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan.Itulah tanda ikhlas.Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah.Kerana itu kalau manusia cerca,caci atau hina,hati pun tidak cacat,tidak timbul perasaan marah,dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu.

Begitu juga,kalau orang puji,pujian itu tidak membekas di hatinya.Tidak timbul rasa bangga ,puas hati dan juga dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu,disebabkan oleh pujiannya.Bagi orang-orang yang ikhlas,pujian dan kejian tidak pernah di fikirkan apalagi hendak di harapkan.Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka.Sebaliknya mrreka sangat ingin Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredaan Allah.Mereka tidak bimbang nasib diri,rugi atau untung,orang keji atau puji,menang atau kalah,yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda yang bermaksud:

“Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu”

Seseorang yang mencari keredaan Allah ,akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya.Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka,mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah.Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.

Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin.Ketika mendengar orang menghina mereka,langsung dihantarnya hadiah pada orang itu.Bila di Tanya apa tujuan hadiah itu,jawapan mereka adalah,”Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita.Memberi pahala sama seperti memberi syurga.Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita,memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya”.Begitulah hati yang ikhlas.Dia tidak melatah kalau orang menggugat,malah gugatan itu mendekatkan dirinya pada Allah Taala


Dipetik dari buku ILMU DAN HIKMAH karangan dari Ing Abdurrahman dan dari. Ing Gina Puspita terbitan Minda Ikhwan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 22:31


Jazakallahukhairan kathira :) artikel yang sangat menarik

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 10-11-05 09:08


Ini ada satu soalan tentang ikhlas dalam persahabatan ... katakan seorang lelaki nak berkawan dengan seorang perempuan dengan niat untuk menjalin hubungan cinta dengan perempuan tersebut .. bila perempuan tu tau pasal niat lelaki tu maka perempuan tu macam tak suka dan mula mempersoalkan keikhlasan lelaki terbabit .. lelaki tadi yang menyedari perempuan tu tak suka membatalkan saja niatnya itu tetapi masih ingin berkawan walaupun sekadar kenalan biasa ... kalau lah anda jadi perempuan tu adakah masih ragu-2 tentang niat lelaki itu untuk berkawan ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-11-05 12:38


bagi pendapat personal saya... ikhlas mempunyai 2 syarat utama.

1. kerana Allah taala (untuk mendapat keredhaan Allah)
2. mestilah tidak bertentangan dengan syarak dan sunnah

!!! QUOTE !!!

maka perempuan tu macam tak suka dan mula mempersoalkan keikhlasan lelaki terbabit


pertama sekali, "ikhlas" tersebut adalah ikhlas kepada siapa? Kalau kita lihat, dalam kitab2 hadith, contohnya Matan Arbain ,Imam Nawawi, topik ikhlas diletakkan di bawah hadith pertama iaitu niat. setiap perbuatan bukan diniatkan kerana Allah adalah tertolak (dan dikira tidak ikhlas). sedangkan kalau nak makan tak diniatkan kerana Allah juga dikira bukan ibadah, dan inilah yang katakan makan tanpa ikhlas (kerana ikhlas itu adalah lillahitaala)

pemikiran seperti inilah yang saya cuba lontarkan. kita sering menghargai 'ikhlas' sesama manusia. bila seorang lelaki sanggup berkorban kerana perempuan, maka dikatakan ikhlas. tetapi bila seseorang yang sedang berubah untuk memperbaiki dir, maka akan digelar dengan gelaran2 tertentu sehingga melemahkan semangat mereka. contohnya, orang yang baru belajar nak pakai tudung, pastilah dia tak biasa lagi, tapi telah digelar dengan bermacam2. apakah kita tahu apa yang diniatkan didalam hati nya?

ini sekadar pendapat saya. kalau salah, tolong tegur. wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-11-05 20:42


Apa yang saya faham pasal ikhlas ni ialah kita perlu bezakan antara ikhlas dalam beribadat (ibadat khusus) dengan ikhlas dalam melakukan aktv2 harian(ibadat umum).dalam ibadat khusus perlulah betul2 niat kerana Allah.
Namun sekiranya hati kita masih diganggu perasaan inginkan sesuatu selain kerana Allah,kita masih boleh hentikan gangguan itu dengan buat keputusan bahawa ibadat itu adalah kerana Allah dan sisihkan gangguan syaitan tersebut.Ikhlas masih boleh diusahakan dengan membuat keputusan dan ketetapan hati.Saya rasa tak ramai orang yang dapat ikhlas tulin tanpa ada apa-apa gangguan syaitan.
Adapun dalam ibadat umum kita boleh sasar kan matlamat duniawi selagi tidak melanggar syariat seperti kita bekerja untuk dapat wang untuk tanggung keluarga.harap biarlah kefahaman ikhlas kita boleh diimplement tidak terlalu berbentuk falsafi ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

ibumithali
Warga Rasmi
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16497
Posting: 1

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 16:53


pada pendapat ibu, ikhlas ni adalah satu perkara yang sukar untuk di buat pengukuran.
bahkan diri kita sendiri juga tidak mampu untuk menilai keikhlasan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara.
kita semua tidak tahu apakah kayu ukur yang sesuai bagi menilai keikhlasan itu.
hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala- galanya...
Dialah yang menentukan ikhlas atau tidak kita dalam melaksanakan kewajipan terhadapnya serta perkara- perkara lain yang kita lakukan..
HANYA DIA YANG MENENTUKAN SEGALANYA...
oleh itu, kita mestilah sentiasa berdoa padanya memohon di kurniakan keikhlasan dalam hati kita dalam melakukan sesuatu perkara dan pada masa yang sama berusaha untuk mengikhlaskan diri kita sendiri..insyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibumithaliProfil   Hantar PM kepada ibumithali   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-11-05 17:44


hmmmm maaf, ana dah lama tak posting... em rancak juga perbincangan isu ini... emm maaf, masa yang tidak mengizinkan, emm jikalau ada masa ana cuba untuk berkongsi pandangan dengan antum semua insyaALlah... em artikel2 itu juga bagus...

teruskan perbincangan.... wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 30-11-05 23:50


assalamualaikum..
moga kita diberi kekuatan untuk ikhlas..
rasanya al-khair pun dah sertakan artikel persoalan ikhlas dari dari ing abdurrahman& dari ing gina puspita..


-----------------
Ilmu Tuhan Maha luas,
Ilmu manusia sangat terbatas
Ciptaan Tuhan Maha sempurna
Ciptaan manusia banyak kelemahan...
[ Telah diedit oleh: ZaufanTM pada 30-11-05 23:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:09


Pada 23-11-05 16:53 , ibumithali posting:

!!! QUOTE !!!

pada pendapat ibu, ikhlas ni adalah satu perkara yang sukar untuk di buat pengukuran.
bahkan diri kita sendiri juga tidak mampu untuk menilai keikhlasan diri sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara.
kita semua tidak tahu apakah kayu ukur yang sesuai bagi menilai keikhlasan itu.
hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala- galanya...
Dialah yang menentukan ikhlas atau tidak kita dalam melaksanakan kewajipan terhadapnya serta perkara- perkara lain yang kita lakukan..


Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu sama ada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas…". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


-----------------
Ilmu Tuhan Maha luas,
Ilmu manusia sangat terbatas
Ciptaan Tuhan Maha sempurna
Ciptaan manusia banyak kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-12-05 00:15


assalamualaikum..

ikhlas ni umpama seeokr semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gulita.

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.184499 saat. Lajunya....