Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Ramadhan Karim...


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Ramadhan Karim...

Please Mendaftar To Post


Oleh Ramadhan Karim...

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 11:10


saya mohd zubairy bin shamsudin ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan moga kita memperolehi berkat dari kehadiran bulan al mubarak ini....

ramadhan karim........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 12:48


!!! QUOTE !!!

selamat menyambut bulan ramadhan dan moga kita memperolehi berkat dari kehadiran bulan al mubarak ini....



amin.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 13:19


salam...
saya juga nak sampaikan salam Ramadhan ini engan ucapan selamat menyambut Ramadhan Mubarak Karim pada semua...
gunakanlah peluang Ramadhan ini untuk memohon rahmat,keampunan,Taubat, keredhaan daripada Yang Maha Esa...Rabbul Alamin...
apa yang kita mampu lakukan di Ramadhan teruskanlah juga di bula2 yang lain..
insyaAllah.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 17:33


Assalamualaikum.

Saya Ryzul Osman (zulman) juga nak mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak....bulan 'tamrin' untuk kita semua....banyak peristiwa berlaku dalam bulan ramadhan....dan moga kita mendapat pengajaran..

Peristiwa Masjid ad-Dhirar

Dalam tahun pertama selepas Hijrah, Rasulullah SAW telah menghantar bapa saudaranya Saidina Hamzah ibn Abdul Muttalib bersama tiga puluh sahabat yang lain ke Saif al-Bahr untuk menyiasat mengenai tiga ratus orang Quraisy yang telah berkemah di kawasan berkenaan. Umat Islam hampir menyerang golongan kafir tersebut, tetapi mereka telah dihalang oleh Majdy ibn Umar al-Juhany. Seorang munafiq dari Madinah, dengan harapan untuk memecahkan kesatuan umat Islam dan telah membina sebuah masjidnya sendiri yang dikenali sebagai Masjid ad-Dhirar. Rasulullah SAW telah mengarahkan para sahabat agar merobohkan masjid tersebut dalam bulan Ramadhan, selepas beliau kembali dari Ghazwah Tabuk.

Peperangan Badar

Pada tujuh belas haribulan Ramadhan, tahun kedua Hijrah, Allah SWT telah memisahkan di antara kebenaran dan kebathilan dalam peperangan Badar yang agong. Allah SWT yang Maha Berkuasa telah menganugerahkan kejayaan yang cemerlang pada hari tersebut dalam bulan Ramadhan kepada Islam yang tidak dapat dilupai.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," 3:123 & 124

Peperangan Badar merupakan peperangan besar pertama bagi umat Islam. Rasulullah SAW telah meninggalkan Madinah bersama 313 sahabat, dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta menuju ke Badar. Pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah mereka berjaya mengalahkan tentera musryikin yang berjumlah 1,000 orang, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta yang datang dari Mekah di bawah pimpinan Abu Jahl sendiri.

Dalam peperangan Badar, Allah SWT telah memberi inspirasi kepada Rasulullah SAW. "Sesungguhnya saya akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut." 8:9

Rasulullah bereht seketika setelah penat menerima wahyu dan kemudiannya baginda mengangkat kepalanya kegembiraan dan bersabda, "Wahai Abu Bakar, sampaikanlah berita gembira, sesungguhnya kemenangan dari Allah semakin hampir, Demi Allah. saya melihat malaikat Jibrail dan angkatannya datang seperti ribut pasir yang besar."

Bagi kita hari ini, terdapat banyak hadith yang menjelas kejayaan dan kemenangan yang serupa bukan sahaja terhadap orang-orang Yahudi tetapi juga mengenai dominasi Islam ke atas seluruh dunia. Kita mestilah berdoa untuk kejayaan tersebut tanpa henti. Sebagai umat Islam, kita juga hendaklah bertindak secara kolektif sebagai satu ummah, melalui penubuhan sebuah negara Islam yang sebenar.

Peperangan Badar telah menunjukkan kekuatan keimanan umat Islam dan merupakan kemenangan penentuan yang menghancurkan kekuatan tentera kufur dan terbentuknya sebuah negara baru di Madinah sebagai sebuah yang kuat dari segi soiritual, politik dan ketenteraan.

Peperangan Wadi al-Qura

Dalam tahun keenam Hijrah, Zaid bin Harithah telah dihantar ke Wadi al-Qura untuk menghadapi Fatimah bintu Rabiah, seorang permaisuri di kawasan tersebut. Fatimah sebelum ini telah menyerang sebuah kabilah yang diketuai oleh Zaid dan telah berjaya merampas barangan yang dibawa. Beliau dikenali sebagai seorang wanita yang paling dilindungi di Tanah Arab, kerana beliau telah mengantung sebanyak lima puluh pedang saudara terdekatnya di rumahnya. Beliau juga terkenal kerana penenangan secara terbuka terhadap Islam. Beliau telah terbunuh dalam pertempuran menentang Islam dalam bulan Ramadhan.

Pembukaan Kota Mekah dan pemusnahan patung berhala

Dalam bulan Ramadhan kelapan Hijrah, perjanjian Hudaibiyah telah dikhianati dan tentera Islam sedang bertempur dengan tentera Bizentin di Utara. Nabi Muhammad SAW merasakan perlu bagi umat Islam melakukan serangan besar-besaran ke atas golongan kufur di Semenanjung Tanah Arab dan menawan kota Mekah dalam bulan Ramadhan. Tarikh ini merupakan tarikh yang terpenting dalam sejarah umat Islam, kerana setelah peristiwa tersebut Islam telah berjaya disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Dalam bulan dan tahun yang sama, selepas menghancurkan semua berhala di Mekah, tentera Islam telah dihantar ke pusat kekufuran utama untuk menghancurkan berhala al-Lat, al-Mamat dan as-Suwa dan beberapa berhala besar dan dihancurkan.

Itulah beberapa peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan di zaman Rasulullah SAW. Bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan, menikmati kebaikan, mencegah yang mungkar dan berkorban diri dan harta bagi meninggikan kalimah Allah SWT dan menjadikan Islam sebagai ad-Deen yang dominan. Selepas wafatnya Rasulullah SAW, umat Islam meneruskan Sunnah dan Allah SWT telah memberi kemenangan kepada umat Islam. Ramadhan terus menjadi bulan di mana umat Islam terus diuji sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini di Asia Tengah dan Afghanistan.

Penaklukan Sepanyol

Sembilan puluh dua tahun selepas Hijrah dan dalam bulan Ramadhan, Musa ibn Nusair gabernor Khalifah Umaiyah di Afrika Utara dan Jeneral perangnya yang berani, Tariq ibn Ziyad telah berjaya membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian dari Peranchis, bermula dari al-Andalus di mana umat Islam telah memerintah selama 700 tahun.

Kejayaan menentang tentera Salibiyah

Dalam tahun 682 Hijrah, Salahuddin al-Ayyubi, selepas bertempur dengan tentera Salibiyah selama satu tahun, akhirnya berjaya menghalau mereka keluar dari Syria dan membebaskan keseluruhan tanah jajahan di bulan Ramadhan. Pada masa itu juga umat Islam telah menghadapi cabaran yang paling hebat.

Kejayaan ke atas tentera Mongol

Dalam abad ketujuh Hijrah, tentera Mongol telah menyapu bersih dan menghapuskan apa sahaja yang merintangi di hadapan mereka di seluruh Asia. Jenghis Khan menamakan dirisendiri sebagai "Cemeti Tuhan yang dikirimkan untuk menghukum mereka yang berdosa." Dalam tahun 617 Hijrah, Samarkand, Ray dan Hamdantelah menyaksikan seramai 700,000 manusia dibunuh atau ditawan. Dalam tahun 656 Hijrah, Hulagu Khan, cucu kepada Jenghis Khan meneruskan kezaliman tersebut. Sehinggakan Baghdad sendiri, bandaraya terunggul bagi negara Islam, telah diranapkan. Ada yang menganggarkan bahawa seramai 1,800,000 umat Islam telah dibunuh dalam kekejaman yang hebat itu. Penganut agama Kristian disuruh memakan bab* dan meminum arak secara terbuka manakala umat Islam yang masih hidup dipaksa meminum arak. Arak-arak dicurahkan di dalam masjid dan seruan azan tidak dibenarkan.

Setelah bangkit dari malapertaka besar itu dan dengan tindakan yang sama telah ditimpakan ke atas seluruh umat Islam, Allah SWT telah membangkitkan dari ummah ini Saifuddin Qutz, yang telah menyatukan seluruh tentera Islam dan menghadapi tentera Mongol di Ain Jalut pada 26 Ramadhan 648 Hijrah. Walaupun mereka begitu tertekan, umat Islam dengan pertolongan daripada Allah SWT, umat Islam telah berjaya menghancurkan tentera Mongol dan menghancurkan mereka. Seluruh dunia menyaksikan dengan penuh takjud dan merasa lega di atas kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Islam yang Ikhlas kepada Allah SWT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

anee
Warga Rasmi
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11341
Posting: 9
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-10-05 17:57


assalamualaikum.......
saya aini,moga2 ramadhan kali ini marupakan ramadhan yang paling baik dalam sejarah hidup kita.
kautlah segala keberkatan dan moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa.
amin..............................

Bookmark and Share

    


  Member Information For aneeProfil   Hantar PM kepada anee   Pergi ke anee's Website   Quote dan BalasQuote

khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-05 18:06


as-syababul muslimin
fatayatul muslimat

ana ucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan...ihya' ramadhan...insyaallah ia sebagai langkah memperkukuh iman dan taqwa..semoga Redha ilahi menjadi habuannya..

wassalam..


-----------------



    


  Member Information For khazinatul_asrar47Profil   Hantar PM kepada khazinatul_asrar47   Pergi ke khazinatul_asrar47's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 22:12


SELAMAT BERPUASA!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-10-05 21:21


salam ramadhan... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 04-10-05 22:08


assalamualaikum...selamat menyambut ramadhan al-mubarak.selamat berpuasa semua.dan juga pada abang syahril..selamat berpuasa esok.saya dah puasa kat sini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 18:44


ramadhan karim, ramadhan karim.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 22:23


Saya, Norshafriza Abdul Razak nak mengucapkan "salam keberkatan ramadhan" khusus buat semua ummat islam...

*Raihlah keuntungan pahala di Bulan Mulia ini".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 01:22


saya chibi_maruko nak mengucapkan selamat berpuasa bagi seluruh warga portal ukhwah...


p/s: sedih tak dapat beraya di Malaysia

:-(


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 17:40


Saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kaum muslimin& muslimat dimana saja berada.Especially,to all SESERIAN!malam ni makan elok2 ah...
^ o ^

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 18:09


Assalamaulaikum

Daripada A.Said al Khudri berkata, bersabda Rasulullah s.a.w "Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan ALLAH kecuali ALLAH akan menjauhkannya dengan api neraka sejarak 70 tahun perjalanan"

-H.R Bukhari dan Muslim-

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak, bulan yang penuh berkat. Semoga Ramadhan ini lebih bererti dan moga2 Allah mengizinkan kita melaluinya lagi di tahun2 akan datang. Amin.

Wallahuallam.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

huda_wafana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 18:19


saya nak ucapkan SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA kepada keluarga yang tersayang....terutama sekali abang dan kakak di Malaysia....SELAMAAAT
HARI RAYA ... SORY tak dapat beraya kat Malaysia...dan sahabat karib saya ..SYAZWANI....AISYAH...DLL tu.....I MIsS YoU AlL..

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda_wafanaProfil   Hantar PM kepada huda_wafana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093411 saat. Lajunya....