Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 84
Ahli: 0
Jumlah: 84




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Berita gembira bagi mereka yang berpuasa..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Berita gembira bagi mereka yang berpuasa..

Please Mendaftar To Post


Oleh Berita gembira bagi mereka yang berpuasa..

jiji
Warga Rasmi
Menyertai: 05.07.2005
Ahli No: 17068
Posting: 16

blank  


posticon Posting pada: 06-10-05 11:00


Message: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya
kamu mengetahui.

(al-Baqarah:184).
Nampak begitu ringkas. Tetapi manakan sama antara
ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata-kata
makhluk-Nya. Cukuplah bagi seorang hamba yang
beriman kepada Tuhan Rabbul Jalil untuk meyakini
akan jaminan yang diberikan ini. Sesungguhnya
ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan,
tetapi ia merupakan satu peluang yang diberikan
oleh Allah untuk kita mencari dan mengumpul
sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan
kesenangan di negeri akhirat.

Sepatutnya, seorang hamba yang tulus imannya dan
setia ketaatannya tidak perlu lagi bertanya apakah
hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah
ini. Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah lekang
daripada memberi galakan dan motivasi untuk
umatnya supaya membuktikan keimanan ini dengan
menjalankan perintah Allah dengan penuh sempurna
dan mengharapkan balasan yang dijanjikan. Justeru,
Baginda s.a.w. memberikan khabar gembira untuk
mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang
yang berpuasa dengan perkhabaran berikut:

1- Puasa sebagai perisai.

Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w. menganjurkan
kepada mereka yang terlalu ingin berkahwin, tetapi
tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa di
antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka
berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan
pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa
yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa,
kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. (
Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan
dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke
kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan.

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa
puasa ini menjadi perisai dan penghalang kepada
api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata,
bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari
pada jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkannya
dengan puasa itu daripada api neraka sejarak tujuh
puluh tahun perjalanan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2- Puasa dapat memasukkan seseorang itu ke dalam
syurga.

Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan
seseorang itu daripada api neraka, maka ia akan
mendekatkannya pula dengan syurga. Daripada Abu
Umamah r.a. berkata. saya pernah bertanya: ``Wahai
Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang
saya dapat masuk syurga dengannya.'' Nabi s.a.w.
menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi
yang seumpamanya. (Riwayat Nasai, Ibn Hibban dan
al-Hakim, dan sanadnya adalah sahih)

3- Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.

4- Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.

5- Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi
di sisi Allah daripada bau kasturi.

Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan oleh
Rasulullah s.a.w. di dalam hadis qudsi yang
bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman:
Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran
pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana
sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang
akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai,
dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah
ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga
bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang
mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka
katakanlah: Sesungguhnya saya berpuasa. Dan demi
jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau
mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi
Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang
berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka,
satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu
dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah
puasanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam hadis qudsi ini, Allah s.w.t. menyatakan
bahawa puasa mempunyai ganjaran yang sangat
berganda banyaknya berbanding dengan amalan-amalan
lain. Jika amalan yang lain dijanjikan ganjaran
pahala sehingga tujuh ratus pahala dan lebih,
tetapi bagi puasa ini hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya. Tidak dinyatakan kadar pahalanya.
Maka Allah akan menambahkan pahala mengikut
kehendak-Nya sehingga mungkin tidak dapat dihitung
oleh manusia.

Bagi orang yang berpuasa juga akan menikmati dan
mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan
kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari
suntuk seseorang itu menahan diri daripada lapar
dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari.
Dia dapat menikmati segala juadah bagi
menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah
kegembiraan di dunia. Ada pun kegembiraan yang
lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu
Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan
dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar
yang telah disediakan untuknya sebagai balasan
kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.

Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di
sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat.
Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk
dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di
dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan
yang telah dijanjikan.

6. lah-Rayyan untuk orang yang berpuasa.

lah-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia
disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa.
Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu ada
satu pintu yang dinamakan lah-Rayyan, orang yang
berpuasa akan masuk melaluinya pada Hari Kiamat,
tidak akan masuk seorang pun selain daripada
mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang
yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak
dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu
ini. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, marilah bersama-sama kita pertingkatkan
mutu dan kualiti ibadah puasa kita. Mudah-mudahan
objektif ketaqwaan daripada ibadah puasa ini
benar-benar dapat dicapai dan dihayati. Janganlah
sesekali kita alpa dan lalai untuk bergantung
harap kepada redha dan ganjaran istimewa yang
dijanjikan untuk mereka yang berpuasa. Wahai orang
yang berpuasa, bergembiralah dengan khabar gembira
ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jijiProfil   Hantar PM kepada jiji   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 12:13


sama samalah kita jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 12:13


sama samalah kita jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 06-10-05 12:44


andai ini ramadhan yang terakhir buat kita, moga insyaAllah, ia menjadi penyebab kita ke syurga firdausNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:18


berpuasalah dengan ikhlas.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102698 saat. Lajunya....