Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: Kurniakanlah kedamaian kami wahai tuhan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» Kurniakanlah kedamaian kami wahai tuhan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kurniakanlah kedamaian kami wahai tuhan

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-09-05 05:41


Inginkan ku persembahkan gubahan kata wahai rakan
Tiap hari bersama kita lafazkan
Wahai Tuhan Engkau Kesejahteraan
Dari Engkau datang Kesejahteraan
Kepada Engkau kembali Kesejahteraan
Hidupkanlah kami dalam kesejahteraan
Masukkanlah kami ke dalam Negeri Kesejahteraan
Maha Berkat Engkau Tuhan kami Maha Agung dalam Kemuliaan

I

Inginkan ku persembahkan gubahan kata wahai rakan
Tiap hari bersama kita lafazkan
Wahai Tuhan Engkau Kesejahteraan
Dari Engkau datang Kesejahteraan
Kepada Engkau kembali Kesejahteraan
Hidupkanlah kami dalam kesejahteraan
Masukkanlah kami ke dalam Negeri Kesejahteraan
Maha Berkat Engkau Tuhan kami Maha Agung
dalam Kemuliaan


II

Hidup pertama kesejahteraan dengan Tuhan
Kemudian bersama diri sendiri dalam kesejahteraan
Dengan akal, rasa, cita lagi jasmani dalam kesejahteraan
Dengan keluarga, pasangan zuriat dalam kesejahteraan
Dengan jiran dalam kesejahteraan
Dengan para rakan dalam kesejahteraan
Sampai dengan alam sekitar dalam kesejahteraan


III

Dalam hembusan bayu pagi penuh kesejahteraan
Dengan alunan sayu merdu azan memecah sunyi dinihari dalam kesejahteraan
Dengan aliran sungai bagai cermin dalam kesejahteraan
Dengan tumbuhan menghijau dalam kesejahteraan
Dengan kicauan burung merdu dalam kesejahteraan
Dengan mendengar hilaian anak bermain dalam kesejahteraan
Dalam mendengar deburan ombak di pantai dalam kesejahteraan


IV

Semua inginkan kesejahteraan
Para penganjur bangsa inginkan kesejahteraan
Para ilmiawan hakim ulama inginkan kesejahteraan
Ibu bapa inginkan kesejahteraan
Rakyat jelata semua inginkan kesejahteraan
Sampai hewanpun inginkan kesejahteraan
Tapi manusia empunya angkara merosakkan kesejahteraan


V

Wahyu mengajar tentang kesejahteraan
Manusialah yang memusnahkan kesejahteraan
Kerana tangan mereka yang memusnahkan kesejehteraan
Melalui angkara di darat dan di lautan
Tambahan pula di angkasa berlaku kejahatan
Menghancurkan usaha ke arah kesejahteraan
Membawa bencana ke atas kemanusiaan


VI

Di mana-mana berlaku pembunuhan tanpa kasihan
Di mana-mana pencabulan hak tanpa perikemanusiaan
Di mana-mana manusia pelahap ikut kenafsuan
Di mana-mana si lemah mangsa kezaliman dan kekerasan
Di mana-mana ada pengkhianat amanah manusia dan Tuhan
Di mana-mana nyawa dan harta mendapat ancaman
Di mana lagi ada suasana aman wahai Tuhan?


VII

Tambahan pula si mu'min menjadi objek buruan
Agamanya disebut ajaran keganasan
Penghayatannya dipanggil ketinggalan zaman
Menyanggahi globalisasi dalam edaran zaman
Si Adikuasa yang membawa penentuan
Si mu'min menjadi mangsa perencanaan
Hilang mertabat sebagai khaira ummatin'


VIII

Di mana tinggal semangat Abu Bakar dengan taqwanya?
Umar dengan tadbir bijaksana dan adilnya?
Uthman dengan akhlak adab dan hayanya?
Ali dengan bijaksana, rohani dan kepahlawanannya?
Abu Zar dengan kezuhudannya?
Abd al-Rahman dengan kemurahan dalam kekayaannya?
Mu'az dengan dalam faham hukumnya?


IX

Di mana jiwa Bilal dengan azan mengalunnya?
Pusaka salaf dari zamannya?
Syafi'I Ghazali dengan hukum dan ajaran rohaninya?
Asy'hari dengan akidah Sunninya?
Ibn Khaldun dengan ibrah falsafah sejarahnya?
Ibn Sina dengan perubatannya?
Semua dengan budaya ilmu dan keperkasaan budayanya?


tak

Di mana semangat Tun Perak dengan bijaksana tadbirnya?
Ala' al-Din Ri'ayat Syah dengan tadbir adilnya?
Makhdum Ismail dengan dah'wah seruan agamanya?
Tun Tuah dengan kesetiaan kepahlawanannya?
Nur al-Din al- Raniri dengan hukum Syara'nya?
Syaikh Falimbani dengan falam ilmu sepadu Sunninya?
Raja Ali Haji dengan kealiman dan kepahlawanannya?


XI

Ingin ku bicarakan kepada rakan sekarang
Kita didatangi Portugis gaya baru sekarang
Datang atas nama ilmu dan persejagatan
Menjanjikan harta kekayaan dan kesejahteraan
Menjanjikan zaman sejahtera keseluruhan
Mungkin jatidiri kita kan dimusnahkan
Yang tinggal hanya nama sebutan


XII

Pada sahabat muda ini ku harapkan
Akan meneruskan usaha memperteguhkan iman
Memperdalam ilmu mengikhlaskan amalan
Mencari kekuatan dalam kemahiran yang diperlukan zaman
Sesuai dengan gelombang yang berdepan
Menyemarakkan semangat sayangkan umat dan watan
Menjaga perpaduan dan keutuhan persaudaraan"

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.278176 saat. Lajunya....