Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 279
Ahli: 0
Jumlah: 279




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 18 jam, 36 minit yang lalu
khalifah: 7 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: RAMADHAN KITA... RAMADHAN MEREKA!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» RAMADHAN KITA... RAMADHAN MEREKA!

Please Mendaftar To Post


Oleh RAMADHAN KITA... RAMADHAN MEREKA!

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 16:53


....Assalamualaikum

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia menemui Ramadhan tahun yang ini penuh bermakna. Salam dan selawat terhadap Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang telah memberikan teladan mulia yang berkekalan. Seterusnya buat para sahabat RA, sekalian tabien dan para pendukung agama Allah SWT hingga ke hari kesudahan... Amma Ba'di.

MASA... ADAKAH ALASAN UNTUK MENGABAIKANNYA?

Umat Islam telah terdidik oleh Allah SWT untuk sentiasa sensitif dengan masa. SumpahNya kepada beberapa perkara di dalam Al-Quran adalah sebagai isyarat besar akan kepentingannya. Allah SWT bersumpah dengan masa di dalam begitu banyak ayat Al-Quran sebagaimana firmanNya di dalam Surah Wal-Asr (Masa), Al-Fajr (Waktu Fajar), Al-Lail (Waktu Malam), Ad-Dhuha (Waktu Dhuha) dan sebagainya. Begitu juga, beberapa hari di dalam kalender Islam dimuliakan Allah SWT dengan kelebihan-kelebihan tertentu sebagaimana disunatkan kepada kita untuk melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain. Apatah lagi jika persoalan bersolat fardhu lima waktu diutarakan, semestinya tiada alasan untuk para muslimin mengabaikan kepentingan masa kerana seluruh hidupnya telah diprogramkan oleh Allah SWT agar sentiasa berhubung kait dengan masa. Lantaran kesedaran inilah generasi Islam di masa lampau mencapai kegemilangan kerana motivasi Allah SWT di dalam Surah Asy-Syarh (94) ayat 7:


"Dan apabila kamu telah selesai (melakukan sesuatu perkara), maka hendaklah kamu( terus bersegera) melakukan (perkara) yang lain pula..."


TAWARAN ISTIMEWA RAMADHAN MULIA

Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang sedar lagi berfikir. Alangkah adilnya Allah SWT, dijadikanNya kita ini tidak segagah dan sepanjang usia umat-umat yang terdahulu, tetapi diberikanNya saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan. Hanya dengan mengeluarkan secebis tenaga meredah kemalasan menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda. Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun! Amalan-amalan yang lain pula diberikan pahala sebanyak 10 kali ganda berbanding dengan amalan yang sama tetapi dilakukan di luar bulan Ramadhan. Allah Yang Maha Kaya... pemberian yang tidak menyusutkan keagungan, kurniaan yang tidak mengurangkan perbendaharaan.

Walau bagaimanapun, soal banyak mana Allah SWT mahu memberikan kelebihanNya kepada kita adalah soal kedua. Imam Al-Ghazali di dalam kitab kecilnya yang bermakna besar menyebut tentang perihal pentingnya kita meninggalkan 'khulasatul 'amal' iaitu dengan melakukan ibadat sebanyak-banyakkan tanpa dihitung berapa atau banyak mana yang akan diperolehi. Janji-janji Allah itu sepatutnya lebih dilihat sebagai targhib (galakan) untuk kita memanfaatkan bulan tarbiah, madrasah Ramadhan ini.


LAPAR DAHAGA MELEMAHKAN UMAT?

Suatu ketika seorang pemimpin di salah sebuah negara Arab Afrika Utara menuduh bahawa puasa Ramadhan mengurangkan daya kerja rakyatnya lantas menjejaskan produktiviti negara. Tuduhan itu tidak bersendirian menempelak umat bahkan kita biasa mendengar di penjuru-penjuru alam, ramai yang menjadikan hawa nafsu sebagai Ilah selain Allah, mempersalahkan Ramadhan secara peluru tabur tanpa menetapkan sasaran yang betul. Dakwaan seumpama ini bukan sahaja datangnya dari orang yang jahil hidayah atau buta petunjuk, bahkan mereka menafikan bukti sejarah yang tidak pernah menipu.

Jika direnung kepada sejarah umat Islam, ternyata bulan Ramadhan adalah di antara bulan yang paling banyak mencatat kegemilangan dan kemenangan. Sekadar menyebut beberapa contoh, Ramadhan telah menyaksikan kemenangan Islam di dalam Peperangan Badar Al-Kubra, Pembebasan Palestin oleh Salahuddin Al-Ayyubi, kemenangan Saifuddin Al-Qatz di dalam peperangan 'Ain Jalut bahkan lebih awal dari itu, bumi Andalus menerima kunjungan petunjuk dan rahmat Islam dengan kemenangan Tariq bin Ziad bersama tenteranya.

Umat Islam sejak zaman berzaman adalah umat yang kecemerlangan dan kekuatannya tidak diukur pada tubuh badan, bilangan atau apa-apa yang bersifat material dan fizikal. Semakin ia kurang melelapkan mata pada waktu malam, semakin gagah ia berjuang di siang harinya. Semakin ia tidak menyahut rengek-rengek perut seketika dalam sehari, semakin ia mara ke medan kejayaan. Begitulah kehebatan umat Rasulullah SAW, hanya yang meneropong dengan kacamata Islam sahajalah, mampu memahami hakikat ini.


MENGAPA RAMADHAN KINI BERBEZA?

Dalam kebanggaan kita menjunjung realiti sejarah, fikiran tidak pula lupa melontarkan persoalan mengapa semua itu tidak kelihatan di hari-hari kita kebelakangan ini. Jika dulu umat yang sama membuka lembaran-lembaran sejarah penuh gagah di bulan Ramadhan, umat hari ini ditimpa bencana yang tidak kesudahan. Lihat sahaja pada bulan Ramadhan 1414H, sejumlah umat Islam yang sedang bersujud menunaikan solat Subuh di pagi Jumaat yang mengheningi Masjid Ibrahim Al-Khalil, Palestin, mereka telah ditembak mati oleh tentera-tentera Yahudi tanpa belas kasihan. Reaksi umat pula hanyalah kemarahan sementara sambil menurunkan tiang separuh bendera!

Sesungguhnya Ramadhan tidak pernah berbeza. Janji Allah tidak pernah berubah. Maka yang kini sudah tidak seperti dulu, adalah kita sendiri. Betapa hari ini kualiti kita sudah tidak sehebat umat silam, walaupun kuantitinya mungkin menggerunkan catatan statistik kira-kira. Semakin banyak makanan, umat semakin lapar. Semakin banyak kekayaan, umat semakin faqir kedana. Semuanya itu adalah berpunca daripada tersasarnya kita dari matlamat sebenar. Kita bagaikan anak panah yang dilancarkan dari panahan yang sama, tetapi tersasar tuju ke kesudahan yang berlainan.

PESTA PAHALA ATAU PESTA SUKARIA?

Jika dulu, Nabi SAW hanya berbuka dengan butiran tamar dan sesekali dengan tegukan susu, kini kita jauh berbeza, mengejar iftar di masjid termewah. Solat tarawih mencari masjid terpantas atau mungkin terpendek, moreh mencari hidangan terlazat lagi percuma. Itulah sahaja tajuk perbualan di saat-saat detik masa mendekati waktu berbuka, maka akhirnya kekenyangan lantas mendirikan qiyam Ramadhan dengan penuh kemalasan dan sambil lewa.


SYUKUR SEMUANYA BELUM TERLAMBAT

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut di dalam muqaddimah kitab kecil karangan Abbas As-Siesie bertajuk At-Thariq ila Al-Qulub (Jalan Menuju ke Hati):

"Wahai saudara, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak muslimin. Hakikat yang ada pada hari ini adalah mimpi semalam, manakala mimpi hari ini bakal menjadi hakikat esok. Pihak yang lemah tidak akan lemah selamanya kerana yang kuat itu akan beransur-ansur menjadi tua dan uzur. Setiap makhluk ada ajalnya maka setiap kezaliman ada kesudahannya!"

Maka tidak ada istilah sudah terlewat di dalam kamus kita, melainkan setelah nyawa sampai ke halqum atau mentara terbit di barat sana. Tidak ada kemustahilan untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam yang lampau, asalkan kita menjejaki perjalanan mereka berbekalkan apa yang telah memajukan mereka.


MADRASAH RAMADHAN UNTUK TAQWA, JIHAD DAN KEMENANGAN

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Perkataan 'semoga' di dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita, bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi lapar dan dahaga. Sabda Nabi SAW:

"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."

Sabda Nabi SAW lagi:

"Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.' " (hari. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Lantas dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani pengajian dan urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA:

"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Musim Sejuk 2000)

-----------------
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 05-10-05 04:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

bulan_bintang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 396
Posting: 144
Dari: cyberjaya-the intelligent city

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 17:23


selamat menyambut ramadhan al-mubarak .. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bulan_bintangProfil   Hantar PM kepada bulan_bintang   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 17:31


ramadhan as-sharif....kedatangan ku nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 02-10-05 18:13


bagi saya, bulan puasa kita perlu hormati...bulan ini boleh dapat banyak pahala...dosa2 kita yang lama akan terhapus...bulan ini juga patut diluangkan masa dengan kerja2 berfaedah...peringatan juga untuk saya sebagai insan yang lemah dalam segala hal.....apapun selamat berpuasa semua... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 18:18


al-salamu `alaykum...

memang menyedihkan sebab ramai yang tak faham dengan konsep Ramadhan yang sebenar... sebab antara tujuannya adalah untuk mengingati orang2 yang susah dan merasai keperitan hidup mereka... bagaimana mereka lapar dan sukar mendapatkan rezeki...

tapi apa yang berlaku ialah bulan Ramadhan menjadi bulan untuk umat Islam berbelanja lebih atau berboros... memang mereka berlapar pada siang hari, tapi ketika berbuka puasa, mereka bermewah2 dalam menyediakan makanan, jauh lebih mewah dari bulan2 lain... adakah tercapai matlamat bukan Ramadhan dengan cara itu...?

saya bukanlah maksudkan seluruh umat Islam tapi sebahagian mereka, semoga masih ada lagi yang dapat memahami dan menghayati erti sebenar bulan Ramadhan al-Mubarak...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 18:20


p/s: berbuka puasa itu biarlah berpada2, jangan sampai boros dan membazir...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 02-10-05 18:34


selamat menyambut ramadhan al mubarak...
datangnya setahun hanya sekali...sama2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

srikandisolehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2005
Ahli No: 16961
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 21:57


Assalamualaikum wbt............
selamat menyambut ramadhan al mubarak...
datangnya setahun hanya sekali...sama2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini...
............................................................
MUSLIMAH SEJATI

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisolehahProfil   Hantar PM kepada srikandisolehah   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 08:11


salam....salam eid mubarak

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 09:36


Semoga ramadhan ni jadi ramadhan yang terbaik.. moga dengan kehadiran ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dan memulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 10:44


Alahumma barik lana fi shahri Ramadhan....
jagangan abaikan setiap saat dalam Ramadhan ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 07-10-05 13:04


assalamualaikum wbt...

ramadhan datang lagi dengan seribu hikmah...semoga dalam bulan ini kita akan meningkatkan lagi amalan ibadah dengan sebaik-baiknya...

rebutlah segala peluang yang dijanjikan oleh Allah swt sepanjang bulan ini banyakkan beribadah...
p/s:sembahyang terawih banyak ganjarannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11059 saat. Lajunya....