Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 14 jam, 54 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Berzina dengan ikhlas


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Berzina dengan ikhlas

Please Mendaftar To Post


Oleh Berzina dengan ikhlas

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 17:35


Soalan

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada dari Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: dari. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan dari. Danial Zainal Abidin:



Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.



Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!



Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya saya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)



Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.



Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!



Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar ada Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).



Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.



Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)



Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.


Kaum Lut hancur kerananya.

Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)



Nukilan dari. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)


!!! QUOTE !!!

Sama2lah kita fikirkan.. untuk renungan bersama..



-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 30-09-05 19:20


bila akal mula menguasai diri.....
nauzubillah...
moga allah memberikan petunjuk dan hidayah Nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 30-09-05 19:28


ana pernah baca ni dalam web dari. Cinta . merepek saja mamat ni. masalah mental betul..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 19:30


kalau dah sampai ke tahap zina tu tak boleh nak cakap apa lah... sebab memang tak boleh, walaupun terdesak macam mana pun, memang tak dibenarkan... apatah lagi kalau tiada apa-apa ancaman... dengan keikhlasan hati lagi tu... otak dah terlalu moden agaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 30-09-05 19:52


Teringat kepada kisah Robin Hood, pencuri yang ikhlas.
Erm, kalau darurat?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

diana_ADA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17121
Posting: 34

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 20:42


apapun kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
hukum haram zina jelas dalam surah Al-Isra', ayat 32

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_ADAProfil   Hantar PM kepada diana_ADA   Quote dan BalasQuote

diana_ADA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17121
Posting: 34

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 20:42


apapun kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
hukum haram zina jelas dalam surah Al-Isra', ayat 32

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_ADAProfil   Hantar PM kepada diana_ADA   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 22:10


assalamualaikum
kalau kat negara barat tu, berzina sebelum kahwin dah menjadi kebiasaan..
tapi kita sebagai orang melayu dan umat islam mana boleh ikut budaya yang macam tu. zina walau ikhlas sekali pun tetap haram..
dan haram tetap haram...


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

bocah_anom
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.08.2003
Ahli No: 3021
Posting: 112
Dari: uniten

Johor  


posticon Posting pada: 30-09-05 22:42


Allahuakbar... hindarkanlah perkara ni dari umat-umat islam dan juga kepada diriku yang hina ini ya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For bocah_anomProfil   Hantar PM kepada bocah_anom   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-09-05 22:46


assalamulaikum
suka hati dia saja nak cakap macam tu.Agaknya tak belajar agama agaknya.
NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 02:01


Pada 30-09-05 19:28 , AUS_85 posting:

!!! QUOTE !!!

ana pernah baca ni dalam web dari. Cinta . merepek saja mamat ni. masalah mental betul..........


Pada 30-09-05 22:46 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

assalamulaikum
suka hati dia saja nak cakap macam tu.Agaknya tak belajar agama agaknya.
NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!


..ini ujian Allah S.W.T. kepada saudare tersebut.... ujian Allah kepada kita tak tau macam na lagi.... mungkinkah lebih besar lagi daripada itu.... jadi kat sinie kita ambil iktibar supaya kita mampu manghadapi ujian seperti ini jika diuji kepada diri kita.....

SUBHANALLAH....WALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR....

Firman Allah S.W.T. :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?" (surah al'Ankabuut:2)

Wallahua'lam......


                                        
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 01-10-05 02:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

namz
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2005
Ahli No: 19233
Posting: 7
Dari: shah alam

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-10-05 08:51


Assalamu'alaikum..

sedih rasanya bila membaca pengakuan tersebut. di akhir zaman ni manusia akan fikir logik 'akal saja, agama dah tolak tepi...entahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For namzProfil   Hantar PM kepada namz   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 10:37


jahiliyyah menguasai zaman kah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 11:06


emmm inilah yang dikatakn matlamat tidak menghalalkan cara, emm matlamat memang elok, baik, ikhlas, suci, murni, ehsan, niat menolong dsb tetapi.... ia perlulah mengikut cara yang digariskan agama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

sue_84
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12628
Posting: 35
Dari: k.nerang

Kedah  


posticon Posting pada: 01-10-05 11:18


memang lah niat dia tu baik nak jadikan perempuan tu sebagai isteri......tapi semua orang tau kan zina tu haram......walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sue_84Profil   Hantar PM kepada sue_84   Pergi ke sue_84's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 22:00


astaghfirullahal a'zim...
ni lah yang terjadi bila nafsu memandu akal.
yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan.
apa nilai sebuah perkahwinan?
zina bukan perkara enteng.
menyedihkan kerana pemuda terbabit adalah umat islam.
amat2 memalukan.
apa lah yang dah melanda umat islam hari ni..?
nampaknya globalisasi dah berjaya menyebarkan dakyah kafir lah'natullah yang berpegang bahawa zina tak salah.
ibubapa dan guru2 harus bertindak dan memainkan peranan penting untuk prevent perkara ni dari terus menular.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

bulan_bintang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 396
Posting: 144
Dari: cyberjaya-the intelligent city

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 22:21


ini lah yang dinamakan "trend mengurangkan rasa dosa".. macam klaka lah bila guna perkataan "ikhlas".faham ke maksud perkataan tu ek? hehe..mari mentafsir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bulan_bintangProfil   Hantar PM kepada bulan_bintang   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 05:03


lepas ni main banyak lagilah emungkaran yang disandarkan kepada KEIKHLASAN yang suci...
nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 09:09


semua orang tahu...
dalam islam..
sesuci mana pun niat kita..

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA....:-)

semoga kita terpelihara daripada perkara2 yang dimurkainya...
amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-10-05 12:29


assalamualaikum wbt

matlamat tak pernah nak menghalalkan cara..ni cara berfikir zaman jahiliyyah. dah terang2 islam mengharamkan persetubuhan sebelum kahwin. even Allah dah nyatakan JANGAN HAMPIRI ZINA. hampir pun tak boleh, ni kan pulak nak terang2 berzina dan mengaku melakukan zina.
Allah bagi jalan penyelesaian yang paling nyata iaitu melalui perkahwinan untuk melampiaskan nafsu..kalau betul cinta, jangan sentuh, terus saja kahwin.
cinta sebelum kahwin ni memang melalaikan dan mengasyikkan sampai kita terlupa inilah cara baru iblis nak sesatkan umat islam.
kadang-kadang bila baca paper..kita asyik dengar remaja bawah umur kena perkosa. tapi cuba kita ambil iktibar dan fikir secara mendalam..perlakuan rogol salah satu sebabnya kerana cinta..cinta yang menyebabkan remaja perempuan menyerah secara rela dan ikhlas kepada teman lelaki yang tak berhak dan perlakuan zina secara 'ikhlas' inilah yang disabitkan sebagai rogol sebab remaja perempuan itu masih di bawah umur..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 02-10-05 17:23


ish2......akhir zaman....bersedialah....jangan enjoy pula!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 02-10-05 17:36


macam2 sekarang ni...
benda buruk pun...ikhlas???
tak faham betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-10-05 17:45


ermm..pebenda lah...mengarut saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 10:18


ni semua hasil daripada agenda jahat yahudi. ikhlas kepala jin!!!

ps: sama macam kes "KONSERT AMAL". amal kepala jin!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 11:03


!!! QUOTE !!!

walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya...


setuju..... :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 13:32


hehehe...
matlamat tak menghalalkan cara...
betul tu...
cuma teringin pulak nak dengar maklum balas daripada
dari MASHITAH....
hehe

p/s...diam saja..sekarang ni..mana pergi ustazah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 04-10-05 15:32


KITA MESTI TEGUH BERPEGANG PADA SYARIAT AGAMA!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

sarjan_hassan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.09.2005
Ahli No: 19007
Posting: 26

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-10-05 17:21


Pada masa dulu, fahaman, gaya hidup dan dakyah yahudi yang hendak disebarkan amat payah. kena berperang.. takluk baru dapat. sekarang ni dapat buat dihujung jari. dalam tv pun ada dalam internet pun berlambak. Hanya tekan button ENTER.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sarjan_hassanProfil   Hantar PM kepada sarjan_hassan   Pergi ke sarjan_hassan's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 17:59


Pada 04-10-05 13:32 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe...
matlamat tak menghalalkan cara...
betul tu...
cuma teringin pulak nak dengar maklum balas daripada
dari MASHITAH....
hehe

p/s...diam saja..sekarang ni..mana pergi ustazah ni..

nak jolok sarang tebuan ke Firdaus? :-di

ps: senyap pun kena juga ye. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:55


diam itu seribu kebaikan..

diam menandakan setuju..
hehhee...

nak yang mana satu daripada ayat diatas..

semoga ALLAH terima taubat hamba-MU yang jahil dan lemah ini.
kepada-MU saya berserah dan sesungguh-NYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN.

p/s..diam2 berisi...
     harap puasa ni boleh kurangkan lah pulak..hehhe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

emma83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 14:50


ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emma83Profil   Hantar PM kepada emma83   Quote dan BalasQuote

emma83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 14:51


ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emma83Profil   Hantar PM kepada emma83   Quote dan BalasQuote

emma83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9733
Posting: 36
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 14:51


ya allah..kuatkan lah keimanan kami dan janganlah kau uji kami dengan ujian sebegitu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emma83Profil   Hantar PM kepada emma83   Quote dan BalasQuote

hajmaz
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18786
Posting: 14

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 16:52


tak ada topik lain kerr..ishhh susah lah topik niii nak jawab..yang penting berzina tu hukumnyer haram...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajmazProfil   Hantar PM kepada hajmaz   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 17:51


Pada 01-10-05 11:18 , sue_84 posting:

!!! QUOTE !!!

memang lah niat dia tu baik nak jadikan perempuan tu sebagai isteri......tapi semua orang tau kan zina tu haram......walau sebaik mana pun niat dia.......benda yang haram tetap haram........tak boleh sesuka hati menghalalkannya...


setuju.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 18:11


:-) Assalamualaikum....


     Dunia semakin menuju ke akhirnya.....dan bila tiba saatnya..pembalasan dari YAng Maha Esa itu pasti datang..disaat itu..sama ada yang berdosa,yang tidak...sama sahaja..bala tidak mengenal sesiapa...ulama',orang biasa,atau sesiapa sahaja...

     Sangat menyedihkan bila mana mereka berbangga2 dengan dosa yang mereka lakukan....Ya ALLAH...hilang sudah perasaan malu..hilang sudah perasaan takut..kita hanya melihat..sudah tiada dalam hati-hati kita perasaan untuk mencegah dan sebagainya.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-06-06 21:21


penzina pun ada yang ikhlas...bagusnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-06 22:57


matlamat tidak menghalalkan cara

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

nazran7
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 19:09


Kita dah kembali ke zaman jahiliah... mlah lebih teruk lagi


-----------------
Salam Ikhlas Penuh ukhwah..

Man Jadda Wajada


Bookmark and Share

    


  Member Information For nazran7Profil   Hantar PM kepada nazran7   Quote dan BalasQuote

nur_namia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 21:10


emm akai tak ada ka...nauzubillah minta dijauhkan...emm itulah bila nafsu menguasai segala2nyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_namiaProfil   Hantar PM kepada nur_namia   Quote dan BalasQuote

mariana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12405
Posting: 148

Johor  


posticon Posting pada: 15-06-06 21:31


astaghfiruLLAHal'azim...
moga ALLAH memberi hidayah kepada manusia tersebut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marianaProfil   Hantar PM kepada mariana   Quote dan BalasQuote

ahlifikir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.07.2005
Ahli No: 17015
Posting: 45
Dari: kl

japan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-06 21:56


hang memang terra......laa nak lawan ALLAH.

qul atuhad ju nana fillah


-----------------
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah&#
[ Telah diedit oleh: ahlifikir pada 15-06-06 21:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ahlifikirProfil   Hantar PM kepada ahlifikir   Pergi ke ahlifikir's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-06-06 22:00


Pada 15-06-06 19:09 , nazran7 posting:

!!! QUOTE !!!

Kita dah kembali ke zaman jahiliah... mlah lebih teruk lagi




rasa nak sambung lah..
man jadda wa jadda, wa man zaroa hasoda..=)


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

machok
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.06.2006
Ahli No: 24645
Posting: 31
Dari: Batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 20-06-06 21:29


assalamualaikum...tahu tak hukum zina itu..?hukumnye haram lahh...dalam al-quran pun dah sebut...tak boleh zina gan ikhlas...nak kawin terus..kalau benda itu haram tetap haram...tak boleh nak menghalalkan...jangan suka ht nak zina gan ikhlas...jaga diri dan maruah anda...dari terlibat perzinaan yang boleh menghancurkan diri anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For machokProfil   Hantar PM kepada machok   Quote dan BalasQuote

bintul_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15217
Posting: 177
Dari: mana ek?

Selangor  


posticon Posting pada: 20-06-06 21:47


nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintul_farhanahProfil   Hantar PM kepada bintul_farhanah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 22:23


astagfirullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 16:05


astagfirullah..
semoga Allah s.w.t membuka pintu hatinya..
tunjukkan kepada dia jalan yang lurus..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 16:39


lebih memeningkan bila keikhlasan disalah gunakan...


-----------------
TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 19:25


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Astaghfirullahal azeem! Inilah kesan dari pendidikan / tarbiyyah Islam yang tidak mementingkan bab aqidah (Tauhid). Walaupun ada pelajaran tauhid tetapi tidak menyerap ke dalam hati kerana pemahaman tentang erti ikhlas itu sendiri.

Dalam Islam untuk sesuatu amalan itu diterima oleh Allah SWT hendaklah memenuhi 2 syarat:-

1. Hendaklah ikhlas dalam amalan.
2. Dan amalan yang dilakukan hendaklah mengikut kefahaman salafussoleh (era selepas Rasulullah saw sehinggalah lebihkurang 300 tahun awal)

Tetapi hari ini asal ikhlas saja mengharap amalan diterima sedangkan amalan tersebut belum tentu menurut As Sunnah sebenar-benarnya.

Maka kini sehinggakan ada yang sanggup melakukan maksiat dengan ikhlas! Waliyyazubillahi minzalik.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - sebab itu dalam Al Quran ada satu surah yang dipanggil Suratul Ikhlas. Bacalah dan fahami tafsirannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

chiku
Warga Rasmi
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15606
Posting: 15
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 10-07-06 09:34


zina tetap haram walau apa pun niat nya..moga dijauhkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For chikuProfil   Hantar PM kepada chiku   Quote dan BalasQuote

Yob
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 09:41


Assalamualaikum...
Lucu rasanya bila ikhlas dalam membuat maksiat....mudahnya mereka itu menghalalkan yang haram...harap-harap nanti tak ada lah mana-mana ustaz atau ustazah yang bagi pandangan kata tak apa..darurat macam kes dulu tu...bila seorang yang berilmu boleh kata tak apa zina kalau darurat/terpaksa....kerana kata-kata dari orang sebegini sangat-sangat di tagih di nanti oleh penzina...

Bookmark and Share

    


  Member Information For YobProfil   Hantar PM kepada Yob   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 12:53


tak patut tol!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

RnieZah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17048
Posting: 70
Dari: Bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-06 13:18


telah menjadi kebiasaan manusia zaman sekarang... lebih2 lagi mereka yang datang daripada keluarga yang meletakkan math sns dan bi tempat pertama dan didikan agama kedua... kenal alif ba ta.. cukup lah...

malahan bila ada majlis perhimpunan kg @ sekolah @ kenduri-kendara kecil-kecilan.. cari ustaz baca doa @ orang bekas sekolah agama.. sedangkan doa perkara asas semua orang islam kena tahu dan amalkan...

poligami zaman ini... ramai yang tak mampu @ tak adil yang melakukannya.. pada fhmn mrka mampu duit blhlah berpoligami...

ramai juga yang padang ringan.. ala balik2 'benda' ini yang digembar gemburkan... tak da hal lain ka??? tak kisah dengan apa yang berlaku... ala perkara biasa zaman ni... sofistikated katakan..

kita tengok sistem pnddkan di negara kita sendiri... yang berpnddkan agama dipdg rendah walaupun berbagai usaha dilakukan o kerajan sekarang untuk menonjolkan mrka...

di mana silapnya?????

jika kita berterusan begini.... apa akan jadi pada penganut agama islam kelak..... wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RnieZahProfil   Hantar PM kepada RnieZah   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 15:38


mamat tu sakit jiwa.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-07-06 16:03


zina tu dosa besar
ikhlas tu ibadat hati.
mana boleh buat maksiat dengan ikhlas. pening mamat ni, jahil agaknya.
kalau taubat dari dosa zina, atau hindari zina ikhlas lillahi taala, baru betul tajuk tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-06 16:10


Pada 10-07-06 15:38 , fadzlyz posting:

!!! QUOTE !!!

mamat tu sakit jiwa.......

Jiwa kacau. Mintak2 insaf lah sebelum terlambat. Besar dugaan dia tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 17:00


astaghfirullahal azim...
benda lah mamat ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

mahyuddin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2005
Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 17:56


Astaghfirullah...zina tu tetap dosa besar...kan dah jelas dalam al-quran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mahyuddinProfil   Hantar PM kepada mahyuddin   Quote dan BalasQuote

acok_86
WARGA SETIA
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 18:02


Ya Allah jauhkan lah kami dari dosa yang besar ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acok_86Profil   Hantar PM kepada acok_86   Quote dan BalasQuote

nurcinta
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 18:13


ya allah berila hidayahMu kepada hamba2 Mu ...kepada diriku,dirinya dan diri kami semua...

minta maaf Kalau off topic sedikit tapi saya minta kawan-kawan yang lain menjawab kepada kemushkilan saya...

masih bolehkah orang yang berzina bertaubat?
dan seandainya dia bertaubat masih layakkah dia mendapat pasangan yang baik ...atau apa masih perlu dia bernikah dengan orang yang pernah berzina juga atau orang yang musyrik?...

wasalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurcintaProfil   Hantar PM kepada nurcinta   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 19:52


matlamat mengHALALkan cara..huhu.. itu pendekatan...ideologi.. yang dah tak boleh pakai...

yang HARAm tetap HARAm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158514 saat. Lajunya....