Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 71 hari yang lalu
al-biruni03: 100 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Setiap penderitaan - Terkandung kenikmatan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Setiap penderitaan - Terkandung kenikmatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Setiap penderitaan - Terkandung kenikmatan

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 28-09-05 14:14


utusan malaysia 28.9.2005

Oleh dari. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI


IBN `Abbas berkata: `'Bani Israel bertanya kepada Musa: ``Bagaimana ayah membunuh anak dan saudara membunuh saudara''? Lantas Allah menurunkan ke atas mereka kegelapan sehingga sebahagian mereka tidak melihat sebahagian yang lain. Mereka bertanya: ``Apakah tanda taubat kami diterima''? Jawab Musa: ``Bahawa seseorang itu bangun dengan memberi salam dan tidak dibunuh dan diangkat daripada kegelapan''. Justeru, dibunuh mereka sehingga melimpahlah darah dan bertempiklah kanak-kanak: `'Hai Musa, mintalah keampunan dan keampunan.'' Lantas Musa menangis dan diturunkan taubah dan bangkitlah kesejahteraan serta terangkat kegelapan.'' Mujahid berkata: `` Pembunuhan hingga 70,000 orang.''

Nikmat

Selepas Allah mengingatkan mereka dengan pelbagai nikmat, lantas Allah menerangkan tentang sikap mereka yang melampau dan keingkaran mereka di samping meminda segala arahan Allah dengan perlakuan maksiat. Sekalipun mereka kufur dan melakukan maksiat, Allah tetap bermadah dengan penuh kasih sayang. Alangkah keji dan hinanya mereka. Seterusnya Firman Allah Taala:

DAN (KENANGKANLAH) KETIKA KAMU BERKATA: WAHAI MUSA! KAMI TIDAK AKAN BERIMAN KEPADAMU SEHINGGA KAMI DAPAT MELIHAT ALLAH DENGAN TERANG (DENGAN MATA KEPALA KAMI). MAKA KERANA ITU KAMU DISAMBAR PETIR, SEDANG KAMU SEMUA MELIHATNYA. KEMUDIAN KAMI BANGKITKAN KAMU SESUDAH KAMU MATI (ATAU PENGSAN DARIPADA SAMBARAN PETIR ITU), SUPAYA KAMU BERSYUKUR. (Surah al-Baqarah ayat 55-56)

Firman Allah Taala: `Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa!' Iaitu ingatlah Bani Israel ketika kamu keluar bersama Musa untuk minta keampunan kepada Allah dengan sebab menyembah anak lembu, lantas kamu berkata: `Kami tidak akan beriman kepadamu', iaitu kami tidak akan mempercayaimu hanya kerana kami mendengar kalam Allah, `sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami).'' Iaitu kami dapat melihat Allah secara nyata dan jelas.

Al-Mawardi dalam al-Nukat wa al-`Uyun berkata: `'Ada dua pendapat berhubung `melihat Allah':

1. Secara terang-terangan. Inilah pendapat Ibn Abbas.

2. Secara zat. Inilah pendapat Qatadah.''

Sayid Qutub berkata di dalam tafsirnya, Fi Zilal al-Quran: ``Bukti-bukti yang demikian banyak, nikmat-nikmat Ilahi yang melimpah ruah dan nikmat kemaafan dan keampunan Allah, semuanya tidak dapat mengubah tabiat Bani Israel yang kasar, yang tidak beriman melainkan kepada perkara-perkara yang dapat disaksikan oleh pancaindera sahaja, di samping itu mereka terus berdegil, menentang dan enggan menurut perintah melainkan dengan tekanan keseksaan dan penindasan.''

`Maka kerana itu kamu disambar petir', iaitu Allah menurunkan ke atas mereka api dari langit yang membakar mereka. Al-Mawardi berkata: `'Maksudnya kematian.'' Sayid Qutub berkata: ``Dan sekali lagi mereka diselamatkan oleh rahmat Allah dan sekali lagi mereka diberi peluang hidup supaya mereka mengingati Allah dan bersyukur kepada-Nya, dan di sinilah Allah mengingatkan mereka dengan nikmat itu.''

Kematian

`Sedang kamu semua melihatnya.' Iaitu apa yang berlaku denganmu. Al-Imam al-Baghawi dalam Ma`alim al-Tanzil berkata: ``Sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain ketika berlaku kematian, dan dikatakan kamu mengetahuinya. Maksud melihat di sini dengan maksud mengetahui.''

Ibn al-Jauzi mengemukakan tiga pendapat dalam tafsirnya, Zad al-Masir:

1. Maknanya, sebahagian kamu melihat kepada sebahagian yang lain bagaimana seseorang itu mati.

2. Sebahagian kamu melihat cara bagaimana mereka dihidupkan.

3. Kamu melihat bagaimana azab berlaku ke atasmu.

Kemudian tatkala mereka mati, bangkit Musa menangis seraya berdoa: ``Hai Tuhanku, apa yang patut saya katakan kepada Bani Israel, sedangkan kamu membinasakan yang terbaik di kalangan mereka dan sentiasalah ia berdoa kepada Tuhannya sehingga Allah menghidupkan mereka sebagaimana firman Allah, `Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan daripada sambaran petir itu)', iaitu Kami hidupkan kamu selepas kamu mati sehari semalam. Lantas mereka bangun dan hidup melihat sebahagian mereka kepada sebahagian lain, bagaimana mereka dihidupkan.

`Supaya kamu bersyukur'. Supaya kamu benar-benar bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya ke atasmu dengan membangkitkannya selepas mati. Imam al-Ghazali menyebut di dalam kitabnya, Minhaj al-`Abidin berhubung martabat bersyukur kepada Allah. Berkata Ibn `Abbas r.a: ``Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah, sama ada secara sembunyi atau secara terang-terangan, dan secara lisan mahupun di dalam hati.''

Bersyukur

Guru kami mengatakan: ``Bersyukur ialah taat zahir dan batin. Kemudian menjauhi segala perbuatan maksiat.'' Ulama lain menyatakan: ``Bersyukur adalah menjaga diri daripada perbuatan maksiat, sama ada zahir mahupun batin.'' Sehingga para guru beranggapan bahawa menjaga diri adalah makna yang tetap, selain menjauhinya jadi harus tetap menjaga, sekali gus menjauhi perbuatan maksiat. Maksud menjauhi maksiat dan perbuatan kufur adalah menolak sewaktu ada ajakan atau dorongan untuk melakukannya.

Berkata guru kami: ``Sesungguhnya syukur itu mengagungkan Allah yang memberi nikmat, yakni mengukur nikmatnya agar kita menjauhkan diri dan bersifat kufur.'' Dengan demikian, tidaklah pantas seseorang yang mendapat nikmat Allah mempergunakannya untuk berbuat maksiat kerana bererti melawan si Pemberi Nikmat. Kewajipan kita adalah bersyukur dan mengagungkan Allah, sehingga kita tidak berbuat maksiat. Seseorang yang telah berbuat demikian bererti benar-benar telah bersyukur. Kemudian bersungguh-sungguh berbakti kepada Allah, dan beramal sesuai dengan kenikmatan yang ada padanya. Setelah itu menjaga dan menjauhkan diri daripada maksiat.

Bila kita harus bersyukur? Kita wajib bersyukur tatkala mendapatkan kenikmatan, sama ada kenikmatan dunia mahupun kenikmatan agama (akhirat ). Sebahagian ulama mengatakan: ``Dalam keadaan menderita (ditimpa musibah ) kita tidak perlu bersyukur, tetapi kewajipan kita bersabar menghadapi musibah itu.'' Kata mereka selanjutnya: ``Di dalam setiap kemudaratan selalu terkandung kenikmatan. Dan kita wajib mensyukuri nikmat itu, meskipun datangnya bersama musibah.''

Ujian


Abdullah bin Umar menyatakan: Setiap kali menerima ujian daripada Allah. saya rasakan di dalamnya terkandung empat kategori kenikmatan:

1. Bahawa musibah itu tidak berhubung dengan agama. Contohnya salah seorang anggota keluarga meninggal dunia. Bukan agama atau iman yang mati!

2. Musibah itu bukanlah mala petaka hebat atau berat. Kerana seberat-berat musibah, masih ada yang lebih berat.

3. Nikmat dikurniakan keredhaan menerima musibah.

4. Nikmat menunggu pahala.

Selain itu kenikmatan yang datang bersama musibah adalah bahawa musibah itu tidak kekal, suatu saat pasti berakhir. Lagi pula musibah itu datang daripada Allah, bukan daripada yang lain, meskipun mungkin penyebabnya adalah makhluk. Apabila seseorang mendatangkan musibah untuk kita, itu bererti keuntungan bagi kita, dan kerugian baginya!

Guru kami menyatakan: ``Penderitaan dunia pada dasarnya harus disyukuri. Sebab semuanya itu akan mendatangkan manfaat besar dan pahala yang melimpah. Sehingga apabila dibandingkan dengan penggantinya, tidaklah bererti semua penderitaan itu.''


- dari. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI , Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 15:14


sahabat2 memang merasakan nikmat semasa menerima penderitaan dan ujian. contohnya bilal, katanya waktu yang paling nikmat dalam hidupnya bila dicemeti, dijemur atas padang pasir, ditindih dadanya dengan batu besar.

tapi kita, umat akhir zaman, nak hidupkan sunnah nabi sikit pun dah rasa malu. terutama sekali sayala...:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 15:36


"bila terhimpit,mulalah mencari dahan menyebut namamu,barulah merasai nikmat sebenar erti syukur..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-09-05 16:21


semakin kita diuji oleh ALLAH, semakin banyak nikmat yang kita dapat sebenarnya....ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 29-09-05 16:47


Pada 28-09-05 16:21 , SautulJannah posting:

!!! QUOTE !!!

semakin kita diuji oleh ALLAH, semakin banyak nikmat yang kita dapat sebenarnya....ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja...



Assalamualaikum...
betul tu...
sha sokong sangat...
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098884 saat. Lajunya....